Anda di halaman 1dari 3

Ciri-ciri pelajar cemerlang seperti berikut::

1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri.


2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti


pengajaran guru.

4. Membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang peperiksaan.


5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau
peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah atau pihak kementerian.
6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi.
7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah

8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila


gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.
9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di
dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas.
10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.

11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran.


12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah
dipelajari.

13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam
kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan.

14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan


yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam
peperiksaan.

15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai


gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku
untuk dipinjam.

16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan


ilmu pengetahuan tambahan.

17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan


pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam
peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran.

19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar


sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk
mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah
dipatuhi.
20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan
semangat dan keyakinan diri.

21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami


teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan


persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-
buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris,
"Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan
tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu
buku rujukan.

23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan


kecekapan pelajar dalam pelajaran.

24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum.


Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat akan
melahirkan pemikiran yang lancar.

26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang
sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba
mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang
dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka
melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka
mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya


yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar.
28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang
bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak
'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh
yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh
menjejaskan kesihatan.

29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang


seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang
dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk
minda dan kesihatan tubuh badan.

30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang


telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak
yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang.
Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan.
Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar
yang bakal menghadapi peperiksaan.

31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang
telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan
amalan ibadat agama masing-masing.
32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek
kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila
menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu
sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk
kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih
cemerlang.

‘1 Khadijah boleh !!! ’