Anda di halaman 1dari 15

Definisi

Dalam undang-undang perniagaan, sesuatu kontrak itu hendaklah dilaksanakan mengikut


obligasi dan persetujuan bersama pihak-pihak yang berwajib selagi kontrak itu tidak dilepaskan.
Pelaksanaan kontrak adalah intipati penting dalam perjanjian kontrak, kerana tanpa pelaksanaan,
kontrak itu dikatakan telah dilepaskan. Terdapat beberapa cara untuk melepaskan kontrak
sekiranya ada pihak yang tidak mahu lagi untuk meneruskannya. Salah satu cara pelepasan
kontrak ialah melalui kekecewaan. Mengikut Seksyen 57(1) Akta Kontrak pula, mana-mana
perjanjian untuk melakukan perbuatan yang mustahil adalah batal. Hal ini bermakna sesuatu
kontrak yang terkecewa adalah telah terbatal dari mula lagi dan bukannya boleh batal.Merujuk
kepada Seksyen 57(2) Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa sesuatu kontrak itu yang pada
asalnya adalah sah dan boleh dilaksanakan dikatakan kecewa apabila berlakunya keadaan-
keadaan yang mustahil untuk dilaksanakan.

Penjelasan lebih lanjut pada seksyen 57(1) Akta Kontrak pula, dimana perjanjian untuk
melakukan perbuatan yang mustahil adalah batal, seperti contoh situasi pertama, A dan B
berjanji untuk menemui harta karun dengan menggunakan kuasa sihir, akan tetapi, dengan cara
sihir adalah suatu perbuatan yang mustahil, maka telah batal kontrak itu walau kedua-dua pihak
atau hanya satu pihak sahaja yang menyedari tentang ketidakkemungkinanan ini. Sekiranya,
pembuat janji (A) tahu tentang keadaan ini, dimana beliau mengetahui ketidakmungkinan ini,
maka beliau terikat untuk membayar ganti rugi kepada penerima janji (B) atas sebarang kerugian
yang ditanggungnya akibat ketiadaan pelaksaanan janji itu. Situasi kedua pula, menerangkan
bahawa pelaksanaan adalah mustahil dengan pengetahuan selepas kontrak itu dibuat. Ianya
adalah pengetahuan secara mengejut dan tiba-tiba. Dengan perkataan lain, kontrak itu menjadi
mustahil untuk dilaksanakan selepas terbentuk perjanjian.

Seksyen 57 (2) Akta Kontrak pula menjelaskan kontrak itu pada mulanya sah dan boleh
dilaksananakan tetapi telah berlaku peristiwa yang tanpa diduga telah membawa pelaksanaan itu
menjadi mustahil, ini boleh dianggap ianya satu kontrak yang mustahil dan tidak sah. Contoh di
dalam situasi pertama, apabila A dan B telah membuat perjanjian untuk membina sebuah rumah

1
di atas bukit. B didalam kes ini adalah seorang kontraktor dan A adalah bakal tuan punya rumah
itu nanti. Tiba-tiba, kejadian gempa bumi telah berlaku, bukit yang telah disasarkan di dalam
perjanjian telah musnah. Contoh situasi kedua, A dan B membuat perjanjian untuk membina
rumah di atas bukit. Tidak lama kemudian, kerajaan telah mengeluarkan akta baru bahawa
adalah dilarang untuk membina rumah di atas bukit, maka adalah mustahil untuk B
melaksanakan janjinya untuk membina rumah itu. Ini kerana pelaksanaan kontrak akan
melanggar undang-undang negara. Maka, pelaksaan telah menjadi mustahil bagi kedua pihak,
maka pelepasan kontrak telah berlaku. Kekecewaan telah berlaku di antara kedua-dua pihak.

Berdasarkan definisi mengenai kekecewaan ini, dapatlah disimpulkan bahawa (i)


pelaksanaan adalah mustahil semasa kontrak dibuat dan (ii) pelaksaan adalah mustahil selepas ia
dibuat. Sesuatu kekecewaan yang berlaku merupakan sesuatu yang amat mustahil untuk
dilaksanakan dan juga jika dapat dilaksanakan, tetapi akan menjadi tidak sah mengikut
perundangan. Dalam undang-undang kontrak, doktrin kekecewaan adalah bertujuan untuk
memberi pembelaan terhadap penegakan kontrak.Kekecewaan biasanya berlaku semasa dan
selepas kontrak terbentuk.

