Anda di halaman 1dari 39

JBEA2311

Retorik Bahasa Melayu

Nama:
Zarinah binti Kamaldeen (JEA080159)
Siti Khadijah Binti Haji Bara (NEJ 100236)
Rohana Binti Charley (NEJ100237)
Nurul Safwanah Binti Mohd. Salleh (NEJ100238)
Definisi Retorik
Retorik berasal daripada bahasa Greek/Yunani, rhetor, iaitu
‘orator’ atau
pemidato. Salah satu drpd 3 subjek kesenian liberal atau
trivium. Trivium
merangkumi nahu, dialektik dan retorik.

Retorik sering didefinisikan sbg seni pembujukan/ kebolehan


menggunakan bahasa untuk memujuk supaya bersetuju dgn
pendirian pengucap menggunakan bahasa secara persuasif
dan indah

dll
Menurut Kamus Dewan pula, retorik ialah kajian tentang
teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan
dan pertuturan

Selain itu, retorik juga bermaksud seni menggunakan atau


memakai bahasa yang indah dan menarik utk memujuk atau
mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato
Unsur2 retorik :
 jenis retorik

Situasi retorik

Khalayak

Pisteis dan lima fakulti retorik


Jenis retorik
Terbahagi kepada 3 :

Retorik forensik/ perundangan


merujuk kepada seni berpidato yang digunakan
di mahkamah, iaitu penggunaan retorik untuk
tujuan pembelaan atau pendakwaan dalam
perundangan.

 retorik deliberatif
Berkaitan dengan perhimpunan popular dan
perhimpunan Politik. Tugas pemidato adalah
mempengaruhi khalayaknya.

 retorik demosnstratif/epideiktik
Wujud drpd majlis umum atau upacara ritual
yang menuntut pemujaan terhadap dewa-dewi
dan tokoh manusia.
Situasi retorik
•Secara dasarnya, retorik melibatkan komunikasi
secara lisan mahupun tulisan.

•Situasi retorik merujuk kepada rangsangan


ataupun tujuan tertentu.

Khalayak
• sesebuah wacana retorikat sememangnya
dihasilkan dengan mengambil kira faktor
keperluan dan jangkaan respons khalayak
sasarannya.
Pisties
konsep ini telah digagaskan oleh Aristotle
melalui bukunya “Rheteoric”. 1 cabang
pembuktian yang dapat bantu keberkesanan
sesuatu hujah
Terbahagi kepada 3 :
• Etos
secara ringkas etos berkait dengan peribadi
retor/penghujah. Berhubungan dengan akhlak dan
perwatakan penghujah.
• Patos
pemujukan emosi pendengar atau audiens.
Merujuk emosi yang berupaya dicetuskan dalam
diri khalayak dan reaksi positif terhadap kata2
retor. Terdapat 28 fitur patos ( dibincangkan nanti)
• Logos
rekacipta yang merujuk kepada pembuktikan
secara logik dan rasional. Terdapat 17 fitur logos
Fakulti retorik
Terdapat 5 fakulti Retorik

•Penyusunan
Fakulti kedua ini menekankan aspek
penyusunan/organisasi ucapan agar ia bersesuaian &
menepati keperluan dan kehendak khalayak serta
matlamatnya.

•Gaya
mengutamakan pemilihan kata2 dan penggunaan bahasa
yg tepat, benar, jelas dan indah serta bersesuaian dgn
konteks ucapan, khalayak dan retor.

•Reka cipta
merupakan thp pencarian/penemuan bhn yg berkaitan
dgn tujuan pengucapan retor dan bersesuaian dgn
keperluan khalayaknya. 3 cbg utama : pembuktian, topik
dan kelaziman.
•Ingatan
mengkehendaki retor menghafal dan mengingati
apa yang ingin disampaikan dgn mengatur bahan2
ucapannya utk memudahkan dan merangsang daya
ingatannya, daya ingatan pula dikaitkan dengan
pengalaman dan deria.

