Anda di halaman 1dari 40

DEFINISI

Radio amatur adalah suatu perkhidmatan radio komunikasi


yang digunakan bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan
penyiasatan teknikal yang dijalankan oleh individu yang
memegang lesen radio amatur.
Seseorang pengendali radio amatur juga dikenali
sebagai “Ham Radio” dan terdapat lebih 3 juta pengendali
diserata dunia yang mana mereka akan berpeluang berhubung
diantara sama lain.
SEJARAH

Sejarah Radio Amatur bermula dengan kejayaan seorang


berbangsa Italy bernama Guglielmo Marconi yang telah berjaya
membuat penghantaran isyarat gelombang radio jarak jauh pada
tahun 1894.
Ini diikuti dengan penghantaran pesanan menggunakan
gelombang radio merentasi Terusan Inggeris (English Channel)
pada tahun 1899. Seterusnya membuat penghantaran isyarat
radio merentasi Lautan Atlantik pada tahun 1902.
Guglielmo Maconi
Sekitar tahun 1904, banyak kapal laut sudah dilengkapi
dengan radio. Barulah kemudian pada tu, bila terjadi bencana
tenggelamnya kapal Titanic di tahun 1912 , Kongress Amerika
Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi
mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat.
Apakah yang dikatakan hobi radio
amatur?

Radio Amatur atau dikenali sebagai “HAM” merupakan sejenis hobi


yang menggunakan radio untuk berkomunikasi dan hobi ini juga
memerlukan sedikit sebanyak pengetahuan teknikal tentang elektronik
dan radio.
Eksperimen juga turut digalakkan, membolehkan kita mengembangkan
lagi ilmu selain mencuba pelbagai jenis perkakasan lain (yang kadang
kala melibatkan pengubahsuaian bahan terbuang) untuk dijadikan
antenna dan sebagainya. Keupayaan radio amatur bergantung kepada
antennanya dan juga jaluran (frekuensi) yang digunakan.
Siapa yang boleh menyertai?

Radio Amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina,


umur (14 tahun keatas), pangkat, agama, bangsa atau keupayaan.
Sebagai seorang pengendali Radio Amatur, mereka akan dapat
merasakan pengalaman yang menyeronokkan dengan suatu sentuhan
yang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia sesiapa sahaja
boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Di dalam Radio
Amatur, ianya akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik di
mana ianya menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik di
mana kini semakin ramai orang menyertai bidang ini.
Bagaimana untuk menyertai?

Pada peringkat awalnya, kita boleh menjadi seorang pendengar sahaja


[ SWAL (short wave amateur listener) ] tetapi jika kita hendak
berkomunikasi iaitu memancarkan isyarat, kita perlu mempunyai lesen
dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Untuk
mendapatkan lesen Radio Amatur kita perlu menduduki R.A.E (Radio
Amatur Examination), satu ujian teori yang mana bila lulus ujian ini kita
layak memohon lesen kelas "B" (B License) yang mana membenarkan kita
untuk menggunakan band VHF,UHF dan juga sebahagian dari HF. Dan
jika kita memerlukan jalur frekuensi dan kuasa memancar yang lebih
besar yang membolehkan kita meletakkan dunia didalam gengaman, kita
perlu menjalani satu lagi ujian iaitu "CW Test" (Ujian Morse Kod).
Setelah lulus kedua-dua ujian tersebut, maka kita jadilah sebagai seorang
pengendali Radio Amatur yang profesional.
Contoh peralatan
TUJUAN PENGGUNAAN

Penggunaan radio amatur boleh dibahagikan kepada 4 perkara:


1. Aktiviti komunikasi
2. Aktiviti ujikaji teknikal
3. Perkhidmatan komunikasi semasa kecemasan
4. Memantau (monitoring)
Sambungan tujuan
pengunaan
radio amatur…….
Aktiviti Komunikasi
Pengendali radio amatur akan berpeluang berhubung dengan jutaan
pengguna dunia menggunakan frekuensi tertentu kerana liputanya tidak
terbatas.