2
KONSEP DOKTRIN KEKECEWAAN

Kekecewaan yang berlaku hendaklah diluar jangkaan, yang menyusul secara tiba-tiba dan
tidak boleh dijangka secara munasabah dan amatlah mustahil untuk dilaksanakan sehingga
kontrak terpaksa dilepaskan. Malah, prinsip ini adalah juga terpakai di dalam Common Law
Inggeris.Seperti contoh dalam kes Inggeris, Joseph Constantine Steamship Line V Imperial
Smelting Corporation, apabila Viscount Simon menyatakan, ‘kekecewaan’ dalam erti kata
undang-undang, ia bukan sahaja menyediakan satu pihak dengan pembelaan dan lagi satu pihak
tertuduh yang inginkan pembelaan, kekecewaan adalah pelepasan kedua-dua pihak dari kontrak
itu secara automatik.

Maka, doktrin ini tidak terpakai apabila satu pihak mengatakan kontrak itu telah
terkecewa akibat pengaruh diri sendiri, ini kerana ianya tidak boleh menjadi alasan bagi satu-satu
pihak untuk melepaskan diri sendiri dari kewajipan dirinya sendiri dalam melaksanakan kontrak
itu.Dalam kes ini, mahkamah akan meneliti terma-terma seksyen 57(2) Akta kontrak sebelum
mengesahkan kes tersebut. Kes Ramli Bin Zakaria & YL V Kerajaan Malaysia, mahkamah
memutuskan bahawa satu perjanjian yang mengandungi peruntukan satu tangga gaji tertentu
tidak menjadi kecewa apabila tangga gaji itu kemudiannya dimansuhkan dan diganti dengan
tangga gaji baru. Mahkamah menyatakan sesuatu kontrak itu tidak akan dilepaskan semata-mata
berdasarkan atas kekecewaan pengaruh sendiri (“self-induced frustration”).

Akan tetapi, setakat mana doktrin kekecewaan Common Law ini terpakai di negara kita
adalah tidak pasti tetapi mahkamah tempatan secara umumnya masih memakai undang-undang
Inggeris. Contohnya, dalam kes yang telah disebut seperti diatas Ramli Bin Zakaria & YL V
Kerajaan Malaysia, mahkamah memakai ujian kekecewaan yang digariskan dalam kes Inggeris ,
Davis Contractors Ltd. V Fareham UDC , dimana Lord Radcliffe menyatakan “ kekecewaan
berlaku apabila undang-undang mengiktiraf, tanpa apa-apa kesalahan oleh mana-mana pihak,
suatu pelaksanaan kontrak tidak boleh dibuat kerana berlakunya sesuatu yang diluar jangkaan
dan amat berlainan sekali keadaannya daripada apa yang telah dijanjikan di bawah kontrak”.

3
Contoh yang lain seperti dalam kes Khan Daw Yau V Kim Nam Realty Development Sdn
Bhd , tuan punya tanah menghadapi kesusahan untuk melaksanakan kontrak jualan tanah kerana
pihak berkuasa telah meletakkan beberapa syarat baru yang agak membebankan dalam
mengubah tanah pertanian kepada tanah perindustrian. Antara syarat baru itu adalah tanah yang
terlibat hanya boleh dijual kepada bumiputera, sedangkan tuan punya telah menjual kepada
plaintif yang bukan seorang bumiputera.Maka dengan merujuk kes Inggeris Davis Contractors
Ltd. V Fareham UDC, doktrin kekecewaan tidak terpakai hanya kerana tanggungjawab pembuat
janji itu lebih membebankan untuk dilaksanakan berbanding sebelumnya.

Beralih kepada kes yang lain berlaku iaitu kes Khoo Than Sui V Chan Chiau Hee (1976)
di mana defenden telah membuat kontrak untuk bersetuju menarik kayu-kayu balak plaintif
daripada Sungai Sugut hingga ke Sandakan. Defenden dikehendaki menarik lapan puluh dua
batang kayu balak tetapi hanya sebelas sahaja yang selamat sampai disebabkan berlakunya riut
kencang di laut. Plaintif telah membuat tuntutan ganti rugi di atas kehilangan kayu-kayu
balaknya tetapi defenden enggan membayar ganti rugi dengan alasan bahawa bencana alam yang
telah berlaku yang menyebabkan kontrak tersebut terkecewa. Kes ini telah dibawa ke mahkamah
dan mahkamah memutuskan bahawa alasan defenden yang menyatakan bencana alam yang
menyebabkan kontrak menjadi kecewa tidak boleh diterima disebabkan ribut kencang yang
berlaku masih belum sampai ke tahap bencana alam dan sepatutnya dalam keadaan cuaca
sedemikian,defenden seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi segala
kemungkinan yang akan berlaku.

