Anda di halaman 1dari 23

PERANG DINGIN

SOALAN:
“Perang Dingin Dicetuskan Oleh Tindakan Soviet. Bincangkan”.

PENDAHULUAN

Kesatuan Republik Sosialis Soviet1, merupakan sebuah negara sosialis2


yang wujud pada 1922-1991. Dari 1945 hinggalah perpecahannya, ia merupakan
salah satu kuasa besar dunia selain Amerika Syarikat3.

Kesatuan ini merupakan sebuah negara yang sangat luas dan ia


bersempadan dengan 12 buah negara, enam dari benua Eropah dan enam lagi
dari benua Asia. Di Asia jiran-jirannya ialah Korea Utara, Cina, Mongolia,
Afghanistan, Iran, dan Turki; di Eropah, ia bersempadan dengan Romania,
Hungary, Czechoslovakia, Poland, Norway, dan Finland. Selat Bering4 di timur
kesatuan ini, memisahkannya dari "musuh"nya yang utama iaitu Amerika
Syarikat. Walaupun negara ini terletak di utara Asia, ia dianggap sebagai
sebahagian benua Eropah.

Rusia merupakan wilayah terbesar dalam kesatuan ini dan banci 1989
menunjukkan penduduknya adalah seramai 145 juta orang atau lebih kurang
50.8 % jumlah penduduk keseluruhan di sini. Terdapat dua puluh dua bangsa
yang mempunyai lebih 1 juta penduduk, dimana lima belas mempunyai kesatuan
republiknya yang tersendiri. Antara bangsa yang terbesar ialah bangsa Slav,
Baltik, Caucasus, dan Asia Tengah.
1
Juga dikenali sebagai Kesatuan Soviet atau USSR atau KRSS.
2
Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya
adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata.
3
Amerika Syarikat (singkatan: A.S., nama rasminya United States of America (U.S.A.)) ialah sebuah
republik persekutuan terdiri daripada lima puluh negeri dan satu daerah persekutuan.
4
Selat Bering adalah selat antara Semenanjung Dezhnev, Rusia, titik paling timur benua Asia (169°43' B) dan
Semenanjung Pangeran Wales, Alaska, titik paling barat benua Amerika (168°05' B), dengan latituda kurang lebih
65° 40' Utara, kurang lebih selatan dari lingkaran kutub.

1
PERANG DINGIN

DEFINISI

Perang Dingin ialah persaingan terbuka tetapi terhad yang bermula


selepas Perang Dunia II5 antara Amerika Syarikat dan sekutunya dengan
Kesatuan Soviet dan sekutunya. Pergeseran ini dikenali sebagai Perang Dingin
kerana ia tidak membabitkan pertempuran bersenjata secara langsung antara
kuasa besar (perang "panas") secara besar-besaran. Perang Dingin dijalankan
melalui tekanan ekonomi, bantuan terpilih, pergerakan diplomatik, propaganda,
pembunuhan, operasi ketenteraan tahap rendah dan perang proksi 6 sepenuhnya
antara 1947 sehingga kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991. Istilah ini
dipopularkan oleh pembiaya dan penasihat politik AS Bernard Baruch pada April
1947 semasa perdebatan mengenai Doktrin Truman.

CIRI-CIRI PERANG DINGIN

Perang Dingin biasanya dianggap berlaku sekitar akhir perikatan antara


AS dan Kesatuan Soviet semasa Perang Dunia II sehingga pemecahan Kesatuan
Soviet pada tahun 1991. Perang Korea; Krisis Peluru Berpandu Cuba 7; Perang
Vietnam; Perang Afghan; dan rampasan kuasa ketenteraan dibantu Agensi
Perisikan Pusat (CIA) terhadap kerajaan dipilih condong ke kiri di Iran (1953),
Guatemala (1954), dan Chile (1973) merupakan beberapa kejadian di mana

5
Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan
dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di
beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa.
6
Perang Proksi ialah satu peperangan di antara dua kuasa yang menggunakan pihak ketiga untuk
penambahan ataupun penggantian terus kepada perlagaan secara terus oleh kedua-dua pihak tersebut. Jika kuasa-
kuasa besar menggunakan kerajaan negara-negara kecil selaku bidak dalam percaturan mereka, kumpulan
pengganas juga digunakan, dengan harapan kumpulan kecil ini boleh membedal musuh tanpa membawa kepada
peperangan terbuka di antara kuasa-kuasa besar.
7
Di Rusia, ia dikenali sebagai "Krisis Caribbean," sementara di Cuba pula ia dipanggil "Krisis Oktober". Krisis
ini setaraf dengan krisis Pengepungan Berlin sebagai salah satu konfrontasi besar semasa Perang Dingin, dan
dianggap hampir-hampir mencetus perang nuklear.

2
PERANG DINGIN
ketegangan berkait dengan Perang Dingin mengambil bentuk pertelingkahan
senjata. Dalam pertelagahan itu, kuasa besar, terutamanya Amerika Syarikat,
beroperasi sebahagian besarnya dengan, membekalkan senjata dan wang
kepada penentang, perkembangan yang mengurangkan kesan langsung kepada
populasi kuasa besar.

Pada dekad 1970-an, Perang Dingin telah memberi laluan kepada


pengenduran ketegangan dan perhubungan antarabangsa menjadi semakin
rumit dimana dunia tidak boleh dipecahkan kepada dua blok berasingan yang
nyata. Akibatnya, negara-negara yang kurang berkuasa mampu menjadi lebih
berdikari, dan kuasa besar ini adalah sebahagiannya berupaya untuk
mengenalpasti minat mereka dalam percubaan untuk mengawal percambahan
senjata nuklear8.

Hubungan AS-Soviet telah kembali renggang pada akhir 1970an dan awal
1980an, tetapi menjadi semakin pulih apabila blok Kesatuan Soviet menunjukkan
tanda-tanda kejatuhan pada akhir 1980an. Keruntuhan Kesatuan Soviet pada
1991, bermakna Rusia telah hilang status kuasa besarnya yang dicapai selepas
Perang Dunia II.

Strategi konflik antara AS dan Kesatuan Soviet diarena global adalah lebih
kepada strategi teknologi. Ia turut melibatkan konflik secara kovert melalui
beberapa aktiviti perisikan. Selain daripada pembunuhan ejen-ejen perisikan,

8
Perundingan Menghadkan Senjata Strategik merujuk kepada dua pusingan perundingan dua pihak
berkenaan perjanjian antarabangsa di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet, dua buah kuasa besar semasa
Perang Dingin berkenaan isu-isu pengawalan senjata. Terdapat dua pusingan rundingan dan persetujuan iaitu:
SALT I dan SALT II. Perjanjian selepasnya dikenali sebagai START.

Perjanjian Anti-Peluru Berpandu Balistik merupakan satu perjanjian yang ditandatangani oleh Amerika
Syarikat dan Kesatuan Soviet tentang penghadan sistem peluru berpandu anti balistik yang digunakan dalam
mempertahankan kawasan daripada serangan peluru berpandu yang membawa kepala peledak nuklear.

