Anda di halaman 1dari 20

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 1

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Soalan tugasan

1. Aspek pengurusan kesihatan diri dan pendidikan kesihatan keluarga amat penting
dipraktikkan oleh kita semua untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian
kehidupan kita terjamin.

Dengan bantuan pengurusan grafik yang dipilih, bincangkan kedua-dua pernyataan di


atas dengan mengambik kira kepentingannya serta keutamaannya dalam kehidupan kita
seharian.

Pengenalan

Kesihatan adalah suatu keadaan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial, dan bukan
semata-mata ketiadaan penyakit dan cacat cedera sahaja (WHO). Ia adalah kualiti hidup yang
melibatkan sosial, emosi mental, spiritual dan kecergasan biologikal individu hasil daripada
adaptasi individu terhadap persekitaran (Dubos R., 1968). Kesihatan berkait rapat kepada siapa
kita sebagai individu, bagaimana kita memberi maklum balas terhadap orang lain, persekitaran
dan cabaran-cabaran kehidupan seharian.

Setiap manusia dilahirkan dengan mempunyai tubuh dilengkapi bahagian-bahagian yang


memainkan peranan atau fungsi tersendiri. Bahagian dan organ membentuk sistem yang
membolehkan tubuh berfungsi sepenuhnya. Sistem tubuh yang mampu berfungsi sepenuhnya
memerlukan penjagaan yang betul. Pengetahuan dan amalan berkaitan dengan asas penjagaan
kesihatan amat penting. Pengetahuan dan amalan penjagaan tubuh adalah kemahiran asas yang
diperlukan oleh setiap individu. Kemahiran asas ini perlu diperkembangkan daripada peringkat
bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa sehinggalah ke peringkat warga emas.

Penjagaan kesihatan asas diri merangkumi kebersihan tubuh badan, pakaian dan peralatan
yang digunakan, pengurusan pemakanan yang betul, pengurusan berat badan, pengurusan
tekanan dan pemeriksaan kesihatan. Kesihatan diri yang sejahtera akan memastikan setiap
individu menjalankan fungsi sosial mereka dengan berkesan. Lelaki dan perempuan dapat
memainkan peranan masing-masing dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

Shahrom Nizam Bin Azali


791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Pengurusan Kesihatan Diri

Pengurusan kesihatan diri yang baik akan menjamin tahap kesihatan yang sentiasa sempurna.
Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan diri menjadi asset yang penting untuk hidup
sihat sepanjang hayat. Berikut adalah aspek pengurusan diri yang harus diberi perhatian:

Rajah tentang Pengurusan kesihatan diri

(a) Pengurusan Kebersihan tubuh

Menjaga kebersihan diri adalah satu amalan yang mesti diberi keutamaan dalam
kehidupan kita. Untuk memastikan badan kita bebas daripada kekotoran, bukanlah
setakat mandi dua kali sehari. Sebaliknya kita mestilah prihatin tentang kebersihan tubuh
badan kita dari hujung rambut hingga hujung kaki. Badan yang bersih bukan sahaja
terhindar daripada penyakit, malah kita akan sentiasa ceria dan dapat memberi tumpuan
kepada aktiviti harian kita dengan baik. Berikut merupakan bahagian yang perlu kita beri
keutamaan.

Shahrom Nizam Bin Azali


791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
1. Membersihkan tubuh badan
m
R
g
n
d
a
b
u
T
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 3
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Membersihkan tubuh badan adalah rutin harian kita yang perlu


dilakukan. Kita perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bersihkan tubuh
badan dengan sabun dan air bersih untuk membuang kekotoran dan kuman. Amalan
ini dapat menjauhkan kita daripada dijangkiti penyakit kulit seperti kudis dan badan
berbau busuk.

2. Tangan

Tangan kita adalah di antara anggota yang paling banyak mengumpul


kuman. Setiap kali kita memegang tombol pintu atau duit kertas, pelbagai kuman
orang lain dipindahkan kepada tangan kita. Tambahan pula pada era ini terdapat virus
yang digelar H1N1 yang boleh menular melalui sentuhan dan juga melalui udara.

Shahrom Nizam Bin Azali


791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 4
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Apabila virus ini terjadi, maka ramai orang yang telah menjaga kesihatan diri dengan
mencuci tangan dengan betul. Kita perlu bersihkan tangan dengan sabun dan air
bersih setiap kali selepas ke tandas dan sebelum menyediakan makanan atau hendak
makan. Kuku yang panjang akan menyediakan ruang masuk untuk kuman pindah ke
mulut dan makanan kita. Pastikan kuku sentiasa dipotong pendek dan bersih.

