Anda di halaman 1dari 8

SULIT 1249/1

Pilih jawapan yang paling tepat.

1 Antara berikut, negara yang manakah menjadi kuasa imperialis di Asia Tenggara?
I Rusia
II Jerman
III Sepanyol
IV Portugal
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

2 Pernyataan berikut menerangkan imperialis Portugis.


Melaka ditawan oleh kuasa penjajah pada tahun 1511.
Penjajah yang terlibat dalam penaklukan tersebut ialah
A Portugal C Sepanyol
B Perancis D Amerika Syarikat

3 Apakah slogan yang digunakan oleh Perancis turut menjalankan dasar imperialisme di
Asia Tenggara?
A Kekayaan ilmu C Tanggungjawab mubaligh
B Beban orang putih D Tugas menyebarkan tamadun

4 Pada pendapat anda, mengapakah raja-raja Thailand mendapatkan khidmat nasihat


daripada pegawai negara Barat?
A Melicinkan pentadbiran
B Menjimatkan kewangan
C Mengekalkan kemerdekaan
D Mengurangkan pengaruh kerabat diraja

5 Apakah peranan utama encomiendero di Filipina?


I Mengutip cukai
II Melantik gabenor
III Memajukan pertanian
IV Mengkristiankan penduduk barangay
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

6 Apakah jenis sistem pentadbiran yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka
sebelum kedatangan Portugis?
A Residen
B Penasihat
C Birokrasi Barat
D Pembesar Empat Lipatan

7 Antara berikut, yang manakah mendorong perkembangan nasionalisme di negara-negara


1
SULIT 1249/1

Asia Tenggara?
I Gerakan Islah
II Dasar Penjajah Barat
III Revolusi Perindustrian
IV Pemberontakan rakyat
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

8 Senarai berikut merupakan sistem yang diperkenalkan oleh penjajah di Asia Tenggara.
 Sistem Polo
 Sistem Tanaman Paksa
Apakah persamaan antara sistem tersebut?
A Melatih pemimpin
B Menindas penduduk peribumi
C Memajukan ekonomi luar Bandar
D Menghasilkan pertanian berkualiti

9 Pernyataan berikut menerangkan kerajaan Jepun.

Kejayaan Jepun membuka mata para nasionalis


di Asia Tenggara pada awal abad ke-20.

Apakah bidang kejayaan Jepun tersebut?


A Pendidikan C Kebudayaan
B Peperangan D Kesusasteraan

10 Antara berikut, yang manakah ciri-ciri nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara?
I Berorganisasi
II Bersifat sederhana
III Mementingkan kebudayaan
IV Menekankan tindakan politik
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

11 Semasa menentang British diTaboh, Penghulu Dol Said telah mendapat bantuan
Ketenteraan. Antara mereka yang membantu ialah
I Syed Shaban III Syarif Masahor
II Seputum IV Penghulu Remai
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

12 Maklumat berikut merujuk kepada seorang tokoh pejuang tempatan.

2
SULIT 1249/1

 Penggoncang dunia
 Nama sebenar ialah Libau

Tokoh yang dimaksudkan berasal dari


A Sabah C Sarawak
B Perak D Selangor

13 Apakah tindakan kaum Iban terhadap penaklukan james Brooke di Saribas paada tahun
1849?
A Menyerang kapal
B Membakar balai polis
C Membina kubu pertahanan
D Mendapatkan sokongan pembesar

14 Pernyataan berikut menerangkan sistem residen di Perak.

Residen Perak memungkiri fungsinya


sebagai penasihat.
Apakah kesan yang timbul daripada tindakan residen tersebut?
A Penghapusan jawatan residen
B Pengenalan perjanjian baharu
C Penentangan penduduk tempatan
D Pertukaran kepada sistem penasihat

15 Mengapakah pemimpin-pemimpin Melayu menentang kedatangan British?


I Kebebasan bersuara disekat
II Daerah pedalaman dimajukan
III Ekonomi tempatan dieksploitasi
IV Campur tangan dalam adat tempatan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

