Anda di halaman 1dari 8

Ruj. Kami : Bil.

(3) SMK USJ 8 01/01/023 (PSK)


Ruj. Tuan :
Tarikh : 4 Oktober 2010

Kepada,
Pegawai Pelajaran,
Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana,
Jalan Kepuk 19/2, Seksyen 19,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
(u.p: Unit Perhubungan dan Pendaftaran)

Tuan,

MEMOHON KELULUSAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE TEMPAT BERSEJARAH DAN TEMPAT MENARIK DI MELAKA SEBAGAI
AKTIVITI PENGISIAN SELEPAS PMR

Dengan hormatnya, surat tuan BIL _______________-_____________________


bertarikh _________-____________adalah dirujuki.

2. Bersama – sama ini disertakan perkara –perkara di bawah untuk tindakan tuan
selanjutnya.
2.1 Surat Kelulusan Mengadakan Lawatan daripada Pengetua Sekolah
2.2 Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar ke Tempat Bersejarah dan Tempat
Menarik di Melaka.
2.3 Senarai Nama Murid dan Guru Pengiring yang lengkap
2.4 Surat Memohon Kelulusan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar
2.5 Peraturan – peraturan ( Pelancongan Sekolah 1957)

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 8
PERSIARAN KEWAJIPAN
47610 UEP SUBANG JAYA
SELANGOR

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE TEMPAT BERSEJARAH DAN TEMPAT
MENARIK DI MELAKA
(PROGRAM PENGISIAN SELEPAS PMR)

Tarikh
15 november 2010

Hari
ISNIN

Anjuran
KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA
&
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
1. PENDAHULUAN
Lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah dan tempat-tempat menarik di Melaka
merupakan salah satu program anjuran bersama Kelab Kaunseling dan Kerjaya dan
Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Program ini merupakan aktiviti
Pengisian Selepas PMR dan juga sebagai memenuhi syarat dalam komponen amali
mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan
murid secara kumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti.

2. OBJEKTIF
Lawatan ini bertujuan untuk:
i. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai sivik dan
kewarganegaraan di luar bilik darjah.
ii. Melahirkan murid yang memahami sejarah serta perkembangan negara.
iii. Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam diri murid.
iv. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara.

3. SASARAN
Murid-murid Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 8

4. PELAKSANAAN
Tarikh : 15 November 2010
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Melaka Bandar Bersejarah

5. TENTATIF PROGRAM
8.00 pagi – Bertolak dari SMK USJ 8
10.00 pagi – Tiba di Melaka dan mula melawat ke tempat bersejarah
12.00 tghari – Makan tengah hari
1.30 petang – Solat Zohor
2.00 petang – Sambung melawat ke tempat menarik di sekitar bandar Melaka
4.00 petang – Bertolak balik ke SMK USJ 8
6.00 petang – Tiba di SMK USJ 8
6. AJK PELAKSANA
Penaung : Pn. Mariyamah Binti Ali Osman (Pengetua SMK USJ 8)
Penasihat : Pn. Cheng Kuen Yin (GPK Kokurikulum)
Guru : i. Pn. Azizah Binti Ahmad (Kelab Kaunseling dan Kerjaya)
Pengiring ii. Pn. Dzurainee Binti Mokhatar (KP Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan)
iii. Pn. Nor Jafna Binti Jaffar
iv. Cik Azlina Binti Muhammad Said

7. SUMBER KEWANGAN
i. Sumbangan SUWA (Kokurikulum) RM60 X 40 RM2400
ii. Sumbangan PCG
(Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan) RM60 X 40 RM2400
JUMLAH RM4800

8. ANGGARAN PERBELANJAAN
Pakej Pelancongan, Pengangkutan Bas serta makan dan minum RM4800

9. PENUTUP
Pihak penganjur mengharapkan program lawatan sambil belajar ini akan berjalan
dengan lancar dan mencapai objektifnya.