Jika sesuatu kontrak itu masih dapat dilaksanakan, walaupun cara pelaksanaannya
menjadi semakin sukar atau pun melibatkan kos yang mahal dan dalam keadaan yang
membebankan, kontrak tersebut tidak akan dianggap mengalami kekecewaan.

4
ASPEK UNDANG-UNDANG KEKECEWAAN

1. Kekecewaan akan membawa kepada penamatan kontrak di mana dalam Common Law,
kontrak yang terkecewa akan tamat dengan sendirinya dan membebaskan pihak yang
berkewajipan selain akan membatalkan segala hubungan kontrak di antara pihak dengan
hak berkontrak.

2. Apabila berlakunya kekecewaan dalam sesuatu kontrak, tiada pihak yang harus
dipersalahkan disebabkan ianya bukan disebabkan kehendak dan kemahuan pihak-pihak
yang berkontrak.

3. Pengaruh kekecewaan tidak bergantung kepada niat atau pendapat mana-mana parti yang
berkontrak. Dalam doktrin kekecewaan ini akan wujud dua faktor penting yang akan
menamatkan kontrak yang telah dibuat. Pertamanya ialah harus ada suatu peristiwa luar
atau perubahan situasi yang tidak terjangka, tidak dapat diramalkan atau disediakan oleh
pihak pada masa kontrak, yang menyebabkan kontrak tersebut mustahil atau tidak sah
untuk dilaksanakan. Faktor seterusnya ialah kekecewaan bukan disebabkan oleh pihak
yang bertanggunggan ke atas kontrak.

4. Pada awalnya,kontrak dilaksanakan tanpa wujudnya sebarang permasalahan, tetapi


disebabkan sesuatu kekangan sama ada disebabkan oleh kehilangan subjek,objek atau
pun kematian, kontrak kemudiannya akan mengalami kekecewaan.Namun begitu, dalam
kontrak yang mustahil untuk terus dilaksanakan, ada pihak yang telah memberikan
peruntukan dalam kontrak tersebut, maka dalam undang-undang kekecewaan, pihak yang
menerima keuntungan harus membayar balik kepada pihak yang rugi.Contohnya ialah
kontrak dilaksanakan untuk menghias sebuah taman, dan sebelum wujudnya kekecewaan,
kontraktor telah membina sebuah kolam renang di kebun .Dalam situasi ini,apabila
berlakunya kekecewaan, pemilik taman harus membayar tukang kebun ganti rugi bagi
kos yang digunakan dalam membina kolam tersebut.

5
Situasi kekecewaan dapat digolongkan di dalam beberapa kategori :

1) Apabila tujuan kontrak telah musnah (Objek).

Seksyen 52(2) Akta Kontrak memperuntukkan bahawa sesuatu kontrak yang pada
mulanya sah dan boleh dilaksanakan akan menjadi kecewa apabila berlaku beberapa keadaan
yang menjadikan kontrak tersebut tidak dapat dilaksanakan. Salah satu keadaan tersebut ialah
apabila terdapatnya kemusnahan objek atau dalam erti kata lain sesuatu yang telah
menghapuskan tujuan asal sesuatu kontrak tersebut dimana berlaku sesuatu peristiwa secara tiba-
tiba yang memberi kesan kepada tujuan kontrak tersebut.

Sebagai contoh, Ahmad telah menyewa sebuah bilik berdekatan dengan konsert Amy
Search yang akan diadakan pada masa terdekat sebagai tempat untuk beliau menyaksikan
konsert tersebut secara dekat. Walaubagaimanapun, konsert tersebut telah dibatalkan disebabkan
Amy Search mengalami kecederaan akibat kemalangan kecil yang berlaku sebelum konsert
tersebut berlangsung. Berdasarkan kejadian tersebut, Ahmad telah dituntut ganti rugi atau sewa
bilik tersebut oleh pemiliknya.

