Anda di halaman 1dari 11

Soalan ; Pengadilan moral merupakan salah satu cara pentafsiran sejarah.

Namun ia
dipertikaikan oleh kebanyakan sejarahwan. Bincangkan?

Pendahuluan
Pengadilan moral dalam sesuatu penulisan sejarah kadang-kadang tidak dapat
dielakan. Namun unsur-unsur tersebut sedikit sebanyak membantu dalam membuat
tafsiran dalam penulisan sejarah. Lantaran itu pengadilan moral dalam sejarah sering
sekali menjadi perbahasan umum dalam kalangan para sejarahwan ketika menyajikan
hasil penulisan dan pentafsiran sejarah sama ada wajar atau pun tidak wajar untuk
menjatuhan moral kepada pelaku – pelaku sejarah silam. Malah ia akan menjadi isu
kontroversi yang berpanjangan dalam menghasilkan karya sejarah. Namun, persoalan
ini pada kebiasaannya akan mempunyai segolongan ahli sejarah yang pro dan
segolongan ahli sejarah yang kontra. Masing – masing dengan hujah dan alasan untuk
membenarkan pendapat mereka diterima oleh para pembaca serta penulis sejarah
kemudian dari mereka. Melalui dua perspektif inilah membuatkan hasil karya sejarah
itu menjadi hidup dan menarik untuk ditatapi dan dikaji. Di sini pula, saya akan
mencuba membincangkan tentang pengadilan moral daripada dua pandangan iaitu pro
dan kontra sebagai salah satu cara pentafsiran sejarah.

Definisi
Apa itu pengadilan moral? Menurut pendapat seorang sarjana iaitu Andrian
Oldfield, beliau menegaskan dan mendefinisikan pengadilan moral sebagai:
“ Pernyataan moral terutama pengadilan moral adalah berbentuk pujian dan
Kutukan. Pernyataan moral bergantung kepada perbezaan tahab sama ada
baik atau buruk. ”1

Qasim Ahmad pula mendefinisikan pengadilan moral secara ringkas sebagai


pelakuan – pelakuan menjatuhkan hukuman, atau pun mengenakan penilaian tertentu
kepada sesuatu peristiwa sejarah dan / atau kepada seseorang pelaku sejarah. 2
Misalnya di dalam sesebuah tulisan seorang ahli sejarah ada menyatakan sesuatu
peristiwa itu tidak baik, ketua negara itu bersalah, sultan negara Z zalim, masyarakat
1
Adrian Oldfield, Moral Judgement in history, History and theory, Jilid xx, bil 3, 1981, hlm.260.
2
Qasim Ahmad, pengadilan moral dalamsejarah: Kes Nazi di Jerman, Dewan Masyarakat, Jilid xix,
bil.6 ( Jun 1981 ), hlm. 54
pada masa lalu mundur, sistem politik itu tidak progresif dan sebagainya. Maka
seseorang ahli sejarah telah pun menghukum atau membuat penilaian moral dalam
konteks tersebut.
Berdasarkan definisi di atas, penulis amat bersetuju dan berpendapat bahawa
dalam penulisan dan pentafsiran sejarah, seseorang ahli sejarah tidak akan dapat
membebaskan diri daripada menjatuhkan hukuman moral ke atas kajian dan
penulisansejarah yang ditulisnya. Ini disebabkan penyelidikan seseorang ahli sejarah
adalah berasaskan kepada pemahaman beliau terhadap pelakuan-pelakuan dan watak-
watak manusia yang menentukan sesuatu peristiwa. Ditambah pula dengan
pengalaman dan latar belakang penulis sendiri yang mempengaruhi hasil penulisan
dan tafsiran sejarah yang diusahakan olehnya. Pengalaman dan latar belakang penulis
itu amat mempengaruhi tafsiran serta penulisan karya sejarah oleh seorang penulis
sebagaimana yang diterangkan oleh Muhd Yusof Ibrahim, seperti berikut:
“ Kemampuan untuk berbuat demikian terletak pula kepada pengaruh yang
membentuk pendirian dan pandangannya, yang diterimanya dari
masyarakatnya, pelajarannya, pengalamannya, serta juga pemikirannya.
Semua ini merupakan unsur – unsur yang merupakn tenaga pengaruh dalam
penulisannya.”3

