Anda di halaman 1dari 10

TUTORIAL 4.

Huraikan mengenai ujian beban cerucuk dari segi tujuan, teori dan prosedur kerja.
Huraian ini termasuk gambarajah dan contoh pengiraan bagi ujian beban cerucuk.

NAMA AHLI KUMPULAN NO. PENDAFTARAN

1. JUPRI ASMAWI BIN JUNAIDI 13 DKA 06 F030


2. NORYANA BINTI OMAR 13 DKA 07 F2077
3. ROSNANI BINTI JOHAN 13 DKA 07 F2090

TARIKH PENERIMAAN :
UJIAN BEBAN CERUCUK.

TUJUAN.

Setelah cerucuk dimasukkan atau dipacu ke dalam tanah, beberapa batang


cerucuk akan dipilih untuk diuji. Tujuan utama ujian ke atas cerucuk ini untuk : -

Membuktikan bahawa cerucuk tidak akan gagal ketika menerima beban


kerja.
Menentukan keupayaan muktamad cerucuk tersebut. Ujian ini dapat
digunakan untuk menyemak pengiraan dalam reka bentuk cerucuk
berkenaan.
Mendapatkan hubungan antara beban dengan enapan terutamanya semasa
beban kerja.
Menyemak mutu kerja.
Menganggar keupayaan beban krja yang maksimum yang boleh
ditanggung oleh cerucuk yang sedang diuji.
Memastikan cerucuk yang ditanam boleh diterima dari sudut struktur. Ini
menentukan samada enapan oleh cerucuk disebabkan pembebanan berada
dalam had yang dibenarkan oleh piawaian.

Cerucuk perlu diuji kerana keupayaannya tidak dapat dipastikan dengan hanya
mengikut rekabentuk dan proses binaan semata – mata, kerana keadaan dan
kekuatan tanah perlu juga diambil kira. Sekiranya keadaan tapak agak sukar,
besar kemungkinan cerucuk akan mengalami kerosakan dan kecacatan yang
hanya dapat dipastikan dengan ujian beban.

Ujian cerucuk boleh dibahagikan kepada dua kaedah utama iaitu:-


 Ujian statik
 Ujian dinamik
Pada masa ini, kebanyakkan ujian dijalankan menggunakan ujian statik.
Namun demikian, ujian dinamik semakin banyak dijalankan, terutama sekali
untuk projek – projek besar.ujian dinamik mempunyai kelebihan dari segi masa
dan kos perbelanjaan per ujian. Masa yang singkat diperlukan untuk satu ujian
berbanding ujian statik. Oleh sebab itu, kos perbelanjaannya pun kurang. Namun
demikian, ujian dinamik memerlukan konktraktor pakar untuk mengendalikan dan
mentafsirkannya. Justeru itu, ujian dinamik difikirkan di luar skop bab ini.
Dengan demikian, tumpuan diberikan hanya kepada ujian statik.

Berdasarkan BS 8004, ada dua aturcara ujian yang biasa digunakan, iaitu
Ujian Beban Ditetapkan dan Ujian Penusukan Kadar Tetap (contant rate
penetration - CRP). Di dalam ujian beban ditetapkan, hubungan beban / enapan
untuk cerucuk ujian diperolehi dengan melakukan pembebanan pada kadar
pertambahan yang sesuai untuk membenarkan masa yang cukup di antara
pertambahan – pertambahan beban supaya setiap enapan telah selesai sebelum
beban baru ditambah. Beban muktamad biasanya diambil nilai yang sepadan
dengan enapan yang telah ditetapkan.
TEORI

Keupayaan cerucuk yang ditanam selalunya disahkan dengan membuat ujian


cerucuk. Ujian akan dilakukan dengan memilih beberapa cerucuk yang akan memberi
keputusan paling dikhuatiri sekali, contohnya seperti dari segi penembusan sendengan
dan lain– lain.

Fungsi– fungsi utama ujian cerucuk ialah :

1. Untuk menentukan keupayaan tanggungan maksimum yang akan diperolehi


2. Untuk memastikan cerucuk yang ditanam boleh diterima dari sudut stuktur
3. Untuk menentukan kaitan antara pemendapan cerucuk dengan beban yang dibawa

Cerucuk adalah satu eleman asas bangunan yang berbentuk tiang. Cerucuk
digunakan sebagai salah satu alternative untuk memindahkan beban daripada bangunan
ke lapisan tanah di bawahnya apabila penggunaan asas pad, asas jalur dan asas rakit tidak
ekonomi.

