Anda di halaman 1dari 15

BANGUNAN HIJAU

1.0 Pendahuluan

“Green Building” atau istilah bahasa melayunya bangunan hijau merupakan bangunan yang
bercirikan teknologi binaan mesra alam semulajadi. Selain menjimatkan pelbagai jenis tenaga
termasuk tenaga elektrik, air, angin serta kos, ianya juga turut memberi keselesaan dan
persekitaran yang sihat kepada penghuninya. Teknologi mesra alam ini semakin giat digunakan
dikebanyakan bangunan termasuklah bangunan pejabat, kompleks membeli belah, sekolah,
rumah kediaman dan banyak lagi.

Bangunan Hijau atau bangunan mampan ini adalah suatu struktur yang direkabentuk,
dibina, diubahsuai,dikendalikan, atau digunakan semula dalam ekologi dan pelbagai tujuan
dengan menggunakan sumber secara berkesan dan tidak membazir sepanjang kitar hidup
bangunan itu. Ciri-ciri bangunan hijau yang direkabentuk kebiasaannya menggunakan elemen
semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan yang ditanam dalam dan luar bangunan.

Foto 1: Contoh bangunan hijau

1
BANGUNAN HIJAU

2.0 Tujuan bangunan hijau

Secara umumnya, bangunan hijau ini dibina adalah demi kebaikan kepada alam sekitar, penghuni
dan bangunan itu sendiri. Berikut merupakan tujuan atau objektif bangunan hijau direkabentuk
dan dibina.

 Penggunaan tenaga, air dan sumber-sumber lain secara berkesan dan tidak membazir.
Penggunaan ini merujuk kepada penggunaan tenaga elektrik untuk kegunaan
pencahayaan, kesegaran dalam bangunan (penyaman udara), dan sebagainya secara
berkesan dan tidak membazir. Selain itu, bangunan hijau ini menggalakkan penggunaan
tenaga ini dikurangkan dan diganti dengan sumber semulajadi yang lebih bersih dan
berkualiti.

 Melindungi penghuni daripada mengalami “building sick” dan meningkat produktiviti


para pekerja yang bekerja di dalam bangunan ini. Penyakit building sick ini bukan
merujuk kepada bangunan itu yang mengalami kesakitan, tetapi penghuni yang berada di
dalamnya yang mengalami sakit. Hal ini berlaku apabila ruang kerja yang tertutup dan
tiada pengudaraan dari luar bangunan boleh menyebabkan penghuninya mengalami
masalah kesihatan dari segi udara yang digunakan untuk bernafas. Kebanyakan
bangunan yang dibina pada ketika ini menggalakkan penghuninya memasang penyaman
udara untuk menyegarkan persekitaran tempat kerja, tetapi pada masa yang sama, udara
ini tidak diganti dengan udara yang baru dan hanya disejukkan oleh penyaman udara.
Andaikata terdapat seseorang mengalami sakit selesema di tempat kerja, lambat laun
semua orang dalam pejabat itu akan dijangkiti.

 Mengurangkan pencemaran, pembaziran, dan masalah alam sekitar. Penjimatan


penggunaan tenaga elektrik dapat mengurangkan suhu global. Hal ini dapat berlaku
apabila struktur bangunan yang dibina ini direkabentuk semata-mata untuk
mengurangkan penggunaan lampu elektrik dan digantikan dengan tingkap kaca yang
boleh mengalakkan pancaran matahari masuk ke dalam ruang bangunan. Secara tidak
langsung, haba yang dibebaskan dari lampu elektrik dapat dikurangkan.

2
BANGUNAN HIJAU

3.0 Kebaikan bangunan hijau

Bangunan hijau direkabentuk atas beberapa kebaikan kepada pemilik bangunan,


penghuninya, dan alam sekitar. Berikut merupakan kebaikan bangunan hijau:

Kebaikan kepada alam Kebaikan kepada Kebaikan kepada


sekitar ekonomi kesihatan dan komuniti
Meningkatkan dan Mengurangkan kos Meningkatkan kualiti
melindungi ekosistem dan operasi. udara, terma dan bunyi di
kepelbagaian hidupan. persekitaran.
Meningkatkan kualiti udara Meningkatkan nilai aset Meningkatkan keselesaan
dan air. dan keuntungan. dan kesihatan penghuni
bangunan.
Mengurangkan Meningkatkan Mengurangkan masalah
pembuangan bahan produktiviti dan kepuasan infrastruktur tempatan.
tercemar. pekerja.
Melindungi sumber asli Mengoptimumkan prestasi Meningkatkan kualiti
semulajadi. kitar hidup ekonomi. hidup.

