Anda di halaman 1dari 2

PENANAMAN FERTIGASI

Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation .
Sistem Fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya
ialah seperti Sistem Titis Mikro , Hidroponik Aliran Dalam , Hidroponik Aliran Cetek ,
Hidroponik statik , Aeroponik dan Pemercik Mikro .

Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah dan berdaun seperti
tomato , timun jepun , cili merah , terung , melon, cili sayur , strawberi dan juga pokok
hiasan . Ringkasnya , sistem tanaman ini adalah sangat sesuai untuk tanaman yang
bernilai tinggi di pasaran .

Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan serangan penyakit akar


yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium ,fusarium,rhizoton dan juga
penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah .

Kelebihan Sistem Fertigasi antara lain ialah pokok diberi baja dengan sukatan
dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran . Baja terus diberi kepada zon akar
supaya mudah diserap oleh pokok .

Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal


serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga
jaring kalis serangga . Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan . Sistem
ini juga tidak menggunakan tanah dan tidak memerlukan penggunaan tanah yang luas .

Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti


cocopeat ,sekam padi , rootwool , perlite , zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah
tanaman fertigasi . Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana
harganya murah , ringan, berkualiti dan mudah digunakan .

Peralatan atau kompenen yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah seperti
tangki , tong stok nutrient , pam , paip poly atau pvc . Dripper , mini tubing , tubing ,
timer dan peralatan kawalan air dan baja . Dalam sistem fertigasi , air baja diberi
mengikut masa iaitu antara 3 - 6 kali sehari selama 5 - 10 minit . Ini bergantung kepada
cuaca dan juga kawasan tanaman .
Pembinaan sistem fertigasi mengikut pakej pasang siap GM PELADANG ialah
berjumlah RM30 ,000 untuk keluasan 600 kaki persegi . Hasil pengeluarannya boleh
mencapai empat hingga enam kali ganda dari tanaman di atas kawasan terbuka .
Pulangan modal dalam sistem tanaman ini mengambil masa 3 - 4 tahun .

Kelebihan Fertigasi berbanding dengan tanaman cara konvensional ialah hasil


pengeluaran lebih berganda pada mutu yang berkualiti dan bersih .

Anda mungkin juga menyukai