Berdasarkan contoh situasi di atas, Ahmad telah dibebaskan untuk membayar sewa bilik
kerana dikatakan berlaku kekecewaan objek atau tujuan asal kontrak tersebut dilakukan iaitu
menyaksikan konsert Amy Search. Dalam situasi ini, konsert tersebut merupakan perkara dasar
yang mewujudkan kontrak. Jadi, apabila perkara dasar itu dikecewakan atau memustahilkan
ianya berlaku, kontrak tersebut boleh dibatalkan.

Dalam situasi lain pula, A telah menyewa sebuah kontena daripada B untuk
menempatkan beberapa ekor kudanya untuk dibawa ke tempat pertunjukan kuda di bandar X. A
telah membayar sebanyak RM100 kepada B sebagai wang pendahuluan untuk menyewa kontena
itu. Walaubagaimanapun, A telah dikhabarkan dengan berita bahawa petunjukkan tersebut
dibatalkan dan akan ditangguh pada tahun akan datang. Disebabkan kejadian tersebut, A
menuntut kembali wangnya daripada B tetapi B tidak mengembalikan wang tersebut dengan
alasan A telah berkontrak dengannya untuk menyewa kontena. Dalam situasi ini, mahkamah

6
memutuskan bahawa, A boleh menuntut kembali wangnya kerana kontrak A dengan B untuk
menyewa kontena menjadi batal kerana dikatakan kecewa disebabkan pembatalan pertunjukkan
kuda dan memustahilkan ianya berlaku pada masa tersebut. Dalam hal ini, pertunjukkan kuda
merupakan satu objek atau tujuan sebenar yang menyebabkan kontrak A dengan B terbentuk.

Berdasarkan kepada kedua-dua situasi di atas, ia boleh dikaitkan dengan kes yang telah
berlaku dan diputuskan oleh mahkamah bahawa kontrak tersebut telah dikecewakan iaitu sebagai
contoh ialah kes Inggeris, Krell V Henry. Berdasarkan kes ini, Henry telah menyewa sebuah
bilik di mana bilik tersebut berkedudukan menghala kepada perjalanan perarakan penabalan Raja
Edward yang ketujuh bagi tujuan untuk menyaksikan perarakan itu. Walaubagaimanapun,
perarakan tersebut telah dibatalkan disebabkan keuzuran yang menimpa Raja Edward. Krell telah
meminta wang sewa bilik daripada Henry tetapi mahkamah telah memutuskan Henry bebas dari
membayar wang sewa tersebut kerana kontrak yang terbentuk telah dikecewakan. Hal ini
bermaksud, kontrak tersebut telah dikecewakan oleh kemusnahan objek iaitu tujuan asal Henry
menyewa bilik tersebut dimana ingin menyaksikan perarakan itu sahaja.

Secara keseluruhannya, kontrak yang terbentuk akan menjadi batal atau kecewa apabila
terdapatnya peristiwa-peristiwa yang memusnahkan tujuan asal kontrak tersebut.

2) Perkara utama atau objek penting kepada pelaksanaan itu musnah (Subjek).

Sebagai contoh, A mahu bercuti di Pulau Langkawi dan telah membayar untuk
penginapan di salah sebuah hotel di tempat tersebut. Tidak beberapa lama kemudian, Pulau
Langkawi telah berlaku gempa bumi, hotel tersebut telah hancur dan musnah. Maka A mahu
menuntut duit yang telah dibayar kepada pihak hotel (defendan), akan tetapi usaha A tidak akan
diiktiraf di sisi undang-undang memandangkan kekecewaan telah berlaku.

Merujuk kes Taylor V Caldwell, di mana plaintif telah menyewa dewan muzik dari pihak
defendan (pemilik dewan muzik) untuk mengadakan beberapa siri konsert. Namun, dewan muzik
itu telah musnah akibat kebakaran. Kemudian, plaintif menuntut gantirugi kepada pihak

7
defendan, tetapi pihak mahkamah telah memutuskan bahawa telah terjadinya kekecewaan di
dalam kes ini. Ini kerana kontrak itu telah dikecewakan dengan musnahnya dewan tersebut.

Kes kedua adalah Berney V Tronoh Mines, dimana ianya adalah berkaitan satu kontrak
perkhidmatan dilepaskan melalui kekecewaan kerana perang meletus apabila Jepun menyerang
Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, dengan merujuk kepada seksyen 12 Akta Relief Spesifik
1950, untuk menjadikan kontrak itu adalah kecewa , mestilah objek penting untuk pelaksanaan
kontrak itu adalah juga musnah keseluruhannya sama sekali.

