Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN TUGASAN KUMPULAN

GLOBALISASI, TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KUALITI HIDUP (FEM 3202)

SEMESTER PERTAMA 2010/2011

Tugasan ini melibatkan dua bentuk yang penting iaitu membuat pembentangan (5%) dan menyediakan
tugasan berbentuk penulisan kertas kerja (15%).

Berikut merupakan butiran lanjut mengenai kedua-dua perkara di atas:

Penulisan Kertas Kerja (15%)

1. Tugasan dibuat secara berkumpulan. Maksimum 5 orang pelajar dibenarkan untuk satu
kumpulan.

2. Tajuk diberikan oleh pensyarah. Tiada pertukaran tajuk dibenarkan.

- Dibuat dalam 15-20 mukasurat. double spacing, font: Times New Roman, saiz 12, margin (1”
atas, bawah dan kanan; 1.25” kiri)

3. Tarikh akhir menghantar tugasan adalah pada minggu ke 12.

4. Objektif tugasan adalah untuk meminta pelajar untuk membuat research (penyelidikan) bagi
melihat sejauhmana globalisasi dan teknologi maklumat member kesan terhadap kualiti hidup.
Copy-paste dari artikel lain tidak akan diterima.

5. Rujukan mestilah luas merangkumi jurnal, laporan, buku dan lain-lain lagi. Pelajar mesti
mempunyai sekurang-kurangnya 5 rujukan dari buku dan 5 dari jurnal, 2 keratan akhbar, 2 dari
Internet.
Antara contoh jurnal yang berkaitan:
Jurnal Antarabangsa
Gender, Technology and Development, Computers in Education, Journal of Research on
Computing in Education, Annual Review of Anthropology, The Future of Children: Children and
Computer Technology, Journal of Social Issues,Journal of Marriage and Family
Jurnal Tempatan
Jurnal Pendidikan, Jurnal Teknologi,Jurnal Teknologi Maklumat, Jurnal Teknologi Maklumat
dan Multimedia, Jurnal Antarabangsa Teknologi Maklumat, Jurnal Kebajikan Masyarakat

6. Pastikan maklumat yang diperolehi adalah terkini.


7. Method penyelidikan bergantung kepada tajuk yang diberi. Di antara pilihan methodology ialah;
a) Qualitiative approach.
b) Perbandingan dengan negara luar.
c) Case-study
d) Interview pihak terbabit dalam lapangan

8. Markah tugasan ialah 15 markah.


Cara pembahagian markah: (9 markah)
a) Isi kandungan - Pengenalan
Kupasan topik
Kesimpulan
b) Usaha (effort), originality (2 markah)
c) Gaya bahasa dan susunan (2 markah)
d) Rujukan (2 markah)

9. Rujukan perlu disenaraikan dengan menggunakan format APA.

Contoh:

1. Jurnal artikel

Aslam, M.M. (2006). Are you Selling the Right Colour? A Cross-Cultural Review of Colour as a
Marketing Cue. Journal of Marketing Communications. 12(1), 15-30.

2. Buku

Solomon, M. (2008). Consumer Behavior (8th ed.). Upper Saddle River, New Jersey: Prentice Hall
International, Inc.

3. Majalah

Mohd Yusman, A. Dan Rosni, H. (1997). Wanita Cenderung Cederakan Suami. Massa. May: 22-28.

4. Surat Khabar

Hisham, Z. (1998). Inequality in Power. The Star, 7 December: 4

5. Kertas Kerja Seminar

Syuhaily, O. and Md. Nor, O. (2007). The Influence of Perceptions of Ambient Factors of Store
Atmospherics towards Consumers In-Store Behaviour. Proceedings of the 2nd International
Conference on Business and Management Research (ICMBR2): Business Landscape Shifting in the
Asia Pacific Region”, Jakarta, Indonesia, 2007.
6. Tesis/projek ilmiah tahun akhir

Elistina, A.B. (2010). Consumer Legal Protection in the Service Industry with Special Reference to the
Motor Vehicle Repair and Service. International Islamic University (PhD thesis).

7. Internet downloaded

United Nations Charter, Chapter 10: The Economic and Social Council. UN Documents
Cooperation Circles. http://www.un-documents.net/ch-10.htm Retrieved on 24 November
2008.

Pembentangan (5%)

- Menyediakan slide powerpoint – markah akan diberi kepada isi, persembahan dan kreativiti serta
tarikan pada powerpoint.

- Setiap ahli kumpulan akan membentangkan sebahagian dari isi kandungan pembentangan.

- Setiap ahli akan mendapat markah yang sama.

SELAMAT MELAKSANAKAN TUGASAN

Disediakan oleh,

Dr Elistina Abu Bakar

Anda mungkin juga menyukai