Anda di halaman 1dari 7

Sejarah Tudung

Share3

>> Tuesday, November 17, 2009

Sejarah pemakaian tudung kepala ini sebenarnya bermula berkurun lamanya sebelum
kedatangan Islam. Sejarah Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung kepala
diamalkan oleh rahib wanita mereka. Dengan kedatangan Islam wanita diperintahkan
Allah untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi belahan dada. Menurut
hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah r.a menceritakan kisah ketika Surah An Nur
ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus
melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja
kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan
membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Petanda keimanan mereka
terserlah dengan sikap Sami’na Wa’ato’na (Kami mendengar dan kami taat) terhadap
apa jua perintah dan ketetapan Allah tanpa perlu melihat rasional dan hikmah yang
terselindung di sebalik perintah tersebut.

Dengan berlalunya masa, kemerosotan iman dan penghayatannya berlaku di kalangan


umat Islam. Penjajah pemikiran dan sekutunya bertungkus-lumus menjauhkan umat
Islam daripada ajaran Islam yang sebenar. Antara usaha mereka adalah menanggalkan
tudung dari kepala wanita Islam. Mereka berjaya meyakinkan wanita bahawa untuk
maju, mereka harus mengikut budaya Barat dan bebas daripada penindasan agama
melalui cara berpakaian. Cara hidup sekular dan propaganda pembebasan wanita pun
dimainkan. Shah Iran pada tahun 1936 misalnya memulakan polisi membuka tudung
wanita dan memaksa mereka berpakaian cara Barat. Pemandu teksi akan dikenakan
denda sekiranya membawa wanita bertudung dan polis disuruh mencabut tudung
wanita yang berjalan di jalanraya. Malah arahan diberikan supaya tudung wanita ini
dikoyakkan sekiranya mereka memakainya di khalayak umum. Di Malaysia sendiri
sebelum tahun 1970-an, amat jarang wanita memakai tudung kecuali mereka di
pedalaman dengan fesyen menampakkan jambul.

Dengan bermulanya era kebangkitan Islam zaman 1970-an dan 1980-an, wanita kembali
kepada penghayatan Islam yang sebenar. Mereka menyedari kewajiban menutup aurat
dan dengan kesedaran dan kerelaan sendiri mereka mula memakai tudung. ‘Tudung
dakwah’ adalah sinonim dengan cara pemakaian tudung yang betul mengikut syariat
selari dengan golongan dakwah yang mengamalkannya.

Lama-kelamaan amalan ini meresap ke dalam masyarakat sehingga menjadi semacam


kewajiban yang tersirat dan dijadikan sebahagian pakaian seragam sekolah. Akibatnya,
kian ramai yang mengenakan tudung hanya kerana terpaksa, sebagai pakaian seragam
ataupun kerana mengikut perkembangan fesyen semasa dan bukannya bersandarkan
kefahaman dan kesedaran untuk mengamalkan syariat Allah. Tidak sedikit yang
mencemari kesucian tudung yang dipakai dengan terlibat dalam pelbagai kelakuan
yang tidak bermoral lagi sumbang.

Namun, fenomena ini juga tidak bertahan lama. Idea-idea asing atas nama pembebasan
wanita dan perjuangan menuntut hak wanita mula bertapak di Malaysia, kali ini dalam
bentuk pemikiran Islam Liberal yang mempersoalkan hal tudung ini. Menggunakan
platform kebebasan individu utnuk mengamalkan agama dan hak asasi manusia,
mereka mempersoal dan menimbulkan kekeliruan yang bukan sedikit dalam
masyarakat.