Implikasinya ialah tindakan – tindakan atau perlakuan – perlakuan manusia itulah


yang membawa kesan – kesan yang besar kepada masyarakat dan negara sama ada ia
merupakan sesuatu yang ‘menguntungkan’, ‘merugikan’, ’berpihak’, ‘merbahaya’,
‘mengkritik’ ataupun sebaliknya.

Pro dan Kontra dalam Pengadilan Moral


Dalam pengkajian dan pengamatan mengenai pengadilan moral dalam sejarah
maka kita akan temui dua golongan iaitu golaongan yang pro dan satu lagi golongan
yang kontra dalam kes pengadilan moral dalam penulisan sejarah.
Pertama, golongan ahli sejarah yang berpendapat bahawa pengadilan moral
tidak wajar dlakukan kerana seseorang penulis itu tidak dapat menyelami dan
mengetahui keadaan sebenar peristiwa sejarah itu berlaku. Sebagaimana yang
ditegaskan oleh Butterfiel iautu sarjana sejarah yang mewakili golongan pertama ini,
yang mengatakan bahawa pengadilan moral tidak dianggap penting dalam penyiasatan
3
Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1975, hlm.52.
sejarah kerana ketidakupayaan atau tidak mampunya ahli sejarah untuk melihat
sesuatu peristiwa dari lubuk hati si pelaku. Ini menekankan bahawa, ‘kami tidak
mampu untuk melihat apa yang ada pada manusia lain’ merupakan faktor penting
yang menghalang seseorang ahli sejarah itu untuk bersikap objektif dalam
menjatuhkan hukuman moral.4 Hujah beliau ini tidak dinafikan memandangankan ia
merupakan satu persoalan yang objektif. Malah timbul pula persoalan seperti
mengapakan ahli sejarah perlu memikul tugas sebagai seorang hakim atau pengadil di
dalam mahkamah sejarah dunia? Bukankah persoalan baik atau buruk dalam sesebuah
masyarakat dahulu tidak semestinya baik atau buruk dari kaca mata masyarakat hari
ini? Ataupun adilkan seseorang ahli sejarah kotemporari menjatuhkan hukuman moral
ke atas pelaku sejarah zaman silam? Bukankan nilai moral masyarakat dahulu amat
berbeza dengan nilai moral masyarkat hari ini. Amat tidak wajar kita menghukum
mereka berdasarkan pandangan hari ini. Walau bagaimanapun pada pendapat saya, hl
ini dapat diatasi apabila kita dapat menentukan satu bentuk ukuran yang sejagat untuk
menjatuhkan hukuman moral agar pengadilan moral yang dikenakan ke atas pelaku –
pelaku sejarah silam itu menjadi amat wajar dan diterima oleh pembaca.
Penilaian moral amat penting dalam dunia hari ini, pandangan moral menurut
kaca mata dahulu dngan sekarang sudah berubah kerana peredaran zaman. Mungkin
dahulu suatu itu dianggap baik tetapi hari ini ia dianggap sesuatu yang ketinggalan
zaman atau dahulu ia merupakan suatu perkara yang mudah diterima masyarakat
namun hari ini ia sudah menjadi suatu yang amat asing sekali. Sebagai contoh kita
lihat dari segi pakaian wanita Melayu, kalau dahulu bertudung atau berselindang
merupakan pakaian yang semestinya dipakai untuk keluar rumah, namun hari ini
memakai seluar atau gaya pakian yang simple atau tanpa tudung atau berskaf
dianggap biasa dan tidak menghairankan. Ini adalah perbandingan penerimaan nilai
moral antara masyarakat dahulu dan hari ini. Tetapi dari segi nilai agama ia tetap tidak
dapat diterima.
Begitulah juga dengan penulisan sejarah kalau kita menilai bernamun dasarkan
kaca mata hari ini mungin dianggap boleh diterima namun kesalahan –kesalahan yang
dilakukan tetap dihukum oleh nilai moral dan agama sejagat. Kita boleh lihat
peristiwa sejarah silam iaitu mengenai kisah Hang Tuan dengan Hang Jebat. Kisah
kesetiaan Hang Tuah dianggap melulu. Manakala kisah penderhakaan Hang Jebat

