Anda di halaman 1dari 105

BBM 3411 KETRAMPILAN

BERBAHASA

Dr. Hj. Mohd Sharifudin Yusop


Jabatan Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM1
TRAMPIL
• Terampil
• Cekap
• Mampu melakukan sesuatu dengan baik dan
cermat
• Mahir berbahasa
• Lisan
• Tulisan
• Berkomunikasi
• Menerang
• Memberitahu
• Memujuk
• Meyakinkan
• Mempengaruhi
• Bercerita
KETRAMPILAN
BERBAHASA@msyM1
PEMEROLEHAN BAHASA

• Proses yang berlaku dalam otak ketika memperolehi bahasa


ibunda
• Mulai peringkat bayi melalui perlakuan dan kecekapan
pancaindera; dengar dan tutur
• Meliputi peringkat
– Fonologi
• Bunyi-bunyi rambang (membabel)
• Fonem-fonem kasar (fitur ketara)
• Fonem-fonem halus (fitur tak ketara)
– Semantik
• Morfem bebas (kata-kata)
• Kata konkrit dan kata abstrak
• Morfem terikat
• Cuba jaya
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM1

PEMEROLEHAN BAHASA
• Sintaksis
– Gabungan kata
– Penafian, pertanyaan
– Ayat pelbagai ragam
• Wacana
– Gabungan idea
– Kefahaman ekstrinsik
– Kefahaman intrinsik
– Penguasaan gaya bahasa
– Kefahaman laras bahasa
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM1

TEORI
PEMEROLEHAN BAHASA
Teori Behavioris
– Pemerolehan sesuatu perlakuan melalui proses perulangan
– Kemahiran berbahasa sama dengan kemahiran fizikal yang
lain

• J.B. Watson
– kajian lakuan sedar dan lakuan bawah sedar
– Bahasa mesti bersifat objektif
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM1

TEORI
PEMEROLEHAN BAHASA
• E.R. Guthrie
– Kajian lakuan rangsangan dan tindak balas
– Perulangan situasi menghasilkan perulangan bahasa

• B.F. Skinner
– Konsep pengukuhan dalam perlakuan rangsangan dan
tindak balas
– Lakuan automatis
• Berlaku jika ada rangsangan
– Lakuan operan
• Berlaku dalam lingkungan/keadaan
• Pembelajaran berlaku setelah beberapa perulangan
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM1

TEORI
PEMEROLEHAN BAHASA
Teori Biologis
• Potensi dan fungsi otak dalam pemerolehan
bahasa
• Otak mempunyai saraf; mampu menerima,
memproses dan menghasilkan bahasa
– N. Chomsky
• Jentera penguasaan bahasa
• Upaya semulajadi merumus dan membentuk
hukum nahu
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM1

– E.H. Lenneberg
• Semua kanak-kanak sihat/normal mulai bertutur pada tahap
usia yang sama
• Tidak terikat dengan persekitaran dan pengalaman
perlakuan bahasa
– J. Piaget
• Kelahiran – 2 tahun
– Kebijaksanaan sensori motor
• 2 – 7 tahun
– Praolahan
• 7 – 12 tahun
– Olahan konkrit
• 12 – dewasa
– Olahan formal
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM2

DUA SUDUT PENELITIAN


PEMEROLEHAN BAHASA
• Behavioris/empiris
– Perlakuan berulang-ulang
– Stimulus dan respons
– Gerak fizikal
• Biologis/mentalis
– Kebolehan sedia ada
– Naluri
– Artikulator
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM2

PERINGKAT
PEMEROLEHAN BAHASA

• Membabel, mengagah
– Bunyi tanpa makna
– Sama bagi semua bayi
• Holofrasa
– Ujaran kata-kata tidak lengkap
• Ucapan dua kata
– Menggabung dua morfem
• Permulaan tatabahasa
– Pengenalan elemen tatabahasa
• Tatabahasa dewasa
– Ayat-ayat kompleks
• Kecekapan penuh
– Menerbit dan memahami elemen sintaksis yang lebih kompleks
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM2

• 3bln-angkat kepala • Mulai membabel

• 6bln-duduk dengan bantuan • Pembabelan semakin


rancak
• 9bln-duduk tanpa bantuan,
merangkak, cuba berdiri, • Intonasi babel seperti
jatuh bahasa
• 1th-mulai berjalan apabila
tangan dipegang, dapat
berdiri • Holofrasa muncul

• 1th3bln-jalan huyung-
hayang, merangkak naik
tangga
• Pemanjangan kata,
penyempitan
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM2

• 1th6bln-dapat berjalan • Pengucapan 2 holofrasa,


dengan baik, merangkak berturutan dan cepat
turun tangga dengan
berundur • Mulai mengucapkan ayat
• 1th9bln-berjalan cepat 2 kata
dan cuba berlari
• 2th-berlari dengan baik, • Mulai mengucapkan ayat
naik-turun tangga dengan 3 kata
satu kaki ke depan
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM2

• 2th6bln-mulai naik • Mulai mengucapkan


basikal roda 3, dua kaki ayat 4 kata, sistem
menolak vokal lengkap
• 3th-dapat naik basikal • Tahu guna kata ganti
roda 3, naik tangga diri, kata nama
berselang kaki • Konsonan dikuasai
• 3th6bln-mulai belajar kecuali gugus
melompat konsonan
• 4th-turun tangga • Sintaksis baik tapi
berselang kaki terhad
• 5th-naik-turun tangga • Gugus konsonan tepat
dengan berlari,
melompat dengan baik
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM2

FAKTOR PERSEKITARAN PERTUTURAN

• Kedudukan sosioekonomi
– Taraf pendidikan, jenis kediaman, jenis
permainan
• Perhubungan dalam keluarga
– Sistem panggilan, saiz keluarga, hubungan
• Kehidupan rumah tangga
– Jenis bahasa, jenis ujaran, gaya bahasa
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM2

• Kawasan tempat tinggal


– Bandar, pinggir bandar, kampung, setinggan
• Rakan sebaya
– Jiran, sekolah
• Media massa
– Elektronik, cetak
• Pendedahan dan rangsangan
– Potensi bahasa digilap secara formal
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM3