16 Apakah yang membantu Naning mencapai kejayaan menentang British pada tahun 1831?
A Askar upahan C Kubu pertahanan
B Peralatan perang D Bantuan ketenteraan

17 Mengapakah pembesar-pembesar tempatan di Pasir Salak, Perak menentang pentadbiran


Barat?
I Kehilangan kawasan pegangan
II Kehilangan hak pungutan cukai
III Larangan membersihkan kawasan
IV Campur tangan dalam isu pendidikan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

3
SULIT 1249/1

18 Mesyuarat pembesar Melayu di Durian Sebatang pada tahun 1875 membawa kepada
A penentangan undang-undang British
B pemansuhan jawatan gabenor
C pemecatan Sultan Abdullah
D pengurangan kuasa sultan

19 Maklumat berikut menerangkan penentangan di Kelantan.


 Berlaku di Pasir Puteh
 Dipimpin oleh seorang pejuang
yang mahir dalam ilmu persilatan

Apakah yang menjadi titik tolak penentangan tersebut?


A Pelaksanaan cukai tanah
B Pembunuhan Tok Janggut
C Pembentukan kerajaan sementara
D Pengenalan Sistem Penasihat British

20 Pernyataan berikut merujuk kepada seorang tokoh pejuang tempatan.


Abdul Rahman diberi gelaran ‘Limbong’.

Istilah Limbong berkaitan dengan


A peralatan C perjuangan
B pekerjaan D penempatan

21 Rajah berikut menunjukkan akhbar yang dihasilkan pada awal kurun ke-20.
Al-Imam – Membangkitkan semangat nasionalisme

Siapakah pendukung akhbar tersebut?


A Ahmad Bakhtiar
B Dato’ Onn Jaafar
C Sheikh Tahir Jalaluddin
D Zainal Abidin bin Ahmad

22 Pernyataan berikut menerangkan perkembangan gerakan Islah.


Gerakan Islah oleh Kaum Muda bergerak
dengan baik di Negeri-Negeri Selat.
Mengapakah berlaku sedemikian?
A Tokoh yang berkaliber
B Keluasan negeri yang kecil
C Tiada sekatan undang-undang
D Diperintah oleh Yang Dipertua

23 Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh yang penting pada tahun 1920-an.

4
SULIT 1249/1

Mohammad Eunos Abdullah


Apakah sumbangan utama tokoh tersebut kepada orang Melayu di Singapura?
A Mendirikan sekolah Melayu
B Mendapatkan penempatan khas
C Memartabatkan bahasa Melayu
D Menyediakan kawasan pertanian

24 Pernyataan berikut berkaitan dengan sebuah kesatuan di Tanah Melayu pada tahun
1870-an.
Kesatuan Melayu Singapura ditubuhkan pada tahun
1926.
Antara berikut, yang manakah kejayaan kesatuan tersebut?
I Mendorong penubuhan UMNO
II Menjadi penaung kepada Kongres Melayu
III Memperoleh kawasan penempatan khas bagi orang Melayu
IV Mempunyai wakil Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

25 Apakah yang menentukan sempadan kerajaan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
A Kesetiaan rakyat C Kemajuan ekonomi
B Keluasan kawasan D Bilangan penduduk

26 Antara berikut, yang manakah merupakan ciri negara bangsa dalam Kesultanan Melayu
Melaka?
I Rakyat III Kehakiman
II Kedaulatan IV Persempadanan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

27 Maklumat berikut merupakan perbilangan yang berkaitan dengan Adat Perpatih di Negeri
Sembilan.
Alam beraja
Luak berpenghulu
Suku berlembaga
Anak buah berbuapak

Perbilangan tersebut dikaitkan dengan


A Keamanan negara C Upacara perkahwinan
B Pemilihan pemimpin D Peningkatan hasil pertanian

28 Konsep negara dan bangsa mula wujud dalam kalangan rakyat Malaysia apabila British
Memperkenalkan
A Sistem Ahli C Malayan Union
B Pakatan Murni D Sistem Residen
29 Rajah berikut menerangkan negara Itali.