3) Apabila kematian atau tiada keupayaan untuk menjalankan tanggungjawab


berkontrak atau kewajipan.

Apabila satu pihak yang mempunyai kontrak meninggal, maka kontrak yang dibuatnya
dengan individu atau organisasi lain terbatal atas dasar kekecewaan. Contohnya, Ali telah
bersetuju dengan kontrak bersama Bank Z untuk pinjaman pendidikannya. Apabila Ali
meninggal dunia, Kontrak yang dibuatnya akan menjadi kecewa dan tidak boleh dikuatkuasakan.
Tuntutan tidak boleh dibuat kepada Ali atau ahli keluarganya. Dalam perkara ini, kelayakan
peribadi dan kemahiran seseorang itu merupakan asas kepada pembentukan kontrak tersebut.

Contoh kes Graves V Cohen, seorang penunggang kuda lumba menyaman pemiliknya
yang telah meninggal kerana kontraknya telah batal. Makamah telah menentukan yang kontrak
diantara pemilik dan penunggang kuda itu telah kecewa. Sekiranya kontrak itu berkaitan dengan
ahli keluarganya, maka kontrak itu tidak kecewa. Akan tetapi, tiada persetujuan dalam kontrak
berkaitan dengan mana-mana individu lain dan kontrak itu kecewa. Manakala, kes Phillips v
Alhambra Palace Co pula membicarakan seorang daripada rakan kongsi sebuah dewan
pertunjukan telah meninggal dunia setelah mereka bersetuju untuk mengadakan pertunjukan
sebuah pancaragam. Kontrak yang dibuat diantara rakan kongsi dan pancaragam tidak kecewa
atas kematian rakan kongsinya kerana kontrak itu masih mampu di jalankan atau dilaksanakan.
Kontrak yang dibuat bukan diantara pancaragam dan si mati. Maka mahkamah memutuskan
kontrak harus dilaksanakan dan kontrak tidak kecewa.

8
Dalam kes Robinson V Davison, mahkamah memutuskan untuk pihak berkontrak
hendaklah tidak menjadikan keadaan kesihatan kurang baik tidak boleh dijadikan alasan untuk
tidak melaksanakan kewajipan berkontrak. Kontrak yang dibuat adalah bersyarat iaitu jika isteri
defendan berupaya untuk melaksanakan kewajipan bagi pihak defendan, maka ia akan
dilepaskan dari sebarang tanggungan. Pihak yang berkontrak boleh membuat syarat dalam
kandungan kontrak tersebut bahawa ketidakupayaan seseorang tidak boleh dimaafkan. Namun
demikian syarat seperti itu tidak diperuntukkan dalam kontrak yang dibuat di dalam tajuk ini.

4) Apabila perubahan undang-undang atau campur tangan kerajaan dengan tiba-tiba


menjadikan sebuah kontrak itu menyalahi undang-undang.

Secara terperinci lagi, perubahan kepada undang-undang yang dikeluarkan oleh pihak
kerajaan telah membuatkan sesuatu kontrak yang pada awalnya sah disisi undang-undang tetapi
apabila berlaku sesuatu peristiwa yang tidak dijangka akan berlaku, kontrak tersebut telah
menjadi salah disisi undang-undang. Jadi, pihak-pihak yang berkontrak tidak boleh meneruskan
apa-apa perbuatan atau pelaksanaan kontrak apabila kontrak itu telah dimusnahkan oleh undang-
undang.

Sebagai contoh, kilang Y telah berkontrak dengan kilang X untuk membeli ayam beku
dan kilang X telah berjanji untuk menghantar satu lori ayam beku ke kilang Y untuk tujuan
pasaran. Walaubagaimanapun, sebelum ayam beku tersebut dihantar ke kilang Y, pihak berkuasa
telah menyekat transaksi penghantaran ayam beku oleh kilang X tersebut disebabkan berlakunya
wabak selsema burung di kawasan terletaknya kilang Y. Berdasarkan situasi tersebut, pihak yang
berkontrak tidak berhak menuntut apa-apa kerugian atau apa sahaja yang berlaku disebabkan
kontrak yang telah terbentuk menjadi kecewa akibat daripada larangan pihak berkuasa terhadap
transaksi yang berlaku.

