Anda di halaman 1dari 24

PENGENALAN

Selama bertahun-tahun, IQ telah diyakini menjadi ukuran standard

kecerdasan, namun sejalan dengan tantangan dan suasana kehidupan moden

yang serba kompleks, ukuran standard IQ ini memicu pendebatan sengit dan

sekaligus menggairahkan dalam kalangan akademisi, pendidik, praktisi bisnis

dan bahkan publik awam, terutama apabila dihubungkan dengan tingkat prestasi

hidup seseorang.

Daniel Goleman (1999), adalah salah seorang yang mempopularkan jenis

kecerdasan manusia lainnya yang dianggap sebagai faktor penting yang dapat

mempengaruhi terhadap prestasi seseorang, yakni kecerdasan emosional, yang

kemudian kita mengenalnya dengan sebutan Emotional Quotient (EQ).

Steiner (1997) menjelaskan kecerdasan emosi adalah suatu kemampuan

yang dapat mengerti emosi diri sendiri dan orang lain, serta mengetahui

bagaimana emosi diri sendiri terekspresikan untuk meningkatkan maksimal etis

sebagai kekuatan pribadi. Senada dengan definisi tersebut, Mayer dan Solovey

(Goleman, 1999; Davies, Stankov, dan Roberts, 1998) mengungkapkan

kecerdasan emosi sebagai kemampuan untuk memantau dan mengendalikan

perasaan sendiri dan orang lain, dan menggunakan perasaan-perasaan itu untuk

memadu pikiran dan tindakan.

Berbeza dengan pendapat sebelumnya, Patton (1998) mengemukakan

kecerdasan emosi sebagai kemampuan untuk mengetahui emosi secara efektif

1
guna mencapai tujuan, dan membangun hubungan yang produktif dan dapat

meraih keberhasilan. Sementara itu Bar-On (2000) menyebutkan bahwa

kecerdasan emosi adalah suatu rangkaian emosi, pengetahuan emosi dan

kemampuan-kemampuan yang mempengaruhi kemampuan keseluruhan individu

untuk mengatasi masalah tuntutan lingkungan secara efektif.

Dari beberapa definisi tersebut ada kecenderungan erti bahawa

kecerdasan emosi adalah kemampuan mengenali perasaan sendiri dan

perasaan orang lain, kemampuan memotivasi diri sendiri, kemampuan mengolah

emosi dengan baik pada diri sendiri dan orang lain.

2
KOMPETENSI KECERDASAN
EMOSI (KKE)

3
KEPENTINGAN KOMPETENSI
KECERDASAN EMOSI (KKE)

4
Kepentingan Kompetensi Kecerdasan Emosi

Kebolehan untuk mengecam perasaan diri sendiri dan juga perasaan

orang lain serta memtivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan

kita dengan orang lain dengan baik dipanggil Kompetensi Kecerdasan Emosi

(KKE). Kepentingan Kompetensi Kecerdasan Emosi kepada seseorang pelajar

bukan saja untuk memahami perasaan diri dan orang lain malah pentingnya

memanfaatkan emosi dan mengurus hubungan.

Dengan kompetensi kecerdasan emosi yang ada pada seseorang pelajar,

para pelajar ini berupaya menguruskan perasaan dan emosi negatif diri

dengan baik. Dia sedar emosi yang dirasakan dan sebabnya. Oleh itu, dia dapat

mengawal emosi marah, emosi kecewa, emosi tertekan dan emosi benci dalam

dirinya. Bagi pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi, apabila marah, maka

dia boleh berfikir secara rasional dalam masalah atau rintangan yang dihadapi

dalam kehidupan seharian. Dia boleh memahami dan mengenalpasti pencetus-

pencetus yang boleh menjadikannya hilang akal seperti kata-kata dan perlakuan

orang lain yang menyinggungkan perasaan. Dengan itu, pelbagai masalah dapat

diselesaikan secara bermuafakat tanpa perasaan marah.