4
Herbert Butterfield, Moraj Judgement in History, The Philosophy of History in Our Time, penyunting
H. Meyerhoff, New York, 1959, hlm. 236.
yang dianggap wajar dengan situasi yang berlaku pada masa tersebut kerana membela
kematian sahabatnya. Penilaian kaca mata hari ini, watak Hang Tuah amat tidak
sesuai dengan budaya masyarakat hari ini kerana memberi kesetiaan yang dianggap
melulu yang kadang – kadang tidak masuk akal. Lain pula dengan Hang Jebat, kalau
menurut pandangan masyarakat hari ini beliau dianggap hero kerana sanggup
membahayakan diri untuk menuntut bela atas fitnah yang mengorbankan sahabat
karibnya. Di sini sebagai seorang ahli sejarah, seharusnya memperlihatkan dengan
jelas tindakan Hang Jebat adalah salah kerana telah melanggar undang – undang
negara dan nilai agama kerana mengamuk dan membunuh. Sekiranya ukuran nilai
moral sejagat diguna dipakai maka tidak sukar untuk menjatuhkan hukuman moral ke
atas Hang Jebat. Begitulah juga sebaliknya dengan kes Hang Tuah.
Kedua, golongan pro yang mengatakan bahawa wajar pengadilan moral
dilakukan oleh ahli sejarah seperti apa yang ditegaskan oleh Qasim Ahmad, si pelaku
yang melakukan sesuatu kejahatan dari segi lahiriah atau secara luaran walaupun ia
berhasrat baik atau suci, ia akan dihukum juga dalam mahkamah dan didakwa
melakukan sesuatu kesalahan dari segi undang – undang dan moral. Beliau menambah
bahawa:
“ Tanpa menerima andaian bahawa manusia itu bertanggungjawab terhadap
dirinya sendiri, pengadilan moral ke atas tindakan manusia adalah sesuatu
yang tidak munasabah. Begitu jugalah pengadilan ke atas negara – negara lain,
malah kegiatan seluruh dunia, adalah tidak munasabah kalau kita tidak
menerima andaian mengenai hubungan antara bangsa yang disebutkan itu”.5

Ini menjelaskan kepada kita bahawa persoalan untuk memahami ‘ dari lubuk
hati si pelaku’, merupakan suatu masalah yang kecil sebagaimana yang disarankan
oleh Butterfield kerana apabila ahli sejarah yang membuat sesuatu kajian, ia akan
menjatuhkan hukuman moral berdasarkan kepada tindakan – tindakan lahiriah si
pelaku yang disokong oleh bukti – bukti dan sumber – sumber sejarah yang ditemui
oleh beliau. Menurut Qasim Ahmad, tindakan lahiriah seseorang individu atau tokoh
adalah bertanggungjawab terhadap tindakannya. Justeru itu, tindakan lahiriah ini akan
menjadi pegangan seseorang ahli sejarah untuk menjatuhkan pengadilan moral.6