3
PERANG DINGIN
perang ini amat tertumpu dengan kebimbangan tentang senjata nuklear 9.
Persoalannya adalah jika salahsatu kuasa besar menghasilkannya secara besar-
besaran dan sama ada peperangan boleh dielak hanya dengan memiliki senjata
tersebut. Satu lagi hakikat ialah peperangan propaganda yang rancak antara AS
dengan Kesatuan Soviet. Sebenarnya, kemungkinan perang nuklear sejagat tidak
pasti boleh dielakkan, akibat perang-perang wilayah yang lebih kecil, dan ini
telah meningkatkan tahap kebimbangan setiap kali pertempuran berlaku.
Ketegangan ini membentuk kehidupan manusia di seluruh dunia dengan takat
yang sama dengan pertempuran benar.

Kawasan yang paling getir ialah Jerman, terutamanya di bandaraya Berlin.


Tidak boleh dinafikan, simbol Perang Dingin yang paling jelas ialah Tembok
Berlin10. Tembok ini telah memisahkan Berlin Barat (sebahagian bandaraya yang
dikawal Jerman Barat dan sekutunya) dari Berlin Timur dan wilayah Jerman
Timur, yang mengelilinginya.

POLA PERANG DINGIN

Paradigma  Perang Dingin 1949-1989 terbahagi kepada beberapa tahap


perkembangan, sesuai dengan realiti hubungan antarbangsa. Perang Dingin
terbahagi atas tahap 1947-1963 dengan beberapa kemuncak peristiwa seperti
Blokade Berlin11 1949, Perang Korea 1950-1953, Krisis Kuba 1962 dan Perjanjian
9
Senjata nuklear adalah senjata yang mendapat tenaga dari reaksi nuklear dan mempunyai kuasa pemusnah
yang besar - sebiji bom nuklear mampu memusnahkan sebuah bandar. Senjata nuklear telah digunakan hanya dua
kali dalam pertempuran - semasa Perang Dunia II oleh Amerika Syarikat terhadap bandar Jepun, Hiroshima and
Nagasaki.
10
Tembok Berlin (bahasa Jerman: Die Berliner Mauer) merupakan tembok di tengah-tengah bandar Berlin.
Tembok Berlin menjadi ikon atau simbol kepada Perang Dingin , mula dibina 13 Ogos 1961 dan diruntuhkan
kemudian pada 9 November 1989. Ia menjadi tirai besi dan menjadi garisan sempadan antara Jerman Barat dan
Jerman Timur selama 28 tahun. Tembok Berlin diarahkan pembinaannya oleh pemimpin Jerman Timur iaitu Walter
Ulbricht dan diluluskan oleh pemimpin Rusia ketika itu Nikita Khrushchev. Tembok ini dibina selepas Perang Dunia
Kedua.
11
Berlin Blockade atau Blokade Berlin berlaku pada 24 Jun 1948, sebaik sahaja Perang Dingin bermula. Pada
tarikh tersebut, Stalin yang memimpin Soviet untuk menguasai Eropah Timur menutup semua pintu masuk menuju
ke Berlin dari barat. Langkah ini diambil untuk menghalang pasukan Sekutu (Amerika Syarikat, Perancis, dan

4
PERANG DINGIN
Proliferasi Nuklear 1963. Selanjutnya semasa Perang Vietnam 1965-1975,
paradigma Perang Dingin terbatas kepada persaingan yang berlanjutan antara
AS dan Kesatuan Soviet di beberapa kawasan strategi dunia.

Salah satu yang terpenting, terjadi dalam Perang Arab-Israel 1967-1973.


Perundingan senjata  strategi yang dibuat, dirintis dan dikukuhkan melalui
Perjanjian SALT I juga menjadi salah satu ciri pada masa itu. Selama berkurun
waktu yang panjang itulah isu-isu seperti pertentangan ideologi, perebutan
wilayah pengaruh, pembentukan blok ketenteraan, politik bantuan ekonomi yang
berasaskan kepentingan ideologi, pentadbiran ketenteraan dan pembangunan
kekuatan nuklear menjadi agenda-agenda penting.

Oleh kerana itu di tengah pertentangan  Blok Timur dan Barat itulah
muncul apa yang disebut Negara Non Blok12. Indonesia menjadi salah satu
pelopor Gerakan Non Blok yang banyak menarik perhatian negara-negara yang
baru merdeka sesudah 1945. Cina meskipun tergolong negara besar dan
memiliki hak veto di Dewan Keamanan PBB, namun menjadi salah satu anggota
GNB hingga kini. 

FAKTOR TERCETUSNYA PERANG DINGIN OLEH TINDAKAN KESATUAN


SOVIET

Inggeris) yang ingin menyatukan wilayah barat Jerman.


12
Kata "Non-Blok" diperkenalkan pertama kali oleh Perdana Menteri India Nehru dalam pidatonya tahun 1954 di
Colombo, Sri Lanka. Gerakan Non-Blok (GNB) (bahasa Inggris: Non-Aligned Movement/NAM) atau Pergerakan
Negara-negara Berkecuali atau NAM ialah sebuah organisasi antarabangsa yang disertai lebih 114 negara yang
berkecuali dan tidak memihak kepada mana mana blok kuasa.
NAM ditubuhkan pada tahun 1961 atas inisiatif Presiden Yugoslavia, Josip Broz Tito yang mengumpul negara
negara yang tidak memihak kepada mana mana kuasa Perang Dingin. Ketika penubuhan NAM, hanya ada empat
negara yang menyertainya iaitu India, Mesir, Brazil dan Republik Rakyat China. Walaupun penubuhan NAM diharap
dapat merapatkan negara anggota sebagai satu pakatan seperti NATO atau Pakatan Warsaw, ia tidak pernah
bersatu dan negara anggota sering kali ditarik atau tertarik untuk menyertai kuasa besar seperti NATO dan Pakatan
Warsaw.
Mesyuarat pertama NAM diadakan di Belgrade pada September 1961 dan menyaksikan penyertaan 25 ahli dengan
sebelas ahli datang dari Asia dan Afrika, bersama sama Yugoslavia, Cuba dan Cyprus. Kumpulan ini berhasrat untuk
menentang kolonisme, imperialisme dan neo-kolonialisme.

5
PERANG DINGIN

01. Era Sebelum Perang Dingin Berlaku

Kejatuhan Empayar Rusia pada Mac 1917, menandakan titik permulaan


Kesatuan Republik Sosialis Soviet. Revolusi ini dicetus oleh rakyat Petrograd13
(kini dipanggil Leningrad) yang bangun menentang regim Tsar14 yang zalim dan
meneruskan tentangan mereka sehinggalah Tsar Nicholas II turun takhta.
Apabila kerajaan beliau tumbang, kuasanya telah diambil alih oleh perwakilan
pilihan rakyat Duma, yang membentuk sebuah kerajaan sementara. Namun
demikian pada November 1917 kerajaan ini pula telah dijatuhkan oleh golongan
Bolshevik15, dibawah pimpinan Vladimir I. Lenin16. Golongan Bolshevik (yang
memanggil diri mereka komunis pada 1918) telah berjaya menewaskan
Bolshevik selepas perang saudara yang berlarutan selama tiga tahun (1918-21).
Mereka mengambil kuasa secara rasminya pada Disember 1922 dan
menubuhkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (Kesatuan Soviet), yang
merangkumi kesemua wilayah jajahan bekas Empayar Rusia. Kerajaan yang baru
ini telah mengharamkan semua organisasi politik dan melancarkan pemerintahan
satu parti one-party rule, di mana kerajaan pusat mengawal semua aspek politik,
ekonomi, sosial, dan budaya rakyatnya. Lenin, sebagai ketua parti Komunis,
telah ditabalkan sebagai pemerintah pertama negara ini.