Pelajar yang berupaya menguruskan emosi kecewa dirinya akan sentiasa

berfikiran terbuka terhadap keputusan yang dicapai dan tidak melakukan perkara

yang bodoh. Dia tidak akan kecewa dan yakin terhadap perkara yang dilakukan

pada masa yang akan datang. Seseorang pelajar akan tenang dan positif

semasa tertekan. Dia akan berfikiran waras dan berfokus dalam tekanan serta

5
lebih berkeyakinan terhadap diri sendiri dalam melakukan segala perkara.

Pelajar akan hidup dengan gembira dan senang hati tanpa tekanan. Masalah

sosial seperti vandalisme tidak akan berlaku jika emosi tertekan dapat dikawal

dengan baik. Emosi benci yang biasanya mendatangkan masalah sosial dan

disiplin sekolah tidak akan timbul kerana pelajar yang mempunyai kecerdasan

emosi dapat menguruskan emosi benci dengan baik. Secara tidak langsung

keharmonian antara guru dan pelajar dapat diwujudkan.

Kompetensi kecerdasan emosi penting untuk menjadikan seseorang

pelajar mempunyai tingkah laku terkawal dan mematuhi disiplin. Para

pelajar ini akan bertanggungjawab atas prestasi diri. Dia mempunyai komitmen

dan menunaikan janji. Contohnya, dia akan memberi tumpuan sepenuhnya

dalam pembelajaran seharian dan melaksanakan tugasan yang diberikan oleh

guru dengan baik serta menyerahkan tugasan pada masa yang tepat. Seseorang

pelajar turut akan bersifat amanah dengan mengekalkan piawaian kejujuran dan

integriti. Secara tidak langsung, pelajar akan bertindak secara beretika mengikut

peraturan. Pelajar akan mementingkan masa dengan tidak berkeliaran di

kawasan sekolah, makan di kantin di luar waktu rehat serta datang lewat ke

sekolah. Pelajar juga akan mementingkan soal kekemasan diri seperti tidak

berambut panjang atau berfesyen rambut keterlaluan. Tingkah laku seperti

ponteng dan lari dari rumah juga tidak akan dilakukan oleh pelajar berkenaan.

Seseorang pelajar akan mengakui kesalahan sendiri dan menentang tindakan

tidak beretika orang lain serta menunjukkan tingkah laku yang terkawal.

6
Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan di antara kecerdasan emosi

dengan pencapaian akademik pelajar. Seseorang pelajar dapat memperoleh

pencapaian akademik yang baik melalui dimensi pengawalan emosi, dimensi

kecerdasan emosi motivasi, dimensi kecerdasan emosi empati, dan dimensi

kecerdasan emosi kemahiran interpersonal. Seseorang pelajar itu mempunyai

keupayaan mengawal emosi dengan tidak akan bertindak secara gopoh. Mereka

lebih tabah dan tenang dalam menjalankan tugasan. Keupayaan mengawal

emosi membolehkan pelajar menghadapi pembelajaran dengan lebih baik tanpa

dipengaruhi unsur-unsur kerisauan, takut gagal atau tidak yakin pada diri.

Seseorang pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi motivasi pula akan

mempunyai dorongan untuk berjaya. Dia akan sentiasa berusaha

menambahsuaikan atau memenuhi piawaian kecemerlangan. Dengan itu dia

akan lebih berkeyakinan dalam pembelajarannya dengan memberikan matlamat

untuk mencapai kecemerlangan akademik.

Bagi seseorang pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi empati, dia

mempunyai sensitif terhadap persekitaran dan boleh menyesuaikan diri dengan

perasaan seperti gembira, marah, sedih atau sakit hati. Para pelajar ini akan

lebih disenangi oleh rakan dan akan mewujudkan suasana gembira untuk

menghadapi pembelajaran yang secara tidak langsung meningkat pencapaian

akademik. Di samping itu, seseorang pelajar yang mempunyai kemahiran

interpersonal lebih pandai bersosial. Mereka tidak akan menghadapi kesukaran

7
dalam menjalinkan hubungan dengan rakan sebaya, selalu bertindak secara

positif dan akan membantu dalam pencapaian akademik yang baik.