Digambar kelihatan angkasawan negara Dr. Sheikh


Muzaffar sedang berkomunikasi menggunakan radio
amatur.
Sambungan tujuan
pengunaan
radio amatur…….

Aktiviti Ujikaji Teknikal


Pengendali radio amatur akan berpeluang membina, menguji-kaji
dalam pembuatan radio, antena dan perkara-perkara yang
berkaitan dengan teknikal.
Sambungan tujuan
pengunaan
radio amatur…….

Perkhidmatan Komunikasi Semasa Kecemasan


Di dalam keadaan darurat peranan radio amatur amat membantu
dalam memberikan kemudahan perhubungan. Contohnya semasa
berlaku bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, banjir dlln
memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara
petugas-petugas terutama di kawasan pedalaman. Begitu juga
semasa menjalankan operasi SAR mengesan orang yang hilang
atau sesat.
Sambungan tujuan
pengunaan
radio amatur…….

Memantau (Monotiring)
Pengendali radio amatur akan berpeluang memantau frekuensi-
frekuensi didalam dan diluar negara serta stesyen angkasalepas.
BADAN KAWAL SELIA

ITU
International Telecommunication Union (ITU) atau Kesatuan
Telekomunikasi Antarabangsa merupakan sebuah badan kawal
selia dalam menetapkan segala frekuensi dan aktivti komunikasi
radio didunia.

IARU
International Amateur Radio Union (IARU) atau Kesatuan Radio
Amatur Antarabangsa merupakan sebuah badan dunia mengenai
radio amatur yang dianggotai terdiri dari lebih 189 negara.
Sambungan badan kawal selia…….

SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau
Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC)
merupakan sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam
mengawal selia segala perkhidmatan yang melibatkan komunikasi di
Malaysia.

MARTS
Malaysian Amateur Radio Transmitters Society (MARTS) atau
Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia adalah satu-satunya
persatuan radio amatur yang mewakili Malaysia didalam Kesatuan
Radio Amatur Anatarabangsa.
Perkara Yang Dibenarkan
Dalam Radio Amatur

Berkomunikasi dengan radio HF seluruh dunia.


Berkomunikasi menggunakan radio VHF/UHF.
Memberi khidmat komunikasi semasa bencana.
Pembuatan radio, pancaran, penerimaan dan antena.
Berkomunikasi di orbit satelit tanpa kos.
Menjalankan kajian berkaitan ATV, slow scan TV dan hantaran
gambar menggunakan faksimili.
Mengambil bahagian dalam pertandingan radio amatur.
Mengambil bahagian dalam aktiviti menacari dan menyelamat.
Perkara Yang Tidak Dibenarkan
Dalam Radio Amatur

Dilarang menggunakan untuk tujuan sosial.

Sebarang penghebahan atau siaraya umum.

Untuk tujuan politik, keugaman dan unsur-unsur lucah.

Menyinggung perasaan orang lain atau pengendali radio amatur


lain.
Contoh Lesen Radio Amatur ( AA)
CALLSIGN ( TANDA
PANGGILAN)
Dalam penyiaran dan komunikasi, “Call Sign” (Tanda Panggilan) adalah
sesuatu yang unik bagi satu-satu stesen pemancar amatur. Ianya
dibezakan dengan lokasi atau negara dari mana stesen tersebut
memancar. “Call Sign” (Tanda Panggilan) ini mengandungi Dua
bahagian yang terdiri dari “Prefix” dan “Suffix”. “Prefix” ini telah
dikeluarkn oleh ITU (International Telecommunication Union) yang
mana ianya mengandungi pengenalan negara, kelas dan kawasan
geograpi pemilik “Call Sign” (Tanda Panggilan) tersebut, manakala
“Suffix’ merupakan pengenalan pilihan pemilik “Call Sign” (Tanda
Panggilan) mengikut huruf yang bersesuaian dan bergantung kepada
kekosongan jika belum digunakan lagi semasa permohonan “Call Sign”
(Tanda Panggilan) dari SKMM.
Sambungan Callsign ( Tanda Panggilan)…….