KOMUNIKASI
• Proses menyampai dan menerima maklumat
antara dua pihak
• Menggunakan bahasa sebagai medium
– Bahasa
– Nonbahasa
• Membentuk idea
– Proses dalam minda
– Dipengaruhi rangsangan luaran dan dalaman
– Mencerminkan nilai dan daya trampil
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM3

• Mengubah idea kepada simbol


– Memilih wahana penyampai; bahasa, simbol, rajah
• Menghantar mesej
– Memilih saluran, latar
• Menerima mesej
– Menggunakan deria dengar, lihat
• Memahami mesej
– Menggunakan kemahiran mentafsir
• Mengambil tindakan
– Tindak balas sewajarnya
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM3
BENTUK KOMUNIKASI
• Lisan
– Perbualan tidak dirancang
– Perbualan dirancang secara tidak formal
– Perbualan melalui telefon
– Mesyuarat, pengajaran, temu duga, pengucapan awam
• Komunikasi visual
– Grafik; foto, sketsa, lukisan
– Animasi; televisyen, video
• Komunikasi isyarat
– Gestur; mimik muka
– Postur; gerak tubuh
– Bahasa isyarat
• Komunikasi bertulis
– Memo
– Surat pekeliling
– Notis
– Laporan
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM3

KREDIBILITI KOMUNIKATOR
• Kebolehpercayaan
– Berupaya meningkatkan keyakinan khalayak
terhadap isu
• Kepakaran
– Tahu apa yang diperkatakan berbanding
khalayak
• Dinamik
– Bertenaga, aktif, berminat, menghayati
• Tetap pendirian
– istiqamah
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM3

• Mesra
– Bersikap positif, senyum, lemah lembut, tidak
sombong, berbudi bahasa
• Jujur
– Bercakap benar, tidak prejudis
• Ikhlas
– Telus dan tulus, setimpal dengan imbuhan
• Empati dan sensitiviti
– Ambil kira keselesaan dan kebajikan khalayak
• Personaliti
– Daya tarikan – ketrampilan dan penampilan
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM3

HALANGAN
DALAM BERKOMUNIKASI
• Tiada maklum balas
– Komunikasi satu hala
– Gangguan saraf / deria penerima
• Salah faham / prasangka
– Kesilapan memilih saluran
– Penyampaian melalui saluran kedua
• Masalah semantik
– Kesilapan mentafsir kod
– Kekeliruan bahasa
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM3

• Keadaan persekitaran
– Latar komunikasi
• Sikap peribadi yang negatif
– Berkaitan nilai diri seseorang; taksub, negatif,
berat mulut
• Tidak faham budaya orang lain
– Lain padang lain belalang
– Rambut sama hitam, hati lain-lain
• Perbezaan status
– Ilmu, ekonomi, sosial
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM4

KEMAHIRAN MENDENGAR
• Kemahiran berbahasa paling asas
• Proses terawal sebelum komunikasi berlaku

PROSES MENDENGAR
• Receiving
• Mendengar deretan bunyi bahasa
• Attending
• Membuka minda untuk menerima kod
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM4

• Understanding
• Menggerakkan proses mental untuk membuat
tafsiran
• Menyusun kata, ayat dan wacana
• Responding
• Memberi maklum balas
• Menyerlahkan daya trampil dan nilai
• Remembering
• Merakam dalam minda segala proses dan kesan
komunikasi yang berlaku
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM4

PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR

• Peringkat awal
– Mengecam, mengajuk, memilih bunyi
– Mendengar, mengecam makna perkataan
– Melakukan sesuatu yang disuruh
– Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
• Peringkat pertengahan
– Mengecam dan mengingat fakta secara tepat
– Mengenal informasi spesifik
– Mengenal hubungan orang yang berinteraksi
– Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM4

• Peringkat maju
– Mengenal isi penting
– Mengenal peranan dan hubungan orang
yang bercakap
– Mentafsir
– Mengikut aliran dalam perbualan
– Mengenal fungsi intonasi, tekanan
– Mentafsir tujuan penutur
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM4

JENIS MENDENGAR
• Informative listening
– Mendengar untuk memahami maklumat
– Bergantung kepada tiga variabel
• Penguasaan kosa kata
• Konsentrasi
• Daya ingatan
• Relationship listening
– Mendengar untuk menjalin hubungan
– Melayan penutur
– Memberi sokongan; tidak mengganggu
– Empati; merasai/menghayati pertuturan orang lain
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM4

• Appreciative listening
– Mendengar untuk kepuasan diri
– Corak persembahan
– Persepsi
– Pengalaman lalu
• Critical listening
– Mendengar secara kritis
– Komunikasi rasmi
– Bergantung kepada 3 syarat (Aristotle~ The Rhetoric);
• Ethos
– Kredibiliti pemidato; kepakaran, kebolehpercayaan
• Logos
– Hujah berasaskan logik
• Pathos
– Ketrampilan psikologikal; cara menagih perhatian
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM4

• Discriminative listening
– Mendengar dan mendiskriminasi
– Kemampuan mendengar
– Kesedaran struktur bunyi
– Intergrasi tanda nonverbal
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM4

PENDENGARAN BERKESAN
• Understand the complexities of listening
– Perlukan respons yang aktif
– Bukan sahaja tertumpu kepada bunyi bahasa
tetapi juga nonbahasa
• Prepare to listen
– Mendengar untuk jangka masa yang berbeza
– Kuasai kosa kata
• Sesuaikan diri dengan situasi
– Tiada situasi mendengar yang serupa
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM4

• Tumpu kepada idea utama


– Jangan terpengaruh dengan lelucon
• Capitalized on the speed differential
– Latih untuk tingkat konsentrasi
– Hindari gangguan kosa kata tak relevan
• Organize material for learning
– Sediakan nota supaya mampu memberi
respons yang spontan
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM4

MENINGKAT
KEMAHIRAN MENDENGAR

• Establish eye contact with the speaker


– Gerak mata boleh memberi tafsiran tersirat
berbanding yang tersurat
• Take notes effectively
– Catat kata kunci
– Peta minda
• Be a physically involved listener
– Gerak badan
– Gerak mata
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM4