Seseorang pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi mempunyai

empati dengan memahami emosi dan pandangan orang lain. Para pelajar ini

ada peningkatan kesedaran tetntang perasaan, kemahuan dan perihal orang

lain. Dia memahami rakan-rakannya serta mengesan emosi dan memahami

pandangan orang lain dan mengambil berat tentang masalah mereka.

Contohnya, dia peka kepada emosi orang lain dengan sentiasa bersedia

mendengar, prihatin dan memahami perspektif pandangan orang lain serta

memahami keperluan orang lain dengan memberikan bantuan.

Di samping itu, seseorang pelajar itu dapat menwujudkan dan

menguruskan hubungan yang baik dengan orang lain melalui kemahiran

sosial dalam kompetensi sosial. Kebolehan mengurus hubungan bertambah

dalam daya menganalisis dan memahami hubungan antara orang. Dengan

kecerdasan dalam kemahiran sosial, seseorang pelajar akan menyampaikan

mesej yang jelas, tepat dan menyakinkan. Contohnya, tingkah laku seseorang

pelajar yang sentiasa bertolakansur, bersedia mendengar dan mengalu-alukan

perkongsian maklumat, memupuk komunikasi terbuka serta bersedia menerima

makluman mahupun baik atau buruk. Tingkah laku ini telah membantu

meningkatkan kebolehan menyampaikan mesej yang jelas, tepat dan

menyakinkan. Oleh itu, para pelajar dapat berinteraksi dengan rakannya secara

8
lebih mesra seterusnya memberikan peningkatan kerjasama, pertolongan dan

perkongsian. Secara tidak langsung, hubungan yang baik sesama rakan-rakan

dapat terjalin dan dikekalkan.

Seseorang pelajar juga akan dapat menyelesaikan konflik dan merunding

perselisihan dengan lebih baik. Contohnya, dia akan mengesan dan mengambil

tindakan yang bijak dengan timbang rasanya dipertingkatkan dalam

penyelesaian konflik dan perselisihan faham. Ini telah dapat membina hubungan

mesra dengan orang lain tanpa emosi yang tidak terkawal.

Secara kesimpulanya, penguasaan kecerdasan emosi penting bagi

seseorang pelajar untuk memahami emosi diri sendiri, mengurus emosi,

memanfaatkan emosi, membaca emosi dan mengurus hubungan.

9
k
M
ctC
G
E
d
iK
ljryu
m
p
g
P
ah
b
n
eso
R
CARA MENINGKATKAN PENYUBURAN
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
DALAM KALANGAN PELAJAR

10
Cara Meningkatkan Penyuburan Kompetensi

Kecerdasan Emosi dalam Kalangan Pelajar

Pengurusan bilik darjah yang kondusif boleh mempengaruhi tahap

pembinaan Kompetensi Kecerdasan Emosi pelajar. Faktor-faktor seperti iklim

bilik darjah, rutin bilik darjah, disiplin bilik darjah dan organisasi bilik darjah akan

mempengaruhi tahap pembinaan Kompetensi Kecerdasan Emosi ini.

Sebagai bakal guru, kita harus sentiasa berusaha menyediakan iklim bilik

darjah yang ceria dalam kelas supaya pelajar seronok dan bekerja dalam

keadaan optimum yang mendorongkan pemikiran bernas dan kreatif. Iklim bilik

darjah bererti suasana dalam kelas sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran yang berlaku. Oleh itu, kita harus mengelakkan keadaan kelas

yang gelap dan sempit akan menggangu suasana emosi dan fizikal pelajar.

