Anda di halaman 1dari 18

SKP 2204

HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN KURSUS : 19

TAJUK TUGASAN

PERSEPSI MASYARAKAT TENTANG TARIAN TRADISIONAL ANTARA


MASYARAKAT MELAYU DAN CINA : SATU TINJAUAN DI KOMPLEKS
MEMBELI BELAH MINES, SERDANG.

PENSYARAH

DR ADLINA AB. HALIM

NAMA KUMPULAN TUGASAN :

INTEGRASI

AHLI KUMPULAN :

NAMA PELAJAR NO.MATRIK

1. AHMAD MOONSYI BIN ASHEK 141084


2. WONG SIAW CHING 144361
3. PUTRI SHAFARIDAH BINTI MOHD SAFIE 142524
4. WONG FUI FUI 143472
5. NUR AWANIS BT ZULKEFLEE 142596
SENARAI ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 3-5

SENI TARIAN MASYARAKAT MELAYU

SENI TARIAN MASYARAKAT CINA

OBJEKTIF

PERMASALAHAN KAJIAN

LOKASI / SKOP KAJIAN

KAEDAH / METODOLOGI KAJIAN

2.0 ANALISIS DATA 6 - 15

Soal Selidik

Temuramah

Jenis-jenis tarian tradisional

3.0 PERBINCANGAN 16

4.0 KESIMPULAN 17

5.0 SENARAI RUJUKAN 18

6.0 LAMPIRAN 19

1.0 PENDAHULUAN

SENI TARIAN MASYARAKAT MELAYU

2
Dalam masyarakat Melayu, kesenian sememangnya adalah merupakan satu elemen yang
amat popular dalam perkembangan ketamadunan melayu itu sendiri. Kesenian ada
kaitannya dengan kebudayaan dalam alam Melayu. Kesenian Melayu adalah merupakan
satu tinggalan lama yang kebanyakannya masih kekal kini dan ia adalah merupakan satu
elemen yang amat dibanggakan oleh masyarakat melayu dan juga oleh masyarakat luar
yang mengakui mengenai kemasyuran seni Melayu itu sendiri.

Jika ditinjau dari aspek persejarahan, kesenian Melayu sebenarnya sudah wujud
sejak zaman dahulu lagi dan salah satu contoh tamadun Melayu yang menonjolkan aspek
kesenian melayu yang begitu terserlah ialah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
yang mana pada masa itu adalah merupakan salah satu empayar Melayu yang teragung di
Nusantara.

Antara seni tari masyarakat Melayu yang masih kekal hingga ke hari ini adalah
seperti tarian joget, zapin, inang dan banyak lagi. Dalam menggayakan ataupun
menarikan tarian-tarian ini, masyarakat Melayu selalunya mengambil unsur-unsur
fenomena semulajadi seperti ribut, kemarau, gempa bumi dan sebagainya untuk tujuan
dijadikan motif dalam merencanakan lenggok tari yang dipersembahkan.

Seterusnya, bila membicarakan mengenai seni tarian masyarakat Melayu,


sebenarnya tarian masyarakat Melayu adalah terdiri daripada jenis-jenis yang pelbagai
yang mana ianya adalah bergantung kepada upacara yang hendak disambut ataupun yang
dijalankan.

SENI TARIAN MASYARAKAT CINA

Dalam seni Cina ia bermula pada abad ke- 19 dengan perhijrahan secara beramai-ramai
orang Cina dari negara selatan China ke Tanah Melayu atau dikenali (Malaysia). Pada
masa itu, pendatang Cina ini bekerja sebagai buruh di lombong biji timah, peniaga dan
petani di tanah melayu. pada awalnya, masyarakat Cina hanya berminat untuk bekerja
bagi menampung kehidupan yang agak sukar pada masa itu. Penduduk pada masa itu
tidak merancang untuk menetap secara tetap di Tanah Melayu atau memperkembangkan

3
kebudayaan Cina bagi penduduk tempatan. Namun demikian, lama-kelamaan orang Cina
akhirnya menyimpan hasrat untuk menetap tetap di Tanah Melayu sehingga masa pada
kini dan seterusnya memperkembangkan kebudayaan kaum Cina di Malaysia.

