Anda di halaman 1dari 8

Kelebihan Menggunakan Choke/Ballast Elektronik pada Lampu Kalimantang

Secara umumnya, litar lampu kalimantang adalah seperti gambarajah di bawah.


(Nota: Tanpa kapasitor, lampu kalimantang masih boleh berfungsi)

Sekiranya choke/ballast digunakan, pendawaian lampu kalimantang adalah seperti


gambarajah di bawah

Kelebihan menggunakan choke/ballast elektronik;

• Lebih jimat tenaga kerana choke/ballast elektronik mempunyai nilai faktor


kuasa yang tinggi (lebih kurang 0.95), oleh itu kurang menggunakan arus
elektrik untuk menghidupkan tiub kalimantang dan ini akan memanjangkan
jangka hayat pendawaian lampu.
• Kurang lesapan kuasa pada choke/ballast elektronik, ini akan menyumbang
kepada penjimatan bil elektrik
• Lampu tidak berkelip2 semasa dihidupkan
• Tiada bunyi berdengung semasa lampu menyala
• Siaran TV atau radio tidak terganggu semasa lampu dihidupkan
• Tiada penggunaan starter
Sekiranya anda mahu menggunakan choke/ballast elektronik, adalah dinasihatkan
supaya anda membeli choke/ballast elektronik yang berharga RM10 ke atas.
Choke/ballast elektronik yang murah biasanya cepat rosak kerana ia menggunakan
komponen elektronik berkualiti rendah.

Lampu Kalimantang: Siang OK, Malam Kelip-kelip

Pernahkah lampu kalimantang di rumah anda jadi seperti ini; siang berfungsi dengan
baik, tetapi apabila malam, lampunya berkelip2.

Ini menunjukkan lampu kalimantang tersebut tidak dapat menerima kuasa elektrik
yang mencukupi. Ini kerana nilai aruhan choke/ballast yang terdapat dalam lampu
kalimantang menyebabkan kuasa tidak dapat dihantar sepenuhnya ke lampu
kalimantang (faktor kuasa rendah). Tambahan pula, apabila malam, voltan bekalan
elektrik rumah anda akan menjadi rendah sedikit kerana banyak peralatan ekektrik
dan lampu yang dihidupkan ketika itu.

Terdapat beberapa cara untuk membaiki lampu kalimantang tersebut;

• Memasang kapasitor seperti gambarajah di bawah. Kapasitor akan


meninggikan nilai faktor kuasa dan lebih kuasa dapat dihantar ke lampu
kalimantang.

• Menggantik
an choke/ballast yang mempunyai faktor kuasa yang lebih tinggi (nilai faktor
kuasa biasanya tertera pada choke/ballast) ataupun yang mempunyai cop
Sirim
• Menggantikan choke/ballast kepada jenis elektronik. Tetapi ini memerlukan
perubahan pada pendawaian dalam lampu kalimantang.

Lampu Pijar vs Lampu Jimat Tenaga


Berita

• Pengunaan lampu pijar mula dihentikan tahun hadapan (arahan kerajaan)


• Pada 2014, tiada lagi lampu pijar
• Syarikat pengeluar lampu jimat tenaga diseru mengurangkan harga produk
tersebut

Fakta Nombor (Kesan pengurangan lampu pijar)

• 40% pengurangan pengeluaran karbon menjelang 2020


• Rakyat Malaysia jimat RM336 juta setahun penggunaan elektrik
• Pengunaan lampu pijar di Malaysia = 1074 GigaWatt/jam selama setahun

Lampu jimat tenaga

1. Lampu kalimantang (Florescent light) - biasa terdapat di mana2 sahaja


2. Lampu kalimantang kompak (Compact Florescent Light) - semakin popular,
sering dipasang di koridor, beranda rumah dll
3. Lampu dioda (LED lightbulb) - teknologi baru, masih mahal

Perbandingan
LAMPU PIJAR vs LAMPU KALIMANTANG KOMPAK

100W lampu pijar 23W kalimantang


Jenis mentol
kompak

Harga seunit RM6.00 RM30.00

Jangka hayat 1,500 jam 10,000 jam

Bil. mentol untuk 10,000 jam 6.7 1

Jumlah kuasa digunakan dalam


0.1 kW/j 0.023 kW/j
sejam

Keamatan cahaya (Lumens) 1,690 1,500

Jumlah kos untuk 10,000 jam


= (RM0.33*kW/j*10,000) + RM370.20 RM105.90
(bil.mentol*harga seunit)

Jumlah penjimatan untuk 10,000 jam dengan kalimantang


RM264.30
kompak

Masalah lampu kalimantang

• Mengandungi merkuri (mengandungi 1 mg ~ 5 mg merkuri pada setiap mentol


kalimantang)
• Merkuri adalah beracun kepada manusia
• Kerajaan perlu menguatkuasakan undang2 dan memberi pendidikan kepada
rakyat untuk melupuskan lampu kalimantang dengan cara yang betul
• Disebabkan masalah ini, syarikat pengeluar mula menghasilkan lampu dioda,
tetapi teknologi ini masih baru dan mahal.