Keadaan yang ceria dan kondusif mempengaruhi emosi dan minat serta

kecerdasan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari segi emosi

perasaan seperti marah, bersaing untuk sumber yang terhad, dengki, memfitnah

dan lain-lain akan dikurangkan sekiranya pelajar menjalankan proses pengajaran

dan pembelajaran dalam suasana yang kondusif. Secara tidak langsung pelajar

akan berkembang dari segi sosial dan emosi dalam iklim bilik darjah yang positif

dan membina.

11
Guru juga harus mengaturkan rutin bilik darjah yang sistematik dengan

peraturan dan pensisteman untuk menjalankan sebarang aktiviti supaya dapat

menyemai perasaan tanggungjawab dan kerajinan. Contohnya, guru boleh

menyediakan satu jadual tugas kelas. Dengan demikian setiap pelajar diberikan

tanggungjawab serta kewibawaan untuk menjaga kebersihan kelas dan

mengendalikan kelas. Secara langsung dan tidak langsung KKE dapat dibina

melalui interaksi yang berlaku semasa menjalankan tugas. Pelajar juga dapat

memotivasikan diri untuk memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian kepada

pembelajaran hari itu melalui rutin bilik darjah yang teratur.

Sebagai guru, dia harus melahirkan pelajar yang berdisiplin kerana akan

individu yang berdisiplin mempunyai kompetensi personal seperti kesedaran

emosi kendiri, penghormatan kendiri, keyakinan diri dan kesedaran ketepatan

kendiri. Oleh itu, guru harus menyediakan disiplin bilik darjah yang baik dengan

menuediakan peraturan bilik darjah serta membantu pelajar mengikutnya.

Penyuburan Kompetensi Kecerdasan Emosi juga boleh ditingkatkan

melalui organisasi bilik darjah. Bilik darjah perlu diorganisasikan dengan teratur

dari segi pentadbirannya. Perlantikan pelajar sebagai ketua kelas, penolong

kelas, setiausaha, bendahari, dan ahli-ahli jawatankuasa tentu akan memberi

perasaan tanggungjawab dan berorientasi gol. Pentadbiran kelas harus

dianggap sebagai satu persatuan di mana pelajar bekerja dalam suasana

demokrasi. Tugas guru perlu lebih kepada peranan fasilitator dan peranan

12
pelajar perlu diutamakan supaya kompetensi-kompetensi personal dan sosial

dapat diperkembangkan.

Cara meningkatkan penyuburan Kompetensi Kecerdasan Emosi adalah

guru perlu memainkan peranan sebagai role model. Guru sebagai role model

adalah untuk mencerminkan kompetensi kecerdasan emosi iaitu kompetensi

personal dan sosial. Gaya cakap, bertindak dan mengurus pengajaran dan

pembelajaran semuanya diperhatikan oleh pelajar dan mereka akan belajar atau

ikutnya. Jadi adalah penting supaya guru sentiasa menunjukkan subkompetensi

seperti kawalan emosi, kebolehpercayaan, ketekunan, optimis, motivasi kendiri

dan lain-lain yang berkenaan dengan kompetensi personal.

Ciri-ciri kompetensi sosial yang perlu juga ditunjukkan ialah empati,

membangunkan orang lain, melayani kepelbagaian, kepimpinan berinspirasi dan

membina perhubungan. Dalam kelas, terdapat pelbagai peluang untuk guru

menekankan nilai-nilai murni yang merupakan kompetensi personal dan sosial.

Contohnya, melayani kepelbagaian pelajar melalui layan saksama terhadap

pelajar lemah, miskin atau kurang upaya. Bahasa dan ayat yang digunakan haru

menunjukkan sikap adil, saksama dan mesra.

Selain itu, kaedah pengajaran yang sesuai juga boleh digunakan untuk

mempromosi nilai-nilai yang baik iaitu meningkatkan kompetensi personal dan

sosial pelajar. Guru boleh menggunakan teknik-teknik atau strategi pengajaran

seperti memberikan pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran koperatif.

