Anda di halaman 1dari 3

SABTU 8 SYAWAL BERSAMAAN 18 SEPTEMBER 2010

ini diserahkan dengan amanah dan sokongan 175 Gabungan NGO

kepada YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak pada 18 September 2010 |
8 Syawal 1431H.

Kita sedia maklum kedudukan Bangsa Melayu dan agama Islam merupakan kedudukan
istimewa dalam Perlembagaan dan juga merupakan sistem perundangan dan budaya
bernegara di Malaysia. Hal ini diperuntukkan dengan jelas antara lainnya dalam Perkara 3,
11(1), 11(4), 12 (2), 121(1A) dan Jadual Ke-9 Perlembagaan Persekutuan dan perkara 153
bagi kedudukan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu di negara ini,

Jelas, pendekatan ini telah menjadi antara faktor dan kekuatan utama kejayaan kita dalam
mengekalkan rekod kestabilan dan keharmonian hubungan antara kaum dan agama yang
boleh dibanggakan di dalam dan di luar negara.

Malangnya, akhir-akhir ini terdapat usaha-usaha pihak-pihak tertentu yang cenderung untuk
mencabar kedudukan agama Islam dan hak-hak keistimewaan bangsa Melayu, secara
langsung dan tidak langsung di negara ini.

Usaha-usaha ini yang dijalankan secara agresif, terancang melalui pelbagai cara khususnya
melalui blog, laman sosial seperti Facebook dan Youtube.

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah jelas dan berasaskan kontrak
sosial antara kaum-kaum utama di negara ini ketika negara berada di ambang kemerdekaan
lebih setengah abad yang lalu. Mengabaikan, mempertikaikan serta memperkotak katikkan
faktor ini merupakan satu cubaan seolah-olah cuba untuk menggangu gugat keharmonian
dan perpaduan yang telah hidup segar di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di
Malaysia.

Tindakan kelompok ini mempertikaikan, mempermain-mainkan maruah negara, kedudukan


bangsa Melayu dan Islam ternyata telah menyinggung perasaan orang Melayu, mewujudkan
ketidakselesaan dan juga mewujudnya kebimbangan yang mendalam di kalangan rakyat
sejak kebelakangan ini.

Malah ketegangan ini semakin dirasai apabila ada anasir-anasir yang cuba mempolitikan isu
pembunuhan Dato Sosilawati Lawiya dengan cuba mengaitkan pembunuhan tersebut
sebagai satu isu perkauman yang pada hari ini telah menjadi satu kebimbangan ketara
umum bagi rakyat di negara ini.

Justeru, Pewaris Malaysia yang diberi amanah untuk mewakilkan Gabungan 175 NGO lain
yang telah menyokong Memorandum ini dan seterusnya demi keperihatinan kepada seluruh
umat Islam dan rakyat di Malaysia dengan ini menyeru agar:

1. Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia


Malaysia (SKMM) perlu bertindak tegas dan jangan teragak-agak atau pun
berkompromi untuk mengambil apa jua langkah undang-undang dan hukuman,
termasuklah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-
mana individu atau kumpulan, baik dari kalangan rakyat di negara ini ataupun rakyat
luar, yang cuba membuat provokasi yang mempunyai unsur-unsur perkauman dan
agama, dalam apa jua bentuk penyampaian, baik melalui lisan, risalah bercetak
mahupun melalui internet.

2. Mencadangkan agar Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menghantar anggota atau
wakil untuk bertemu dengan ahli-ahli NGO bagi menjelaskan isu dan situasi terkini
mengenai hal-hal perkauman yang sedang bertiup di kalangan masyarakat bagi
meredakan kebimbangan yang menyelubungi rakyat sejak akhir-akhir ini akibat
perbuatan dari golongan tertentu yang cuba mempolitikan isu-isu perkauman dan
agama. Kami difahamkan baru-baru ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail bin Haji
Omar telah turun padang memberi penerangan kepada penduduk di Banting
mengenai situasi terkini berkenaan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya.

3. Mensarankan PDRM menyegerakan siasatan yang melibatkan kes-kes berkaitan intra


kaum dan intra agama kerana sekiranya PDRM gagal berbuat demikian, maka ianya
boleh menjejaskan dan menggagalkan usaha perpaduan dan gagasan 1 Malaysia yang
sedang diusahakan oleh kerajaan pada hari ini.

4. Kami juga mencadangkan agar satu suruhanjaya diwujudkan untuk meneliti sebarang
kelemahan-kelemahan yang sedia ada pada Majlis Peguam yang didapati tidak
mencapai tahap tanggungjawab sosial bagi mengekang peguam-peguam yang
menyalahgunakan kepakaran undang-undang mereka untuk melakukan
penganiayaan kepada rakyat awam. Sebagai contoh salah satu kelemahan tersebut
ialah dengan tidak mewar-warkan dengan tahap yang sepatutnya, di mana peguam-
peguam yang digantung lesen akibat salah laku dan kes-kes jenayah besar seperti
pecah amanah, menipu dan sebagainya hanya diwar-warkan melalui laman web
rasmi Majlis Peguam sahaja dan tidak pada media massa. Daripada kelemahan ini,
telah terbukti berlakunya satu penganiayaan yang amat-amat zalim terhadap rakyat
awam seperti mana yang berlaku di dalam kes Datuk Sosilawati Lawiya dan lebih 20
mangsa yang lain, ekoran tidak mengetahui bahawa firma peguam tersebut telah pun
digantung dan mempunyai salahlaku jenayah.

5. Memohon untuk menghantar wakil peguam pemerhati dari Jabatan Perundangan


Pewaris Malaysia bagi mengikuti perjalanan perbicaraan kes pembunuhan kejam
Datuk Sosilawati dan 3 sahabatnya, ini bertujuan agar dapat segera menyalurkan
maklumat yang tepat kepada Gabungan NGO-NGO dan ahli-ahli.

Bagi pihak Pewaris Malaysia dan Gabungan Badan NGO-NGO Malaysia

Dato’ Paduka Haji Ab. Malek bin Haji Ranting


Presiden
Pewaris Malaysia
No 19C, Town Park One,
Jalan Suarasa 8/3,
Bandar Tun Hussein Onn,
43200 Cheras,
Selangor.
Tel: 03-90753030
Fax:03-90757030

s.k.
1. Dato’ Seri Jaafar Shaari – Pengasas Utama Pewaris Malaysia
2. Datin Reny Rahayu – Gabungan NGO Malaysia

Anda mungkin juga menyukai