• Hindari tingkah laku negatif


– Hormati orang yang bercakap
– Melihat jam, mengetuk pensil, baca surat khabar
• Exersice your listening muscles
– Konsentrasi semasa mendengar
– Biasakan mendengar penyampaian yang serius
• Follow the golden rule
– Mendengar seperti mana anda mahu orang lain
mendengar anda
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM5

KEMAHIRAN BERTUTUR

• Melafazkan gabungan bunyi menggunakan


alat artikulasi
• Proses memproduksi bunyi setelah
menerima dan memahami input
• Kemahiran dikuasai melalui pengalaman
mendengar dan meniru; jarang dihasilkan
secara semula jadi
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM5

• Dipengaruhi oleh
– Ciri fizikal; alat artikulasi dan pendengaran
– Ciri mental; kemahiran memahami,
menginterpretasi
– Ciri emosi; gemuruh, kontak mata, tidak
cukup maklumat dan persediaan
• Memberi respons dan menyampaikan maklumat
dengan berkesan
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM6

ASPEK BERTUTUR
• Sebutan
– mengenal nilai bunyi setiap huruf, suku kata,
perkataan, rangkai kata dan ayat
• Tekanan
– Melantang sebutan pada bahagian suku kata
perkataan, perkataan tertentu dalam ayat, ayat
tertentu dalam wacana
• Mora
– Harakat; panjang pendek sebutan perkataan yang
membezakan makna
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM6

• Jeda
– Persendian; berhenti sebentar antara perkataan,
frasa, klausa dan ayat
• Intonasi
– Keadaan menaik-menurun apabila melafazkan ayat
• Nada
– Menaik-menurun pada suku kata; lapan tangga
sofa; khusus dalam lafazan lirik lagu atau puisi
• Tatabahasa
– Sistem yang digunakan untuk menggabungkan
huruf dan perkataan untuk menjadi ayat; fonologi,
morfologi dan sintaksis
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM6

• Kelancaran
– Lafazan perkataan dan ayat secara kemas
dan teratur
• Kefasihan
– Ketepatan sebutan
• Laras bahasa
– Penggunaan bahasa mengikut konteks
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM6

JENIS BERTUTUR
• Monolog
– Dalaman; tutur dan dengar sendiri
– Luaran; tutur dan @ tanpa pendengar
• Dialog
– Membabitkan dua pihak
• Berbual
• Bersembang
• Berpidato
– Mengajar, berceramah, bersyarah, berucap,
mengacara, berbahas, memberi taklimat, temu
duga / temu bual, bercerita
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM6

PERINGKAT BERTUTUR
• Awal
– Mengajuk
– Menyoal soalan mudah
– Menjawab soalan mudah
– Bertegur sapa
• Pertengahan
– Mendeskripsi gambar
– Mendeskripsi pengalaman
– Bercerita
– Memberi ucapan pendek
– Perbualan mudah
– Memberi arahan
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM6

• Maju
– Mendeskripsi hal abstrak
– Bersyarah, berbahas, berbincang
– Memberi penerangan
– Mengkritik
– Mendeklamasi puisi
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM6

PRASYARAT PERTUTURAN
• Kawalan intro
– Tatacara “menyampuk”
• Alu-aluan
• Minta laluan
• Memastikan isu
• Mengemukakan pandangan
• Kawalan postur
– Tatacara memasuki majlis
• Kawalan gestur
– Mimik, memek, gerakan mata, gerakan mulut, gerakan
hidung
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM6

TATACARA BERTUTUR
• Dalam perbualan
– Tahu apa yang dibualkan
– Kenal siapa pelaku
– Berhemah; kata-kata yang baik, sistem panggilan yang
sesuai, nada sederhana
• Dalam perbincangan
– Tahu yang sedang dibincangkan
– Siapa peserta
– Latar perbincangan
– Elakkan emosional
– Berhemah; diksi yang sesuai, ikut giliran, nada sederhana
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM6

• Dalam pengucapan awam


– Tahu tajuk dan fakta
– Kenali khalayak; kata sapaan
– Jangka masa
– Suasana/mood
– Penggunaan alat bantu; nota, pembesar
suara, slaid & LCD, papan putih
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM6

10 PRINSIP MENGATASI
MASALAH KETIDAKYAKINAN BERTUTUR DALAM
KHALAYAK

• Speaking in public is not inherently stressful

• You don’t have to be brilliant or perfect to succeed

• All you need is two or three main points

• You also need a purpose that is right for the task


KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM6

• The best way to succeed is not to consider yourself a


public speaker

• Humility and humor can go a long way

• When you speak in public, nothing bad can ever happen

• You don’t have to control the behaviour of your audience

• The more you prepare, the worse you will do

• Your audience truly wants you to succeed


KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM7
BAHASA DALAM PERTUTURAN

• Fungsi asal bahasa


– Meluah perasaan, menyebar/bertukar-tukar
berita/maklumat, perkongsian budaya, hubungan sosial

• Lisan
– rasmi @ tak rasmi
– Ulangan, hentian, ayat pendek

• Kolokial
– Basahan
– Tak rasmi
– Dialek, singkatan, penukaran kod, pasar
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM7

• Slanga
– Kosa kata popular semasa
– Kumpulan sosial & profesional
– Tidak difahami di luar lingkungan
• Dialek
– Kelainan bahasa berasaskan geografi, temporal, sosial
– Kosa kata, tatabahasa, ungkapan
• Laras
– Kelainan bahasa berasaskan bidang/topik/wacana
– Bentuk pertuturan, cara pertuturan
• Gaya
– Kelainan bahasa berasaskan individu @ kumpulan
– Untuk menghasilkan impak emosi kepada khalayak
– Boleh juga dalam tulisan
RAGAM
BAHASA PERTUTURAN
• Dialek
– Bahasa + Geografi = Dialek
– Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak
• Idiolek
– Bahasa + Individu = Gaya Bahasa
– Perbandingan, Pertentangan, Pertautan, Perulangan
• Sosiolek
– Bahasa + Kelas Sosial = Neka Bahasa
– Bahasa halus, bahasa kasar, bahasa kesat, bahasa istana
• Wacana
– Bahasa + Tajuk = Laras Bahasa
– Laras Sains, Laras Ekonomi, Laras Kreatif, Laras Iklan
GAYA BAHASA