•Penyampaian
merujuk kpd aspek penyampaian dlm retorik lisan.
Thp ini mengkehendaki retor menyampaikan
ucapannya secara lisan.
 Perundangan FORENSIK
Contoh:
“Saya fikir jumlah jenayah yang berlaku sekarang ini lebih daripada dahulu dan satu perkara
yang terpaksa kita sebut ialah penjenayah jarang sekali didapati bersalah. Kita dapati orang
yang bunuh didapati tidak ada kes. Orang yang menyogok wang, tidak mengaku dia
menyogok, dengan itu tidak ada kes juga. Jadi kalau kita bunuh orang dan kita mengaku
kita tidak bunuh maka tidak ada kes lah!”

(Hlm: 4)

•“Tidak mengaku salah” boleh membebaskan kita dari tuduhan.


• persepsi retor yang menganggap bahawa undang-undang Negara sangat longgar sehingga
membebaskan lebih ramai pesalah.

“Sebabnya ialah kalau kita terlibat dengan rasuah, kalau mereka itu adalah orang pembesar
atau orang yang kaya, mereka dapat service lawyer yang cekap dan walaupun dibicara
setahun, dua tahun atau lima tahun kita tak mungkin dapat satu keputusan bahawa mereka
bersalah”.
(Hlm: 15)

ö Kesalahan bagi orang-orang yang berkedudukan tinggi yang mudah terlepas daripada
sebarang hukuman

ö Ketidakadilan dalam memberi hukuman atau keputusan itu berlaku berdasarkan status
pesalah atau orang yang didakwa
DEMONSTRATIF / EPIDEIKTIK
• Retorik deliberatif berorientasikan dasar dan memperlihatkan soal masa depan sama ada sesuatu undang-undang
itu akan memanfaatkan atau memudaratkan masyarakat. Ini dapat dilihat melalui petikan berikut:

“Mungkin ‘observation’ ini datang daripada satu orang yang frustrated (kecewa) pasal dia tak berkuasa lagi, tak
boleh buat apa-apa sebab itu semuanya tidak betul. Kalau nak berbuat baik dengan negara tertentu sampai nak
minta kebenaran daripada negara tertentu kalau nak buat apa-apa dalam negara sendiri, ini perkara biasa dan
patut kita terima. Inilah politik sebuah negara yang merdeka.” 

(hlm. 12)

• Didapati bahawa retor cuba mempersoalkan tentang dasar undang-undang Kerajaan Malaysia yang terpaksa
meminta kebenaran daripada negara tertentu untuk membangun negara walaupun telah mencapai kemerdekaan.

• Retor cuba mempengaruhi khalayak sama ada mempersetujui dasar pembentukkan Kerajaan ini atau tidak dan
sama ada situasi yang dihadapi itu mendatangkan faedah atau tidak kepada negara.

 
Fakulti Retorik
• Merujuk kepada aspek penyampaian khususnya • Merujuk kepada tahap pencarian atau
Fakulti Penyampaian
dalam retorik lisan. Dalam fakulti ini, yang Fakulti Reka
penemuan cipta
bahan yang berkaitan dengan
ditekankan adalah nada, kelantangan,
tujuan pengucapan retor dan bersesuaian
dengan keperluan khalayak.
penekanan dan jeda retor ketika berucap.
Misalnya, dalam petikan di bawah ini
diperlihatkan bagaimana retor menyampaikan • Menurut Aristotle dalam fakulti jenis ini,
pembuktian adalah tahap yang mampu
alasannya dengan nada lantang mengenai mempengaruhi khalayak dan dapat
dengan cara pengendalian ekonomi yang dikategorikan kepada dua jenis bukti ialah
dijalankan membawa kesan buruk kepada bukti tulen dan bukti palsu. Dalam hal ini,
pembangunan negara: pembuktian yang paling ketara sekali ialah
bukti palsu yang juga dikenali sebagai konsep
Pisteis. Konsep pisties ini digerakkan oleh
• “Bau busuklah jugak yang ini. Tapi kita tak boleh Aristotle melalui Rhetoric.
soal yang ini. ‘We should not ask’. Ini kerana
pengurusannya baik. Memang orang yang • Dalam konsep Pisteis ini, retor berhujah
mempunyai semangat kebangsaan cukup dengan membuat pembuktian-pembuktian
kukuh. Sebab itu mereka rela menyelamatkan untuk tujuan pembujukan. Konsep pisteis
Proton daripada rugi dengan menjual dengan yang terkandung dalam teks ucapan retor
harga RM4!” dalam petikan ini terdiri daripada Patos dan
Logos.

