Anda di halaman 1dari 7

HUBUNGAN DIPLOMATIK

MALAYSIA INDONESIA
Ahli Kumpulan
Firdaus
Dandan
Md.Awaluddin
Md.Masyhum
Hubungan diplomatik malaysia dan
indonesia
• Demonstrasi buruk baru-baru ini depan Kedutaan Besar
Malaysia di sini oleh Benteng Demokrasi Rakyat
(Bendera) nampaknya telah merubah senario diplomasi
hubungan dua hala Indonesia-Malaysia.
• Pelemparan najis manusia di perkarangan kedutaan itu
dan pengotoran bendera Malaysia sebagai membantah
penangkapan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian
Kelautan dan Perikanan Indonesia oleh Polis Marin
Malaysia di perairan Riau, pada 13 Ogos itu nampaknya
telah menjejas hubungan itu.
• Kuala Lumpur berpendirian pegawai penguatkuasa
berkenaan telah menceroboh perairan Malaysia dan
menculik nelayan-nelayan Malaysia pada tarikh
berkenaan.
• Manakala Jakarta pula mendakwa bahawa nelayan
Malaysia menceroboh dan mencuri ikan di perairannya.
• Sementara suasana baru mula memanas di Malaysia,
situasi di Indonesia sudah meningkat ke tahap
mendesak diputuskan hubungan diplomatiknya dengan
Malaysia.
• Pensyarah Kanan bidang Hubungan Antarabangsa
Universiti Indonesia Andi Widjojanto dan peneliti
Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) Ikrar Nusa
Bhakti misalnya sudah mencadangkan agar Indonesia
menurunkan tahap hubungan dengan Malaysia, jika
tidak memutuskan terus hubungan itu, sebagai langkah
terapi kejutan terhadap Malaysia.
• Namun Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY),
yang sering dipersalahkan masyarakat kerana tidak
tegas menangani persoalan ini berkata jalan terbaik
menyelesaikannya ialah melalui perundingan namun
Indonesia tidak akan berkompromi dalam soal
kedaulatan wilayahnya.
• SBY telah mengirim surat kepada Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, menyatakan harapan
agar masalah ini dapat diselesaikan dengan baik dan
rundingan mengenai masalah perbatasan diteruskan.
• Aktivis masyarakat yang tidak suka melihat hubungan
baik Malaysia-Indonesia cepat menggunakan peluang
daripada insiden ini untuk mencetuskan semangat
nasionalisme dan menyalahkan SBY, yang didakwa
terlalu mengalah dalam perundingan dengan Malaysia.
• Ahli-ahli politik termasuk menteri kabinet Indonesia cepat
menyalahkan Malaysia kerana insiden Riau itu, yang
diburukkan lagi dengan laporan media yang
menggambarkan Malaysia sebagai angkuh.
• Tekanan yang terus meningkat telah memaksa Menteri
Luar Dr Marty Natalegawa untuk mengirim nota
diplomatik kepada Malaysia bagi membantah tindakan
Polis Marin Malaysia itu, dengan menyatakan bahawa
insiden itu berlaku di perairan Indonesia.
• Indonesia mendasarkan keputusan itu pada peta tahun
2009 berbanding Malaysia yang menggunakan peta
1979. Malaysia menjawab dengan menegaskan kejadian
itu berlaku di luar pantai Johor.Kawasan ini berdasarkan
Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982.
• Dalam pada itu, media Indonesia terus memainkan isu
seperti layanan buruk terhadap pembantu rumah
Indonesia oleh majikan Malaysia dan isu ratusan warga
Indonesia menghadapi hukuman mati di Malaysia kerana
kesalahan dadah dan jenayah berat, untuk menambah
rasa benci rakyat Indonesia terhadap Malaysia.
• Undian pendapat oleh harian Republika pada 23 Ogos
menunjukkan 3,607 responden atau 72.91 peratus
daripada responden mengatakan Malaysia negara paling
kurang mesra dengan Indonesia, di kalangan tujuh
negara lain termasuk Australia, Singapura, Brunei dan
Filipina.
• Malaysia sendiri berdepan dengan pelbagai masalah di
Indonesia termasuk tanah kediaman Duta Besar
Malaysia di Kemang, Jakarta Selatan dirampas oleh
pihak tententu.
• Ia mengambil masa 12 tahun untuk mahkamah
mengembalikan tanah itu sedangkan ini adalah
tanggungjawab Jakarta untuk melindungi kepentingan
perwakilan asing.
• Tanah ladang kelapa sawit milik Sime Darby berjumlah
48,000 hektar, yang sebahagian besarnya di Kalimantan
kini terancam akan dilelong manakala Petronas yang
diminta melabur di Indonesia dengan janji dapat menjual
bahan bakar bersubsidi tidak diberikan hak itu kecuali di
Sumatera dengan jumlah yang amat kecil.
• Pertemuan Anifah dan Dr Marty yang dijadualkan pada 6
Sept di Kota Kinabalu bagi membincangkan soal
sempadan bersama merupakan perkembangan positif.
• Oleh kerana pertikaian sempadan ini tidak mungkin
dapat diselesaikan dalam jangka masa singkat, insiden
seperti ini berkemungkinan berulang.
Sekian Terima Kasih…

Assalamualaikum….

Anda mungkin juga menyukai