• Perbandingan
– Perumpamaan/simile, metafora,
personifikasi, depersonifikasi, alegori,
antitesis, tautologi, perifrasis, prolepsis,
koreksio/antisipasi
• Perulangan
– Aliterasi, asonansi, antanaklasis, kiasmus,
epizeukis, tautotes, anafora,
epifora/epistrofa, simploke, mesodiplosis,
epanalepsis, anadiplosis
GAYA BAHASA
• Pertautan
– Metonimia, sinekdoke, alusi, eufemisme,
eponim, epitet, antonomasia,
erotesis/pertanyaan retorik, parallelisme,
elipsis, gradasi, asindeton, polisindeton.
• Pertentangan
– Hiperbola, litotes, ironi, oksimoron, paronomasia,
paralepsis, silepsis, satira, inuendo, antifrasis,
paradoks, klimaks, antiklimaks, apostrof, inversi,
apofasis, histeron proteron, hipalase, sinisme,
sarkasme.
GAYA BAHASA
PERBANDINGAN
• Perumpamaan/simile
– Perbandingan dua hal yang hakikatnya berlainan tetapi di
anggap sama
– Kata kunci – seperti, ibarat, bak, sebagai, umpama, laksana,
penaka, serupa
• Metafora
– Perbandingan dua hal untuk mencipta kesan emosi tanpa
menggunakan kata-kata kunci
– Ali mata keranjang
– Nani jinak-jinak merpati
• Personafikasi
– Memberi ciri manusia kepada benda, tumbuhan, bukan manusia
– Angin membelai rambutnya.
– Mentari mencubit kulitku.
GAYA BAHASA
• Depersonafikasi
– Mengandaikan manusia sebagai benda
– Kata kunci – kalau, jika, andai, sekiranya
– Dia diam membatu.
– Kalau aku menjadi bunga…
• Alegori
– Metafora yang diperluaskan menjadi wacana
– Cerita teladan
– Anjing Dengan Bayang-bayang
• Antitesis
– Dua kata yg mengandung makna bertentangan
– Mereka menangisi kejayaanku.
– Kecantikannya membawa celaka.
GAYA BAHASA
• Tautologi/pleonasme
– Perbandingan yg membazir
– Saya mencatat dengan tangan saya.
– Kami memikul jenazah itu di atas bahu kami sendiri.
• Perifrasis
– Perbandingan berlebihan menyampaikan satu
maksud
– Dia mengakhiri zaman bujangnya dan melayari
bahtera ke pulau idaman – berumah tangga.
• Prolepsis/antisipasi
– Penggunaan kata bersifat pra kejadian
– Keluarga malang itu telahpun menyediakan keperluan
Hari Raya.
GAYA BAHASA
• Koreksio/epanortosis
– Penegasan tentang sesuatu tetapi menukarkan
serta-merta
– Masuk kali ini sudah tujuh kali, eh, bukan, sudah
lapan kali dia pindah
– Dia yang berlebih-lebihan, tapi isterinya lebih boros
berbelanja.
GAYA BAHASA
PERULANGAN
• Aliterasi
– Perulangan konsonan secara berturutan dalam ayat.
– Dara damba daku datang dari danau dua duka.
• Asonansi
– Perulangan vokal secara berturutan dalam ayat.
– Sudah tahu membisu pula.
• Antanaklasis
– Perulangan kata yang sama tetapi berlainan maksud
– Dia selalu membawa buah tangan untuk buah
hatinya.
GAYA BAHASA
• Kiasmus
– Perulangan kata yang bertentangan maknanya dalam
satu ayat.
– Dia selalu menyalahkan yang benar dan
membenarkan yang salah.
• Epizeukis
– Perulangan kata berturutan
– Bertaubatlah, bertaubatlah, bertaubatlah sementara
pintu taubat masih terbuka.
• Tautotes
– Perulangan ungkapan secara berturutan dalam satu
binaan ayat.
– Aku adalah kau, kau adalah aku, kau dan aku
menjadi satu.
GAYA BAHASA
• Anafora
– Perulangan kata pertama dalam ayat secara
berturutan.
– Merekalah yang bersalah. Merekalah perosak
bangsa. Merekalah harapan masa depan yang pudar.
• Epifora/epistrofa
– Perulangan kata akhir dalam ayar secara berturutan.
– Suaramu adalah puisi. Tawamu adalah puisi.
Senyummu juga puisi.
• Simploke
– Perulangan kata-kata awal dan akhir dalam ayat
secara berturutan.
– Kau kata aku pemalas, biarkan. Kau kata aku
lembam, biarkan. Kau kata aku manja, biarkan.
GAYA BAHASA
• Mesodiplosis
– Perulangan kata tengah dalam ayat secara
berturutan.
– Anak merindui bapa. Isteri merindui suami. Rakyat
merindui pemimpin.
• Epanalepsis
– Perulangan kata pertama menjadi kata terakhir dalam
ayat yang sama.
– Saya akan berusaha mencapai cita-cita saya.
• Anadiplosis
– Perulangan kata terakhir dalam ayat, menjadi kata
pertama dalam ayat yang berturutan.
– Kita mesti berusaha. Berusaha mencapai cita-cita.
Cita-cita bangsa dan negara.
GAYA BAHASA
PERTAUTAN
• Metonimia
– Menggunakan satu perkataan untuk maksud sesuatu yg ada
hubungan dengannya.
– Dia baru membeli sebuah Kancil.
– Saya selalunya makan dua pinggan.
• Sinekdoke
– Bahasa figuratif yang memperlihatkan satu kata mewakili satu
kenyataan.
– Setiap kepala dikenakan bayaran RM 10.00.
– Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia
• Alusi
– Pernyataan yg dpt menggambarkan sesuatu.
– Semasa Jepun kami makan ubi kayu.
– Kita tidak mahu 13 Mei berulang.
GAYA BAHASA
• Eufemisme
– Penghalusan kata
– Dia telah kembali ke rahmatullah.
– Anak mereka memang lambat sikit dalam pelajaran.
• Eponim
– Pernyataan sesuatu keadaan berdasarkan sifat seseorang.
– Kalau dah Pandir tu,diajar macam manapun tak faham juga.
• Epitet
– Pernyataan tentang seseorang yg sesuai dengan sifatnya.
– Singa betina tu akan balik sebentar lagi.