(hlm. 10)
ECPHONESIS
• Luahan emosi
• Contohnya,
“Dan saya lihat bahawa yang hadir ini terdiri daripada pelbagai
kumpulan termasuk juga ahli parti lawan dan mereka yang sudah
tentu tidak bersetuju dengan saya.”
(Hlm: 2)

SYNONYMA
• penggunaan kata pada situasi sama untuk menegaskan perkara
yang disampaikan.

“Kita dengar berapa ramai yang terbunuh, dibunuh, kanak-kanak


dibunuh dan macam-macam jenayah yang berlaku”

(Hlm: 3)
DESCRIPTO
• penerangan yang mengandungi unsur pendedahan.
Ianya berkaitan dengan akibat sesuatu perbuatan dan
mampu mengerakkan perasaan khalayak.

“Dia berkata Polis terbahagi kepada dua, satu dipimpin


oleh IGP, satu lagi dipimpin oleh seorang director polis
bersama-sama dengan Timbalan Menteri. Ini ditulis
dengan terang. Demikian juga kegagalan AG (Peguam
Negara) umpamanya membawa kes ke mahkamah,
mendapat kemenangan dalam mahkamah juga
disebut, dan kreadibiliti AG juga dipersoalkan.”

(Hlm: 4)
CATAPLEXIS
• ayat yang bernada ancaman atau berupa ramalan terhadap sesuatu perbuatan
negatif.

“Banyak lagilah yang ditulis dalam rencana ini yang memberi gambaran bahawa
keadaan sosial dalam Negara kita ini tidak begitu baik, bahkan Malaysia boleh
dikatakan tidak lagi selamat kerana jenayah berlaku dimana-mana sahaja dan
apabila jenayah berlaku penjenayah kalaupun tidak ditangkap tidak kena hukum
walaupun kita nampak terang bahawa yang membunuh ialah sipolan-sipolan tetapi
akhirnya didapati oleh mahkamah, evidence, bukti yang didakwa oleh pihak
prosecutor (pendakwaraya) tidak mencukupi.”
(Hlm: 4)

“Apabila kita dapati masyarakat telah terima rasuah sebagai amalan biasa maka
lama-kelamaan Negara akan hancur. Kita boleh tunjuk contoh-contoh yang tentu
kita semua tahu. Negara dimana rasuah adalah perkara biasa dan walaupun kaya
tidak dapat dibangunkan”
(Hlm: 15)
“Kalau kita jual undi kita dengan begitu murah, begitu mudah, maka sudah tentulah
calon-calon yang kaya akan menggunakan wang dalam pilihanraya yang akan
datang ini”.
(Hlm: 16)
AGANATECSIS
• keluhan penghujah atau retor turut terdapat dalam ucapan beliau.

