Anda di halaman 1dari 4

‫ﻹ‬

(KERUNTUHAN AKHLAK)

‫ﻹ‬
‫ﻹ‬

‫ﻹ‬

‫ﻹ‬

‫ﻷ‬

‫ﻹ‬

‫ﻹ‬ ‫ﻹ‬
‫ﻹ‬
‫ﻹ‬
‫ﻹ‬

‫ﻹ‬ ‫ﻹ‬

‫ﻹ‬

‫ﻹ‬
. ‫ﻹ‬

Terjemahan:

Akhlak merupakan kata jama’ kepada khuluk. Ia merupakan sifat dan


perangai manusia yang diterjemahkan melalui syaksiah peribadinya,
masyarakatnya ataupun persekitarannya. Keruntuhan akhlak merupakan
penyelewengan dari jalan yang sebenar dan terkeluar dari pegangan yang
sebenar. Rasulullah s.a.w bersabda: ”Setiap yang dilahirkan itu adalah fitrah,
ibubapanya lah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani ataupun Majusi.” Allah
Taala telah berfirman : ”Dan kami ciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian”-
surah At-Tin.

Daripada ayat di atas, dapat diambil pengajaran bahawa sesungguhnya


manusia itu dilahirkan dalam keadaan bersih dalam sebaik-baik gambaran dan
penciptaan, melainkan apabila terdapat beberapa unsur yang masuk dan telah
mengubah daripada fitrah dan kejadiannya.Faktor-faktor ini kedang-kadang
bermula bermula di rumah, masyarakat, tempat pengajian, masyarakat, media
massa dan sebagainya.

Sepertimana yang telah kita ketahui, keruntuhan akhlak ini berpunca dari
bentuk yang pelbagai, di antaranya ialah keruntuhan dalaman yang berlaku
dikalangan masyarakat tersebut seperti tersebarnya masalah rasuah, mencuri,
budaya lepak, pengambilan pil khayal, zina, pelacuran, dan berleluasanya
pelbagai jenayah serta bermacam-macam lagi. Antaranya juga adalah berpunca
dari unsur luar dan ikutan barat dalam kehidupan seharian mereka dari sudut
cara berpakaian yang seksi dan percampuran bebas.

Antara punca-punca lain yang mendorong berlakunya gejala keruntuhan


akhlak ini secara berleluasa ialah kerana kurangnya kefahaman ilmu agama,
kurangnya pendidikan agama, kurang perhatian dari ibu bapa yang sibuk
bekerja, tersebarnya media massa yang membawa unsur-unsur negatif dan
buruk dari luar, peragulan bebas tanpa batasan antara lelaki dan perempuan,
terpengaruh dengan budaya buruk dari barat dan sebagainya.

Disini terdapat beberapa cara mengatasi masalah kerosakan akhlak ini, di


antaranya dengan menanam dan menyemai keimanan serta akidah yang betul di
dalam jiwa para remaja, mendidik akal mereka dengan dengan didikan dan
budaya islam,perhatian ibu bapa dalam gerak geri mereka, kedudukan mereka,
menghalang mereka dari bergaul bebas, memahamkan mereka dengan perkara
yang halal agar diamalkan dan perkara yang agar dijauhi daripadanya, dan
memahamkan mereka tentang kebahagiaan yang sejati serta kemanisan yang
abadi. Dan mengancam mereka tentang bahaya dadah dan kesan buruknya
serta menanam kebencian kepada kebudayaan barat di samping percampuran
bebas. Di samping itu juga dengan menghadiri majlis ilmu dan solat berjemaah
serta mengadakan seminar atau ceramah bagi menyedarkan tentang bahaya
keruntuhan akhlak di kalangan remaja.

SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN….


http://enotapelajar.wordpress.com