5
Qasim Ahmad, Karya Sejarah: Pendekatan an Persoalan. Pengadilan Moral dalam kes Nazi Jerman,
hlm.59.
6
Qasim Ahmad, Karya sejarah: Pendekatan dan persoalan. Pengadilan moral dalam kes Nazi Jerman,
hlm.59.
Tindakan lahiriah biasanya dilakukan secara sedar atau disengajakan serta dirancang
dengan rapi. Untuk menerangkan yang tindakan – tindakan lahiriah yang menjadi titik
tolak seseorang ahli sejarah untuk menjatuhkan pengadilan moral, maka kita dapat
perhatikan watak Panglima Nayan dalam buku yang ditulis oleh Mansor bin Abdullah
yang berpendapat pengadilan moral amat wajar dilakukan oleh para sajarahwan. Maka
dalam penulisan ini saya akan cuba memaparkan kewajaran pengadilan moral dalam
pentafsiran sejarah.

Tindakan Lahiriah sebagai Pengukur Pengadilan Moral


Sarjana Mansor Abdullah menerangkan bagaimana watak Panglima Nayan
yang berada di Kedah, telah menolong rakyat tempatan dengan cara mencuri harta
orang kaya dan membahagi – bahagikannya kepada orang miskin. Sebenarnya beliau
mengatakan bahawa golongan tuan tanah atau orang kaya inilah yang telah melakukan
pemerasan terhadap golongan rakyat miskin dengan cara mengeksploitasi tenaga
rakyat bawahan untuk mengusahakan tanah – tanah mereka tetapi sebaliknya
keuntungan hanya dinikmati oleh golongan kaya sahja. Maka Panglima Nayan telah
mengambil tindakan yang tersebut di atas tadi. Di sini Panglima Nayan telah
digambarkan sebagai ‘bandit sosial’ oleh Cheah Boon Kheng, dikatakan telah
diberikan gelaran ‘Panglima oleh rakyat kononnya, membela nasib rakyat malang.’
Mansor Abdullah menjelaskan lagi:

“Lihat harta – harta ini semuanya harta pemerasan mereka ke atas orang –
orang miskin, dan sekarang orang miskinlah yang memilikinya.”7

Beliau menambah lagi

“Menoleh memandang dengan penuh kejayaan sambil berkata: Memang


benar dan hari ini juga kejayaan ini segera kita bahagikan mengikut kadarnya
dan sebahagian daripadanya masa yang tertentu”.8

7
Mansor Abdullah, Panglima Nayan, Sinaran Bros, Pulau Pinang, 1959, hlm. 22.
8
Ibid.
Walaupun Panglima Nayan digelar sebagai seorang panglima, tetapi Mansor
Abdullah dalam bukunya menjatuhkan pengadilan moral dengan mengatakan
Panglima Nayan sebagai seorang penyamun yang kejam, berdasarkan kepada:

“Kerana mereka kenalkan saya dan Taukeh Ah Leng Pula cuba....Sebab itu
maka mereka dibunuh”.9

Sebagai ahli sejarah kita tidak boleh menjatuhkan pengadilan moral kepada
Panglima Nayan? Mungkin bagi sesetengah ahli sejarah akan mengatakan tidak patut
dan tidak harus dijatuhkan pengadilan moral terhadap tindakan merompak dan
membunuh yang telah dilakukan oleh Panglima Nayan kerana kita harus meihat niat
suci mereka yang melakukan tindakan tersebut semata – mata untuk membantu
golongan miskin. Maka tidak harus pengadilan moral dijatuhkan terhadap beliau.
Tetapi sebagai seorang insan biasa wajarkan tindakan Panglima Nayan tersebut? Saya
berpendapat bahawa walaupun niatnya amat suci namun tindakan lahiriahnya seperti
mencuri dan membunuh dua orang kaya secara sewenang – wenangnya patut dikutuk.
Malah kalau kita perhatikan membunuh dan mencuri adalah sangat bercanggah
dengan hukum moral dan agama serta nilai sejagat. Kita tidak boleh meletakkan
undang – undang dan hukuman ditangan sendiri. Lagipun matlamat suci tidak
menghalalkan cara untuk memperolehinya. Maka adakah tidak tidak wajar bagi
seseorang ahli sejarah untuk menjatuhkan pengadilan moral terhadap Panglima Nayan
yang terkutuk itu. Dengan kata lain, tindakan lahirian si pelaku atau individu yang
mencetuskan sesuatu peristiwa menjadi kayu pengukur atau asas untuk menjatuhkan
hukuman moral.