 Kos kitar hidup bangunan lebih rendah kerana kurang melakukan


penyelenggaraan mesin-mesin dan peralatan bangunan.

 Mengurangkan liabiliti bangunan.

 Lebih mesra alam.

 Meningkatkan pemasaran bangunan itu. Bangunan yang lebih menggunakan


elemen semulajadi kebiasaannya lebih ramai dikunjungi berbanding bangunan
yang tertutup kerana lebih nyaman dan selesa.

 Kos rekabentuk bangunan yang lebih jimat.

3
BANGUNAN HIJAU

4.0 Bahan-bahan yang digunakan dalam bangunan hijau

Secara aplikasinya, sebelum kewujudan bangunan hijau ini, para perekabentuk bangunan
cuba mencari kaedah alternatif dalam merekabentuk infrastruktur mementingkan
keselesaan dan kesihatan penghuninya. Akhirnya, dengan memasukkan elemen
semulajadi ke dalam rekaan bangunan, bangunan hijau berjaya dihasilkan. Sehingga kini
bangunan hijau masih dalam kajian bagi menambahbaik fungsi dan keberkesanannya
kepada penghuni dan alam sekitar.

Di dalam bangunan hijau terdapat semua yang diperlukan oleh penghuninya.


Malah bangunan hijau juga turut kurang kerja-kerja penyelenggara, kurang penggunaan
tenaga elektrik, udara dalam bangunan yang segar dan sentiasa berlaku peredaran udara
dalam dan luar bangunan, kurang penggunaan air dan banyak lagi. Pembinaan bangunan
hijau ini perlulah dibuat dari peringkat awal lagi iaitu ketika proses merekabentuk
bangunan tersebut. Pengurusan elemen-elemen hijau juga perlu diwujudkan agar ianya
berterusan memainkan peranan dalam mengujudkan bangunan hijau.

Foto 2: Contoh rekabentuk berkonsepkan bangunan hijau

4
BANGUNAN HIJAU

4.1 Tingkap dan pintu kaca

Penggunaan kaca dalam pembinaan bangunan terutama bangunan pencakar langit


sudah tidak asing bagi kita. Hampir kebanyakan bangunan yang tinggi di serata
dunia menggunakan kaca, sebagai contoh Menara Berkembar Petronas, Malaysia
(KLCC). Di dalam rekaan bangunan hijau, kaca dapat mengurangkan penggunaan
pencahayaan yang bersumberkan tenaga elektrik.

Foto 3: Rumah bertingkap kaca

Foto 3 di atas menunjukkan sebuah rumah di mana tingkapnya diperbuat daripada


kaca. Dengan penggunaan tingkap kaca ini, lampu elektrik tidak perlu
dipasangkan pada waktu siang kerana cahaya matahari yang memancar masuk ke
dalam rumah sudah memadai untuk menerangi ruang dalam rumah berkenaan. Di
dalam bangunan hijau yang bertingkap kaca juga, penggunaan langsir amat tidak
digalakkan kerana langsir ini akan meminimakan cahaya yang masuk ke dalam
ruang itu. Tambahan lagi, kaca senang dibersihkan kerana licin dan berkilat.

5
BANGUNAN HIJAU

4.2 Tumbuh-tumbuhan

Elemen utama dalam bangunan hijau ialah tumbuh-tumbuhan hijau. Dengan


adanya tumbuh-tumbuhan, seolah-olah merekalah nadi bangunan itu. Tumbuh-
tumbuhan sangat berguna kepada manusia kerana mereka berperanan
menghasilkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Selain itu, meletakkan
tumbuh-tumbuhan hijau dalam bangunan dapat menyegarkan pandangan
penghuninya. Tumbuh-tumbuhan juga boleh mengurangkan kepanasan dalam
bangunan iaitu dengan membebaskan wap-wap air ketika proses fotosintesis.
Mengikut kajian sains, tumbuhan hijau mampu mengurangkan tekanan di tempat
kerja.