3. Rambut

Rambut perlu dibersihkan dengan menggunakan syampu yang


bersesuaian dengan jenis kulit kepala. Biasanya terdapat dua jenis kulit kepala iaitu
kering dan berminyak. Pilih syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut. Kutu
rambut dan masalah kulit kepala adalah di antara masalah kesihatan yang biasa
berlaku. Selain itu, masalah kelemumur boleh terjadi apabila kulit kepala berminyak
dan berhabuk. Gunakanlah syampu yang khas untuk menghilangkan kelemumur dan
rambut bercabang. Pemilihan sikat juga amat penting untuk menjamin rambut kekal
sihat dan cantik. Sikat yang berbentuk sebaris sesuai untuk digunakan oleh orang
yang berambut lurus, manakala bagi mereka yang berambut kerinting, gunakanlah
sikat yang kembang. Sekiranya masalah kulit kepala kerap berlaku maka dapatkanlah
rawatan dan nasihat di klinik.

Shahrom Nizam Bin Azali


791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 5
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

4. Penjagaan mulut

Penjagaan mulut termasuklah gigi amat penting dalam


pengurusan kesihatan diri. Gigi adalah salah satu anugerah Allah kepada hambanya.
Gigi yang sihat dan bersih mampu membuatkan wajah kita berseri-seri. Kita mestilah
menggosok gigi 3 kali sehari iaitu waktu pagi, tengah hari selepas makan dan
sebelum masuk tidur. Gosoklah gigi dengan cara yang betul agar segala sisa-sisa
makanan dapat dikeluarkan. Jika masih terdapat sisa makanan yang tersangkut
dicelah gigi, gunalah benang untuk mengeluarkannya.

Pilih ubat gigi yang sesuai untuk gigi dan gusi kita. Kita juga
digalakkan berjumpa dengan doktor gigi 6 bulan sekali untuk memantau tahap
kesihatan gigi kita. Untuk pengetahuan kita semua, rokok, teh dan kopi boleh
mengakibatkan gigi kita kekuning-kuningan.

Untuk memastikan gigi kita putih bersih, jauhilah daripada


menghisap rokok dan kurangkan pengambilan teh dan kopi dalam kehidupan harian.
Rajin-rajinlah minum susu kerana susu yang kaya dengan kalsium membantu
pertumbuhan gigi yang sihat dan kuat. Sayangilah gigi anda. Gigi yang sihat dan
putih bersih akan membuatkan senyuman anda lebih menawan.

Shahrom Nizam Bin Azali


791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 6
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

5. Rehat dan tidur

Tubuh badan kita memerlukan masa rehat yang secukupnya untuk


memulihkan tenaga dan minda. Dapatkan tidur secukupnya dan berkualiti. Kanak-
kanak dan remaja memerlukan masa tidur yang lebih berbanding dengan orang
dewasa. Pastikan tubuh dibersihkan sebelum tidur.

(b) Pengurusan Kebersihan Pakaian


Negara kita mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Tubuh kita cepat berpeluh. Oleh
yang demikian adalah penting untuk kita menukarkan pakaian setiap hari. Pastikan
pakaian dibersihkan sebelum dipakai semula. Kita juga perlu membersih dan menjemur
bantal,selimut tilam dan cadar untuk mengelak pembiakan hama.

(c) Pengurusan Tahap Kesihatan

Shahrom Nizam Bin Azali


791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 7
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Selain kita menjaga kebersihan tubuh badan, kita juga perlu memastikan tahap kesihatan
badan kita supaya tidak ada penyakit. Sesetengah penyakit adalah “pembunuh senyap”.
Ada di antara kita tidak mengetahui bahawa kita sedang diancam penyakit. Misalnya
penyakit yang berkaitan dengan penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan
strok. Penyakit ini dikenalpasti sebagai salah satu daripada 10 penyebab kematian di
Malaysia. Selain itu penyakit diabetis juga boleh mengancam kesihatan yang berpunca
daripada tahap glukosa dalam darah. Kita boleh mengetahui tanda-tanda awal sesuatu
penyakit dengan melakukan pemeriksaan kesihatan.

Rajah berkaitan tentang pemeriksaan yang boleh dijalankan :

(d) Pengurusan Pemakanan yang sihat

Pemakanan sihat merupakan sebaik-baik amalan untuk menjaga kesihatan. Pemakanan


sihat mengandungi makanan berkhasiat yang diperlukan untuk pertumbuhan dan
pembinaan tubuh badan. Kita makan untuk menghidupkan fungsi organ tubuh badan kita.