“Tetapi tak mengapa kerana kita buat tak salah tapi orang lain buat
yang itu memanglah salah kalau buat benda yang sama. Ekonomi
Negara dikatakan baik tetapi ramai daripada peniaga-peniaga,
kontraktor-kontraktor mengeluh. Mereka tidak dapat projek, tidak
dapat perniagaan, perniagaan tidak begitu baik, tetapi mereka
enggan menyuarakan pendapat mereka secara terbuka kalau
jumpa mereka memang bisik sesuatu dan ada yang minta supaya
saya lakukan sesuatu.”
(Hlm: 5)

“Saya dicalonkan dan saya, bukanlah saya nak jadi sangat wakil, tetapi
nak tengok apa akan jadi. Dan saya dicalonkan dan saya kalah dan
saya tahu saya kalah kerana disogok RM200 kepada tiap-tiap ahli
supaya tidak mengundi saya”
(Hlm: 15)
MEMPHIS
• Luahan tidak puas hati oleh retor dan kadangkala meminta bantuan.

“GLC adalah, sebahagian sekurang-kurangnya milik kerajaan dan kalau kerajaan beri pada badan milik
kerajaan tak mengapalah. Tetapi badan milik kerajaan ini tidak ada keupayaan untuk melaksanakan
projek. Tak boleh nak buat jambatan, tak boleh nak buat jalan, tak boleh nak bangun apa-apa
badan-badan GLC ini. Tentulah terpaksa nak memberi kontrak kepada sesiapa.”
(Hlm: 6)
EPLIPLEXIS
• Soalan untuk tunjuk kemarahan, kesungguhan atau sedih terhadap sesuatu perkara.

“Apakah kontrak itu diberi secara terbuka, dengan telus, dengan transparent ataupun diberi secara
tertutup, dirahsiakan kepada syarikat-syarikat tertentu yang kita tidak kenali kadang-kadang dan
ada juga kita kenali tetapi kita tak tahu siapa pemegang sahamnya, siapa beneficiaries-nya.

Kalau dianya terlibat dengan keluarga pemimpin tertentu, yang memberi (kontrak) bukan Kerajaan,
(tetapi) yang memberi ialah GLC. Ini salah GLC.

Jadi ini adalah cara mengelak daripada dituduh menyalah guna kuasa untuk memperkayakan keluarga
sendiri. Satu perbuatan yang dianggap tidak baik dahulu, mungkin sekarang dianggap sebagai baik”
(Hlm: 6)
CORIDUPLICATO

• Coriduplicato merupakan pengulangan kata, klausa atau ayat untuk


memberi maklumat yang jelas terhadap apa yang disampaikan pleh
retor atau penghujah.

“Tetapi sekarang ini kita dapati bahawa rasuah berleluasa”.

“Apabila kita dapati sekarang ini ada galakan oleh Kerajaan dan parti
Kerajaan supaya rasuah diamalkan”.

“Apabila kita dapati masyarakat telah terima rasuah sebagai amalan


biasa maka lama-kelamaan Negara akan hancur. Kita boleh tunjuk
contoh-contoh yang tentu kita semua tahu. Negara dimana rasuah
adalah perkara biasa dan walaupun kaya tidak dapat dibangunkan”

(Hlm: 15)
• APAGORESIS iaitu kalimat untuk mencegah seseorang daripada
melakukan sesuatu tindakan. Hal ini dapat dilihat apabila retor cuba
menghalang masyarakat untuk tidak mempertikaikan keadaan politik
Malaysia di bawah:

“And then there is politics of course. I do not want to talk much about
politics because I think you know very well today politics is not something
we can discuss because the people who are in charge of politics know
everything already. So don’t ever suggest that anything is wrong with
Malaysian politics.”
(hlm. 11)

• ECPHONESIS merujuk kepada luahan emosi. Hal ini dapat dilihat


berdasarkan petikan berikut:

“Kita tak hendak dah. Kita marah pasal kita tak boleh buat jambatan, kita
marah sehingga kita sekarang ini tidak akan berunding lagi berkenaan
dengan masalah-masalah dengan Singapura. Itu marahlah”.