13
Saint Petersburg merupakan bandar raya kedua terbesar di negara Rusia. Bandar ini dinamakan sempena
pengasasnya, Tsar Peter I dari Rusia. St. Petersburg pernah dinamakan Petrograd (1914-1924) dan Leningrad
(1924-1991). St. Petersburg dijadikan ibu negara Empayar Rusia dari 1712-1728, dan 1732-1918, iaitu lebih dua
ratus tahun. Selepas Revolusi Rusia 1918, ibu negara Kesatuan Soviet yang baru diasaskan dipindahkan ke
Moscow.
14
Tsar ialah gelaran Slavik yang rasmi untuk "Maharaja" di negara-negara berikut seperti Bulgaria antara 913-
1422, Serbia antara 1346-1371 dan Rusia antara kira-kira 1480 sehingga 1721.
15
Bolshevik merupakan kelompok radikal dari Parti Buruh Demokrat Sosial Rusia pimpinan Vladimir I. Lenin
yang mengkehendaki cara-cara perubahan secara revolusi dengan pimpinan pusat yang kuat dan teguh. Kelompok
ini mendirikan Parti Komunis Kesatuan Soviet pada tahun 1912.
16
Vladimir Ilyich Ulyanov (1870–1924), atau lebih dikenali sebagai Lenin telah dilahirkan di Simbirsk (kini
dipanggil Ulyanovsk untuk menghargai jasanya). Beliau merupakan seorang pemberontak Rusia, pemerintah
pertama Kesatuan Soviet, bapa Bolshevisme dan tokoh utama disebalik Revolusi Oktober, 1917.

6
PERANG DINGIN
Selepas kematian Lenin pada 1924, beliau digantikan oleh Joseph V.
Stalin17. Stalin merupakan seorang yang jauh lebih kejam dari Lenin dan beliau
telah memaksa pengindustrian serta pertanian secara kolektif secara besar-
besaran di negara ini. Disamping itu, banyak syarikat swasta dan kawasan
pertanian telah dirampas oleh kerajaannnya. Ini telah mengakibatkan rakyatnya
hidup dalam penderitaan dan sengsara. Berjuta-juta rakyatnya telah dibunuh,
ditahan atau dibiarkan kebuluran. Selain itu beliau telah membunuh para
pembangkang kerajaan. Oleh itu era pemerintahan beliau dikenali sebagai the
Great Terror. Namun demikian, polisi Stalin telah berjaya dan wilayah-wilayah
Soviet membangun dengan amat pesatnya, walaupun pembangunan adalah
lebih kepada industri berat dan ketenteraan dan bukannya berdasarkan
kehendak pengguna. Stalin yakin pembangunan ekonomi yang pesat adalah
mustahak untuk survival Kesatuan Soviet.

Beliau begitu bimbang dengan peperangan dan serangan pihak Jerman.


Oleh itu satu perjanjian telah ditandatangani pada 1939 iaitu Nazi-Soviet
Nonaggression Pact, yang membolehkan kerajaanya mengambil bahagian timur
Poland (Ukraine barat), wilayah-wilayah Baltik, dan Bessarabia. Walaupun begitu,
perjanjian ini telah dicabuli oleh pihak Nazi18 yang menceroboh Kesatuan Soviet
bermula pada Jun 1941. Selepas kekalahan demi kekalahan di tangan tentera
Jerman, Tentera Merah19 the Red Army akhirnya berjaya membendung kemaraan
17
Joseph Vissarionovich Djugashvili (Stalin) (1879-1953) merupakan seorang diktator yang sangat kejam
dan memerintah Kesatuan Soviet antara 1920an hingga kematiannya pada 1953. Beliau merupakan seorang
pemimpin yang lama menerajui Soviet dan adalah tokoh penting yang membentuk negara ini dan juga benua
Eropah selepas Perang Dunia II.

18
Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional atau NSDAP, sering dipanggil Parti Nazi, merupakan sebuah parti
politik di Jerman antara 1920 hingga 1945. Sebelum itu parti ini dikenali sebagai Parti Pekerja Jerman atau "The
German Workers' Party". Namun atas desakan Hitler untuk memasukkan unsur sosialisme nasional nama parti itu
ditukar kepada "Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional" (dalam bahasa Jerman "Nationalsozialistische Deutsche
Arbeiterpartei" atau NSDAP) atau nama popularnya Nazi. Parti ini diketuai oleh Adolf Hitler dan merupakan parti
kerajaan utama sewaktu beliau memerintah negara Jerman. Lambang rasmi Parti Nazi ini adalah Swastika yang
berlatarbelakangkan warna merah.
19
Tentera Merah atau terjemahan penuhnya iaitu Tentera Merah Pekerja-Petani merupakan pasukan
bersenjata pertama yang disusun oleh golongan Bolshevik semasa Perang Saudara Rusia pada tahun 1918 dan,
pada tahun 1922, menjadi pasukan tentera darat untuk Kesatuan Soviet.

7
PERANG DINGIN
Jerman pada 1943, dan pada 1945, menduduki sebahagian besar Eropah Timur
termasuk sebahagian Jerman (iaitu Jerman Timur20). Walaupun lebih 20 juta
rakyat Soviet terkorban akibat Perang Dunia II, penduduk di seluruh dunia gerun
dengan kehebatan bala tentera Soviet.

Era pasca-perang menyaksikan Kesatuan Soviet mengubah pendudukan


militarinya di Eropah Timur kepada dominasi politik dan ekonomi, dimana regim-
regim pro-komunis di bawah pantauan Moscow telah diangkat sebagai
pemerintah. Selain itu, kerajaan komunis Soviet telah berusaha untuk
mengembangkan sayapnya ke negara-negara luar termasuk negara jirannya
seperti Finland dan Afghanistan. Ini telah menerima reaksi negatif dari negara-
negara barat, lalu tercetuslah perang yang dipanggil Perang Dingin. Dalam masa
yang sama, Stalin terpaksa membina semula ekonomi Soviet yang telah runtuh
akibat perang, sambil meneruskan polisi lamanya iaitu membangunkan industri
berat dan ketenteraan, serta menindas para pembangkang dan melanggar hak
asasi manusia.

02. Era Semasa Perang Dingin

Selepas kematian Stalin pada 1953, Nikita S. Khrushchev21 beransur-ansur


menjadi ketua Soviet yang dominan. Beliau cuba membawa kelainan dengan
membidas cara pemerintahan Stalin yang mengutamakan kezaliman dan
penindasan. Walaupun begitu, beliau meneruskan polisi luar bersifat konfrontasi

20
Republik Demokratik Jerman (Bahasa Jerman Deutsche Demokratische Republik), atau sering disebut
sebagai Jerman Timur, merupakan sebuah negara Komunis yang wujud dari tahun 1949 hingga 1990 di dalam
zon yang diduduki Kesatuan Soviet setelah Perang Dunia II. Jerman Timur ditubuhkan secara rasmi pada 7 Oktober
1949 dan merupakan salah satu anggota Pakatan Warsaw. Jerman Timur telah bersatu dengan Jerman Barat pada
tahun 1990 setahun sebelum kerajaan Soviet runtuh.
21
Nikita Sergeyevich Khrushchev atau Nikita Sergyevich Chrushyov dilahirkan di Kalinovka, Kursk, Ukraine,
pada 17 April 1894 dan meninggal pada 11 September 1971 pada umur 77 tahun. Beliau adalah seorang
negarawan Uni Soviet. Setelah mangkatnya Stalin dan perebutan kekuasaan, ia menjawat jawatan sebagai Sekjen
Partai Komunis Uni Soviet dari tahun 1953 sampai 1964, dan sebagai Perdana Menteri dari tahun 1958 hingga
1964.