Pengadilan Moral Berdasarkan Bukti dan Penyelidikan


Sebagai seorang ahli sejarah maka sudah menjadi kewajipan baginya
membuat penyelidikan berdasarkan bukti – bukti yang ditemui. Daripada sumber –
sumber ini maka penulisan ahli sejarah akan berjalan lancar sehingga mencapai satu
tahab untuk membuat satu keputusan atau keputusan. Sumber – sumber sejarah boleh
berbentuk lisan mahupun tulisan mahupun tinggalan artifak. Keadaan ini menjelas
bahawa satu kejadian dan penyiasatan yang rapi serta teliti amat perlu dilakukan oleh
seseorang ahli sejarah sebelum membuat sesuatu keputusan atau rumusan.
9
Ibid, hlm, 22.
Lanjutan dari itu, pada pendapat saya seseorang ahli sejarah tidak dapat bebas
daripada terlepas atau bebas dari menjatuhkan pengadilan moral ke atas peristiwa
yang dikajinya. Ini adalah kerana penyelidikan atau kajian seseorang ahli sejarah
adalah berasaskan kepada pemahaman beliau terhadap pelaku – pelaku atau watak –
watak manusia yang mencetuskan peristiwa tersebut ditambah pula dengan sokongan
sumber – sumber yang ditemui atau disandarkan oleh seorang ahli sejarah tadi. Hasil
daripada ini, tindakan atau perlakuan manusia itulah yang membawa kesan yang besar
kepada sesebuah negara atau masyarakat. Justeru itu dapat ditegaskan bahawa
pengadilan moral tidak harus diketepikan dalam penulisan sejarah kerana sekurang –
kurangnya penulisan sejarah ini dapat memberi satu pedoman atau panduan serta
pengajaran kepada kita untuk mewujudkan satu kehidupan yang lebih baik.
Pada kebiasaannya sesuatu pengadilan moral hanya akan dijatuhkan pada hai,
iaitu penghujung sesuatu kajian dan bukannya diawal kajian. Malah, ahli sejarah
dalam penulisannya ada mengemukakan bukti – bukti dan sumber – sumber sejarah
dengan teliti, atau dengan kata lain bukti atau sumber mestilah terlebih dahulu melalui
proses saringan. Oleh sebab itu ahli sejarah boleh menjatuhkan hukuman moral
diakhir penulisannya terhadap peristiwa sejarah yang ditulisnya.

Istilah Melambangkan Pengadilan Moral


Seterusnya, dalam penulisan sejarah penggunaan perkataan, ayat – ayat
mahupun frasa – frasa, kadang – kadang telahpun meletakkan atau mengambarkan
nilai moral, seperti merogol, zalim, kejam, jahat, membunuh, banyak yang menderita
dan sebagainya. Walaupun penulis akan mendakwa atau mungkin mendakwa ia
bersikap berkecuali dalam penulisannya tetapi pada hakikatnya ia tidak akan terlepas
daripada menjatuhkan hukuman moral ke atas kajiannya. Sebagai satu contoh ingin
saya petik dari penulisan Aron Shai, iaitu;
“Kemudian, diberitahu tentera udara Jepun menyerang penumpang –
penumpang kereta api di Wilayah Honan dan Hopei telah membunuh dan
mencederakan 24 penduduk awam China”10

Dari penulisn ini jelas menunjukkan bahawa tindakan ganas tentera udara
Jepun ke atas orang – orang awam di Wilayah Honan dan Hopei semasa peperangan
Sino-Jepun. Walaupun penulis tidak menjelaskan pengadilan moral secara langsung
10
Aron Shai, Origin of the war in the east, Crobm Helm, London, 1976,hlm.20.
atas tindakan tentera udara Jepun tetapi impak daripada penggunaan – perkataan
tertentu dalam penulisannya menggambarkan dan memaparkan kekejaman serta
keganasan tentera Jepun tersebut. Ini sudah cukup jelas bahawa kesan penggunaan
perkataan tadi menyerupai dengan hukuman moral ke atas pelaku sejarah.