(hlm. 12)
• PAENISMUS berupa pujian iaitu luahan gembira
terhadap sesuatu perkara yang mendatangkan
kebaikan dan sesuatu perkara yang dielakkan. Perkara
ini dijelaskan oleh retor pada halaman 14 yang
berbunyi:

“Kita dapat lihat kren dimana-mana sahaja dan


bangunan pencakar langit pun bertambah dengan
begitu pesat. Sebabnya bukan kerana kita berjaya
menghapuskan rasuah melalui undang-undang, tetapi
kita berjaya memendekkan proses ‘approval’ sehingga
peluang untuk terlibat dengan rasuah berkurangan.”
(hlm. 14)
 
PROECTHESIS
• rumusan yang dibuat oleh penghujah melalui bukti yang sahih atau tepat.

“Kita tidak buat perhitungan. We have not done a study to count the number of cases
during 1981-2003 compared to post period. But impression kita, perception kita
ialah jenayah semakin banyak, sehingga ada orang yang takut keluar dari rumah.

Kalau keluar dari rumah mungkin mereka disamun dengan cara yang kasar sehingga
ada yang mati kerana beg tangannya diragut oleh penjenayah.

Saya baru dengar bahawa, seorang yang terkenal juga, semalam saya dengar…orang
dewasa, apabila berjalan seorang diri disatu jalan maka dianya melihat sebuah
motosikal dengan dua orang dan kemudian percubaan dibuat untuk menyamunnya.

Jelas sekali jalanraya kita tidak menjadi selamat lagi. Ramai yang hidup dalam
ketakutan. Kalau ada duit banyak pun takut juga, kalau rupa cantik pun takut juga,
yang tak cantik pun takut juga kerana mereka ini tidak begitu memilih.”

(hlm 3)
“Kalau orang lain kata baru kita boleh, kononnya tambak Johor ini kita tak
boleh tempuh barang satu ketul batu pun tanpa mendapat izin daripada
jiran.

Tapi kalau jiran nak tempah tambak ini ataupun nak rosakkan tambak ini
ataupun nak buat apa, mereka tak pula berkata mereka perlu mendapat izin
daripada kita.

Jadi nampak keizinan ini menguntungkan sebelah pihak sahaja. Itu persepsi
sayalah. Mungkin saya salah tetapi inilah yang ternampak dan saya yakin
bahawa Koridor Utara dan Koridor Timur tidak dapat dilakukan kerana tidak
mendapat nasihat daripada negara asing.”

(Hlm: 7)
SYLLOGISMUS
• kata atau imej yang mengajak khalayak untuk membuat rumusan
yang nyata.

“Ternampak seolah-olah didalam Negara kita pun tidak perlu minta


keizinan daripada jiran kerana nak jaga hati jiran. Ini penting, kita
mesti jaga hati jiran. Kita tak hendak bermusuh dengan jiran, jadi
kalau nak buat apa-apa pun kita mesti tanya kepada jiran bahkan
kalau boleh kita lantik menteri-menteri jiran untuk menentukan
pembangunan dalam Negara kita.

Dahulu kita tak mungkin bangun Negara kita kalau tak tanya jiran,
sebab itu kita tak dapat bangun Putrajaya ini kerana kita tidak ada
jawatankuasa Menteri jiran. Kita tak dapat bangun Langkawi, kita
tak dapat bangun mana-mana tempat di Malaysia ini. Yang terjadi,
jadilah tapi tengok Putrajaya tak elok sama sekali kerana kita tak
minta nasihat daripada Menteri jiran jadi kita sekarang ini tak
boleh.”
(Hlm: 7)
• APOPHASIS pula merujuk kepada penolakan sebab musabab mengapa sesuatu
perkara itu perlu atau tidak dilakukan serta membuat keputusan kukuh. Hal ini dapat
dilihat melalui ucapan yang dibuat oleh retor yang menyatakan bahawa harga air
mentah yang diberikan tidak perlu dipersoalkan kerana menurut beliau “that is fair
price” dan jangan dipertikaikan lagi harga tersebut:

“Soal air umpamanya kita tak perlu runding. Tiga sen untuk 1,000 air mentah adalah
satu harga yang berpatutan. Kalau nak beli nasi lemak dengan tiga sen mungkin kita
dapat tiga biji nasi. Tapi untuk nak jual 1,000 gelan air mentah kepada orang dengan
harga tiga sen, that is fair price. Don’t dispute it!”
(hlm. 12)
 
• PROSAPODOSIS pula menjelaskan bahawa retor memberikan sebab bagi setiap kata
yang diucapkan. Dalam hal ini, retor kerap kali memberi sebab bagi setiap ucapan
yang diutarakannya. Misalnya dalam petikan dari halaman ke 13 hingga ke 14 di
bawah ini, retor menjelaskan mengenai kemerosotan negara adalah disebabkan
oleh gejala rasuah yang sukar untuk dihapuskan:

“… Kita dapati bahawa negara kita ini sudah merosot moralnya. Dan ini yang saya
khuatir sangat.
 
Kerana kita sedar sejak merdeka lagi ada rasuah dalam negara kita. Ini kita semua
tahu. Rasuah adalah sesuatu yang cukup susah untuk dihapuskan. Rasuah ada di
mana-mana sahaja. Tetapi kita dapati di sesetengah negara rasuah menjadi
amalan…”
• PAROMOLOGIA pula menjelaskan bahawa retor mengakui
kelemahan sesuatu perkara bagi mengukuhkan perkara
yang lain. Dalam hal ini, retor ada menjelaskan bahawa
beliau tidak begitu pasti mengenai dengan alasan yang
diberikan. Misalnya dalam petikan di bawah:

“Tapi saya dengar cerita. Ini cerita orang mulut tak baik lah
tu. Kerana mereka cerita kononnya VW nak beli dengan
harga RM1 untuk 51% saham dengan proton. Sebab itu tak
dapat dijual. Dulu boleh jual MV Agusta dengan harga RM4
sahaja jadi wajarlah VW minta beli Proton 51% at RM1, not
RM1 per share, but RM1. Ini cerita orang, saya mengaku
saya tak boleh confirm.”

(hlm. 7)
Teknik Retorik

13 teknik Lee Ai Chat, 2001


• Teknik pernyataan maklumat
• teknik penerangan
• teknik mengumpan
• teknik menakut-nakutkan
• Teknik didaktif
• Teknik pengukuhan
• teknik pengukuhan
• Teknik kepastian
• teknik pernyataan perasaan
• Teknik pernyataan retorik
• Teknik menghasut
• Teknik menyindir
• Teknik imbas kembali
• Teknik kesopanan
TEKNIK RETORIK
• Teknik Kesopanan dengan memulakan ucapan beliau
menggunakan kata-kata aluan seperti:

“Bismillahirrahmanirrahim”

“Assalam’alaikum Warahmatullahiwabarakatuh”

“Terlebih dahulu saya ucap berbanyak terima kasih kepada


PRIMA”

“Saya ucap terima kasih kerana memberi peluang kepada


saya untuk bercakap sedikit pada pagi ini.”
• Teknik beranalogi sebagai sindiran:

“Tetapi kita tahu bahawa setelah diumumkan koridor-koridor ini dan gambar-
gambar berkenaan apa yang akan dilaksanakan, on the ground nothing is
happening. So I do not know whether this is a fact or not but that is the
impression I get but mega project yang dilakukan dahulu adalah satu
kesalahan besar tetapi mega projek dulu Cuma dua billion atau tiga billion
tetapi sekarang ini berbelas billion. Jadi sekarang lebih mega lagi daripada
dahulu.”
(Hlm: 5)