8
PERANG DINGIN
terhadap negara Barat. Era beliau dikenali dengan perlumbaan senjata nuklear
dan penjelajahan angkasa lepas 22. Walaupun begitu penglibatannya dalam krisis
peluru berpandu Cuba, yang hampir-hampir mencetuskan peperangan nuklear23,
telah menjadi punca kejatuhannya sebagai ketua parti dan ketua negara pada
1964. Pengganti Kruschev ialah Leonid I. Brezhnev yang meneruskan polisinya
iaitu détente dengan negara Barat and penumpuan kepada perindustrian berat
dan ketenteraan.

Selepas kematian Brezhnev pada 1982, sistem politik, ekonomi dan


budaya negara telah dikawal oleh birokrasi yang konservatif, dan berusia.
Pengganti beliau, Iurii V. Andropov dan Konstantin U. Chernenko, memegang
kuasa dalam waktu yang sangat singkat dan tidak membawa banyak perubahan.
Sewaktu Gorbachev dipilih sebagai setiausaha agung CPSU dan ketua negara
Soviet pada 1985, kemelut dalam sistem sosialis Soviet telah menjadi semakin
teruk. Akibatnya, Gorbachev terpaksa mengumumkan perubahan secara
mendadak untuk membangunkan semula negara, dan beliau memulakan
beberapa siri program pembaharuan yang dipanggil perestroika24, glasnost25, dan
demokratizatsiia.

22
Perlumbaan Angkasa merujuk kepada pertandingan antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet, secara
kasarnya di antara 1957 hingga 1975, membabitkan usaha selari oleh negara tersebut untuk menjelajah ruang
angkasa dengan satelit, menghantar manusia ke angkasa, dan meletakkan manusia di bulan. Walaupun
permulaannya bermula pada teknologi roket awal dalam ketegangan antarabangsa selepas Perang Dunia II,
Perlumbaan Angkasa bermula dengan pelancaran Sputnik 1 oleh Kesatuan Soviet pada 4 Oktober 1957.
23
Perang nuklear adalah peperangan yang melibatkan penggunaan senjata nuklear. Dalam sejarah tamadun
manusia, senjata neklear hanya dua kali digunakan, iaitu penggunaan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada
penghujung Perang Dunia II. Pada ketika itu, hanya pihak Amerika Syarikat sahaja yang mempunyai bom atom.
Dalam penggunaan sekarang, Perang Nuklear merujuk kepada perbalahan di mana kedua-dua pihak yang
bertelingkah mempunyai simpanan senjata nuklear. Ramai yang takutkan pencetusan perang nuklear akan
mengakibatkan kemusnahan menyeluruh duniawi dan akan menyebabkan kepupusan kehidupan di dunia.
24
Perestroika ialah istilah bahasa Rusia yang memaksudkan pembaharuan mikroekonomi yang dilancarkan pada
bulan Jun 1987 oleh pemimpin Soviet Mikhail Gorbachev. Erti asal istilah ini ialah "penstrukturan semula", iaitu
menyentuh penstrukturan semula ekonomi Soviet.
25
Glasnost ialah dasar publisiti, keterbukaan dan ketelusan maksima dalam segala kegiatan institusi kerajaan
dalam Kesatuan Soviet, diiringi kebebasan penerangan, yang diperkenalkan Mikhail Gorbachev. Istilah ini sering
dipakai oleh Gorbachev untuk menggariskan dasar-dasar yang dipercayainya boleh mengurangkan gejala rasuah di
peringkat atasan Parti Komunis dan kerajaan Soviet, serta membendung salah guna kuasa di Jawatankuasa Pusat.
Glasnost juga memaksudkan satu zaman tertentu yang kurangnya penapisan dan lebihnya kebebasan informasi
dalam sejarah Kesatuan Soviet pada dekad 1980-an.

9
PERANG DINGIN

Namun demikian, usaha beliau untuk mengadakan reformasi politik dan


ekonomi tidak mencapai matlamatnya. Malah, ia telah mencetuskan huru-hara
dan kemelut politik di peringkat nasional. Ditambah pula dengan masalah
ekonomi yang masih berlarutan. Disamping itu beberapa bangsa di dalam
kesatuan ini telah mendesak kerajaan untuk memberi wilayah mereka lebih
autonomi politik dan ekonomi; Bahkan ada jua yang mahukan kemerdekaan
sepenuhnya dari Kesatuan Soviet. Pergolakan antara wilayah yang telah dikawal
oleh regim Soviet selama ini telah meletus dan ramai orang telah terkorban.
Sistem sosialis autoritarian26 menjadi semakin goyah dan agak lambat bertindak
untuk mengatasi krisis sosial tersebut. Pada 1990an, dasar perestroika
Gorbachev telah gagal membawa pemulihan ekonomi kepada rakyat, manakala
glasnost' dan demokratizatsiia hanya melonggarkan kawalan regim terhadap
rakyatnya.

03. Krisis Peluru Berpandu Cuba

Krisis Peluru Berpandu Cuba adalah merupakan satu konfrontasi di antara


Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan Cuba semasa Perang Dingin. Di Rusia, ia
dikenali sebagai "Krisis Caribbean," (bahasa Rusia: Карибский кризис, Karibskiy
krizis) sementara di Cuba pula ia dipanggil "Krisis Oktober". Krisis ini setaraf
dengan krisis Pengepungan Berlin sebagai salah satu konfrontasi besar semasa
Perang Dingin, dan dianggap hampir-hampir mencetus perang nuklear.

26
Autoritarianisme bermaksud fahaman yang menyokong campurtangan pihak berkuasa ("authority" dalam
bahasa Inggeris) secara total dalam pentadbiran negara. Biasanya kerajaan yang mengamalkan sistem ini adalah
kerajaan diktator dimana pemimpinnya mempunyai kuasa eksekutif penuh untuk mengawal pihak berkuasa seperti
polis dan penguasa tempatan.
Sebuah masyarakat autoritarian adalah setia kepada pihak berkuasa dan percaya kepada mereka dan kurang
memberi keutamaan kepada hak individu, sehinggakan rakyat sanggup menjadi hamba kepada kerajaan. Ini
biasanya menghasilkan kerajaan yang kuku besi, diktator, despot, totalitarianisme dan fasisme (suatu gabungan
autoritarianisme dengan nasionalisme).

10
PERANG DINGIN
Di Havana27, terdapatan kegusaran akan campur tangan tentera oleh
Amerika Syarikat ke atas Cuba. Pada April 1961, ancaman serangan menjadi
kenyataan apabila tentera pemberontak dalam buangan yang dilatih oleh CIA
mendarat di Teluk Babi28. Serangan ini berjaya ditumpaskan oleh angkatan
bersenjata Cuba. Castro diyakinkan bahawa Amerika Syarikat akan menceroboh
Cuba. Tidak lama setelah serangan di Teluk Babi, Castro telah mengisytiharkan
Cuba sebagai sebuah negara republik sosialis, dan mewujudkan ikatan rasmi
dengan Kesatuan Soviet, dan mula memodenkan angkatan tentera Cuba.