Dalam situasi lain pula, sebuah syarikat yang dikenali sebagai Dewa Sakti Sdn Bhd telah
berkontrak dengan Syarikat Z untuk menghantar barangan menggunakan kargo di suatu
pelabuhan M. Walaubagaimanapun, kerajaan telah mengisytiharkan bahawa negara yang
menempatkan pelabuhan M telah berlaku peperangan yang memusnahkan beberapa kawasan dan
mendatangkan risiko kepada pihak luar. Berdasarkan kejadian tersebut, kontrak yang berlaku di

9
antara syarikat Dewa Sakti dan Syarikat Z telah terkecewa akibat daripada pengisytiharan
peperangan yang berlaku di negara tersebut. Begitu juga kes Avery V Bowden, dimana sebuah
kapal sepatutnya mengangkut beberapa kargo di Odessa. Tetapi peperangan telah berlaku,
kerajaan telah membuat undang-undang adalah haram untuk kapal mengangkut kargo di
kawasan peraiaran atau pelabuhan musuh, maka kapal itu tidak dapat melaksanakan
tanggungjawabnya dalan berkontrak. Kekecewaan juga telah berlaku.

Selain itu, contoh lain seperti Syarikat Maju Berhad, sebuah syarikat pembinaan telah
berkontrak dengan Syarikat Daya Bumi untuk menjalankan pembinaan beberapa buah apartment
di lereng bukit yang terletak berhampiran dengan bandar Y. Sebelum projek pembinaan
dijalankan, kerajaan telah mengisytiharkan bahawa kawasan yang ingin dibangunkan untuk
pembinaan apartment tersebut merupakan kawasan larangan dimana merupakan milik penuh
kerajaan. Segala pembinaan yang ingin dijalankan adalah salah disisi undang-undang.
Disebabkan oleh undang-undang tersebut, kontrak antara pihak Syarikat Maju Berhad dan
Syarikat Daya Bumi telah dilepaskan kerana kontrak tersebut telah menjadi kecewa akibat
pelaksanaan undang-undang oleh kerajaan.

Dalam kes Lee Kin V Chan Suan Eng, ia berkaitan kes pajakan tanah di antara dua pihak
di mana diperbaharui untuk 5 tahun sekali dikatakan telah kecewa apabila satu enakmen baru
digubal memperuntukkan agar pajakan tersebut perlu diperbaharui setahun sekali. Malah di
dalam kejadian peperangan juga boleh menyebabkan undang-undang negara terlibat diubah
dengan tiba-tiba. Apabila berlaku pengisytiharaan meletusnya peperangan, ini akan menjadikan
kontrak atau sebarang perjanjian perdagangan yang dibuat dengan negara berkaitan dikatakan
kecewa. Ini telah dinyatakan seperti di dalam kes Finelvet AG V Vivana Shipping Co. Ltd. The
Crysalis.

10
Kesan Kekecewaan
Secara keseluruhannya kekecewaan menamatkan kontrak secara automatik dan
melepaskan kedua-dua pihak dari menanggung tanggungjawab untuk melaksanakan kontrak
tersebut dan juga pelepasan hak mereka.

Menurut sekyen 66, kepada sesiapa yang telah mendapat faedah atau manfaat atau
bayaran dari kontrak tersebut, mestilah memulihkannya atau membayar semula pampasan
tersebut kepada pihak yang telah memberikan faedah tersebut. Sebagai contoh, kes Kung Swee
Heng YL V Paritam Kaur dimana plaintif telah membayar RM 500 kepada defendan sebagai
wang pendahuluan untuk membeli sebuah bangunanan. Kemudian telah terjadi sebuah
peperangan maka kontrak tidak dapat diteruskan, dengan itu kekecewaan telah berlaku. Menurut
mahkamah, plaintif berhak untuk mendapat kembali RM500 daripada defendan. Kes ini juga
telah menggunakan kes terdahulu iaitu kes Fibrosa Spolka.