Pembelajaran Kolaboratif dapat memberi peluang kepada pelajar supaya

13
bercampur gaul dengan rakan-rakan dalam kumpulan lain dengan bekerjasam

antara sesama ahli kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Dalam

melakukan sesuatu tugasan, setiap kumpulan boleh berkolaborasi supaya kongsi

maklumat untuk mendapat isi kandungan yang lebih mantap. Dalam proses

mencari maklumat dan membincang serta menghujah dan meneliti isi-isi, pelajar

perlu berinteraksi sosial dan menggunakan kompetensi personal dan sosial

supaya tidak ada banyak konflik atau perselisihan faham hasil daripada

kekasaran dalam percakapan atau mudah tersinggung atau pemonopolasian

oleh pelajar yang dominan dan sebagainya.

Pemberian pembelajaran koperatif pula bertujuan untuk meningkatkan

kerja kumpulan dan berinteraksi sosial di antara ahli-ahlinya. Guru perlu

mengambil peluang untuk menyemai nilai-nilai dan kompetensi personal dan

sosial di kalangan pelajar semasa aktiviti pembelajaran koperatif dikendalikan.

Contohnya, guru boleh mendengar pertuturan pelajar dan menegur sebarang

penyelewengan, menyelesai masalah konflik jika timbul pada langkah serta

penimbulan daya kepimpinan mengikut keadaan perlu diakui dan diberi peluang

untuk berkembang lagi. Penglibatan diri dalam kemahiran “interpersonal”

merangkumi kemahiran membuat keputusan, mengendalikan konflik dan

mengekalkan hubungan baik antara ahli kumpulan. Oleh itu, pemberian

pembelajaran koperatif merupakan kaedah mengajar yang dapat menyemaikan

kompetensi kecerdasan emosi.

Di samping itu, untuk meningkatkan penyuburan Kompetensi Kecerdasan

Emosi dalam kalangan pelajar, guru juga boleh mengadakan permainan dalam

14
pengajaran dan pembelajaran. Permainan mempunyai banyak kebaikan dari

segi pedagogi untuk mengajar atau membelajar sesuatu. Ia memberi elemen

keseronokan dalam pembelajaran yang akan menjadikan pembelajaran atau

pengajaran lebih berkesan dan mudah diterima. Permainan biasanya melibatkan

interaksi antara dua atau lebih individu. Kompetensi Kecerdasan Emosi

memainkan peranan penting sekiranya pelajar tidak pandai mengurus emosinya

dan juga tidak mempunyai kemahiran sosial yang sesuai, tentu akan

mewujudkan banyak perselisihan faham dan ketidakpuasan. Pelajar juga dapat

tahu cara untuk menangani kegagalan atau kemenangan serta perasaan empati

atau budaya bekerja secara berpasukan. Permainan seperti “main peranan”,

permainan kad, kuiz atau aktiviti cergas lain bukan sahaja dapat

memperkembangkan minda tetapi juga boleh meningkatkan kompetensi

kecerdasan emosi.

Sebagai guru, dia harus bijak mengaplikasikan penggunaan bahan

resos untuk mencungkil ciri-ciri emosi yang baik daripada pelajar. Sebagai

contoh, jika guru hendak mengajar tentang perasaan empati, penggunaan

gambar mangsa perang, gempa bumi atau sebarang malapetaka dunia boleh

mencapai tujuannya. Perbincangan tentang keadaan mangsa akan melahirkan

perasaan kasihan, empati dan kompetensi sosial lain seperti berorientasikan

perkhidmatan, kerja berpasukan atau membina perhubungan dapat dipraktikkan

melalui kerja sukarelawan.