“Prefix” dan “Suffix”


Contoh callsign ialah 9W2LNT

Prefix Suffix
9W2 LNT
*Telah ditetapkan *Pilihan kita
Sambungan Callsign ( Tanda Panggilan)…….

Peruntukan Tanda Panggilan ( Call Sign )


di Malaysia adalah seperti berikut :

S.MALAYSIA KELAS A 9M2xxx


S.MALAYSIA KELAS B 9W2xxx
SABAH KELAS A 9M6xxx
SABAH KELAS B 9W6xxx
SARAWAK KELAS A 9M8xxx
SARAWAK KELAS B 9W8xxx
CARA BEROPERASI

Secara asasnya, terdapat 2 jenis komunikasi di dalam


radio amatur iaitu
1. Simpleks (simplex)
2. Pancar ulang (repeater)

Simpleks
Operasi simpleks ialah komunikasi secara dua hala iaitu
dari stesen ke steen tanpa menggunakan repeater . Jarak
komunikasi bergantung kuat kepada jenis antena,
ketinggian antena dan kekuatan kuasa pancaran. Jika
kesemua faktor tersebut dapat diselaraskan dengan
sempurna, jarak komunikasi yang agak jauh dapat dicapai
dengan jarak 20-30km.
Sambungan Cara
Beroperasi…….

Pancar ulang atau repeater


Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan
melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan
menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang
lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di
gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan
menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak
yang lebih jauh.
Pancar ulang penting kerana ada kalanya komunikasi
agak sukar kerana terlindung oleh halangan seperti
struktur binaan manusia seperti bangunan mahupun
muka alam seperti bukit dan gunung. Oleh yang
demikian, bagi membolehkan audio disampaikan ke
Rangkaian Repeater MARTS
Gambar Repeater
MEDIA WAYARLES
udara

ANTENA tenaga gelombang


ANTENA
elektromagnet elektromagn
PEMANCAR et PENERIMA

Konfigurasi Penghantaran Wayarles

Berarah Omni-Berarah
*Isyarat terfokus *Isyarat tersebar ke semua arah
JENIS ALAT
PERHUBUNGAN

Radio RIG Mobile


Radio Handy Talky
FONETIK ABJAD

A - Alfa N - November
B - Bravo O - Oscar
C - Charlie P - Papa
D - Delta Q - Quebec
E - Echo R - Romeo
F - Foxtrot S - Sierra
G - Golf T - Tango
H - Hotel U - Uniform
I - India V - Victor
J - Juliett W - Whiskey
K - Kilo X - X-ray
L - Lima Y - Yankee
M - Mike Z - Zulu
Q-KOD

Q-kod.
Q-kod digunakan oleh operator CW yakni
Morse-Code. Q-kod bertujuan untuk
merengkaskan penghantaran mesej
melelaui Morse-Code.
Bagaimanapun Q-kod juga adalah
sebahagian daripada budaya radio
amateur dan digunakan diudara.
Janganlah ghairah sangat dengan
penggunaan Q-kod ini. Gunakan sesekali
sahaja bukannya sepanjang perbualan.
SENARAI Q-KOD

QRA - Nama station/handle atau alamat?