– Si Kancil tu dapat melepaskan dirinya daripada tuduhan di
mahkamah.
GAYA BAHASA
• Antonomasia
– Penggunaan gelaran menggantikan nama.
– Yang Berhormat harus turun padang.
– Tuan Pegawai Daerah akan merasmikan majlis itu.
• Erotesis/pertanyaan retorik
– Pertanyaan yang tidak perlukan jawapan sebaliknya
untuk penegasan.
– Bersalahkah aku jika tidak mengikutmu ke alam
baqa?
• Paralelisme
– Penggunaan ayat secara sejajar.
– Sama ada lelaki mahupun wanita, semuanya
berperanan dalam pembangunan negara.
GAYA BAHASA
• Elipsis
– Menghilangkan frasa/klausa dalam ayat tetapi masih
difahami keseluruhannya.
– Jika awak tidak mahu mengaku…
– Pemergian … amat dirasainya.
• Gradasi
– Kata-kata yang diulang dari satu klausa ke klausa
yang berikutnya.
– Kita harus mengakui,mengakui bahawa
tanggungjawab kita berat, berat demi memelihara
negara, negara yang kita cintai ini.
GAYA BAHASA
• Asindeton
– Ayat majmuk yang dipadatkan dan tidak
menggunakan kata hubung.
– Segala dugaan, cabaran, rintangan, perlu dihadapi
dengan tabah, sabar, berkeyakinan, demi mencapai
kejayaan.
• Polisindeton
– Kata, frasa, klausa dijadikan satu ayat panjang
menggunakan kata hubung.
– Pembangunan ekonomi adalah sangat penting demi
menjamin masa depan yang lebih gemilang untuk
generasi akan datang yang akan mewarisi negara ini
serta meletakkannya di peta negara maju.
GAYA BAHASA
PERTENTANGAN
• Hiperbola
– Pernyataan yang berlebih-lebihan
– Kemarahannya meluap-luap hingga hampir
mengamuk.
– Jika kamu gagal kali ini, kamu akan disembelih.
• Litotes
– Pernyataan dengan tujuan merendah diri.
– Singgahlah di pondok saya nanti.
– Terimalah hadiah yang tidak seberapa ini.
• Ironi
– Pernyataan yang mengandungi maksud tersirat.
– Saya tahu saudara telah berusaha bersungguh-
sungguh.
GAYA BAHASA
• Oksimoron
– Pernyataan bertentangan dalam frasa yang sama.
– Perkara itu telah menjadi rahsia umum.
– Dia resah di dalam diam.
• Paronomasia
– Kata-kata yang hampir sama bunyinya tetapi
berlainan makna.
– Pokoknya yang harus ditanam ialah pokok kelapa.
– Kerja mengukur ruang dapurnya tergendala kerana
ibunya menyuruh mengukur kelapa.
GAYA BAHASA
• Paralipsis
– Pernyataan yang menerangkan maksud bertentangan yang lain.
– Dia tidak bermaksud menceraikan isterinya dengan talak tiga.
(Dia hendak rujuk.)
– Pilih buah yang masak sahaja.
• Silepsis/zeugma
– Menggunakan satu perkataan untuk memperlihatkan hubungan
dua perkara.
– Sila buka mata dan telinga sepanjang kuliah ini.
– Dia menundukkan kepada dan badannya tanda hormat.
• Satira
– Ironi dalam bentuk tulisan panjang.
– Gurindam Emak Si Randang.
– Anak Mat Lela Gila.
GAYA BAHASA
• Inuendo
– Pernyataan untuk merendah-rendahkan hakikat sesuatu.
– Dia semakin mewah semenjak berkahwin dengan jutawan itu.
• Antifrasis
– Pernyataan yang mengandungi maksud tersirat di sebaliknya.
– Dialah satu-satunya pemimpin yang paling bersih (sebenarnya
terbukti paling korup).
• Paradoks
– Pernyataan yang bertentangan dengan keadaan sebenar.
– Untuk menyintai kita harus membenci.
– Dia kesunyian di tengah-tengah keramaian.
GAYA BAHASA
• Klimaks
– Pernyataan-pernyataan berturutan dan menampakkan
peningkatan.
– Saudaralah anak desa yang bakal memimpin pasukan negeri ke
peringkat kebangsaan dan seterusnya mewakili negara di
peringkat antarabangsa.
• Antiklimaks
– Pernyataan-pernyataan berturutan dan menampakkan
penurunan.
– Dialah pemimpin dunia yang dihormati di negaranya walaupun
sering diperkuda isterinya di rumah.
• Apostrof
– Yang dilawan bicara tiada di latar.
– Wahai Nabi Allah, limpahkanlah syafaatmu kepada kami.
GAYA BAHASA
• Inversi/anastrof
– Pernyataan terbalik dari segi struktur ayat; predikat – subjek.
– Kepada merekalah kita menaruh harapan.
– Ke pasar agaknya tuan rumah ini.
• Apofasis/preterisio
– Pernyataan seperti hendak menyembunyikan sesuatu tetapi
telah menyatakannya.
– Saya tidak mahu memecahkan rahsia kejahatan awak di luar
rumah.
– Saya masih bujang tiga.
• Histeron proteron
– Pernyataan tidak wajar didahulukan daripada kenyataan yang
logik.
– Dialah yang menghantar tugasan walaupun hanya
menggunakan mesin taip.
GAYA BAHASA
• Hipalase
– Pernyataan yang biasanya digunakan untuk sesuatu keadaan
tetapi digunakan dalam keadaan yang lain.
– Dia berbaring di ranjang yang resah.
– Mereka mengikuti kuliah saya yang penuh perhatian.
• Sinisme
– Pernyataan yang bermaksud di sebaliknya untuk menyindir, lebih
keras dan jelas berbanding ironi.
– Dialah artis yang amat berbakat dan telah menjadi ikutan remaja
ke kancah negatif.
– Bomoh itu terkenal kerana banyak yang mati setelah berubat
dengannya.
• Sarkasme
– Pernyataan yang bermaksud di sebaliknya untuk
menyindir/mencela; lebih keras daripada sinisme.
– Mulut saudara yang celupar itu wajar ditonyoh dengan cili padi.
– Penipu besar itu sudah tiba.
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM8