Amerika Syarikat pula gusar terhadap penerimaan fahaman komunis atau


sosialis oleh mana-mana negara, dan persahabatan secara terbuka negara-
negara Amerika Latin dengan Kesatuan Soviet tidak dapat diterima oleh A.S,
didorong oleh permusuhan Rusia-Amerika Syarikat sejak tamat Perang Dunia II
pada tahun 1945.

Pada akhir tahun 1961, Kennedy telah melancarkan Operasi Mongoose,


suatu siri operasi-operasi rahsia menentang kerajaan Castro yang mana telah
menemui kegagalan. Secara terang-terangan, pada Februari 1962, A.S.
melancarkan sekatan ekonomi ke atas Cuba.

Amerika Syarikat juga mempertimbangkan untuk melancarkan serangan


ketenteraan. Jeneral Tentera Udara Curtis LeMay telah mengemukakan
rancangan pengemboman sebelum serangan kepada Presiden Kennedy pada
27
Nama penuh bandar Havana atau dalam bahasa Sepanyol ialah Ciudad de La Habana . Biasanya dipanggil
La Habana atau rasminya San Cristóbal de la Habana. Jumlah penduduk 2.2 juta, bandar terbesar di Cuba dan
di Kepulauan Caribbean. Kedudukannya 144km tenggara Florida. Havana satu daripada 14 wilayah Cuba. Ia
terletak di Timur Laut Semenanjung Cuba, menghadap Selat Florida.
28
Serangan Teluk Babi 1961 adalah cubaan pencerobohan yang gagal oleh warga bersenjata Cuba dalam
buangan yang dirancang dan dibiayai oleh Amerika Syarikat. Cubaan ini dilakukan dalam usaha menggulingkan
kerajaan Fidel Castro, dan ia berlaku tidak lama selepas John F. Kennedy menjadi Presiden Amerika Syarikat.
Tindakan ini disusuli dengan hubungan dingin Cuba-Amerika Syarikat yang diburukkan lagi dengan Krisis Peluru
Berpandu Cuba pada tahun berikutnya. Pencerobohan ini dinamakan sempena Teluk Babi, tempat di mana
pendaratan berlaku. Di Cuba ia dikenali sebagai Invasión de Bahía de Cochinos atau Playa Girón.

11
PERANG DINGIN
September. Cuba pula secara berterusan membuat aduan diplomatik kepada
kerajaan A.S. ekoran penerbangan pengintipan dan gangguan kecil aktiviti
ketenteraan daripada Pangkalan Tentera Laut Guantanamo Amerika Syarikat.

Sehingga September 1962, pemerhati Cuba melihat tanda-tanda


peningkatan kemungkinan konfrontasi dengan A.S, termasuk resolusi bersama
Kongres A.S yang memberi kebenaran penggunaan kuasa ketenteraan ke atas
Cuba sekiranya kepentingan A.S. diancam, dan pengumuman latihan
ketenteraan iaitu Operasi Ortsac29 di Caribbean telah dirancang pada bulan
berikutnya.

Krisis mencapai kemuncaknya pada 8 Oktober, 1962. Kemudian pada 14


Oktober 1962, foto-foto pengawasan Amerika Syarikat yang diambil oleh
pesawat pengintip A.S, U-230 telah mendedahkan pangkalan-pangkalan peluru
berpandu31 sedang dibina di Cuba. Krisis ini berakhir dua minggu kemudian iaitu
pada 28 Oktober, 1962, apabila Presiden John F. Kennedy dan Setiausaha Agong
Pertubuhan Bangsa Bersatu U Thant32 telah mencapai persetujuan dengan Soviet
untuk menarik kembali peluru berpandu di Cuba sebagai pertukaran dengan

29
Tujuan operasi ini adalah untuk menggulingkan seorang pemimpin yang namanya: o-r-t-s-a-c yang dieja dari
belakang=CASTRO
30
Lockheed U-2 (atau nama gelaran Dragon Lady) merupakan sebuah pesawat pengintip aras tinggi, berenjin
tunggal yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan pernah diterbangkan juga oleh Agensi Perisikan
Pusat (CIA). Pesawat ini boleh melakukan misi pengintipan di aras tinggi (70,000 kaki, lebih 21,000 m) pada waktu
siang atau malam, dan dalam semua keadaan cuaca. Pesawat ini juga digunakan untuk penyelidikan dan
pembangunan penderia elektronik, mententukur satelit, dan mengesahkan data satelit.
31
Peluru berpandu pertama digunakan dalam operasi adalah siri peluru berpandu Jerman dalam Perang Dunia II.
Yang paling terkemuka adalah V1 dan V2, keduanya menggunakan sistem mekanik autopilot untuk menentukan
peluru berpandu terbang dalam arah yang ditetapkan. Yang kurang diketahui adalah siri peluru berpandu anti-kapal
dan anti-pesawat, biasanya berdasarkan kawalan radio mudah yang dikawal oleh operator.
32
U Thant atau nama sebenarnya Maha Thray Sithu U Thant (Januari 22, 1909-November 25, 1974)
merupakan bekas diplomat Burma dan juga bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang
berkhidmat daripada 1961 hingga 1971. Beliau telah dipilih menjawat jawatan berkenaan apabila penjawat
sebelumnya Dag Hammarskjöld telah terbunuh dalam kemalangan udara pada bulan September 1961. 'U' adalah
sebuah gelaran dalam Bahasa Burma, lebih kurang sama seperti 'Tuan'. Thant merupakan namanya yang tunggal.
Dalam bahasa Burma beliau dikenali sebagai Pantanaw U Thant, satu rujukan kepada bandar asalnya. "Maha
Thray Sithu" merupakan gelaran, serupa seperti darjah kebesaran, yang dianugerahkan oleh kerajaan Burma.

12
PERANG DINGIN
perjanjian tiada serangan ke atas Cuba serta pemindahan rahsia peluru
berpandu Jupiter dan Thor daripada Turki.

Kennedy, dalam ucapan pertama beliau berkenaan krisis ini pada 22


Oktober 1962, telah memberi amaran. Menjadi satu polisi negara ini untuk
memberi perhatian berat ke atas mana-mana peluru berpandu nuklear yang
dilancarkan dari Cuba untuk menyerang manan-mana negara di Hemispera Barat
sebagai satu tindakan serangan ke atas Amerika Syarikat, dan memerlukan
tindak balas sepenuhnya terhadap Kesatuan Soviet.

04. Perlumbaan Senjata Antara Kesatuan Soviet dan NATO

Satu ciri utama Perang Dingin adalah perlumbaan senjata antara Kesatuan
Soviet dan NATO33, terutamanya Amerika Syarikat tetapi termasuk juga United
Kingdom, Perancis, Jerman Barat, dan beberapa kuasa Eropah. Perlumbaan ini
yang berlaku dalam pelbagai bidang teknologi dan ketenteraan menghasilkan
banyak penemuan saintifik. Kemajuan revolusioner terutamanya adalah dalam
bidang roket yang mendorong perlumbaan angkasa. (Kebanyakan atau kesemua
roket yang digunakan untuk melancarkan manusia dan satelit ke angkasa lepas
dan untuk sampai ke bulan berasal daripada reka bentuk ketenteraan.)