Shahrom Nizam Bin Azali


791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 8
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Makanan memberi segala zat yang diperlukan oleh tubuh. Adalah amat penting untuk
memakan sajian seimbang untuk mendapatkan semua jenis zat yang diperlukan.
Pemakanan seimbang bermaksud makanan seharian yang kita ambil dalam kumpulan
makanan asas adalah sama banyak atau seimbang.
Contoh makanan seimbang yang kita ambil pada hari ini terdiri daripada nasi,
daging, sayur-sayuran dan buah-buahan. Tidak semua hidangan memerlukan makanan
daripada semua kumpulan berkenaan. Bagaimanapun, perlu ada keseimbangan antara
makanan itu dalam tempoh sehari.

yang m ungkin.
nasi.
hijau
buah an.
.
telu
su
diam
bijirin, eju
kan
su,r d p as
bil ekacang
tadad
kdan i .h.
dan
sedikit
kump lan
daging
hasi u
, lanm,
aya
ten sayur
bu
usu ah, -
iaitu
ikan
kumphendaklah
u lan roti,
daridarip ada
pada kumpulan
d)
e) minyak
darip
2-3 h ada
hidangan
idangan
b) 2-4
c) hidangan
3-5 hidangan
) Lemak
a)f6-11 hidangan
dan

Rajah menunjukkan makanan seimbang mestilah mengandungi hidangan seperti berikut:

Pengurusan makanan yang sihat merujuk kepada amalan pemakanan seseorang. Tiga
waktu makan utama ialah sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Kita
dinasihatkan supaya wajib mengambil sarapan pagi. Pengambilan sarapan pagi mampu
memberikan kita tenaga untuk memulakan kerja. Tenaga dan zat-zat ini perlu ditambah

Shahrom Nizam Bin Azali


791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 9
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

untuk memulih tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan minda. Semoga kita dapat
mengekalkan kesihatan yang baik dengan mengamalkan pemakanan sihat.

(e) Pengurusan Berat Badan

Obesiti merupakan salah satu risiko untuk mendapat penyakit


diabetis, jantung, darah tinggi dan kanser. Risiko lain ialah merokok dan kurang
bersenam. Di Malaysia, prevalen penyakit diabetis dalam kalangan penduduk Malaysia
pada tahun 1986 ialah 6.3% dan meningkat kepada 8.3% pada tahun 1996. ( menurut
National Health and Morbidity Survey, 1996 ).

Fizikal yang cergas adalah satu indikator untuk kesihatan tubuh badan.
Kecergasan fizikal di sini tidak merujuk kepada senaman yang tetap semata-mata. Ia
meliputi segala aktiviti yang menggerakkan anggota fizikal seperti menjalankan kerja di
rumah dan membersihkan kawasan rumah. Aktiviti fizikal yang memerlukan tenaga yang
berupa pembakaran lemak dalam tubuh badan kita. Pembakaran lemak yang konsisten
dapat menyisihkan lebihan lemak yang berada di dalam tubuh kita dan dapat
mengurangkan berat badan yang berlebihan. Di samping itu, kita dapat melindungi
jantung kita apabila tubuh kita mempunyai lemak darah berkepadatan tinggi (High

Shahrom Nizam Bin Azali


791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 10
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

density lipoprotein atau HDL). Ia adalah bahan darah yang dapat memungut kolesterol
dan membantu membuangnya dari badan melalui hati. Ia juga dikenali kolesterol yang
baik.
(f) Pengurusan Tekanan (stress)
Tekanan (stress) adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental terhadap perubahan dan
cabaran. Stress boleh dialami sama ada di rumah, sekolah dan tempat kerja. Stress yang
sedikit boleh menjadi faktor motivasi kepada kita tetapi sekiranya mengalami stress yang
serius mungkin seseorang individu itu akan terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan
alkohol. Terdapat dua faktor stress iaitu luaran dan dalaman.

Rajah (f).1 : Faktor luaran penyebab stres

Shahrom Nizam Bin Azali


791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 11
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Rajah (f).2 : Faktor dalaman penyebab stres

Kita mesti belajar hidup dengan stress kerana ia sebahagian dari kehidupan. Belajar
mengurus stress dapat menjauhkan kerunsingan. Pengurusan masa dan kerja secara bijak
dapat membantu mengurangkan stress. Amalkan pemikiran dan komunikasi yang positif.
Dapatkan bantuan jika tidak mampu menguruskan tekanan dengan sendiri.

Kesimpulannya, pengurusan kesihatan diri dan pendidikan kesihatan keluarga amat penting
dipraktikkan oleh kita semua untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian kehidupan kita
terjamin.

Shahrom Nizam Bin Azali


791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 12
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Soalan 2

Bina satu set rancangan pengajaran harian (RPH) yang berkaitan dengan bagaimana untuk anda
mengajarkan aspek pengurusan diri kepada murid-murid Tahun 5.

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Butiran am

Tarikh : 15 Mac 2010

Kelas : 5 Solar

Hari : Isnin

Masa : 8.50 – 10.00 pagi

Minggu :8

Bilangan murid : 33 orang

Butiran khas

Tunjang pembelajaran: Kesihatan Diri dan Keluarga

Tajuk pembelajaran : Amalan kesihatan

Pengetahuan awal murid : Murid pernah melakukan aktiviti kecergasan dan kesihatan.