5
SULIT 1249/1

Itali → Menewaskan Austria pada tahun 1860

Apakah yang membantu Itali dalam perjuangan tersebut?


A Serangan mengecut
B Pemalsuan dokumen
C Kediktatoran Adolf Hitler
D Kerjasama dengan Perancis

30 Apakah yang menjadi titik tolak pembentukan negara bangsa di Madinah?


A Pendakwahan oleh ulama
B Penghijrahan ke Madinah
C Penyingkiran kaum Yahudi
D Penggubalan Piagam Madinah

31 Antara berikut, perkara yang manakah diperuntukkan dalam Undang-undang Laut


Melaka ?
I Atur cara pelayaran
II Bidang kuasa nelayan
III Undang-undang keluarga
IV Tanggungjawab pengawal kapal
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

32 Antara berikut, siapakah yang berhak menjadi raja menurut Undang-undang Tubuh
Kerajaan Johor?
A Rakyat C Pembesar Melayu
B Anak Bendahara D Waris pemerintah Johor

33 Apakah tugas Jemaah Penasihat Raja dalam Sistem Jemaah Menteri Kelantan?
A Menjaga keamanan negeri
B Menguruskan istiadat rasmi
C Menguruskan urusan yang bukan rahsia
D Menguruskan kemajuan ekonomi negeri

34 Apakah konsep penting dalam pengamalan Adat Perpatih?


A Pemerintahan mutlak
B Keagungan institusi diraja
C Kedaulatan berada di tangan rakyat
D Falsafah legalisme dalam pentadbiran

35 Pernyataan berikut menerangkan tindakan Vyner Brooke ditentang oleh penduduk

6
SULIT 1249/1

Sarawak.
Vyner Brooke menyerahkan Sarawak
kepada British pada tahun 1946.

Mengapakah berlaku penentangan tersebut?


A Meningkatkan pengaruh Barat
B Mengurangkan kuasa pemimpin
C Bercanggah dengan Perlembagaan 1941
D Menghapuskan hak istimewa bumiputera

36 Mengapakah kerajaan British memperkenalkan Malayan Union?


A Menghapuskan sentimen perkauman
B Menghapuskan ancaman komunis
C Memajukan kawasan luar bandar
D Melicinkan pentadbiran

37 Pernyataan berikut menerangkan Malayan Union.


Kerajaan Malayan Union diisytiharkan pada 1 April
1946 di Kuala Lumpur.

Apakah kesan daripada peristiwa tersebut terhadap orang Melayu di Tanah


Melayu?
A Menambahkan kuasa sultan
B Memundurkan aktiviti pertanian
C Menyatupadukan bangsa Melayu
D Meninggikan pengaruh pembesar

38 Mengapakah orang Melayu bersetuju untuk menerima Perjanjian Persekutuan Tanah


Melayu 1948?
A Pampasan diterima C Menguasai pentadbiran
B Kebebasan berpolitik D Hak istimewa dilindungi

39 Bagaimanakah kedudukan raja-raja Melayu dalam pentadbiran Malayan Union?


I Berkuasa mutlak
II Memungut cukai
III Kehilangan takhta
IV Membincangkan soal agama Islam
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

40 Pernyataan berikut menerangkan peranan raja dan pemimpin Melayu.

7
SULIT 1249/1

Raja-raja dan para pemimpin Melayu


telah merealisasikan pembentukan
Tanah Melayu 1948.

Apakah nilai penting yang telah ditonjolkan oleh raja dan pemimpin negara kita?
A Perpaduan C Kesesuaian
B Kegigihan D Pengetahuan

‘KERTAS SOALAN TAMAT’

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

…………………………. …………………………. ……………………………..


(PN INDRA RANI) (PN CHENTAMIL CHELVI) (EN FAZARI WARIS)
Ketua Panitia Sejarah Ketua Bidang Kemanusiaan

Anda mungkin juga menyukai