Lampu LED

Dalam bahasa Melayu ialah Diod Pemancar Cahaya. LED kini semakin popular sebagai
alternatif menggantikan lampu yang sedia ada kerana ia menjimatkan tenaga, bebas
merkuri, jangka hayat yang lama dan tahan lasak.
Secara teori, apabila elektron daripada sumber bekalan elektrik bergabung dengan
lubang (hole) di permukaan cip semikonduktor, pancaran tenaga (cahaya) akan
terhasil. Warna cahaya ini bergantung kepada jumlah tenaga yang dipancarkan.

LED memerlukan voltan 1.7V hingga 4.6V bergantung kepada warna cahaya yang
dipancarkan. LED kini banyak digunakan pada lampu isyarat, lampu kecemasan dan
lampu penunjuk pada peralatan elektrik.

Gambar di bawah menunjukkan bahagian2 penting pada LED.


Papan Agihan Sistem Bekalan Elektrik di Rumah (Satu Fasa)

Gambar di atas menunjukkan kotak agihan (Distribution Board - DB) sistem bekalan
elektrik 1 fasa. Ia biasanya terdapat di rumah2 teres, rumah Semi-D dan rumah2 di
kampung.

Suis utama
Berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik di dalam rumah. Ada rumah yang
menggunakan fius menggantikan suis utama.

RCD (Residual Current Device)


Kadangkala dikenali sebagai RCCB (Residual Current Circuit Breaker) atau ELCB
(Earth Leakage Circuit Breaker). Alat ini merupakan alat paling penting kerana ia
melindungi anda dari renjatan elektrik dan peralatan elektrik dari voltan tinggi
akibat kilat.

Kapasiti RCD yang sering digunakan adalah 40A dan 63A yang mempunyai kepekaan
100mA atau 300mA.

MCB (Miniature Circuit Breaker)


Disambung kepada pendawaian soket plug dan pendawaian lampu/kipas. Ia berfungsi
untuk memutuskan bekalan elektrik sekiranya arus elektrik yang tinggi melebihi
kapasiti MCB.

Arus tinggi berlaku disebabkan berlaku litar pintas antara wayar live dan wayar
neutral ataupun penggunaan peralatan elektrik yang terlalu banyak.
Kapasiti MCB yang selalu digunakan adalah

• 6A (untuk pendawaian lampu/kipas)


• 20A (untuk pendawaian soket plug)
• 32A (untuk pendawaian soket plug)

RCD terpelantik (trip), tidak boleh dinaikkan (reset)

Artikel terdahulu penulis telah memperkenalkan RCB dalam sistem pembekalan


elektrik 1 fasa di rumah. RCB akan terpelantik ke bawah (trip) apabila berlaku
renjatan elektrik, voltan tinggi akibat kilat ataupun berlaku kerosakan pada
pendawaian yang menyebabkan arus mengalir ke bumi.

Apabila RCD trip, anda perlu menaikkan semula suisnya (reset) supaya bekalan
elektrik pulih seperti biasa. Walaubagaimanapun, kadang-kala RCD tidak dapat
dinaikkan (reset) walaupun ditolak berkali2 ke atas.

Sekiranya keadaan ini berlaku, berikut adalah langkah2 yang perlu anda buat (rujuk
gambar di atas) :

1. Pakai selipar getah ataupun kasut keselamatan. Jika tiada, alas kaki anda
dengan kepingan getah, kayu atau apa2 bahan yang tidak mengalirkan
elektrik.
2. Turunkan suis utama dan semua suis MCB (off) dan kemudian naikkan suis
RCD. Sekiranya suis tersebut tidak dapat dinaikkan juga, ini menunjukkan
RCD tersebut telah rosak. Dapatkan juruelektrik untuk menggantikan RCD ini.
3. Sekiranya suis RCD dapat dinaikkan, naikkan semula suis utama (on).
Sekiranya suis RCD jatuh semula sebaik sahaja suis utama dinaikkan, ini
menunjukkan RCD tersebut telah rosak. Dapatkan juruelektrik untuk
menggantikan RCD ini.
4. Sekiranya suis RCD tidak jatuh (trip) sebaik sahaja suis utama dinaikkan (on),
naikkan (on) semua suis MCB satu persatu
5. Sekiranya ada suis MCB apabila dinaikkan, suis RCD terjatuh semula ke
bawah, ini menunjukkan ada pendawaian atau peralatan elektrik yang
mengalami litar pintas ke bumi. Biarkan suis MCB tersebut dalam keadaan
off, naikkan semula suis RCD dan suis MCB yang lain. Dapatkan juruelektrik
untuk mengesan punca litar pintas dan pembaikan.

Bagaimana elektrik sampai ke rumah