Objektif pembelajaran: Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran diharapkan murid dapat :

Psikomotor : 1. Mencatat maklumat yang diperolehi hasil dari perbincangan.

Kognitif : 1. Menyelesaikan teka silang kata berdasarkan informasi yang diberi.

Afektif : 1. Menunjukkan kesungguhan dan keberanian untuk menjawab soalan.

Persediaan murid : alatulis

Persediaan guru : pen marker, papan silang kata, kertas mahjung dan lembaran kerja.

Shahrom Nizam Bin Azali


791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
FASA/MASA AKTIVITI BUTIRAN PENGAJARAN ORGANISASI CATATAN
DAN PEMBELAJARAN

Permulaan Memaparkan carta 1. Murid membaca dan


(set induksi) tentang amalan harian memahami carta tersebut.
5 minit untuk menjaga kesihatan

Perkembangan 1. Membaca catatan 1. Murid dibahagikan ABM


Langkah 1 dan memahami isi kepada 5 kumpulan ( 6 G  Catatan
(20 minit) kandungan. orang setiap kumpulan)  Pen
Xxx Xxx Xxx
2. Guru memanggil wakil marker
xx xx xx
setiap kumpulan untuk
membacakan sebuah
Xxx Xxx Xxx
catatan.
xx xx xx
3. Setiap kumpulan
dikehendaki mencatat
amalan yang sesuai untuk
diikuti oleh murid.

Shahrom Nizam Bin Azali


791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
Langkah 2 1. Membentangkan 1. Setiap kumpulan akan X ABM
(20 minit) catatan harian berbincang mengenai  Kertas
Xxx Xxx Xxx
yang telah dibuat aktiviti harian yang sesuai mahjung
xx xx xx
di atas kertas mahjung  Pen
dengan membina jadual marker
aktiviti. Xxx Xxx Xxx
xx xx xx
2. Wakil setiap kumpulan
akan membentang hasil
kerja.

Langkah 3 1. Permainan (roda 1. Guru memanggil ketua


(20 minit) silang kata) kumpulan untuk
memutarkan roda markah.
2. Apabila roda markah
berhenti, contohnya di
tempat nilainya ialah 40
markah. Guru akan
bertanya soalan berapa
yang ingin dipilih oleh
kumpulannya. (soalan 1
hingga soalan 6).
3. Setelah itu, guru akan
membacakan soalan dan

Shahrom Nizam Bin Azali


791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
sekiranya kumpulan itu
berjaya menjawab, 40
markah akan diberikan
dan jika gagal 0 markah
akan diberi.
4. Masa yang diberikan
untuk menjawab hanya 15
saat sahaja.
5. Permainan ini dijalankan
hanya dalam satu
pusingan sahaja.
6. Kumpulan yang berjaya
menjawab betul dan
memperolehi markah
tertinggi akan dikira
sebagai pemenang.

Penutup / 1. Sesi perbincangan Mengadakan sesi perbincangan /


kesimpulan dan pengukuhan. pengukuhan objektif :
(5 minit) - Memberi peneguhan
kepada murid terhadap
kemahiran yang
dipelajari.

Shahrom Nizam Bin Azali


791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
- Sebagai satu motivasi
kepada murid.
- Cara membuat
pembetulan ke atas
kesalahan kemahiran
yang dilakukan murid.
- Guru membuat rumusan
mengenai amalan harian.

Shahrom Nizam Bin Azali


791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
Rujukan

1. Albeny Joslyn Panting & Pises Busu, 2007. HBHE 2203, Kesihatan diri dan keluarga.
Kuala Lumpur : Open University Malaysia.
2. Idris Mohamad, Shamsudin Mohd Shariff & Jamaludin Ahmad, 1999. Kurikulum
Bersepadu Sekolah rendah, Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.
3. Universiti Putra Malaysia. Pengurusan kesihatan diri.
Di talian : www.educ.upm.edu.my/~gm/amalankesihatan.html.
4. Pendidikan kesihatan keluarga.
Di talian : www.scribs.com

Shahrom Nizam Bin Azali


791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
Shahrom Nizam Bin Azali
791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
Contoh lembaran kerja :

Amalan harian

Jawab semua soalan di bawah :

4. Namakan tiga jenis penyakit kulit yang mungkin terjadi sekiranya kita
mengabaikan kebersihan diri.

a)______________ b)_______________________ c)_________________________

5. Senaraikan lima aktiviti kecergasan sebagai amalan kesihatan tubuh badan kita.

a)__________________ b)__________________ c)_________________

d)___________________ e) ________________

Shahrom Nizam Bin Azali


791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
Shahrom Nizam Bin Azali
791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)

Anda mungkin juga menyukai