Disediakan oleh,

………………………………………………..
(PUAN DZURAINEE BINTI MOKHATAR)
Ketua Panitia
Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
SMK USJ 8

Disemak dan disahkan oleh, Diluluskan oleh,

………………………………. …………………………………..
SENARAI NAMA GURU PENGIRING YANG MENYERTAI LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TEMPAT
BERSEJARAH DAN TEMPAT MENARIK DI MELAKA

BIL NAMA GURU JANTINA UMUR NO K/P JAWATAN ALAMAT RUMAH NO TEL BIMBIT

Pn. Azizah Binti


1 P 35 Tahun Guru
Ahmad
Pn. Nor Jafna Binti
2 P 38 Tahun Guru
Jaffar
Pn. Dzurainee Binti
3 P 28 Tahun Guru
Mokhatar
Cik Azlina Binti
4 P 26 Tahun Guru
Muhammad Said
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 8,
Persiaran Kewajipan,
47610 UEP Subang Jaya. Tel : 03-56310144
Fax: 03-56214457
Rujukan Kami : Bil. (2) SMK USJ 8 01/01/023 (PSK)
Tarikh : 4 Oktober 2010
Melalui dan salinan,
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 8,
Persiaran Kewajipan,
47610 UEP Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Kepada,
Pegawai Pelajaran,
Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana,
Jalan Kepuk 19/2, Seksyen 19,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
(u.p: Unit Perhubungan dan Pendaftaran)

Puan,

MEMOHON KELULUSAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE TEMPAT BERSEJARAH DAN TEMPAT MENARIK DI MELAKA SEBAGAI
AKTIVITI PENGISIAN SELEPAS PMR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Butiran lawatan adalah seperti berikut:-

Tarikh / Hari : 15 November 2010 (Khamis)


Masa : 8.00 Pagi – 6.00 Petang
Tempat : Tempat Bersejarah dan Menarik di Melaka
Penyertaan : 80 Murid Tingkatan Tiga dan 4 Guru
Guru Pengiring : i. Pn. Azizah Binti Ahmad
ii. Pn. Nor Jafna Binti Jaffar
iii. Pn. Dzurainee Binti Mokhatar
iv. Cik Azlina Binti Muhammad Said

3. Bersama ini disertakan kertas kerja dan senarai nama ahli yang lengkap dengan
nombor kad pengenalan dan alamat untuk tindakan puan selanjutnya.
4. Semoga permohonan ini mendapat perhatian dan kelulusan daripada pihak puan.
Kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas

………………………………………….
(PUAN DZURAINEE BT MOKHATAR)
Ketua Panitia
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
SMK USJ 8
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 8,
Persiaran Kewajipan,
47610 UEP Subang Jaya. Tel : 03-56310144
Fax: 03-56214457
Rujukan Kami : Bil. (1) SMK USJ 8 01/01/023 (PSK)
Tarikh : 4 Oktober 2010

Kepada,
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 8,
Persiaran Kewajipan,
47610 UEP Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Puan,

MEMOHON KELULUSAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE TEMPAT BERSEJARAH DAN TEMPAT MENARIK DI MELAKA SEBAGAI
AKTIVITI PENGISIAN SELEPAS PMR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Butiran lawatan adalah seperti berikut:-
Tarikh / Hari : 15 November 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 Pagi – 6.00 Petang
Tempat : Tempat Bersejarah dan Menarik di Melaka
Penyertaan : 80 Murid Tingkatan Tiga dan 4 Guru
Guru Pengiring : i. Pn. Azizah Binti Ahmad
ii. Pn. Nor Jafna Binti Jaffar
iii. Pn. Dzurainee Binti Mokhatar
iv. Cik Azlina Binti Muhammad Said
3. Bersama ini disertakan kertas kerja dan senarai nama murid yang lengkap dengan
nombor kad pengenalan dan alamat untuk tindakan puan selanjutnya.
4. Semoga permohonan ini mendapat perhatian dan kelulusan daripada pihak puan.
Kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas Diluluskan oleh,

………………………………. ……………..…………
(PUAN DZURAINEE BT MOKHATAR)
Ketua Panitia
Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
SMK USJ 8

Anda mungkin juga menyukai