Tarian bagi masyarakat Cina adalah berasaskan kepercayaan dan tuah dalam
kehidupan seseorang manusia. Tarian digunakan bagi merayakan hari-hari perayaan
seperti Tahun Baru Cina dan Pesta Chap Goh Meh. Dua jenis tarian sangat berkaitan
dengan perayaan ini adalah Tarian Singa dan Tarian Naga.

OBJEKTIF

Terdapat dua objektif dalam kajian ini. iaitu untuk mengkaji persepsi masyarakat
terhadap seni tari tradisional masyarakat Melayu dan masyarakat Cina dan juga
persamaan dan perbezaan antara tarian tradisional masyarakat Melayu dan juga
masyarakat Cina.

Ini adalah bertujuan untuk menilai sejauh mana pengetahuan masyarakat sekarang
terhadap tarian tradisional yang mana tarian tradisioanal adalah peninggalan dari warisan
terdahulu. Secara tidak langsung ia dapat membuka mata masyarakat kini terhadap
sejarah – sejarah tarian tradisional mengikut kaum masing – masing agar ianya tidak
luput dimata generasi sekarang.

PERMASALAHAN KAJIAN

4
Kajian ini dijalankan kerana masyarakat zaman ini terutamanya generasi muda lebih
berminat terhadap tarian moden berbanding tarian tradisional sehingga terlupa akan
kewujudan tarian tradisional yang mana ianya merupakan simbolik bahawa Negara
Malaysia kaya dengan pelbagai jenis seni tarian tradisional mengikut kaum dimana ia
secara tidak langsung menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai pelbagai etnik.

Selain itu juga, permasalahan kajian ini dibuat kerana seni tarian tradisional
semakin pupus serta tidak dapat diwarisi secara turun-temurun serta kurang mendapat
sambutan.

LOKASI / SKOP KAJIAN

Kajian ini telah telah dijalankan di sekitar kompleks membeli belah Mines, Serdang
Selangor. Kawasan ini dipilih kerana menjadi tumpuan orang ramai yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan peringkat umur.

KAEDAH / METODOLOGI KAJIAN

Antara kaedah kajian yang telah dijalankan adalah seperti kajian perpustakaan seperti
buku/jurnal dan bahan internet. Disamping itu juga kajian lapangan seperti borang
soalselidik telah dijalankan kepada 30 orang responden yang mana terdiri daripada 15
responden dari kaum cina dan 15 responden dari kaum melayu termasuk lelaki dan
perempuan.

Satu temuramah juga telah dijalankan bagi mengumpul maklumat supaya dapat
membantu dalam mengkaji permasalahan ini. Temuramah tersebut melibatkan seorang
penggiat seni tari dari kumpulan PrismaSeni dari UITM Shah Alam merangkap Alumni
UITM iaitu Muhammad Hakimin B. Muhammad Nawi.

2.0 ANALISIS DATA

5
Hasil dari borang soal selidik :

Kajian yang dibuat melibatkan 30 orang responden dan berikut merupakan profil
responden yang telah memberi kerjasama :

1. Jantina responden

PROFIL RESPONDEN MENGIKUT JANTINA

lelaki 30%

perempuan 70%

Jantina Bilangan
Lelaki 9
Perempuan 21
2. Umur responden

PROFIL RESPONDENMENGIKUT UMUR

7% 0%
17%

76%

20-an 30-an 40-an 50-an keatas

Umur Bil
20-an 23
30-an 5
40-an 2
50-an keatas 0
Berikut adalah hasil dari kajian soal selidik yang telah di perolehi iaitu :

Objektif 1 : Untuk mengkaji persepsi masyarakat terhadap seni tarian tradisional kaum
melayu dan cina :

6
1. Adakah anda seorang yang mengikuti perkembangan tarian tradisional
masyarakat melayu mahupun masyarakat cina?
A) Ya B) Tidak

ADAKAHANDA MENGIKUTI PERKEMBANGANSEMASA TARIAN


TRAD. MELAYU/CINA?