Foto 4: Tumbuhan hijau dalam bangunan

Selain itu juga, kebanyakan bangunan besar pada masa sekarang menggunakan
rumput-rumput hijau sebagai pelindung atap daripada cuaca panas terik. Rumput-
rumput yang ditanam ini mampu menyejukkan persekitaran dalam bangunan.
Dengan menggunakan rumput dan pokok-pokok yang kuat menyerap air, air
hujan yang turun dan jatuh ke atas bumbung akan diserap. Air ini juga digunakan
sebagai sumber air untuk kegunaan dalam bangunan. Mekanisme ini berlaku
apabila air hujan ini diserap ke dalam tanah dan disalurkan ke dalam tangki yang
tersimpan di bawah bangunan. Tangki ini mampu menyimpan air pada kuantiti
yang banyak. Oleh itu, penjimatan air dapat dikurangkan berbanding bangunan
yang menggunakan air dari syarikat bekalan air bersih.
6
BANGUNAN HIJAU

Foto 5: Rumput hijau yang ditanam di atas bumbung bangunan

4.3 Tenaga solar sebagai sumber tenaga elektrik

Pada masa jangka masa pendek mungkin kos penggunaan tenaga solar amat
mahal kerana kos pembelian dan pemasangannya. Tetapi pada masa jangka
panjang, tenaga solar amat menjimatkan kerana tenaga ini boleh diperbaharui dan
sangat sesuai digunakan di negara yang mengalami hujan dan panas sepanjang
tahun. Peralatan untuk mendapatkan tenaga ini kebiasaannya dipasang di atas atap
atau di satu ruang yang lapang dan tidak terlindung dari pancaran matahari.

Foto 6: Tenaga solar dipasang di atas bumbung rumah

7
BANGUNAN HIJAU

4.4 Penggunaan bahan kitar semula

Bahan kitar semula merupakan satu bahan buangan yang digunakan semula untuk
kegunaan lain. Kaedah kitar semula ini dapat mengurangkan pembaziran dan
pencemaran alam semula jadi. Sebagai contoh, air yang digunakan untuk
membasuh pinggan mangkuk atau air yang keluar dari mesin basuh boleh
digunakan untuk kegunaan air pam tandas ataupun cuci kereta.

4.5 Penggunaan cat warna cerah

Penggunaan cat pada bangunan juga mempengaruhi kadar penyerapan haba


matahari. Warna cerah mampu memantulkan haba lebih tinggi berbanding warna
gelap. Secara tidak langsung, warna bangunan mempengaruhi kadar kepanasan
dalam bangunan.

4.6 Bukaan berlubang pada bangunan

Rumah Melayu Tradisional merupakan suatu contoh bangunan yang mempunyai


ciri-ciri bangunan hijau. Rumah ini lebih sejuk jika dibandingkan rumah konkrit.
Rumah Melayu Tradisional mempunyai siling yang tinggi dan mempunyai
bukaan pada dindingnya(kerawang). Foto di bawah menunjukkan rekabentuk
rumah melayu awal 40an-60an.

8
BANGUNAN HIJAU

Secara teorinya, rumah melayu mempunyai kerawang bagi membenarkan udara


panas keluar dari rumah. Manakala udara sejuk akan masuk ke dalam rumah
melayu bukaan lain seperti pintu, tingkap dan bukaan lain. Di kebanyakan tempat
peranginan pesisir pantai, elemen pintu mempunyai celah-celah boleh
mengizinkan angin laut masuk ke dalam bangunan walaupun pintu ditutup pada
waktu malam.

Foto 7: Pintu mempunyai celah

Selain itu juga, penggunaan kerawang pada sisi atap rumah juga dapat
mengurangkan silau matahari masuk ke dalam rumah. Di samping itu juga,
kebanyakan Rumah Melayu Tradisional mempunyai balkoni yang bertujuan
mengurangkan cahaya matahari sampai ke dinding rumah. Hal ini dapat
mengurangkan haba panas matahari masuk ke dalam rumah.

5.0 Teknik membina bangunan hijau

Di dalam proses membina rumah hijau terdapat beberapa teknik atau kaedah selain
menggunakan elemen bangunan hijau. Di antara teknik tersebut ialah;

5.1 Menentukan orientasi bangunan

Orientasi bangunan di sini bermaksud kedudukan sisi bangunan itu. Di dalam


kajian pakar-pakar arkitek, bagi memaksimumkan cahaya pasif datang dari
9
BANGUNAN HIJAU

luar(cahaya matahari), orientasi bangunan itu perlulah mengambil kira terbit dan
terbenamnya matahari. Pada sisi bangunan ini, ruang tingkap dan pintu perlu
diperbuat daripada kaca dan tidak dipasang tabir bagi memaksimumkan
percahayaan masuk ke dalam bangunan. Secara tidak langsung, penjimatan
penggunaan tenaga elektrik untuk memasang lampu dapat dilakukan.

