Anda di halaman 1dari 2

Aku Juga Ingin Bercinta!!! Tapi......

Telah menjadi fitrah si adam akan tertarik dengan kelembutan dan kecantikan hawa dan hawa
terpersona dengan sifat gagah adam. Perasaan yang lahir itu adalah fitrah... Semua manusia yang
normal akan memiliki perasaan itu. Ingin disayangi dan diberi perhatian. Akhirnya si adam atau si
hawa mula meluahkan rasa cinta yang telah sarat ditanggung, takut yang dipuja dikebas orang.
Melalui SMS, Call atau lebih gentleman berdepan..

Saya ada sesuatu nak cakap dengan awak. Dah lama saya nak cakap. Saya tak tahu
bagaimana nak mulakan.. Tapi, saya kena bagi tahu juga..baru saya lega. Sebenarnya saya dah
lama suka kat awak, sejak pertama kali jumpa awak. Dah lama saya perhatikan awak. Awak ada
ciri-ciri perempuan yang saya suka. Kalau boleh saya nak jadikan awak teman istimewa saya. Saya
bagi awak masa untuk awak fikir. Saya tak memaksa. Awak fikirlah baik-baik. Sama ada awak nak
terima atau tidak, awak fikirlah..saya sanggup tunggu... Saya akan tetap tunggu awak. Saya akan
terima apa pun jawapan awak. Saya harap awak tak akan kecewakan saya.

Begitulah lebih kurang bait-bait kata sang jejaka semasa meluahkan perasaannya dan
mengajak si gadis untuk menjadi kekasihnya. Si gadis yang terpersona dengan bicara lembut si jejaka
mula mempertimbangkan. Meminta masa untuk mempertimbangkan permintaan sang jejaka
hanyalah sebagai prosedur keegoan agar nampak tidak terlalu terhegeh-hegeh. Tanpa memikirkan
tentang hukum dan larangan Allah tentang batas pergaulan antara lelaki dan perempuan si gadis
menerima ajakan si jejaka. Bermulalah kisah cinta uda dan dara... Pertemuan demi pertemuan diatur
bagi mengeratkan hubungan dan berkasih sayang. Berjanji akan setia dan mengakhiri hubungan
dengan alam rumahtangga. Malah, keluarga turut merestui hubungan mereka.

Oh, Tuhanku...

Mereka setia dengan kekasih mereka, berusaha menjaga hati pasangan, menjaga ketika sakit,
prihatin terhadap pembelajaran di universiti atau kolej, menyayangi kekasihnya lebih dari
menyayangi diri sendiri, berkorban masa, tenaga dan wang ringgit dan memasang impian untuk
membina rumah tangga yang bahagia.

Tapi Ya Allah,

Aku juga ingin mencintai seorang lelaki.. Ingin bercinta... Tapi, Kau telah meletakkan batas antara
dua kaum ini. Jadi, bagaimana aku hambaMu yang lemah bisa melanggar syariatmu. Aku takut pada
azabMu Ya Allah. Kau mengharamkan cinta yang dibina bukan keranaMu. Mana mungkin ada
pasangan yang bercinta keranaMu. Berjumpa, berpegangan tangan, mengucapkan rindu dan kasih
sayang, menatap wajah si kekasih sepuas hati untuk melepaskan rindu...itu semua pembohongan
jika mereka katakan bercinta keranaMu. Telah Kau haramkan manusia daripada menghampiri
zina..Jadi bagaimana aku sanggup untuk bercinta kerana berjumpa itu menghampiri zina,
mengucapkan kasih dan sayang antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram juga menghampiri
zina, bermesej yang mengungkapkan rindu juga adalah menghampiri zina...Jadi, bagaimana aku
boleh bercinta sedang Kau telah mengharamkanNya. Aku tidak sanggup menghadapi azabMu!!! Kau
mengharamkan sesuatu tetapi Kau juga telah menghalalkan sesuatu...Kau mengharamkan
BERCOUPLE tetapi Kau telah halalkan PERKAHWINAN. Hanya perkahwinan yang dibenarkan Islam
dalam urusan hati antara lelaki dan perempuan. Hanya perkahwinan
Wahai Muslimin dan Muslimah,

Atas dasar apa kita berhukum? Mengapa tidak kita menjauhi larangan Allah? Mengapa kita
menjadikan perkara yang haram sebagai kebiasaan? Adakah kita tidak takut dengan Allah?? Cuba
kita tanya diri kita, antara kekasih kita dengan Allah, siapa yang lebih kita cintai?? Apa jawapan
kita....? Allah???? Bohong!!!! Jika kita mencintai Allah, mengapa kita tegar melanggar
perintahNya??? Kalau kita mencintai Allah, mengapa kita tidak berjuang menegakkan agama Allah?
Jika kita mencintai Allah, kenapa kita tidak berhukum dengan hukum yang telah Allah tetapkan????
Kalau kita mencintai Allah, kita tidak akan ada masa untuk melakukan kemaksiatan dan
kemungkaran kerana hati kita tidak henti-henti mengingati Allah! Jika kita mencintai Allah, tatkala
kekasih kita mengajak berjumpa, kita akan berusaha untuk membatalkan perjumpaan itu kerana
takut dengan azab Allah!!!! Jika kita mencintai Allah, kita akan pastikan bahawa tiada cinta untuk
yang bukan dalam redhaNya. Sekarang tanya semula diri kita?? Kita cinta ke kepada Allah yang
menjadikan kita???? Tanyalah diri kita ini.. Adakah dengan melakukan kemungkaran dan
kemaksiatan itu bukti kita cinta pada Allah?? Adakah kesetiaan dan pengorbanan kita pada si kekasih
menjadikan kita seorang yang baik? Adakah kita berasa puas dan senang hati dengan status ‘setia’
itu sedangkan perkara yang lebih penting ialah banyak maksiat yang kita lakukan. Tidakkah
sepatutnya kita menginsafi diri atas kemaksiatan yang kita lakukan?? Ternyata kebanyakan daripada
kita lebih mencinta kekasih kita daripada mencintai Allah!! Nauzubillah... Allah tidak rugi apa-apa jika
kita tidak mencintaiNya. Tetapi, kitalah yang akan kerugian kerana jauh daripada rahmat dan kasih
sayang Allah. Bolehkah kita hidup bahagia tanpa kasih sayangNya?? Tidak ya Allah, sungguh aku
tidak mampu!

ALLAH MENCINTAI KITA LEBIH DARIPADA SEGALANYA YANG ADA DIBUMI INI...TIADA YANG
MAMPU MENCINTAI KITA SEHEBAT CINTA ALLAH KEPADA KITA. JADI.....MENGAPA KITA TEGAR
TIDAK MEMBALAS CINTA ALLAH?!! MENGAPA KITA SOMBONG DENGAN CINTA ALLAH SEHINGGA
KITA MEMBIARKAN CINTA ALLAH PERGI, MALAH KITA SIBUK MENGEJAR CINTA MANUSIA!!!!

Anda mungkin juga menyukai