YA
20%

TIDAK
80%

YA 6
TIDAK 24

2. Kenapa masyarakat sekarang kurang berminat terhadap tarian tradisional?


A) Masyarakat lebih tertumpu B) Tarian traditional kurang

terhadap tarian moden diketengahkan

C ) Lain – lain ____________________________________________

KENAPAMASY. KURANG MEMINATI TARIAN TRAD.

LAIN-LAIN
TARIAN TRAD. 3%
KURANG
DIKETENGAHKAN
38% TERTUMPU PADA
TARIAN MODEN
59%

Tertumpu pada tarian moden 19


Tarian tradisional kurang diketengahkan 12

7
Lain-lain 1

Objektif 2 : Mengkaji persamaan dan perbezaan antara tarian tradisional masyarakat


melayu dan masyarakat cina :

1. Antara Tarian Tradisional Masyarakat Melayu dengan Tarian Tradisional


Masyarakat Cina mana yang lebih mendapat perhatian oleh media?
□ Tarian Tradisional Masyarakat Melayu

□ Tarian Tradisional Masyarakat Cina

TARIANMANAKAHLEBIHMENDAPAT PERHATIANMEDIA?

TARIANTRAD.
CINA
10%

TARIANTRAD.
MELAYU
90%

Tarian tradisional melayu 27


Tarian tradisional cina 3

2. Pada pendapat anda Tarian Melayu dengan Tarian Cina, yang manakah mudah
dipelajari?
□ Tarian Tradisional Masyarakat Melayu

□ Tarian Tradisional Masyarakat Cina

8
TARIANYANG LEBIHMUDAHDIPELAJARI

TARIAN
TRAD.
MELAYU
TARIAN 43%
TRAD. CINA
57%

Tarian tradisional melayu 13


Tarian tradisional cina 17

Temuramah

Profil :

Nama : Muhammad Hakimin Bin Muhammad Nawi

Umur : 28 Tahun

Antara soalan yang ditanya :

1. Siapakah dan apakah yang mendorong saudara untuk menceburi bidang tarian.

9
- Asal menceburi bidang tarian atas dorongan kawan-kawan semasa belajar
di UITM Shah Alam. Kebetulan semua pelajar diwajikan untuk
mengambil Kokorikulum. Antara yang ditawarkan adalah,seni lakunan,
seni suara, drama dan juga tarian. Lama kelamaan menjadi minat dan
sehingga kini masih kekal sebagai penari UITM dari Kumpulan Prisma
Seni.

2. Sejak bila anda menceburi bidang ini.

- Sejak belajar di UITM Shah Alam pada tahun 2002.

3. Saudara merupakan seorang penari, pernahkah saudara menceburi jenis tarian dari
masyarakat lain?Jenis tarian apa yang pernah saudara persembahkan?

- Pernah, iaitu jenis tarian dari masyarakat cina dan juga India. Tapi jenis
tarian yang asalnya tradisional di gubah menjadi lebih moden dan rancak
dari yang asal. Seperti tarian Kipas.

4. Dewasa ini,generasi muda kurang berminat dengan tarian jenis tradisional tidak
kira bagi masyarakat melayu mahupun cina,jadi saudara sebagai penari,
bagaimanakah cara untuk menarik minat generasi muda sekarang?

- Cara yang terbaik untuk menarik minat generasi sekarang salah satunya
adalah dengan mewajibkan subjek seperti tarian ini dalam pembelajaran,
samada di Universiti mahupun sekolah-sekolah.

5. Pada pendapat anda, kenapakah generasi sekarang kurang berminat terhadap


tarian tradisional melayu mahu pun cina?