Artikel atau tulisan yang menyentuh perasaan yang boleh lahirkan

perasaan seperti cinta, semangat patriotisme, sikap optimisme atau

15
memotivasikan boleh dimasukkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan

secara tidak langsung, guru boleh semaikan kompetensi personal di kalangan

pelajar. Guru juga boleh menyediakan bahan media audio-visual yang

mempunyai kuasa tinggi untuk menyentuh emosi individu. Contohnya, filem jenis

jenaka atau tragedi atau berunsur nilai keluarga semuanya mempengaruhi emosi

penonton. Dengan menggunakan bahan resos seperti ini pada masa-masa

tertentu guru dapat melatih dan menyedarkan pelajar tentang emosi dan

kepentingan mengawal emosi serta meningkatkan kompetensi kecerdasan

sosial.

16
KESIMPULAN
Kecerdasan emosi adalah diwarisi daripada keturunan dan dipengaruhi

oleh budaya manusia. Setiap individu mempunyai kecerdasan emosi yang boleh

berubah. Kecerdasan emosi boleh dinilai berdasarkan inventori kompetensi

kecerdasan emosi. Kecerdasan emosi bukan statik dan boleh ditingkatkan

melalui pembelajaran. Kecerdasan emosi sesuai digunakan untuk menguasai

kemahiran intrapersonal dan interpersonal termasuk kemahiran sosial.

Kecerdasan emosi berkaitan rapat dengan kemahiran belajar.

Cabaran dan desakan hidup pada zaman sekarang memerlukan tenaga

pengajar yang berkualiti tinggi agar mampu berhadapan dengan arus dan

keperluan kehidupan yang sangat mencabar. Pembentukan jati diri guru perlu

diberikan penekanan. Satu komponen dalam jati diri ialah pemupukan tahap

Kecerdasan Emosi dalam diri guru agar mereka mampu berhadapan dengan

cabaran-cabaran yang terlibat dalam profesion perguruan malah dalam

kehidupan seharian. Keupayaan Intelek (IQ) yang tinggi tidak menjamin

kejayaan seseorang dalam sesuatu bidang tertentu. Didapati bahawa tanpa

kekuatan dalam Kecerdasan Emosi, sesuatu individu tidak dapat membuat

penilaian kendiri dengan baik supaya dia dapat bertindak dan berfungsi dengan

lebih berkesan dalam pelbagai situasi dan cabaran yang dihadapinya.

Dengan mempunyai kefahaman tentang Kecerdasan Emosi dan

kepentingannya kepada seseorang individu khasnya seorang bakal guru.

17
Dengan kefahaman ini bakal guru dapat menangani masalah personaliti dan

peribadi yang timbul hasil daripada interaksi dengan orang lain. Kesan ini akan

dilihat daripada peningkatan dalam kemahiran inter dan intra personal yang

dapat membolehkan seseorang itu berfungsi sebagai ahli masyarakat yang

berkesan. Seorang guru yang ceria, penyayang dan riang akan menghasilkan

pelajar yang ceria, penyayang dan riang dan sebaliknya. Tahap pencapaian KKE

guru akan menentukan tahap pencapaian KKE di kalangan pelajar melalui

pengwujudan suasana bilik darjah yang menyokong perkembangan emosi

secara sihat. Seseorang guru yang berkesan dan berjaya adalah seorang yang

dapat menangani emosi negatifnya dengan cara yang sihat dan berkesan.

18
REFLEKSI
Tugasan ini telah mencetuskan pemikiran serta meningkatkan kefahaman

saya tentang KKE. Dalam setiap tugasan yang dijalankan, saya tentu akan

menghadapi masalah seperti tidak memahami tajuk tugasan. Ini akan

mencetuskan perasaan marah saya. Sekiranya saya tidak menangani emosi

marah saya itu dengan baik, saya mungkin akan menyelesaikan tugasan saya

dengan sebarangan. Tindakan ini merupakan sikap yang tidak

bertanggungjawab. Oleh itu, saya harus menguruskan emosi negatif saya

dengan bijak agar menghasilkan tugasan yang baik.

