Anda di halaman 1dari 5

JENIS AUDIT KESELAMATAN

Audit teknikal dan proses : melibatkan rekabentuk, pembinaan


dan operasi kemudahan untuk memastikan ia memenuhi keperluan
teknik terkini undang-undang standard dan kod amalan. Contoh
jenis audit ini termasuk audit sistem kebakaran, pengklasan
kawasan dan sistem ventilasi.

Audit hazard khusus : audit dijalanlan untuk memastikan


keperluan legislatif dan syarikat, mengenai sesuatu hazard di
penuhi. Contoh jenis audit ini termasuk audit kimia, sinaran, operasi
kren dan pekerjaan dikawasan tinggi

Audit pengurusan : audit ini menilai komplian terhadap dasar dan


objektif syarikat

1
JENIS AUDIT KESELAMATAN

Pybus (1996) membahagi audit kepada :


● Audit Operasi : audit ini dilakukan keatas operasi. Misalnya melihat
pemahaman dasar am keselamatan dan kesihatan pekerjaan oleh
pekerja, mematuhi prosedur kerja selamat, kesesuaian prosedur
dengan keadaan tempatan, dsbnya.
● Audit Sistem : audit ini melihat pertalian di antara prosedur
tempatan dengan Standard Syarikat/Standard Antarabangsa/Akta
Peraturan dsbnya.
● Audit Strategik : audit ini melihat nilai dan iltizam syarikat terhadap
program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di peringkat dasr
dan objektif.

2
AUDITOR, LATIHAN DAN PEMILIHAN

• Setiap pengauditan diketuai oleh seorang auditor.


• Audit mesti dilakukan sebebas mungkin- tidak ada sebarang faktor
yang boleh mempengaruhi hasil audit tersebut.

• Melakukan audit
• Melibatkan aktiviti berikut :
a. Mesyarat audit
b. Pemeriksaan dokumen
c. Lawatan pemeriksaan kawasan dan aktiviti kerja
● Mesyarat pembukaan - mesyuarat pertama yang diadakan dengan
pihak majikandan pengurus-pengurus yang akan terlibat dengan
proses audit. Ketua audit akan menjelaskan skop dan objektif audit,
kaedah dan prosedur audit, keperluan dokumen dan kemudahan,
jadual audit.

3
AUDITOR, LATIHAN DAN PEMILIHAN
• Mesyuarat pasukan audit - mesyuarat ketua auditor dan
pasukan auditnya dan bertujuan untuk membincangkan
maklumat terkini mengenai perjalanan auditsetakat masa itu.
• Mesyuarat penutup – Mesyuarat terakhir yang diadakan di antara
pasukan audit dengan pihak pengurusan sebelum laporan akhir
audit dilengkapkan.
Semasa melakukan audit ketua auditor hendaklah memastikan perkara
berikut:
i. Menepati masa yang telah di jadualkan untuk pengauditan
ii. Menyimpan dengan teratur segala rekod yang berkaitan dengan
proses dan hasil audit
iii. Mampu menangani perkara yang diluar jangkaan.
iv. Memaklumkan dengan segera kepada pihak yang diaudit
sebarang penemuan yang berbahaya dan memerlukan tindakan
segera.

4
ANALISIS DAN INTERPREATASI DATA AUDIT

a. Pendekatan perbandingan
b. Pendekatan statistik
c. Pendekatan komplian
d. Pendekatan objektif
Melaporkan audit
i. Skop dan objektif audit
ii. Perincian pelan audit
iii. Senarai pasukan audit
iv. Tarikh-tarikh audit
v. Dokumen rujukan yang di gunakan dalam pengaiditan
vi. Cerapan tidak patuh atau “non-complian”
vii. Kelemahan dan kekuatan perkara yang diaudit
viii. Cadangan tindakan pembaikan terhadap kelemahan &
kekurangan yang ditemui.