- Ini kerana tarian jenis ini agal perlahan gerak tarinya, pakaiannya yang
agak tidak selesa, tambahan pula generasi sekarang lebih terdedah akan
tarian jenis moden dan telah dipengaruhi oleh budaya barat.

6. Apakah perbezaan antara kedua-dua jenis tarian ini?

- Perbezaan dari segi pakaian, alat muzik iringan dan bentuk atau lenggok
tari. Tarian Melayu kurang menggunakan prob manakala tarian
masyarakat cina banyak gunakan prob seperti kipas, kain, paying dan
banyak lagi. Cara make-up juga agak berbeza. Tarian masyarakat melayu
agak asli, manakala untuk penari-penari tarian masyarakat cina agak tebal.

7. Pada pendapat saudara, apakah persepsi masyarakat terhadap tarian tradisional


masyarakat melayu mahupun cina?

10
- Persepsi masyarakat sekarang terhadap kedua-dua jenis tarian ini adalah
kurang. Ini kerana kurangnya pendedahan terhadap jenis tarian ini.

Jenis- jenis tarian tradisional melayu dan tradisional cina

Tarian tradisional masyarakat melayu :

1. Tarian zapin

Zapin merupakan tarian Melayu yang berasaskan kesenian Arab-Parsi yang telah
disesuaikan dengan kesenian Melayu. Zapin bermaksud 'gerak kaki' daripada perkataan
al-Zafn. Tarian Zapin bercorak persembahan atau pertunjukkan. Gerak tarinya berasaskan
kaki penari-penarinya. Banyak tarian Melayu ciptaan baru mengambil rentak Zapin
sebagai irama tarian.

2. Tarian Kuda Kepang

Kuda Kepang menampakkan pengaruh Jawa dan Islam. Pengaruh Jawa terlihat pada
pakaian penari-penari, sedangkan pengaruh Islam tersimpul dalam cerita tariannya. Ia
mengisahkan peristiwa peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya
dengan penuh kegagahan memperjuangkan Islam. Kononnya Kuda Kepang dicipta di

11
negeri Jawa sempena usaha sembilan orang wali (Wali Songo) yang menyebarkan agama
Islam.

3. Tarian Joget

 Joget merupakan tarian yang paling popular di seluruh tanahair Malaysia. Ia sering
dipersembahkan di festival kesenian, upacara perkahwinan dan majlis-majlis keramaian.
Tarian joget merupakan tarian kacukan Portugis yang dibawa ke Melaka semasa zaman
perdagangan rempah.

12
Tarian tradisional masyarakat cina :

1. Tarian Payung

Tarian Payung merupakan tarian rakyat yang sangat popular semasa Dinasti Han di
Negeri China. Tarian ini berasal dari sebuah daerah di Negeri China yang terkenal dalam
membuat payung. Seperti di Negeri China, Tarian Payung ini mempunyai unsur-unsur
tempatan di dalamnya. Keindahan tarian ini di Malaysia adalah menyerupai tarian asal di
Negeri China.

2. Tarian Menyambut Tahun Baru

Menyambut Tahun Baru adalah saat yang paling gembira bagi tahun berkenaan.
Musim inilah yang ditunggu oleh kebanyakan masyarakat dan kegembiraan ini
digambarkan dalam tarian. Dalam urutan tarian ini, penari kelihatan sedang membuat
persiapan untuk Tahun Baru secara besar-besaran. Tarian ini juga menunjukkan gadis-
gadis menghias diri untuk menyambut perayaan ini.

13
3. Tarian Bunga
Tarian ini adalah untuk merayakan keamanan dan kegembiraan dunia. Seperti tarian-
tarian Cina yang lain, tarian ini dipersembahkan oleh wanita-wanita Cina dengan lemah
lembut. Pergerakan tarian ini menggambarkan wanita cantik bergerak dengan aman,
kasih sayang dan harmoni. Tarian ini mencerminkan jiwa yang penyayang dan
bersemangat. Ia juga sebagai bukti secara simboliknya menyatakan penyerahan bunga
kepada rakyat yang dalam kegembiraan. Terdapat juga unsur yang mengharapkan
keamanan untuk seluruh dunia.