Pengadilan Moral Sebagai Teladan dan Pengajaran


Sejarah juga perlu dilihat sebagai alat pengajaran moral kepada pembaca
khususnya masyarakat hari ini, agar peristiwa – peristiwa masa lalu menjadi teladan
dan iktibar. Hujah ini amat dipersetujui oleh Andrian Oldfield kerana beliau berhujah
bahawa sebenarnya pengadilan moral adalah penting dalam penulisan sejaran dan
merupakan sesuatu aspek yang tidak harus dilupakan begitu sahaja. Sebabnya kata
beliau, pengadilan moral akan memberikan pengajaran moral kepada pembaca. 11 Di
sini, saya akan cuba membentangkan satu contoh sejarah bagaimana ahli sejarah
memberikan pengajaran moral kepada masyarakat dan menyedarkan mereka daripada
kesilapan yang lepas dan sekiranya dilakukan kembali maka akan membawa padah
atau kesan buruk kepada masyarakat dunia amnya. Kes yang hendak saya paparkan
ialah mengenai pengeboman bom atom oleh Amerika ke atas bandaraya Hiroshima
dan Nagasaki di Jepun. Sekumpulan pengkaji dari Persatuan The Pacific War Reseach
dari Jepun menulis dan merakamkan bahawa:
“The Hiroshima Atomic Hospital reported that in the first six months of 1971,
Thirty three patiens died there, twenty three of cencer. Up to mid 1971 the
leukimia death rate among survivors was running at the over sixteen times
the everage, and death from other form other of cencer at eight times the
national average. The full genetic effect will not be know for three to four
generation.”12

Ini bermakna bahawa kesan nuklear yang dihadapi oleh mangsa – mangsa
bom atom semasa peristiwa tersebut tidak dapat dipastikan melainkan selepas tiga
atau empat generasi yang akan datng, terutama dalam aspek genetik manusia. Dengan
ini kita boleh dan dapat membayangkan kesengsaraan perang nuklear semasa Perang
Dunia Kedua. Ia kan menjadi suatu pengajaran dan iktibar kepada masyarakat dunia
buat selama – lamanya.
11
Andrian Oldfield,Moral judgement in history,hlm.274 – 276.
12
The Pacific War reseach Sociaty, The day man lost, Kondansha International Limited,
Tokyo,1972,hlm.294.
Pengadilan Moral Sebagai Benting Hak Asasi Manusia
Selain daripada pedoman dan pengajaran kepada pembaca, sejarah juga
bertanggungjawab memelihara hak asasi manusia sejagat. Persoalan hak asasi sejagat
perlu dititik beratkan, ia juga disokong oleh sejarahwan R. Sunthara. Beliau
berpendapat bahawa ukuran dalam penilaian ahli sejarah bukan sahaja berdasarkan
kepada persoalan kepentingan negara dan rakyat secara keseluruhannya. Ia juga
melihat kepada pihak manakah yang menodai hak asasi manusia yang merupakan
aspek penting yang harus diambil kira dalam penulisan sejarah. 13 Contoh yang amat
ketara dalam kes yang melibatkan persoalan siapakah yang menodai hak asasi
manusia sejagat dalam dua kes yang saya paparkan di atas tadi iaitu kes pengeboman
di Jepun( bom atom ) dan serangan Amerika di Iraq. Kedua – dua kes ini
memperlihatkan penderitaan yang amat ketara ke atas rakyat Jepun dan Iraq yang
tidak berdosa seperti wanita dan kanak – kanak. Amat jelas wanita dan kanak – kanak
tidak terlibat langsung dalam peperangan walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Di
sini persoalan yang serupa akan timbul iaitu apkn wajar pengadilan moral dijatuhkan
ke atas tindakan Amarika? Apa yang jelas sejarah mesti diutarakan dalam bentuk apa
yang sebenarnya terjadi. Maka kalau itulah caranya sudah jelas tanpa perlu
menekankan ayat pengadilan moral secara khusus ke atas tindakan Amarika Syarikat
mengakibatkan kematian berjuta – juta manusia yang tidak berdosa. Di sini dengan
jelas manusia telah menjatuhkan pengadilan moral ke atas Amarika Syarikat yang
telah menyebabkan kemusnahan ke atas kedua – dua negara tadi. Kesan di sini dengan
jelas Amarika Syaraikat dengan jelas melanggar hak asasi manusia di Jepun dan Iraq.