Semua bidang dalam perlumbaan senjata ini memerlukan pelaburan


teknologi dan pengilangan yang tinggi. Dalam banyak bidang, orang Barat telah
mencipta senjata-senjata dengan keberkesanan yang unggul, terutamanya
kerana pencapaian mereka dalam bidang komputer digital serta keberatan
mereka untuk mengembangkan sistem-sistem dengan keunggulan keganasan.
33
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (B. Inggeris: North Atlantic Treaty Organisation NATO, B. Perancis:
Organisation du Traité de l'Atlantique Nord OTAN) merupakan perikatan ketenteraan antara beberapa negara
Eropah dan Amerika Syarikat. NATO ditubuhkan pada 4 April 1949 dengan Perjanjian Atlantik Utara. Negara-negara
ahlinya bersetuju bekerjasama dari segi ketenteraan kalau salah satu daripada ahlinya diserang.

13
PERANG DINGIN
Sebaliknya, blok Timur mencipta bilangan reka bentuk yang lebih besar dalam
setiap bidang, dan membina lebih banyak jenis senjata pada jumlah yang lebih
besar.

Salah satu ciri perlumbaan senjata nukear yang ketara, disokong


khususnya oleh penggunaan ICBM34 nuklear, ialah konsep pencegahan melalui
kebinasaan pasti bersama atau "MAD". Gagasan bahawa blok Barat tidak akan
menyerang blok Timur dan sebaliknya disebabkan oleh kedua-dua pihak memiliki
cukup banyak senjata nuklear untuk menghapuskan sama sekali satu sama lain
dan mengakibatkan seluruh bumi tidak dapat dihuni. Justera itu, menyerang satu
sama lain merupakan suatu perbuatan pembunuhan diri yang kedua-dua pihak
tidak ingin mencuba.

Selepas perpecahan Kesatuan Soviet, banyak teknologi yang amat tinggi


kini boleh didapati di pasaran terbuka. Jet pejuang, misail anti pesawat, senjata
kecil, serta juga senjata nuklear, biologi, dan bahan kimia dikatakan telah
bertukar tangan. Dalam sesetengah kes, negara-negara bekas blok Soviet
merampas harta-harta seperti kapal tentera laut yang dilabuhkan di pelabuhan-
pelabuhan yang kini dimiliki oleh mereka. Dalam banyak kes, kerajaan-kerajaan
tersebut tidak berupaya mengendalikan atau memeliharakan harta-harta itu,
dengan sebilangannya dilelong.

05. Kekaisaran Kesatuan Soviet35

34
Peluru berpandu balistik antara benua ataupun Intercontinental ballistic missile (ICBM). Peluru berpandu
balistik antara benua merupakan peluru berpandu jarak jauh yang mampu mensasarkan mana-mana sasaran di
bumi ini.
35
Kekaisaran Kesatuan Soviet atau juga disebut Kekaisaran Jerman adalah satu usaha persatuan untuk
mengembalikan wilayah-wilayah di Eropah yang majoriti penduduknya adalah bangsa Jerman setelah leburnya
Kekaisaran Suci Romawi. Namun idea Kekaisaran Jerman ini adalah "Jerman Kecil" yang dikepalai Prusia tanpa
Austria. Sebab pada masa itu terdapat perbezaan agama. Prusia beragama Protestan manakala Austria beragama
Katolik. Namun di wilayah kekaisaran Jerman banyak pula warga yang beragama Katolik meskipun di beberapa
daerah mereka didiskriminasi, apalagi jika mereka keturunan Polandia.

14
PERANG DINGIN

Walaupun sebenarnya Kesatuan Soviet bukanlah sebuah kekaisaran yang


diperintah oleh seorang Kaisar dan menyatakan dirinya anti imperialis, tetapi
beberapa pengkaji sejarah memberikan kecenderungan Kesatuan Soviet yang
mengarah ke sejarah kekaisaran seperti kekaisaran besar negara lain. Ada 3
kategori pembagian jenis kekuasaannya;

 Perluasan wilayah kekuasaan melalui serangan ataupun subversi (contoh:


Polandia, Finlandia, negara Balkan, Afganistan)

 Pemerintahan pusat yang kuat yang menguasai wilayah pemerintahan


cabang dan wilayah satelit

 Daerah sekutu yang dipaksa mengamalkan sistem politik dalam negerinya


oleh Kesatuan Soviet (termasuk juga yang melalui penempatan tentera
soviet)

Kerana alasan ini, maka Kesatuan Soviet kadangkala dianggap oleh


beberapa sejarahwan tertentu menjadi sebuah kekaisaran utama dari sejarah
kekaisaran dunia, sebanding dengan kekaisaran terkenal lainnya seperti
kekaisaran Inggeris dan kekaisaran Romawi. Tambahan pula Kesatuan Soviet
menggunakan beberapa kebijaksanaan politik luar negerinya dari kekaisaran
Tsar Rusia terdahulu. Tetapi, beberapa pendukung Kesatuan Soviet pada saat itu
menolak kesimpulan itu dan mengemukakan bahawa hubungan antara Kesatuan
Soviet dan negara-negara yang berada di sekitar wilayah "kekaisaran" adalah
kerjasama sukarela.

PERMULAAN PERANG DINGIN KEDUA

15
PERANG DINGIN

Pada Ogos 1999, ketika Rusia sedang memulakan kempen ketenteraan


kedua terhadap Chechnya36, berlaku satu siri letupan bom di beberapa bangunan
kediaman, mengakibatkan kehilangan nyawa lebih 300 orang awam. Seluruh
Rusia terkejut dengan serangan ini. Berikutan semangat nasionalisme yang
tercetus, pemangku jawatan presiden, Vladimir Vladimirovich Putin memenangi
pilihan raya yang meletakkan beliau sebagai presiden baru negara itu.

Isu Chechnya yang melonjakkan Putin ke puncak kuasa sehingga kini


masih merupakan isu penting buat presiden Rusia itu. Chechnya merupakan isu
yang bukan sahaja membawa beliau ke tampuk kekuasaan, malah juga
memperkukuhkan imej beliau sebagai pemimpin yang kuat.

Kemudian, berikutan pembunuhan kejam kanak-kanak sekolah di Beslan,


Ossetia Utara, Putin sekali lagi berdepan masalah Chechnya. Chechnya bagi
Putin bukan hanya isu politik dalaman Rusia dan isu untuk digunakan bagi
meraih sokongan rakyat, tetapi juga untuk mendapat sokongan kuasa besar
dunia, dan penentu penting hubungan diplomatik Moscow dengan Barat.
Chechnya juga medan yang memiliki kepentingan tersendiri dalam percaturan
"empayar" Rusia.

Empayar Rusia yang cuba dibina semula oleh Putin berdepan pelbagai
cabaran, dari dalam dan luar. Putin dilihat sebagai cuba menggunakan sepenuh
kuasanya untuk mencapai matlamat itu. Chechnya hanyalah satu dari masalah
yang terpaksa didepani presiden Rusia itu.

36
Republik Chechen atau Chechnya merupakan sebuah subjek persekutuan Rusia. ersempadan dengan
Jajahan Stavropol di bahagian barat laut, Republik Dagestan di bahagian timur laut dan timur, Georgia di selatan,
dan Republik Ingushetia dan Ossetia Utara-Alania di bahagian barat, Chechnya terletak di atas pegunungan
Kaukasus Utara. Ibukotanya berada di Grozny.