Prinsip di atas mungkin dilihat sebagai bias atau berat sebelah terutamanya apabila satu
pihak yang lain telah pun menjalankan tanggungjawabnya dalam berkontrak dan beliau juga
kemungkinan kekurangan wang. Dengan itu, telah ada penggubalan undang-undang dalam
doktrin kekecewaan ini iaitu Akta Pemulihan Undang-undang Inggeris (Kontrak-kontrak yang
Mengecewakan) 1943, telah diluluskan dan digubal untuk menangangi pelbagai jenis masalah
kontrak yang telah terkecewa. Malah, beberapa peruntukan daripada Akta Inggeris ini
mempunyai persamaan dengan seksyen 15 dan seksyen 16 Akta Undang-undang Sivil 1956
(Semakan 1972). Ini adalah untuk pelarasan hak dan tanggungan pihak-pihak dalam kontrak
yang mengecewakan.

Contoh menurut seksyen 15(2) Akta Undang-undang Sivil, wang yang perlu dijelaskan
untuk berkontrak belum dibayar, dan selepas itu kekecewaan kontrak telah berlaku. Maka, tiada
pampasan wang yang perlu dibayar. Tetapi jika wang sudah didahulukan sebelum kekecewaan
berlaku. Maka apabila kekecewaan telah berlaku, maka perlulah wang itu dibayar semula kepada
pihal yang telah mendahulukan bayaran. Seperti contoh, A dan B telah berkontrak untuk
membuat rumah di atas bukit. Kemudian, bukit tersebut telah musnah, maka kekecewaan telah
berlaku. Akan tetapi di dalam kes ini B masih belum menjalankan tugasnya lagi (tiada kos

11
pembuatan lagi), malah A (bakal pemilik rumah) tidak membayar apa-apa lagi untuk projek
perumahan tersebut. Maka, apabila telah berlaku kekecewaan (bukit musnah), maka tidak perlu
apa-apa pampasan duit perlu dibayar. Tetapi jika A sudah memberi wang pendahuluan sebanyak
RM10,000. Maka selepas kekecewaan berlaku, maka B perlulah membayar semula RM10,000
kepada A.

Walaupun, keadaan diatas seperti tidak nampak adil terhadap sesetengah pihak yang telah
menanggung perbelanjaan untuk pelaksanaan kontrak tersebut sebelum kekecewaan berlaku.
Seperti B telah menjalankan tugasnya untuk membina rumah tersebut tetapi terbengkalai akibat
kemusnahan bukit. Dengan itu, seksyen 15(2) Akta Undang-undang Sivil, atas budi bicara
mahkamah memerintahkan untuk bayaran semula wang tetapi tidak melebihi perbelanjaan yang
telah ditanggung. Contohnya, jika B telah memulakan projek perumahan dengan kos permulaan
RM6,000 maka, beliau hanya perlu memulangkan RM4,000 kepada A mengikut wang
pendahuluan yang telah diberi oleh A yang sebanyak RM10,000.

Situasi yang lain pula, bagaimana jika pihak yang lain telah menerima faedah daripada
berkontrak tersebut sebelum berlaku kekecewaan. Faedah dan manfaat ini bukan dalam bentuk
wang. Contoh, B telah membuat kerja-kerja pengubahsuaian di dalam rumah A, dimana menurut
kontrak itu pembayaran hanya akan dilakukan apabila kerja-kerja ubahsuai B telah selesai.
Tetapi belum sempat kerja itu diselesaikan (masih di dalam proses), rumah itu telah musnah
akibat tanah runtuh (rumah itu adalah di lereng bukit). Persoalannya, adakah B berhak menuntut
haknya di atas khidmat dan perbelanjaan kerja yang telah ditanggungnya?. Maka menurut
seksyen 15(3) Akta Undang-undang Sivil, mahkamah memperuntukkan bahawa jika A telah
menerima faedah sebelum kekecewaan berlaku, dimana faedah tersebut boleh dinilaikan atau
dikira dalam bentuk wang, dimana pihak B (pengubahsuai rumah) telah menjalankan
tanggungjawabnya dalam melaksanakan kontrak. Maka, B berhak mendapat haknya kembali
dengan mendapatkan pampasan mengikut jumlah yang tidak melebihi perbelanjaan ubahsuai
yang telah diberikan oleh B. Bermakna, jika barang-barang ubahsuai itu berjumlah RM30,000
yang telah dilaksanakn maka jumlah itu juga A (pemilik rumah) perlu membayar kepada B.