Terdapat pelbagai jenis cerucuk yang digunakan dalam pembinaan. Namun


demikian, tidak semua cerucuk sesuai digunakan dalam setiap projek pembinaan. Ini
kerana setiap tapak pembinaan mempunyai jenis tanah yang berbeza – beza. Oleh itu,
keupayaan galas dan sifat – sifat yang dimiliki oleh tanah juga berbeza. Jenis tanah
sesuatu tapak pembinaan dan keupayaan galasnya dapat diketahui dengan menjalankan
penyiasatan tapak.
GAMBARAJAH

Kentledge (beban mati)


Bahan yang sedia ada yang boleh digunakan sebagai kentledge adalah blok - blok
konkrit atau cerucuk yang pendek. jumlah beratnya mestilah melebihi 2 kali ganda beban
kerja cerucuk.

Pemasangan
Pusat graviti kentledge mestilah berada pada paksi cerucuk ujian dan untuk
mencapai keadaan ini, satu sistem sokongan yang terdiri daripada rasuk rujukan rangka
tindak balas dan lain - lain haruslah di pasang dengan stabil dan selamat.

Jet Hidraulik dan Tolok Tekanan


Didalam ujian, beban diagihkan kepada cerucuk dengan menggunakan jet
hidraulik yang boleh mengawal beban di dalam pecahan - pecahan kecil. Tekanan yang
terhasil pula akan diukur dengan menggunakan tolok tekanan (pressure gauge) yang
sesuai.
Tolok dial (dial gauge)

Bilangan tolok dial sebanyak 2 atau 4 diperlukan untuk mengambil bacaan pemendapan
di atas 2 atau 4 paksi. ia seharusnya mempunyai gerakan 1 inci diukur di dalam pecahan
0.001
Load settlement curve (Spronken, 1998)

PROSEDUR

1. Beban hendaklah ditambah secara berperingkat-peringkat dengan kenaikan sebanyak


25% daripada beban kerja sehingga mencapai beban maksima sebanyak 2 kali beban.
2. Setiap penambahan beban hendaklah dilakukan dengan cermat dan berperingkat-
peringkat selama 16 jam.
3. Bacaan penurunan dan waktu hendaklah dicatit sebelum dan selepas setiap penambahan
beban mengikut banjaran (intervel) waktu yang ditentukan.
4. Proses ini diulang sehingga beban mencapai beban maksima.
5. Apabila sudah mencapai beban maksima, ia hendaklah dibiarkan sekurang-kurangnya
24 jam.
6. Kemudian beban dikurangkan secara berperingkat-peringkat ( misalnya dalam 4
peringkat selama 8 jam ).
7. Lengkungan “time settlement” dan “load settlement” hendaklah dibuat.
CONTOH PENGIRAAN.

Jenis cerucuk 200 mm konkrit bertetulang


(cerucuk segi empat sama)
Beban kerja cerucuk 45.0 tan
Panjang cerucuk 30.0 m
Tukul pemacu IPH 250 tukul hidraulik
Berat ram, W 2.5 tan
Berat cerucuk, P1 2.88 tan
Berat pemacu bertopi,P2 0.41 tan
Jumlah berat (P1+P2) 3.29 tan
Jarak jatuhan penukul, H 2 kaki
Pekali, N 0.45
Mampatan sementara 0.5 inci (andaian)
Penyelesaian :

Faktor Kecekapan, f : W+(P.N2)


W+P
= 3.166 / 5.79
= 0.5468

R = W. H. F
S + C/2
Faktor keselamatan = 2 kali beban kerja.
R = 90 T
S + C/2 = W. H. F
90
= 0.1145 inci

Andaian mampatan sementara, c = 0.5 inci


Setiap hentaman, s = 0.1145 inci
Setiap 10 hentaman = 1.145 inci atau 29mm
KESIMPULAN

Penggunaan cerucuk semakin meluas dalam bidang pembinaan hari ini. Dengan
pengiraan rekabentuk yang sesuai, kita boleh merekabentuk cerucuk untuk menanggung
beban rekabentuk yang diterima dari bengunan atau struktur di atasnya.

Walaubagaimanapun, hasil pengiraan rekabentuk sahaja tidak memadai untuk


menentukan sama ada sesuatu cerucuk itu selamat dan berkeupayaan untuk menanggung
beban. Oleh yang demikian, ujian cerucuk perlu dijalankan selepas cerucuk dipacu ke
dalam tanah. Ujian cerucuk yang sesuai dapat mengesahkan sama ada cerucuk yang
direkabentuk selamat atau tidak.

Daripada pengiraan rekabentuk cerucuk yang digunakan dalam kajian kes,


didapati bahawa cerucuk yang digunakan adalah selamat untuk menanggung beban.
Keupayaan cerucuk dalam menanggung beban telah disahkan melalui ujian – ujian
cerucuk yang dijalankan, di mana nilai enapan yang terhasil adalah kecil dan tidak
melebihi nilai enapan yang di anggap gagal.

Anda mungkin juga menyukai