16
PERANG DINGIN
Sokongan untuk Putin daripada rakyat Rusia - yang diperolehi sebahagian
besarnya melalui isu Chechnya37 - semakin terhakis akibat tindak balas
perjuangan nasionalis pihak pejuang Chechnya dan terhakisnya moral rakyat
menghadapi perang yang panjang itu. Kematian tentera Rusia yang sentiasa
meningkat mengundang tentangan rakyat, selain pengeboman di Rusia sendiri
oleh rakyat Chechnya.

Perkembangan ini bertentangan sekali dengan sokongan padu yang


diterimanya di awal serangan ke atas Chechnya pada 2000. Tulis penganalisis
politik Rusia, Lilia Shevtsova dalam Putin's Rusia: "Selepas serangan ketenteraan
ke atas Chechnya bermula, Putin tidak lagi perlu bersusah payah merebut kuasa.
Beliau hanya perlu menuding kepada pihak musuh, iaitu pihak Chechnya. Perang
melonjakkan beliau ke puncak kekuasaan."

Tentang dalaman kemudian terbukti bukan halangan terbesar bagi Putin.


Pelbagai kumpulan hak asasi sejagat turut bersuara menentang perang tersebut,
seperti kumpulan Human Rights Watch 38. Negara-negara Barat, terutama
Kesatuan Eropah (EU), juga beberapa kali menyuarakan keprihatinan mereka
terhadap tragedi Chechnya. Tragedi Chechnya akhirnya semakin melimpah ke
tengah-tengah Rusia. Semakin ramai rakyat Rusia menyaksikan atau mengalami
sendiri kesengsaraan yang dirasai di Chechnya.

Bagaimanapun, tragedi Beslan dan keganasan lain yang berlaku akibat


dari tindakan ketenteraan Rusia di Chechnya - tidak dilihat oleh Putin sebagai
37
Setelah jatuhnya Kesatuan Soviet, sekelompok pemberontak Chechnya menyatakan bahawa mereka adalah
pemerintah yang sah, mengumumkan parlimen baru, dan meisytiharkan kemerdekaan mereka sebagai Republik
Chechnya Ichkeria. Sehingga tahun 2004, kemerdekaan mereka tidak diiktiraf oleh mana-mana negara.
pengisytiharan tersebut telah menyebabkan konflik bersenjata dimana kedua belah pihak diantara Chechnya dan
Rusia terlibat. Chechnya merupakan wilayah paling banyak warga Islam di Rusia.

38
Human Rights Watch adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpengkalan di Amerika Syarikat
yang melakukan penelitian dan pembelaan dalam masalah-masalah perlanggaran hak asasi manusia.

17
PERANG DINGIN
tanda untuk mencari penyelesaian aman konflik Chechnya. Putin terus
mengaitkan Chechnya dengan terorisme antarabangsa, menumpang agenda
Amerika Syarikat ekoran peristiwa 11 September 2001. Sebagai balasan
sokongan kepada "perang menentang terorisme" diketuai AS, Washington tidak
bersuara lantang mengenai pencabulan hak asasi dan kekejaman terhadap orang
awam di Chechnya. Bagaimanapun, "perjanjian" ini tidak berjalan seperti
diharapkan Putin. Lama-kelamaan, Barat yang diam dalam hal Chechnya mula
bersuara.

Tindakan Putin memperkukuhkan kuasanya dengan alasan memerangi


pengganas ekoran tragedi Beslan telah dikritik oleh Washington. Colin Powell,
yang ketika itu memegang jawatan Setiausaha Negara AS menyifatkan tindakan
Putin menghakis demokrasi yang telah dibina di era pasca-Soviet. Pesuruhjaya
EU pada masa itu, Chris Patten pula bersuara, berharap Putin tidak akan
menyimpulkan bahawa satu-satunya cara menangani terorisme ialah
memperkuatkan kuasa Kremlin39.

Chechnya diperlihatkan oleh Putin sebagai bukti bahaya "terorisme Islam"


kepada Rusia. Bagi Putin, Rusia memainkan peranannya dalam memerangi
terorisme antarabangsa dengan memerangi Chechnya, yang disifatkan sebagai
salah satu medan terorisme global. Bagaimanapun, tindakan-tindakan
"memerangi terorisme" oleh AS banyak yang tidak menyebelahi kepentingan
Rusia. Setelah mendapat sedikit manfaat daripada kempen "memerangi
terorisme" oleh Washington, Moscow mula mendapat kesan buruknya.

39
Kremlin adalah benteng bersejarah di pusat Moscow yang diperbuat daripada batu bata pada abad ke-15.
Panjang temboknya lebih dari 2 km, tingginya hingga 19 m, lebarnya 3.5 – 6.5 m, luasnya 27.5 hektar. Kremlin
mempunyai 20 menara. Yang paling terkenal darinya ialah Menara Spasskaya (tingginya 67.3 m) dengan jam
bergaris tengah 6 m. Di Kremlin ada peninggalan lama seperti gereja-gereja dengan tempat pemakaman tsar-tsar
Rusia. Di sini juga terdapat balai senjata di mana terdapat bermacam-macam barang pusaka termasuk kereta
kuda, mahkota, pakaian, perhiasan dan senjata kepunyaan tsar. Dulu Kremlin ialah tempat kediaman tsar-tsar
Rusia, namun sekarang merupakan tempat Pejabat Presiden.

18
PERANG DINGIN

Selepas pembesaran keahlian Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara


(NATO) dan EU yang menyaksikan beberapa bekas negara Kesatuan Soviet
menyertai dunia Barat, kehadiran tentera AS di Asia Tengah berikutan kempen
ketenteraan di Afghanistan juga telah menggugat wilayah di bawah pengaruh
Rusia. Dan akibat kempen penyebaran demokrasi oleh Washington, negara
seperti Georgia dan Ukraine kemudian telah menjadi sekutu rapat dan dinaungi
kuasa AS. Kekuasaan ketenteraan AS semakin hampir dengan wilayah bekas
empayar Rusia atau ruang pengaruhnya. Sehingga hari ini, AS dan Rusia terus
bersaing mempengaruhi negara di kawasan tersebut, termasuk dengan cara
memberikan bantuan kewangan dan ketenteraan.

Persaingan itu juga tidak dapat dipisahkan daripada sumber tenaga.


Persaingan Rusia dengan AS berkaitan sumber strategik minyak dan gas juga
memainkan peranan signifikan dalam persaingan Rusia dengan AS dan EU itu.
Rantau Kaspia merupakan antara kawasan minyak dan gas terkaya di dunia,
tetapi usaha membawa keluar sumber ini sukar disebabkan antaranya konflik
yang berterusan di kawasan tersebut dan soal strategik lain. Selepas perpecahan
Kesatuan Soviet, Laut Kaspia yang sebelum itu hanya dikongsi Rusia dan Iran,
disempadani juga oleh Azerbaijan, Kazakhstan dan Turkmenistan.

Kawalan Rusia terhadap sumber penting itu semakin terhakis kerana


negara-negara baru merdeka di sana turut menuntut bahagian mereka. Rusia
juga hampir kehilangan akses kepada pelabuhan-pelabuhan di Laut Baltik 40 dan
Laut Hitam, yang kini terbahagi antara Estonia, Latvia, Lithuania, Ukraine,
40
Laut Baltik ialah sebuah laut payau yang terletak di utara Eropah. Laut ini dikelilingi oleh Semenanjung
Scandinavia, tanah besar Eropah dan pulau-pulau milik Denmark. Ia mengalir hingga bertemu Kattegat melalui
Selat Oresund, Selat Besar, Selat Kecil dan beberapa selat lain. Kattegat kemudiannya bersambung dengan
Skagerrak sebelum bertemu Laut Utara dan Lautan Atlantik di sebelah barat. Laut Baltik turut disambung melalui
terusan buatan, Terusan Laut Putih, ke Laut Putih dan terus ke Laut Utara melalui Terusan Kiel. Selain itu, ia turut
bersempadan dengan Teluk Bothnia di utara, Teluk Finland di timur laut dan Teluk Riga di timur.