14
3.0 PERBINCANGAN

Hasil daripada objektif yang pertama, didapati bahawa 80 % menyatakan mereka


tidak mengikuti perkembangan tarian tradisional masyarakat melayu mahupun
masyarakat cina. Ini kerana kurangnya pendedahan terhadap tarian tardisional dan
lebih berminat terhadap tarian moden.

Selain itu juga 59 % menyatakan bahawa masyarakat sekarang kurang berminat


terhadap tarian tradisional adalah kerana tarian jenis dianggap ketinggalan zaman dan

15
kurang moden. Disamping itu juga pemikiran generasi sekarang telah dipengaruhi
oleh budaya barat.

Objektif yang kedua didapati seramai 27 responden telah menyatakan bahawa


Tarian Tradisional Masyarakat Melayu lebih mendapat perhatian oleh pihak media
kerana masyarakat majoriti di Malaysia terdiri daripada etnik melayu. Disamping itu
juga masyarakat melayu lebih mengambil perhatian terhadap budaya etnik kaum
mereka.

Tetapi seramai 17 orang responden menyatakan tarian tradisional masyarakat cina


mudah dipelajari berbanding dengan tarian tradisional masyarakat melayu kerana
tarian tradisional cina tidak mempunyai banyak lenggok tari dan agak besahaja.

Hasil daripada temuramah yang telah dijalankan, didapati persepsi masyarakat


sekarang kurang tertumpu terhadap tarian jenis tradisional, malah lebih terdedah
kepada tarian moden. Ini kerana kurang pendedahan tentang tarian tradisional samada
bagi masyarakat melayu mahupun masyarakat cina.

Perbezaan antara kedua-dua tarian ini juga dapat dilihat dari segi pakaian, alat
muzik, jenis muzik dan juga lenggok tari yang dipersembahkan. Tetapi persamaannya
adalah, kedua-dua jenis tarian ini mempersembahkan atau memberikan maksud dalam
tarian mereka. Tarian juga dipersembahkan mengikut motif majlis yang diraikan.

4.0 KESIMPULAN

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan didapati tarian tradisional samada tarian
tradisional masyarakat melayu dan tarian cina kurang mendapat sambutan ramai. Ini
kerana kurang pendedahan dan juga terpengaruh dengan budaya barat. Ramai juga yang
berpendapat bahawa tarian tradisional agak ketiggalan zaman dan kolot.

16
Tetapi jika dibandingkan dengan tarian tradisional masyarakat melayu dengan
masyarakat cina, tarian tradisional masyarakat cina kurang mendapat sambutan dari
masyarakat mereka sendiri. Ini kerana masyarakat cina itu sendiri tidak mementingkan
budaya mereka. Bagi masyarakat melayu pula, walaupun kurang mendapat sambutan dan
perhatian orang ramai, tetapi masyarakat melayu masih mengekalkan tradisi tarian
masyarakat melayu dalam sesetengah majlis mahupun upacara.

Tarian-tarian tradisional hanya dapat dilihat semasa meraikan Citrawarna


Malaysia dan juga semasa menyambut tahun melawat Malaysia. Dalam aktiviti
sebeginilah baru masyarakat terdedah akan jenis-jenis tarian dari etnik lain.

5.0 SENARAI RUJUKAN :


1. Internet – Sejarah Tarian Masyarakat Melayu dan Masyarakat Cina -
www.geocities.com/rifdan2002/senimkat.htm
2. internet – Kementerian Kebudayaan dan Kesenian -
http://www.heritage.gov.my/kekkwa/viewbudaya.php?id=28

17
18

Anda mungkin juga menyukai