Anda di halaman 1dari 2

Neraka Untuk 7 Anggota

Allah s.w.t menyediakan tujuh pintu neraka jahanam. Menurut ulama, tujuh pintu
neraka itu disediakan untuk salah satu daripada anggota tubuh kita iaitu mata, telinga, lidah,
perut, tangan, kemaluan dan kaki.

Mata adalah pemberian Allah yang amat besar dan tidak terkira nilainya. Dengan mata, kita
dapat menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah supaya kita lebih bertakwa.Mata yang
dianugerahkan bukan untuk melihat wanita yang bukan mahram, wanita seksi, memandang
keaiban sesama masyarakat atau menghina saudara Muslim yang serba kekurangan.

Telinga hendaklah dipelihara daripada mendengar umpat keji, percakapan kotor atau perkara
bidaah. Gunakan telinga untuk mendengar bacaan ayat suci al-Quran dan kalimah Allah atau
untuk menuntut ilmu agama.

Lidah hendaklah digunakan untuk berzikir, memuji kebesaran Allah serta menyampaikan
kebenaran kepada sesama manusia dan menyeru ke jalan Allah.Lidah juga perlu digunakan
bagi menyampaikan ilmu agama dan bukan untuk memfitnah sesama sendiri.Jika kita tidak
menjaga lidah secara lisan, ini amat buruk risikonya kerana boleh menyebabkan berlaku
perkara tidak diingini. Akibatnya, boleh menjerumus ke neraka.Dusta adalah ibu segala dosa
dan perbuatan itu boleh mendatangkan pertengkaran dan menjejaskan kewibawaan dan
kepercayaan masyarakat kepada kita.

Memelihara perut amat penting. Kita perlu mengelak daripada mengisi dengan makanan
haram. Perut juga jangan diisi berlebihan kerana perbuatan itu boleh mendatangkan
kemudaratan seperti membekukan hati, melemahkan badan dan membuatkan kita malas
untuk beribadat.Justeru, Islam menggalakkan kita bersikap sederhana apabila menghadapi
makanan dan mengisi perut dengan rezeki yang halal.

Kemaluan. Ia perlu dipelihara daripada perkara yang haram.Tutup aurat dan jauhkan
daripada menonton filem lucah yang menaikkan nafsu syahwat.Bahaya menanti kita jika
gagal mengawal nafsu yang akhirnya membawa kepada perkara maksiat, mencabul
kehormatan, rogol dan perbuatan yang dilaknat Allah.

1
Tangan adalah anugerah Ilahi ini perlu dipelihara dan digunakan untuk perkara kebaikan
seperti menolong orang, mencari rezeki halal, menentang segala kezaliman, menulis perkara
yang baik umpamanya menulis ilmu pengetahuan dan panduan untuk masyarakat, bukan
menulis kejahatan orang atau memfitnah sesama Muslim.

Kaki digunakan untuk menuju jalan yang diredai Allah, bukan untuk menjejaki tempat maksiat
seperti disko, kelab malam, rumah urut dan tempat perjudian.Gunakan untuk ke masjid bagi
berjemaah, meramaikan majlis kenduri dan segala macam bentuk kebaikan. Maka, gunakan
kaki untuk melangkah ke syurga.

Sumber : Harian Metro, 7/10/2010

Anda mungkin juga menyukai