• Teknik mengumpan sokongan - mendedah kelemahan atau menuduh


individu atau pihak-pihak yang tertentu

“Jadi saya tak dapatlah kemenangan. Jadi ini saya tahu walaupun pihak
jawatankuasa disiplin Umno berkata pemilihan di Kubang Pasu itu cukup
bersih, very clean, Ketua Bahagiannya pun bersih betul-betul, tapi saya
tahu dia tak bersih”.
(Hlm: 16)
• Teknik Didaktif - memberi amaran, sokongan atau nasihat

“Percayalah kalau amalan ini dibuat oleh pihak Kerajaan,


dalam pilihanraya yang akan datang dan mereka dapat
kemenangan kita akan ditadbir oleh Kerajaan yang secara
terang-terang terlibat dengan rasuah”.
(Hlm: 17)

• Teknik Pernyataan Perasaan - Perasaan gembira, harapan,


kecewa, bimbang, takut atau khuatir

“Tapi bila Negara kita sudah terima amalan rasuah sebagai


perkara biasa Negara kita ini akan hancur akhirnya. Inilah
yang menakutkan saya. Walaupun bila saya cakap macam ini
orang akan kata; “Oh! Zaman awak dulu pun samalah”
(Hlm: 18)
• Teknik Menyindir - Menyindir pihak-pihak tertentu

“Dan saya boleh dihukum. Jadi bila ada decision on this allegation, bahawa
orang ini tak bersalah barulah saya lega sedikit. Tapi entahlah kerana
sekarang ini ada orang membuat keputusan-keputusan yang tidak ada
asas perundangan sama sekali”.
(Hlm: 19)
• Teknik menakut-nakutkan- melibatkan pemberian contoh, pernyataan
fakta, meramal dan membuat kesimpulan. Dalam halaman yang ke 9 iaitu:

“Kita rugi mungkin satu billion ringgit kerana tidak menggunakan


bangunan CIQ yang telah kita bina tetapi ini tak mengapa…

Itu menjadi keuntungan yang besar! Itu perkiraanlah. Saya yang bodoh ini
anggap kita rugi. Tak tahulah. Itu perhitungan saya yang tak begitu
bijak…”
(hlm. 9)
 
• Teknik imbas kembali- dilihat berdasarkan petikan pada halaman yang ke
14 iaitu apabila retor ada menyebut tentang gejala rasuah yang berlaku
sebelum dan setelah Malaysia mencapai kemerdekaan:

• “… di Malaysia di waktu kita mencapai kemerdekaan tak adalah rasuah


yang ketara seperti itu. Sebabnya di zaman British dahulu mereka tidak
memberi kuasa kepada pengawal kita. Apabila kita merdeka maka
ternampak kemungkinan rasuah berlaku maka Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah menubuhkan
sebuah badan untuk mencegah rasuah iaitu Badan Pencegah
Rasuah(BPR).”
(hlm. 14) 
KESIMPULAN
• Ada dua jenis unsur retorik:
1. Retorik Forensik
2. Retorik Demonstratif.

•Ada dua jenis fakulti retorik:


1. Fakulti Penyampaian
2. Fakulti Reka Bentuk:

i. Patos
ii. Logos.
 Patos:  Logos:

i. Ephoneisis i. Proecthesis
ii. Synonyma ii. Syllogismus
iii. Descripto iii. Apohasis
iv. Cataplexis iv. Prosapodois
v. Aganactesis v. paromologia
vi. Memphis
vii.Epiplexis
viii.Coriduplicato
ix. Apagoresis
x. Ecphonesis
xi. Paenismus
• Ada empat teknik retorik:

1. Teknik Kesopanan.
2. Teknik Beranalogi Sebagai Sindiran.
3. Teknik Mengumpan Sokongan.
4. Teknik Didaktif.
5. Teknik Pernyataan Perasaan.
6. Teknik Menyindir.
7. Teknik Menakut-nakutkan.
8. Teknik Imbas Kembali

Anda mungkin juga menyukai