Anda di halaman 1dari 2

SOALAN 3

(a) Jenis produk adalah ditentukan oleh kelakuan pengguna dalam usaha untuk mendapatkan
sesuatu barangan.Terangkan jenis produk pengguna berikut berdasarkan kelakuan
pengguna untuk memiliki sesuatu produk yang terdapat di pasaran.

(i) PRODUK MUDAH BELI


-produk dan perkhidmatan yang kerap dibeli oleh pengguna,dibeli secara serta
merta dan usaha perbandingan di dalam pembelian yang minunum.
-harganya rendah.
-pengagihan tersebar luas dan lokasi yang memudahkan.
-contoh produk mudah beli adalah seperti sabun,gula-gula,suratkhabar,makanan
segera dan ubat gigi.
-produk ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu produk asasi,produk gerakhati
dan produk kecemasan.
PRODUK ASASI : Produk yang dibeli secara berulang kali.Contoh
kicap,ubat gigi atau makanan ringan.
PRODUK GERAKHATI : Produk yang dibeli dengan perancangan
atau usaha yang amat sedikit.Ia dibeli secara spontan dan
secara scepat apabila terpandang produk tersebut.Produk
ini biasanya diletakkan bersebelahan dengan kaunter
pembayaran.Contoh coklat,bateri dan majalah.
PRODUK KECEMASAN : Produk dibeli apabila terdapat keperluan
yang terdesak.Contohnya,membeli paying apabila hari
hujan.
(ii) PRODUK MEMBELI BELAH
-produk yang mana pengguna akan terlebih dahulu mendapatkan maklumat lanjut
mengenai cirri-ciri produk,harganya dan pilihan-pilihan yang ada sebelum
membelinya.
-produk ini biasanya jarang dibeli,mahal harganya dan memerlukan banyak masa
dan usaha dalam mengumpulkan maklumat serta membuat perbandingan ketika
membeli.
-harganya tinggi.
-pengagihan selektif di beberapa kedai sahaja.
-contoh produk membeli belah ialah pakaian,perabot,barang kemas,kasut dan
kereta.
(iii) PRODUK ISITIMEWA
-produk isitimewa mempunyai ciri-ciri unik dan isitimewa kepada pengguna.
-pengguna sangat setia kepada jenama yang tertentu dan sanggup membayar
pada harga yang tinggi.
-pengguna selalunya tidak membandingkan produk isitimewa sebaliknya
melaburkan masa untuk mencari jurujual yang menjual produk yang dikehendaki.
-harganya tinggi.
-pengagihan eksklusif di dalam hanya satu atau beberapa kedai bagi setiap
pasaran.
-contoh produk isitimewa ialah jenama spesifik,jenis kereta,peralatan fotografi
yang berharga tinggi dan pakaian oleh pereka fesyen terkenal.
(iv) PRODUK TIDAK DICARI
-produk tidak dicari boleh dibahagikan kepada 2 sebab memgapa ia tidak dicari
kerana produk berada dipasaran tetapi tidak disedari oleh pengguna dan produk
sudahpun diketahui oleh pengguna tetapi pengguna belum lagi mahu membeli.
-harganya berbeza-beza.
-pengagihan yang berbeza-beza.
-contoh produk tidak dicari adalah insuran nyawa dan pendermaan darah.

(b) Terangkan dengan ringkas perbezaan di antara nama jenama (brand name) dengan tanda
jenama (brand mark) dan berikan contoh sesuai.

NAMA JENAMA (BRAND NAME) TANDA JENAMA (BRAND MARK)


-sebahagian daripada jenam yang boleh -sebahagian daripada jenama tetapi dalam
disebut dan mengandungi perkataan,huruf bentuk simbol,rekabentuk ,warna dan huruf
dan yang unik yang dapat dilihat tetapi tidak
nombor. boleh disebut.
-contoh: COLGATE,Proton Saga dan 7- -contoh: lambing harimau
eleven (MAYBANK),burung (Celcom) dan singa
(F&N)

(c) Terangkan faedah perlebalan terhadap suatu produk yang terdapat di dalam pasaran.
-menghuraikan beberapa perkara mengenai sesuatu produk seperti siapa pengedar,di
mana ia dibuat,kandungannya dan bagaimana menggunakannya dengan selamat.
-mempromosikan produk melalui grafik yang menarik untuk menarik perhatian pengguna
atau pelanggan.
-label gred menunjukan kualiti sama ada huruf,nombor atau perkataan.Contoh ,HALAL
dan GRED A.
-label deskuptif member maklumat tentang produk.
-label jenama ialah jenama atas produk.

Anda mungkin juga menyukai