Melalui tugasan ini, saya telah memahami kepentingan Kompetensi

Kecerdasan Emosi bagi seseorang pelajar mahupun seseorang bakal guru.

Sebagai seorang bakal guru, saya harus mengaplikasikan pengetahuan

Kecerdasan Emosi untuk pembelajaran sepanjang hayat. Pada suatu hari nanti,

saya akan berhadapan dengan masalah kerja di sekolah, hubungan dengan

rakan sejawat dan masalah anak-anak murid di sekolah. Oleh itu, dengan

pengetahuan tentang Kecerdasan Emosi, saya dapat menangani masalah-

masalah yang dihadapi secara bijak dengan kawalan emosi yang baik.

Dengan lebih memahami tentang kompetensi sosial, saya tahu

pentingnya menguasai kemahiran sosial dalam kerja berpasukan. Oleh itu,

dalam tugasan seterusnya terutama bagi tugasan berkumpulan, saya harus

menguruskan emosi diri secara bijak. Saya harus bertolakansur, bersedia

19
mendengar dan menerima pandangan daripada ahli kumpulan lain. Ini dapat

memberikan peningkatan kerjasama, pertolongan dan perkongsian. Secara tidak

langsung, hubungan yang baik sesama rakan-rakan dapat terjalin dan

dikekalkan.

Saya juga tahu kepentingan Kompetensi Kecerdasan Emosi dalam

perhubungan dengan orang lain. Saya harus mengawal emosi diri seperti marah

dalam menghadapi konflik dengan orang lain. Masalah konflik dan perselisihan

faham sering berlaku pada diri kita dalam kehidupan seharian. Oleh itu, saya

berpendapat kita harus berfikir secara rasional dengan memahami dan

mengenalpasti pencetus-pencetus yang boleh menjadikannya hilang akal seperti

kata-kata dan perlakuan orang lain yang akan menyinggungkan perasaan.

Dengan itu, pelbagai masalah dapat diselesaikan secara bermuafakat tanpa

perasaan marah.

Tahap pencapaian KKE guru akan menentukan tahap pencapaian KKE di

kalangan pelajar. Saya ingin menjadi seorang guru yang berkesan dan Berjaya

pada masa depan. Oleh yang demikian, saya harus belajar untuk menangani

emosi negatif yang terdapat dalam diri saya dengan cara yang sihat.

Kesimpulannya, saya telah mendapat banyak manfaat melalui tugasan ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, Encik Haji

Kharil Bin Sulaiman dan rakan-rakan saya yang telah banyak memberikan

bantuan kepada saya sepanjang tugasan ini dijalankan.

Sekian, terima kasih.

20
21
BIBLIOGRAFI
Sang, M. S. (2010). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Selangor Darul Ehsan:

PENERBITAN MULTIMEDIA SDN. BHD.

'ain, N. (n.d.). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Dilayari pada 09/01/2010, dari Scribd:
http://www.scribd.com/doc/25773293/1-0-Konsep-Kompetensi-Kecerdasan-Emosi-1-1-
Pengenalan.

alongrunge. (2005/09/26). Kecerdasan Emosi smk penambang. Dilayari pada

09/02/2010, dari Scribd: http://www.scribd.com/doc/4861525/Kecerdasan-Emosi-smk-

penambang.

Becker, I. (2008/01/02). KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI. Dilayari pada

09/02/2010, dari http://id.shvoong.com/social-sciences/psychology/1736267-

kompetensi-kecerdasan-emosi/.

hakimee. (2009/10/12). kompetensi kecerdasan emosi . Dilayari pada 09/ 03/2010, dari

Scribd: http://www.scribd.com/doc/20931295/kompetensi-kecerdasan-emosi.

22
LAMPIRA
N

23
24

Anda mungkin juga menyukai