• Pidato/ucapan/syarahan
– Bercakap secara sehala
– Memberitahu, menghurai, menjelas sesuatu
tajuk/isu/perkara
– Tempoh waktu tertentu
– Mempengaruhi khalayak

• Persediaan
– Memahami tajuk
– Menganalisis khalayak/majlis
– Mengumpul dan menyusun maklumat; fakta – susunan
dan kesesuaiannya
– Memastikan tempoh masa dan merancang pembahagian
masa
– Memastikan tempat dan kemudahan logistik
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM8

STRUKTUR TEKS/PENYAMPAIAN
UCAPAN

• Pembuka kata
– Ucapan salam, penyataan syukur
– Hirarki sistem panggilan
– Makluman pengenalan majlis
• Membina minat
– menarik perhatian, provokasi, petikan, data
• Menyatakan tajuk,pegangan dan bahasan
– Berdasarkan tema/kehendak majlis
– Menyesuaikan tajuk dengan khalayak
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM8

• Mengemukakan idea
– Mulai idea utama, diikuti idea sokongan,penyampaian
fakta secara tersusun, saling berkait, ringkas dan
tepat, rumusan
• Penutup; rumusan, pantun, maaf

KECEKAPAN BERBAHASA
– Pemilihan kata/ayat/gaya bahasa
– Kelancaran – susunan idea, kawalan
pernafasan
– Kefasihan – sebutan, intonasi
– Gestur dan postur
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM9

KETRAMPILAN MEMBACA
• Memindahkan tulisan kepada suara
• Memahami maklumat bertulis

JENIS MEMBACA
• Mekanis
– Membunyikan dengan lantang huruf-huruf yang disusun
menjadi kata
– Untuk didengar dan dinilai
– Latihan melafaz bunyi huruf
– Latihan intonasi, jeda, mora, tanda baca
• Mentalis
– Membaca secara senyap untuk memahami isi dan
maklumat
– Membaca secara pantas
– Untuk diri sendiri
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM9

GANGGUAN MEMBACA
• Tunanetra
• Tunakerna
• Tunawicara
• Tunaaksara
• Gangguan artikulator
– Sumbing
– Rongak
– Sengau
– Ketebalan/kelembutan lidah
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM9

Bacaan Intensif
• Aktiviti membaca secara giat untuk memperkembang
kebolehan meneliti, melafaz, memahami dan
mentafsir bahan yang dibaca
• Mengenal penggunaan bentuk kata, susunan ayat,
laras bahasa
• Menghayati unsur-unsur estetika; gaya bahasa,
intonasi, kefasihan
• Membaca secara senyap @ lantang dan pantas
• Memahami, mentafsir, menilai dan mengulas bahan
yang dibaca
• Di bawah pengawasan guru kelas, fasilitator,
jurulatih vokal
• Dilaksanakan pada peringkat awal menguasai
kemahiran membaca
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM9
Bacaan Ekstensif
• Aktiviti membaca sebagai minat, hiburan; menikmati
isi bacaan
• Di luar pengawasan
• Bahan bacaan umum dan pelbagai
• Sudah mencapai kemahiran membaca yang tinggi;
– memahami diksi, bentuk ayat, gaya bahasa, laras
bahasa, perkataan pinjaman, istilah
• Memperkaya pengetahuan bahasa
• Mempertingkat kemahiran dan ketrampilan
berbahasa
• Mendalami ilmu bersifat khusus
• Menguasai pengetahuan am
• Membina daya kreativiti, daya fikir
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM10

KETRAMPILAN MENULIS
• Kebolehan mengatur huruf-huruf menjadi kata yang bermakna,
menyusun kata-kata menjadi ayat yang gramatis, mengarang
ayat menjadi wacana yang berwibawa
• Bermula sebagai kemahiran bersifat mekanis
– menyusun huruf, kata dan ayat
• Berkembang menjadi kemahiran mentalis
– menyusun idea menjadi wacana
• Bahasa diujarkan oleh pena dan bukan artikulator
• Mencapai khalayak yang tidak terbatas
• Melangkau ruang dan batas waktu, tempat, sosiobudaya
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM10
PERSIAPAN MENULIS
• Fizikal
– Sihat tubuh badan
• Mental
– Mood/angin
• Rasional, emosional, tekanan
• Intelek
– Rujukan maklumat
– Peta minda
• Organisasi teks
• Perancangan masa
• Perkakasan
– Komputer, mesin taip, buku nota/kertas kajang, pen/pensil, perakam
audio
• Seting
– Di mana-mana sahaja
• Nota/rakaman lintasan idea
– Dalaman
• Ruang khusus/bilik
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM10

PRA PENULISAN
• Latar belakang penulis
– Minat
– Bakat
– Tujuan
• Memberitahu, mendidik, memujuk, menghibur, tuntutan ilmu,
wang, pengiktirafan
– Ilmu bidang
– Ilmu asas, Ilmu bantu
• Genre
– Kreatif
• Cerpen, Novel, Drama, Puisi
– Nonkreatif
• Kritikan, Berita, Rencana, Buku, Laporan, Tesis, Iklan
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM10

• Sasaran khalayak
– Am
• Penulisan berita, rencana
– Khusus
• Ahli/peminat/usia/SES
– Sastera, akademik, perniagaan,
hiburan, sukan, agama, politik, sains,
buku teks
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM10