19
PERANG DINGIN
Georgia dan Azerbaijan, negara yang semakin jauh dari segi politik dengan
Moscow, dan ada kalanya bertembung.
Tetapi Rusia tidak mahu kehilangan kawalan sepenuhnya. Berikutan itu, Rusia
berusaha mengekalkan dan mengukuhkan pengaruhnya terhadap pengangkutan
sumber di wilayah itu. Tetapi AS dengan agendanya sendiri cuba mencegah
pembinaan saluran minyak dan gas melalui Rusia dan satu lagi negara
musuhnya, Iran. Hingga hari ini, persaingan laluan saluran paip bekalan tenaga
menjadi antara persaingan paling sengit Rusia dengan Barat, iaitu AS dan EU,
dan menjadi isu hangat di pertemuan Moscow dengan EU dan negara-negara
Kumpulan Lapan baru-baru ini.

PENUTUP

Perubahan lingkungan mempengaruhi hubungan antarabangsa. Jika pada


masa Perang Dingin isu-isu ideologi dan ketenteraan sangat dominan. Hampir
semua hubungan antarabangsa diterjemahkan ke dalam konteks perang ideologi.
Pada era pasca Perang Dingin, tema-tema ideologi menyusut. Sebagai gantinya
timbul isu-isu seperti hak asasi manusia, politik-ekonomi dan demokratisasi
sebagai salah satu indikator yang menentukan hubungan internasional.

Semenjak kewujudan semua kehidupan, terutamanya manusia,


persaingan selalu berlaku. Apabila berlaku persaingan yang terlalu sengit, niat
untuk melenyapkan kehadiran pesaing lain akan mula bermain di pemikiran
manusia secara automatik. Dengan itu, konflik dan pembunuhan berlaku
melibatkan dua pihak dengan tujuan menghapuskan lawan. Senario itu mungkin
terkawal sekiranya keadaan tersebut hanya melibatkan dua orang sahaja. Apa
pula yang akan berlaku sekiranya keadaan itu melibatkan sekumpulan orang
ramai, yang siap siaga dengan peralatan canggih untuk membunuh musuh

20
PERANG DINGIN
masing-masing? Sebenarnya, yang disebutkan di atas itu merupakan definisi
jelas bagi “peperangan” atau dalam bahasa Inggerisnya, “war”.

Peperangan bukan lagi sesuatu yang asing bagi kita. Setiap masa,
peperangan berlaku di mana-mana sahaja, tanpa mengira tempat, waktu,
keadaan dan cuaca. Antara contoh peperangan yang disenaraikan oleh para
pengkaji sejarah ialah Perang Dunia Pertama 41 dan Kedua, Perang Vietnam,
Perang Teluk dan yang terkini pencerobohan Iraq oleh tentera Amerika Syarikat.
Peperangan sudah menjadi kebiasaan dalam tamadun kita kerana ini adalah
sebahagian daripada sejarah kita. Namun, apa yang kita peroleh semasa dan
selepas peperangan hanyalah suatu jenis kemusnahan berskala besar.

Peperangan turut memusnahkan harta benda, sama ada harta benda


awam mahupun harta benda persendirian. Banyak harta benda seperti
bangunan, jalan, landasan kereta api, lapangan terbang, pelabuhan, jambatan
dan sebagainya lenyap begitu sahaja ekoran kemaraan tentera penceroboh.
Selain itu, harta benda seperti ternakan, tanaman, alat pengangkutan, hutan
juga musnah akibat peperangan yang tidak munasabah. Harta benda ini
merupakan kemudahan dan nadi kehidupan masyarakat di sesuatu tempat.
Tidak hairan salah satu kesan sampingan peperangan ialah kebuluran dan kadar
inflasi yang meningkat. Masyarakat setempat tidak mampu untuk membeli
barang keperluan. Ramai yang terpaksa menjadi perompak, pencuri, pelacur
dandan terlibat dalam pelbagai kebobrokan sosial semata-mata untuk mencari
rezeki hidup.

41
Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan bermula di Balkan. Perang
Dunia I berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi. Antara faktor politik termasuklah kemunculan
nasionalisme dan sistem pakatan negara-negara Eropah, iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Faktor
ekonomi pula melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.

21
PERANG DINGIN
Selain itu, peperangan juga mengundang kepada kemusnahan tamadun.
Tamadun-tamadun seperti tamadun Mesopotamia 42, Mesir, Indus, dan Inca yang
pernah menjadi tersohor dan agung pada suatu ketika dahulu, termusnah pada
akhir zaman mereka akibat peperangan. Segala baik dan buruk yang terbina
semasa tamadun tersebut hilang bersekali dengan kemusnahan tamadun
tersebut. Banyak ilmu, teknologi dan ajaran yang baik dicipta oleh mereka yang
arif dalam tamadun tersebut dianggap anasir-anasir buruk oleh pihak yang
menceroboh lalu dihapuskan tanpa mengira nilainya menyebabkan manusia hari
ini kehilangan banyak khazanah yang agung, seterusnya membawa kepupusan
sesuatu bangsa. Peperangan harus dielakkan kerana jalan penyelesaian boleh
tercapai melalui jalan perundingan.

RUJUKAN

1. Brown, Archie, et al, eds.: The Cambridge Encyclopedia of Russia and the
Soviet Union (Cambridge, UK: Cambridge University Press, 1982).
2. Gilbert, Martin: The Routledge Atlas of Russian History (London: Routledge,
2002).
3. Goldman, Minton: The Soviet Union and Eastern Europe (Connecticut: Global
Studies, Dushkin Publishing Group, Inc., 1986).
4. Franklin, Jane, [dipetik daripada Krisis Peluru Berpandu Cuba-Suatu kronologi
mendalam], http://andromeda.rutgers.edu/~hbf/missile.htm
5. Resolusi Cuba, Undang-undang Awam A.S. 87-733, S.J. Res. 230
6. Kennedy, John F. (October 22 1962), Speech on the Cuban Missile Crisis,
http://edition.cnn.com/SPECIALS/cold.war/episodes/10/documents/kenne
dy.speech/
42
Mesopotamia merupakan tamadun terawal yang lahir di dunia lahir di wilayah yang kini terletak di Iraq, timur
Syria, tenggara Turki dan barat daya Iran. Mesopotamia (dari bahasa Yunani bererti 'antara dua sungai')
merupakan kawasan muka bumi yang terletak antara sungai Tigris dan Euphrates, sebahagian besarnya termasuk
dalam yang kini Iraq moden.

22
PERANG DINGIN
7. Friedman, Norman (2000). The Fifty Year War: Conflict and Strategy in the
Cold War. Percetakan Institut Tentera Laut, Annapolis, MD. ISBN 1-
55750-264-1. 
8. Mas’oed Mohtar, Ilmu Hubungan Internasional: Disiplin dan Metodologi.
Jakarta, LP3ES, 1990

23

Anda mungkin juga menyukai