12
Seksyen 16(4) Akta Undang-undang sivil pula terpakai untuk pelbagi kontrak. Contoh,
Jika Siti bersetuju untuk mengubahsuai rumah Aminah dengan syarat-syarat bahawa:
(1) RM 4,000 harus dibayar setelah dapurnya siap diperbaharui.
(2) RM1,500 untuk kos pengecatan ruang tamu, dan
(3) RM7,000 terakhir untuk pemasangan dekorasi seperti langsir dan permaidani.
Kemudian, dapur diperbaharui dan juga ruang tamu juga telah dicat. Tetapi Siti tidak sempat
untuk melaksanakan kandungan kontrak ketiga dimana rumah Aminah telah hangus dijilat api.
Maka, di dalam kes ini, mahkamah memutuskan kontrak-kontrak tersebut adalah tiga kontrak
berasingan kerana pelaksanaan kontrak adalah berperingkat. Prinsip kekecewaan hanya berlaku
pada perjanjian ketiga yakni RM7,000 untuk pemasangan dekorasi.

Sebagai kesimpulannya, pihak-pihak berkontrak adalah bebas untuk membuat peruntukan


kandungan kontrak yang mereka buat. Sekiranya mahu mengetepikan kontrak sekyen 15 Akta
Undang-undang Sivil mereka boleh berbuat demikian, dengan meletakkan syarat di dalam
kandungan kontrak “ sebarang pembayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan sekalipun
berlaku perkara diluar jangkaan yang menjadikan kontrak ini adalah kecewa”. Ini adalah benar,
kerana ianya menyokong kebebasan pihak untuk berkontrak, merujuk pada satu kes Photo
Production Ltd V Securior Transport Ltd, di mana Lord Diplock menyatakan “prinsip kontrak di
bawah Common Law…….. ialah bahawa semua pihak adalah bebas untuk menentukan sendiri
aspek-aspek tanggungjawab atau kewajipan yang akan mereka terima…. “. Seksyen 15 juga
tidak digunakan kepada kontrak-kontrak untuk pengangkutan barang di laut, insurans, pihak-
pihak sewa khas, melainkan masa sewa khas dan sewa khas dengan cara kematian, dan kontrak
untuk jualan barang-barang spesifik, iaitu sebab kekecewaan adalah kemusnahan barang-barang
tersebut.

13
Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kekecewaan adalah salah sebuah cara bagaimana kontrak


dilepaskan, dimana pihak-pihak yang terlibat telah dilepaskan dari tanggungan dan hak
berkontrak. Seksyen 57 Akta Kontrak telah menjelaskan doktrin kekecewaan, juga telah terdapat
beberapa kes kekecewaan yang masih dirujuk menggunakan kes Common Law. Juga, telah
dijelaskan bagaimana kes-kes kekecewaan juga boleh mendapat keadilan selanjutnya bagi pihak
yang telah memberi faedah kepada pihak lain, tetapi apabila berlakunya kekecewaan, maka
mahkamah memberikan mereka peluang untuk menuntut hak mereka setakat mana yang telah
meraka mengeluarkan belanja dan kos untuk menyempurnakan kontrak tersebut sebelum kontrak
itu terkecewa. Ini adalah untuk keadilan bagi pihak tersebut. Di mana Akta Pemulihan Undang-
undang Inggeris (Kontrak-kontrak yang Mengecewakan) 1943 adalah restitusi bagi pihak yang
ingin menuntut hak mereka di dalam kes kekecewaan dengan akta ini dikaitkan juga dengan
seksyen 15 dan seksyen 16 Akta Undang-undang Sivil 1956 (Semakan 1972).

14
Rujukan

Smithies D. (2007). Contract-Frustration. Retrief pada 10 April 2010 dari Laman web tutor2u
http://tutor2u.net/law/notes/contract-frustration.html

Cases On Discharge of Contract (2010) Dimuat turun pada 10 April 2010 dari
http://www.lawteacher.net/contract-law/cases/discharge-cases.php

Aun W.M., & Vohrah B. (1986). Undang-undang Perdagangan Malaysia. Petaling Jaya,
Selangor : Longman Malaysia Sdn Bhd.

Saudah S. (2000). Pengenalan Undang-undang Kontrak dan Agensi. Ampang/Hulu Kelang,


Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Steptoe & Johnson. LLP (2010). The doctrin of frustration in law. Diambil pada Mac 29, 2010
di laman web www.dosctoc.com

Harlina Mohamed On & Rozanah Ab. Rahman (2007). Undang-undang Perniagaan Malaysia.
Kuala Lumpur:Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd.

15