SEMASA MENULIS
• Buat catatan rangka teks
– Kenyataan tesis (Isu yang ingin ditonjolkan)
– Tujuan menulis
– Isi-isi utama
• Konsentrasi wacana
– Kecondongan
• Sesuai dengan kehendak penerbit dan selera pembaca
• Nada
– Neutral
• Tulisan memberitahu/menjelaskan
– Positif
• Penggunaan diksi yang menyenangkan pembaca
– Negatif
• Penggunaan diksi yang menggusarkan pembaca
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM10

• Pendirian
– Pegangan disampaikan secara konsisten
dan meyakinkan
• Bahan
– Isi utama
– Isi sampingan
– Huraian & Contoh
• Gaya persembahan
– Bercerita, bersyarah
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM10

PASCAPENULISAN
• Penyuntingan
– Isi
• Tersusun
• Tambahan
• Tujuan dicapai
• Diksi sesuai
• Tertakluk kepada Akta Hasutan
• Baiki mesej
• Permudahkan persembahan

• Teknikal
– Format penulisan
• Judul, pendulu, tubuh, penutup, rujukan
– Ejaan, tanda baca, ayat, perenggan
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM10

• Atur huruf
– Saiz dan jenis fon
• Pembacaan pruf
– Susun atur halaman
– Hiasan
• Pencetakan
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM11

PENDEKATAN PENULISAN

• Pendedahan
– Memindah idea penulis secara berkesan
kepada pembaca; memberitahu,
menyatakan
– Penulis mesti pakar/berpengalaman
– Khalayak tidak tahu dan perlukan
penjelasan
– Subjek baru dan tidak kontroversi
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM11

• Penerangan
– Memindahkan pengamatan dan pemerhatian
kepada khalayak; imej, sensasi
– Subjek telah diketahui oleh khalayak tetapi
perlukan gambaran yang lebih luas
– Memasukkan butiran faktual; gambar, imej,
dan fakta-fakta tepat
– Dikembangkan dengan butiran impresionistik;
melalui gambaran secara lisan
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM11

• Penceritaan
– Penyampaian idea yang tertumpu kepada
peristiwa dan watak; cerpen, novel, autobiografi,
sejarah, diari
– Disampaikan mengikut turutan plot; pengenalan >
peruncingan > klimaks > peleraian
– Penggunaan sudut pandangan; orang pertama,
orang kedua, orang ketiga/serba tahu
– Memasukkan permainan emosi
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM12

• Pemujukan
– Penulisan yang berusaha mengubah pemikiran,
kepercayaan, perlakuan, pendirian khalayak
– Mengambil kira pendirian, sikap, nilai,
pengetahuan, sensitiviti khalayak
– Pemujukan rasional – menggunakan fakta,
logik, bersifat objektif; rencana
– Pemujukan emosional – menggunakan emosi;
iklan
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM12

• Penghujahan
– Menyampaikan idea bersifat provokatif/ kontradik
dan mempertahankannya dengan bukti, data,
contoh demi penjelasan dan penerangan
– Bermula dengan satu idea utama/tesis/
kenyataan/dakwaan yang dikembangkan dengan
bukti khusus
– Bermula dengan idea yang lain/ bercanggah/tidak
selari dengan pandangan pihak lain
– Berusaha meyakinkan khalayak atau pihak yang
dilawan berhujah; secara rasional, jelas, waras
dan logik
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM13

BAHASA DALAM PENULISAN


~Penulisan Formal~
• Diksi/ejaan baku
– Kata umum, istilah, kata pinjaman, makna denotatif/tersurat
• Nahu gramatis
– Penggunaan imbuhan, pola ayat dasar
• Ayat kompleks/majmuk
– Huraian, hujahan, analitikal
• Kesinambungan wacana
– Organisasi perenggan, bab, subbab, penanda wacana,
objektif, rasional
• Gaya bahasa
– Terhad
• Khalayak massa
– Cth: teks ucapan, surat rasmi, teks pengacara, laporan berita,
minit mesyuarat, rencana, tesis, disertasi, kertas kerja
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM13

~Penulisan Tidak formal~


• Diksi bebas
– Kolokial, slanga, ringkas, peralihan kod, dialek
• Tidak perlu gramatis
– Difahami walaupun salah guna imbuhan – ada persefahaman
antara pelaku bahasa
• Ayat selapis
– Ayat ringkas – ada persefahaman antara pelaku bahasa
• Kesinambungan wacana
– Tiada kawalan, boleh emosional – ada persefahaman antara
pelaku bahasa
• Gaya bahasa
– Pelbagai kelompok dan jenis
• Khalayak eksklusif
– Cth: surat peribadi, diari, iklan, sms, karya kreatif, notis
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM14

KEMAHIRAN MENAFSIR

“Kenapa berbahasa?”
>keperluan biologis
>tuntutan sosial
>perkongsian budaya
>mendapat maklumat
>meningkat ilmu
>meningkat pengetahuan
>menjadi bijaksana
>mengaplikasi
>manfaat individu @ kelompok
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM14

Apa yang perlu difahami?


• Wacana
– Perlu kenal pasti topik, pelaku, motif, prinsip.
• Jenis bahasa
– Dialek geografi, dialek sosial, dialek temporal
• Latar penggunaan bahasa
– Formal, tidak formal, kolokial, istana.
• Diksi
– Denotasi, konotasi, istilah, kata pinjaman, slanga.
• Gaya bahasa
– Perulangan, pertautan, perbandingan,
pertentangan.
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM14

Kuasa nonverbal
• Memberi makna kepada bahasa
• Mempengaruhi tafsiran
• Gestur dan postur
• Grafik dan gambar
• Susun atur huruf dan saiz
• Media perantara
• Emosi
• Daya intelek
• Daya fikir
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM14

~Contoh Teks Pengacara~

MAJLIS PERASMIAN
SEMINAR MELAYU MAHAWANGSA
ANJURAN
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
DENGAN KERJASAMA
GABUNGAN PENULIS NASIONAL (GAPENA)
18 – 19 JULAI 2006

1. (KETIBAAN KETUA MENTERI MELAKA, NYANYIAN NEGARAKU DAN


PUTRA GEMILANG)