5.2 Penggunaan bahan campur dalam penyediaan konkrit

Zaman serba moden pada masa kini, bangunan tinggi memerlukan konkrit sebagai
asas pembinaan. Sebagai contoh bangunan hijau ialah One Bryant Park,
Manhattan, New York. Bangunan ini direkabentuk oleh seorang arkitek yang
telah bercadang memasukkan elemen hijau ke dalamnya. Elemen ini bermula dari
peringkat awal pembinaan lagi. sangat mengejutkan lagi, asas elemen bangunan
ini ialah besi yang diperbuat daripada campuran besi buang yang diproses
mencari besi bangunan yang berkekuatan tinggi pada mampatan dan tegangan.
Semasa dalam proses menghasilkan besi ini, sisa besi akan turut terhasil. Lebih
mengejutkan, sisa ini tidak dibuang begitu sahaja malah digunakan dalam
campuran penyediaan konkrit. Mengikut beliau, campuran ini boleh
mengurangkan kadar pembebasan karbon dioksida ke udara sekali gus dapat
mengurangkan kesan rumah hijau.

Berdasarkan konsep One Bryant Park ini, arkitek berkenaan menyatakan dalam
channel Discovery Channel, bangunan ini mempunyai udara dalam bangunan
yang lebih bersih dari luar bangunan. Mengikut rekaan bangunan ini, 100 kaki
dan ke atas bangunan ini akan memperolehi udara bersih dan udara ini akan
memasuki ke segenap ruang dalam bangunan pada bila-bila masa. 95% bangunan
ini menggunakan udara semula jadi sebagai pengudaraannya. Oleh itu penjimatan
penggunaan penyaman udara dan pembebasan CFC dapat dikurangkan. Foto 8
menunjukkan konsep binaan bangunan One Bryant Park.

10
BANGUNAN HIJAU

Foto 8: Konsep One Bryant Park, Manhattan, New York

6.0 Penutup

Isu global yang paling hangat dibentangkan dalam kebanyakan kongres antarabangsa
ialah isu global seperti “global warming”. Global warming berlaku disebabkan
kerakusan manusia yang mengejar pembangunan dan tidak mengutamakan peranan alam
sekitar. Dalam beberapa dekad ini, barulah kita menjalankan penyelidikan berkenaan
bangunan hijau serta peranannya kepada manusia. Pada ketika ini telah banyak bangunan
hijau telah dibina dan masih dalam penyelidikan bagi menambahbaik lagi fungsi dan
sumber-sumbernya. Penggunaan elemen hijau, mesra alam dan tidak membazir boleh
mewujudkan bangunan hijau yang efektif. Dalam usaha mewujudkan suasana tempat
kerja dan kediaman yang selesa dan sihat, pembinaan tradisional kita pada hari ini perlu
beralih arah dengan memasukkan elemen bangunan hijau di dalam rekaan bangunan di
samping pembangunan yang serba pesat. Di antara bangunan hijau yang popular ialah
The Urban Cactus(Rotterdam), 340 on the Park(Chicago), Waugh Thistleton Residential
Tower(London), The Burj al-Taqa (Energy Tower, Dubai), The Hearst Tower(New York
City), The CIS Tower(Manchester, England), The Lighthouse Tower(Dubai), The Pearl

11
BANGUNAN HIJAU

River Tower(Guangzhou, China), The Bahrain World Trade Center(Kingdom of


Bahrain), The old Time Favorite(Mesiniaga Tower, Malaysia) dan banyak lagi.

7.0 Rujukan

http://www.scribd.com/doc/37244718/Green-Building dicapai pada Oktober 13, 2010.

http://www.scribd.com/doc/22120699/Green-Buildings dicapai pada Oktober 13, 2010.

http://www.scribd.com/doc/29047432/Green-Buildings dicapai pada Oktober 13, 2010.

http://www.scribd.com/doc/38616993/Green-Building dicapai pada Oktober 13, 2010.

http://www.scribd.com/doc/27801380/green-buildings dicapai pada Oktober 13, 2010.

http://www.scribd.com/doc/39039809/Green-Buildings dicapai pada Oktober 13, 2010.

http://www.interestinc.biz/towardsazeroenergyhome.pdf dicapai pada Oktober 11, 2010.

http://www.greenbuilding.com/knowledge-base/energy-green-building dicapai pada


Oktober 11, 2010.
12
BANGUNAN HIJAU

8.0 Lampiran

8.1 Konsep bangunan hijau

13
BANGUNAN HIJAU

14
BANGUNAN HIJAU

15