Anda di halaman 1dari 1

AMANAT DAN WASIAT

LEMBAGA PENGASAS PEWARIS MALAYSIA

DIBUAT AMANAT DAN WASIAT INI PADA HARI INI SELASA 23 JAMADIL AKHIR 1430 BERSAMAAN 16HB JUN 2009,
DENGAN NIAT DAN TUJUAN SEMOGA PERTUBUHAN INI AKAN MEJADI PENYATUAN BANGSA MELAYU DAN WADAH
PERJUANGAN BANGSA MELAYU YANG ULUNG.

Amanat Dan Wasiat Tersebut Kami Perturunkan Pada Generasi Pewaris Malaysia Dengan Harapan Semoga Akan
Menjadi Garis Panduan Asas Perjalanan Pertubuhan Ini.

1. KAMI AMANATKAN PADA SETIAP MASA LEMBAGA PENGASAS HARUS MEMEPUNYAI 3 ORANG
KEAHLIAN YANG SEKARANG DI NAMAKAN SEBAGAI i] YANG DIPERTUA PENGASAS UTAMA, ii] YANG
DIPERTUA PENGASAS AM iii] YANG DIPERTUA PENGASAS MUDA.
2. KAMI WASIATKAN KEKOSONGAN DALAM MAJLIS PENGASAS HARUS DIGANTI DENGAN KADAR SEGERA
OLEH HASIL KEPUTUSAN DAN PERSETUJUAN OLEH AHLI LEMBAGA PENGASAS YANG ADA, DAN
DINAMAKAN PENGGANTI TERSEBUT SEBAGAI YDP.PENGASAS MUDA.
3. KAMI AMANATKAN DAN WASIATKAN SEMUA JAWATAN UTAMA DAN EKSEKUTIF PERTUBUHAN YANG
TERDIRI DARIPADA, PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN, SETIAUSAHA AGUNG, PENOLONG SETIAUSAHA
AGING, BENDAHARI AGUNG, PENGARAH KOMUNIKASI KORPORAT(KETUA PENERANGAN) DAN
ORDITOR HARUSLAH ATAS DASAR LANTIKAN DAN PERSETUJUAN LEMBAGA PENGASAS.
4. KAMI AMANATKAN DAN WASIATKAN JUGA, PRESIDEN PERTUBUHAN INI HARUSLAH HANYA DILANTIK
DARI KALANGAN PENGASAS PERTUBUHAN INI.
5. KAMI AMANATKAN TIMBALAN PRESIDEN HARUSLAH DILANTIK DARI KALANGAN AYAHANDA
PENASIHAT YANG BERWIBAWA DAN MAMPU MEMBANTU PRESIDEN DALAM SEMUA HAL
PENTADBIRAN PERTUBUHAN INI.
6. KAMI WASIATKAN JUGA SELAIN DARI DUA JAWATAN YANG TERSEBUT DIATAS, SEMUA PERLANTIKAN
YANG TERSEBUT PADA FASAL 3 DI ATAS HARUSLAH TERDIRI DARIPADA KALANGAN AYAHANDA
PENASIHAT ATAU KEKANDA TUNGGAK/KEKANDA PENGELOLA ATAU ABANG-ABANG PENYELIA.
7. KAMI MAHU 28 ORANG AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PERINGKAT PUSAT ADALAH SECARA
LANTIKAN TERUS DARIPADA 2 ORANG WAKIL JAWATANKUASA NEGERI YANG TELAH DICALONKAN
DAN MENDAPAT PERSETUJUAN MAJLIS PENASIHAT TERTINGGI PUSAT.
8. KAMI AMANATKAN MAJLIS PENASIHAT TERTINGGI ADALAH BADAN ATAU MAJLIS YANG TERTINGGI
MENGURUSKAN SEMUA HAL BERSANGKUTAN DENGAN MAJLIS AYAHANDA DAN JUGA YANG
MENASIHATI SEMUA PENTADBIRAN PERTUBUHAN.
9. KAMI MAHU MAJLIS PENASIHAT TERTINGGI HARUSLAH TERDIRI DARIPADA SEORANG WAKIL
AYAHANDA PENASIHAT DARI MAJLIS PENASIHAT NEGERI YANG TELAH DICALONKAN OLEH KORUM
MAJLIS PENASIHAT NEGERI DAN DIPERSETUJUI OLEH LEMBAGA PENGASAS.
10. KAMI AMANATKAN DAN WASIATKAN PERTUBUHAN INI HARUSLAH MENJAGA DAN PERTAHANKAN
SEMUA KEPENTINGAN YANG BERSANGKUTAN DENGAN BANGSA MELAYU.
11. KAMI AMANATKAN AYAHANDA PENASIHAT TIDAK MENDUDUKI SEBARANG JAWATAN DIPERINGKAT
NEGERI DAN JEMAAH CAWANGAN, DAN HANYA MENASIHATI JAWATANKUASA NEGERI/JEMAAH
CAWANGAN SAHAJA.
12. KAMI AMANATKAN DAN WASIATKAN SEBARANG PERLANTIKAN ATAU PENTAULIAHAN HARUS
MERUJUK DAN MENDAPAT RESTU DARI LEMBAGA PENGASAS.
13. KAMI PERTURUNKAN DAN WARISKAN AMANAT DAN WASIAT INI KEPADA JENERASI PEWARIS
MALAYSIA UNTUK DI PATUHI DAN DIAMALKAN SEPANJANG MASA DALAM PERJALANAN
PERTUBUHAN INI.

KAMI SERAHKAN AMANAT DAN WASIAT INI:

DATO’SERI JAAFAR SHAARI HAJI ABD. MALEK OMAR DATO’PADUKA HAJI AB. MALEK RANTING
YDP. PENGASAS UTAMA YDP. PENGASAS AM YDP. PENGASAS MUDA