• (Para hadirin dipersilakan berdiri untuk menghormati ketibaan KM,


menyanyikan lagu Negaraku dan Putra Gemilang)
• Bismillahirrahmanirrahim.
• Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera.
• Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam, Ketua Menteri
Melaka, merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Sekretariat Dunia Melayu
Dunia Islam.
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM14

• Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Mohamed, Timbalan Naib


Canselor, HEP dan Alumni, Universiti Putra Malaysia yang mewakili Naib
Canselor, UPM.
• Yang Berbahagia, Prof. Madya Dr. Hj. Rosli Talif, Dekan Fakulti Bahasa Moden
dan Komunikasi, UPM.
• Yang Berbahagia, Tan Sri Datuk Profesor Emeritus Dr. Hj. Ismail Hussein,
Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA),
• Yang Berusaha, Puan Hajah Halimah Hassan, Penyelaras Unit Dokumentasi
Warisan Melayu dan Peribumi, FBMK, merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa
Seminar.
• Tetamu-tetamu kehormat, timbalan-timbalan dekan Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi, ketua-ketua jabatan, para sarjana dan pembentang kertas kerja,
para peserta seminar, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Sirih berlipat bersama pinang,


Pinang berasal Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM14

• Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan berkat


limpah kurnia-Nya yang amat banyak, dapat kita berkumpul pada pagi yang
berbahagia ini dalam Seminar Melayu Mahawangsa anjuran Fakulti Bahasa
Moden dan Komunikasi dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis
Nasional (GAPENA) dan Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam.
• Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat
Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, atas kesudian melapangkan masa
untuk bersama-sama di majlis ini. Dengan berkat kehadiran Yang Amat
Berhormat Datuk Seri, Seminar yang bertemakan Rekayasa Citra Melayu
Sebagai Mahawangsa ini menjadi lebih bermakna lagi.
• Terima kasih juga kepada tetamu-tetamu kehormat dan para pembentang
kertas kerja, serta para hadirin dan hadirat sekalian kerana bersama-sama
memeriahkan majlis pada pagi ini.

Tetak buluh panjangnya tujuh,


Buat menjolok sarang penyengat;
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa dipohon supaya berkat.
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM14

• Bagi memakmurkan lagi majlis kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Dr. Mohd. Fauzi Jumingan untuk membacakan doa.
Dipersilakan.
(BACAAN DOA DAN APABILA SELESAI)
• Alhamdulillah. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr. Mohd. Fauzi
Jumingan atas bacaan doa itu tadi.

2. (UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI)


Dayung sampan dulu-duluan,
Singgah berlabuh di Tanjung Jati;
Ucapan sebagai alu-aluan,
Mari tuan sama-sama amati.
• Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Puan Hajah
Halimah Hassan, selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Seminar untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

(UCAPAN PENGERUSI DAN APABILA SELESAI)


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Halimah
Hassan atas ucapan itu tadi.
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM14
3. (UCAPAN TNC)
• Yang Amat Berhormat Datuk Seri dan Para hadirin sekalian,
Kapal berlabuh di Kuala Rengit,
Semat jerami di Sungai Muar,
Tuan umpama bulan di langit;
Dapat kami menumpang sinar.
• Seterusnya kita ikuti pula ucapan sambutan Timbalan Naib
Canselor. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Muhamad, untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

• (UCAPAN TIMBALAN NAIB CANSELOR DAN APABILA


SELESAI)

• Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Muhamad atas ucapan itu.
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM14

4. (UCAPAN PERASMIAN KM MELAKA)


• Yang Amat Berhormat Datuk Seri dan Para hadirin sekalian,
Dari Melaka pergi ke Serdang,
Singgah sebentar di Bukit Serindit;
Tuan umpama bintang gemilang,
Titipkan amanat barang sedikit.
• Kita tiba ke puncak acara. Majlis dengan penuh rendah hati mempersilakan
Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan seminar ini. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

(UCAPAN KETUA MENTERI, PUKULAN GONG DAN APABILA SELESAI)

5. (PENYAMPAIAN CENDERAMATA)
• Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat
Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam kerana sudi menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Seminar Melayu Mahawangsa ini.
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM14

Air laut tenang-tenangan,


Tanam selasih tepi perigi;
Cenderamata tanda kenangan,
Terima kasih sekalung budi.

• Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Yang


Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Muhamad untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang Amat Berhormat, Datuk
Seri Mohd. Ali Rustam. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
• (Penyampaian cenderamata dan apabila selesai)
• Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia,
Profesor Madya Dr. Azali Muhamad kerana sudi menyampaikan
cenderamata.
• Seterusnya dipersilakan pula Yang Berbahagia Profesor Madya Dr.
Rosli Talif untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang
Berbahagia Profesor Madya Dr. Azali Muhamad.
• (Penyampaian cenderamata)
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM14
6. (PENUTUP)
• Yang Amat Berhormat Datuk Seri dan para hadirin sekalian.
Ibarat berjalan dah sampai di halaman,
Ibarat berenang dah sampai di tebing,
Ibarat terbang dah hinggap di dahan,
Ibarat mendaki dah sampai di puncak.

• Bagi pihak seluruh anggota jawatankuasa Seminar, majlis sekali lagi


merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat,
Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr.
Azali Muhamad atas kesudian untuk bersama-sama kita pada pagi ini.

• Terima kasih kepada semua tetamu kehormat, hadirin dan hadirat yang sudi
melapangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.

• Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan
padu dalam menjayakan Seminar Melayu Mahawangsa ini.
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM14
Akhir kata,

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti;
Yang baik itu ketentuan Allah,
Yang cela itu kelemahan diri.

7. (PENGUMUMAN KM MENINGGALKAN MAJLIS)

• Para hadirin sekalian, majlis seterusnya mempersilakan Puan Hajah


Halimah Hassan untuk menjemput dan mengiringi Yang Amat Berhormat
Datuk Seri dan Yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor untuk
menyaksikan pameran Melayu Mahawangsa di Bangunan Sanggar Bahasa
dan Komunikasi. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Majlis turut mempersilakan tetamu-tetamu kehormat dan seluruh para


hadirin untuk menyaksikan pameran di ruang berkenaan. Dipersilakan.

• Msy/fbmk/180706

Anda mungkin juga menyukai