Kesimpulan
Kesimpulannya, memang soal menjatuhkan pengadilan moral tidak seharusnya
diketepikan dalam pentafsiran sejarah. Ini kerana seseorang ahli sejarah perlu
memikul tanggungjawab tersebut. Ini berlaku apabila menggunakan sesuatu perkataan
maka sudah menunjukkan satu bentuk pengadilan moral telah berlaku sama ada secara
13
R.Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Merican and Sons. Kuala Lumpur, 1985,hlm.118.
sedar ataupun tidak sedar. Agak sukar agar tidak menggunakan perkataan membunuh,
berperang, penindasan, rampasan, rogol dan sebagainya dipisahkan daripada
penulisan dan pentafsiran sejarah. Seandainya dipisahkan juga maka penulisan itu
pincang tanpa makna. Malah catatan sejarah yang dipaparkan akan menjadi amat mati
dan kaku. Lantaran itu pengadilan moral merupakan antara unsur atau kaedah dalam
melakukan penyelidikan bagi menghasilkan sesuatu penulisan sejarah yang baik.
Mahu tidak mahu seseorang ahli sejarah harus membuat penilaian moral
dalam penganalisaan penulisan dan pentafsiran sejarah yang dipaparkan. Sikap pro,
anti atau neutral dalam persoalan pengadilan moral sudah pasti mengakibatkan
rentetan sejarah seterusnya. Kalau ahli sejarah tidak mahu menjatuhkan pengadilan
moral di atas sesuatu peristiwa sejarah, sudah tentu pembaca atau bukan ahli sejarah
sudah pasti membuat pengadilan moral untuk mereka. Pokoknya, jalan keluar
daripada masalah ini bukanlah lari daripadanya ‘tetapi memperlengkapkan lagi ahli
sejarah dengan kemahiran yang berkait...’.14
Saya berpendapat sebagai seorang ahli sejarah, pengadilan moral dalam
pentafsiran sejarah adalah tidak semestinya diketepikan begitu sahaja. Seandainya
pentafsiran sejarah tidak dipaparkan tentang pengadilan moral akan menyebabkan
paparan sejarah itu tidak bermakna dan tidak lengkap. Pembaca akan terasa digantung
tanpa penghujungnya dan menjadi tidak menarik. Semestinya sesuatu pentafsiran
sejarah tentang pengadilan moral harus dipaparkan supaya menjadi pengajaran kepada
genarasi akan datang. Tanpa sejarah kehidupan kita tidak lengkap dan menyukarkan
kita untuk maju kehadapan yang mana sejarah akan menjadi panduan kepada kita.

14
Qasim Ahmad, Karya Sejarah: Pendekatan dan persoalan. Pengadilan moral dalam kes Nazi Jerman,
hlm.143.

Anda mungkin juga menyukai