Anda di halaman 1dari 4

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBME 1203 : PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 1


SEMESTER MEI 2010
TUGASAN KURSUS (30%)
___________________________________________________________________________

ARAHAN

1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan persoalan
yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat
dan relevan.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “arial” saiz 12 dilangkau baris
1.5 pada kertas bersaiz A4.

3. Tugasan hendaklah dihantar sebelum/ pada Tutorial 4 ATAU mengikut arahan yang akan
diumumkan kemudian.

4. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

6. Tugasan ini perlu disiapkan secara individu.

7. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan yang
diplagiat tidak akan diterima dan markah sifar (0) akan diberikan.

1
SOALAN TUGASAN

Di dalam kehidupan manusia, nilai berperanan sebagai pengukur yang akan mengarah
pembentukan tingkah laku. Nilai membimbing individu untuk memasuki suatu situasi dan
bagaimana individu bertingkah laku dalam situasi tersebut (Rokeach, 1973). Dalam konteks
ini, nilai akan memberi arah pada sikap, keyakinan dan tingkah laku seseorang, serta memberi
pedoman untuk memilih tingkah laku yang diinginkan pada setiap masa. Di dalam Huraian
Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral terdapat 17 nilai murni yang menjadi pegangan serta
teras membimbing dan membentuk keperibadian anak-anak murid kita agar menjadi
warganegara yang bersikap toleransi, berbudi bahasa, berakhlak dan mulia pekerti.

Dengan memilih sebuah buku teks bacaan Bahasa Melayu peringkat sekolah rendah, buat satu
analisis tentang kekerapan nilai murni yang terdapat di dalam buku tersebut.

Penulisan anda perlulah memasukkan perkara berikut:

(a) Konsep dan penjelasan 17 nilai murni yang terdapat di dalam Huraian Sukatan
Pelajaran.

(b) Analisis tentang kekerapan nilai di dalam buku teks yang dipilih.

(c) Cadangan anda untuk mempraktikkan 17 nilai tersebut kepada setiap murid di sekolah.

[Jumlah: 30 Markah]

2
PANDUAN PELAJAR

Anda dinasihatkan:
1. Membuat pembacaan atau mengakses maklumat berkaitan dengan nilai yang
dibincangkan sama ada daripada buku teks, jurnal ataupun laman sesawang (web)
yang berwibawa. Bahan daripada wikipedia adalah dilarang.

2. Setiap maklumat yang dipetik sama ada petikan langsung ataupun secara rumusan
perlulah dinyatakan sumbernya dengan menggunakan sistem APA.

3. Buat analisis jumlah kekerapan setiap nilai yang terdapat di dalam buku teks tersebut.
Sebagai bukti, nyatakan petikan dan muka surat yang berkaitan.

4. Gunakan peratusan untuk mengukur kadar kekerapan nilai yang terdapat di dalam
buku teks.

5. Penulisan anda perlulah dalam bentuk penulisan ilmiah. Cadangan skema penulisan
anda adalah seperti berikut:
(i) Pendahuluan yang menjelaskan tentang perkaitan nilai dan pembentukan
moral.
(ii) Objektif penulisan
(iii) Definisi konsep yang akan membantu menggerakkan penyelidikan dan
penulisan.
(iv) Konsep dan penjelasan tentang 17 nilai serta fungsinya dalam pendidikan
(v) Analisis dalam bentuk peratusan. Gunakan jadual untuk menjelaskan kadar
kekerapan.
(vi) Perbincangan tentang hasilan dapatan analisis
(vii) Cadangan
(viii) Penutup

6. Berbincang dengan tutor anda untuk mendapatkan penjelasan dan panduan yang lebih
sempurna.

3
PANDUAN TUTOR/ PENSYARAH

1. Tutor diharapkan akan dapat membimbing pelajar untuk mencari maklumat yang
berkaitan daripada buku teks, jurnal, ataupun laman web.

2. Bimbing pelajar menulis secara ilmiah. Gunakan sistem APA dan tunjukkan cara menulis
sumber petikan yang betul.

3. Bimbing pelajar cara membuat pengiraan peratusan dengan menggunakan SPSS 16.5 atau
yang terkini.

4. Bimbing pelajar cara membuat jadual dalam penulisan ilmiah yang betul.

Anda mungkin juga menyukai