QRK - Setakat manakah bacaan (suara) saya? (R1 – R5).
QRL - Jalur sedang digunakan atau Sebok.
QRM - Adakah anda mendapat gangguan?
QRO - Perlukah saya meningkatkan kuasa pancaran?/Kuasa tinggi.
QRP - Perlukah saya merendah kuasa pancaran? Kuasa rendah.
QRT - Berhenti dari memancar atau tutup station.
QRU - Ada apa-apa lagi untuk saya? atau saya tiada apa-apa lagi
untuk anda atau itu sahaja dari saya.
QRV - Anda bersedia? atau saya bersedia sekarang.
QRX - Berhenti sementara (akan masok balek ke jaluran) atau saya
akan panggil anda nanti, jam ………… atau tunggu
dijaluran atau bila nak panggil saya balek?
SENARAI Q-KOD

QRZ - Siapa yang memanggil saya ini? atau anda dipanggil oleh
9W2…… di V…..
QSA - Setakat manakah kekuatan signal saya? (S1 - S9)
QSB - Adakah signal saya kian menurun (menghilang)? atau signal
anda kian menurun (menghilang).
QSD - Penghantaran kurang baik atau pemancaran terok.
QSL - Diterima dan faham.
QSN - Anda dengar saya? atau saya dengar anda.
QSO - Perhubungan radio atau perbualan di radio.
QSP - Boleh sampaikan pesanan saya kepada …………..? atau
saya akan sampaikan pesanan kepada ……………..
QSY - Tukar ke jaluran lain.
QTH - Anda berada dilokasi mana sekarang?
CARA BERKOMUNIKASI
( Cara memanggil
stesyen )
CARA MEMANGGIL STESYEN
DIMULAKAN DENGAN MENYEBUT TANDA PANGGILAN
STESYEN YANG HENDAK DI PANGGIL (9W2MIE) DAN BARU
LAH MENGENALKAN TANDA PANGGILAN STESYEN YANG
MEMANGGIL (9M2DA)
CONTOH: NINE WHISKEY TWO MIKE INDIA ECHO
DI SINI NINE MIKE TWO DELTA ALPHA GANTI
CARA BERKOMUNIKASI
( Cara menjawab
panggilan )
CARA MENJAWAB PANGGILAN
BERINTRAKSI DIMULAKAN DENGAN MENYEBUT TANDA
PANGGILAN STESYEN YANG MEMANGGIL DAN BARU LAH DI
IKUTI TANDA PANGGILAN STESYEN YANG MENERIMA
PANGGILAN.
CONTOH: NINE MIKE TWO DELTA ALPHA DI SINI NINE
WHISKEY TWO MIKE INDIA ECHO “NAMA SAYA AZMI, SAYA
EJA, A, ALPHA, Z, ZULU, M, MIKE, I, INDIA, SAYA ULANG” UMUR
SAYA………TAHUN. , SEMOGA DAPAT BERTEMU LAGI DI UDARA.
KEMBALI KEPADA ANDA:
NINE MIKE TWO DELTA ALPHA, DI SINI, NINE WHISKEY TWO
MIKE INDIA ECHO, GANTI.
JOTA- Jamboree On The Air

Jamboree Di Udara (JOTA) adalah acara


tahunan di mana seramai lebih kurang 500,000
Pengakap di seluruh dunia akan berhubung di
antara satu sama lain dengan melalui radio
amatur. Ia dikira Jamboree sebenar di mana
Pengalaman Kepengakapan ditukar-tukar dan
idea-idea dikongsi, menyumbang ke arah
persaudaraan Pengakap Sedunia.
Matlamat JOTA

Matlamat Jangka Panjang


2. Melahirkan Pengakap yang mempunyai pengalaman dan
kemahiran dalam bidang komunikasi radio.
3. Mempunyai pasukan Pengakap yang berkemahiran dan Selalu
Sedia untuk membantu kerja-kerja sukarela dalam bidang
komunikasi terutama ketika bencana.
4. Memastikan penyertaan aktif Pengakap Malaysia dalam JOTA
setiap tahun.
5. Menaikkan imej Pengakap Malaysia pada pandangan mata
masyarakat dunia.
Kalendar JOTA

JOTA Malaysia 0900hrs 17hb Mei – 1700hrs 18hb Mei 2008.

JOTA Asia Pacifik 0001hrs 2hb Ogos – 2359hrs 3hb Ogos 2008

JOTA Dunia 0001hrs 18hb Okt – 2359hrs 19hb Okt 2008


QRT 73