Beberapa peristiwa mutakhir di Malaysia menunjukkan keruncingan kemelut tudung


ini. Antaranya:

• Pengetua SMK Abdullah Munshi di Pulau Pinang, melarang pelajarnya yang


berumur 15 hingga 18 tahun daripada mewakili sekolah dalam perlawanan bola jaring
peringkat negeri kerana membuka tudung semasa bermain [News Straits Times 23 Mac
2006];
• Di Pahang, seorang guru di sebuah sekolah aliran agama, Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Teluk Sentang telah menggunting tudung labuh pelajarnya seramai
65 orang kerana tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh mereka [Utusan
Malaysia bertarikh 25 Februari 2006];
• Seorang pegawai Akaun, Habsah Jaafar dibuang kerja kerana majikanny, Hotel
Renaissance tidak membenarkan beliau memakai tudung semasa bekerja [Utusan
Malaysia 27 Februari 2006];
• Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Omar Bakri semasa bertugas pernah
memeranjatkan banyak pihak dengan kenyataannya mewajibkan polis wanita wanita
memakai tudung semasa bertugas dengan alasan keseragaman [News Straits Times 22
Mac 2006]; Namun isu ini diredakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia yang menyatakan bahawa pemakaian tudung hanyalah
pilihan, bukan wajib, kecuali untuk perbarisan rasmi, di mana mereka perlu mengikuti
peraturan [Mingguan Malaysia 26 Mac 2006];

Sebelum ini, isu pemakaian tudung pelajar MRSM dan Universiti Islam Antarabangsa
telah pun mencetuskan kontroversi. Antara hujah mereka yang menentang
penguatkusaan tudung sebagai pakaian seragam samada di sekolah mahupun dalam
pasukan beragam adalah kerana ia kononnya mencabuli kebebasan individu dan
menurut mereka terdapat khilaf ulama berhubung bentuk pakaian wanita Islam
khususnya dalam pentafsiran Surah An Nur ayat 31. Mereka mahukan ayat ini ditafsir
semula mengikut citarasa dan kehendak nafsu mereka. Sedangkan jumhur ulama
sebenarnya sudah sepakat berhubung dengan maksud ayat ini dan meletakkan garis
panduan cara berpakaian bagi wanita dan lelaki menurut syariat (lihat di bawah).

Di peringkat antarabangsa pula, isu tudung bagi wanita Islam terus mencetuskan
kontroversi. Kes Ahli Parlimen terkemuka Turki, Merve Safa Kavakci daripada Parti
Kebaikan Turki yang dipecat kerana bertudung, Shabina Begum, 17 tahun di London
dan empat pelajar Singapura yang dinafikan persekolahan juga kerana bertudung, terus
menjadi antara kes sekularisme vs Islam yang akan tersimpan dalam lipatan sejarah.

Selain itu, tindakan Perancis mengharamkan pemakaian tudung di sekolah awam telah
mencetuskan demonstrasi besar-besaran di Eropah menentang tindakan yang tidak
bertamadun ini. Ribuan wanita turun membanjiri jalan raya London membawa
sepanduk menegaskan bahawa hijab adalah satu kewajiban dan menjadi pilihan wanita
Islam untuk mengamalkan ajaran agama mereka. Hijab juga melambangkan kebebasan,
bukan penindasan terhadap kaum wanita. Dengan berhijab, wanita menuntut supaya
mereka dinilai dan dilihat atas dasar keimanan dan kebijaksanaan serta budi pekerti
dan bukan hanya bahan tontonan objek **** semata-mata.

Bagaimana pula sikap kita yang sedang membaca?

Tudung dan Syariat


Isu tudung tidak seharusnya menjadi polemik dalam masyarakat. Ia bukan soal etika
berpakaian. Bagi Muslim, menutup aurat adalah perintah agama yang wajib
dilaksanakan. Orang yang menggunakan ayat Allah dalam permulaan ayat 256 Surah
Al Baqarah yang bermaksud “Tiada paksaan dalam agama…” sebagai sandaran tidak
boleh menguatkuasakan perintah bertudung telah melakukan kebatilan dalam agama.
Memang benar tiada paksaan dalam menganut agama Islam. Namun, setelah yakin
Islam adalah ajaran hidup yang benar, semua umat Islam tidak terkecuali daripada
menjalankan peritah Allah secara keseluruhannya sebagaimana firman Allah dalam
surah yang sama pada ayat awal dari surah Al Baqarah ayat 208 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya,


dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi
kamu"

Perihal kewajiban menutup aurat telah dijelaskan secara terperinci oleh Allah dalam
surah An Nur ayat 31 bermaksud:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat


pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan
mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung
kepala mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka; …

Golongan Islam Liberal menghujah bahawa kalimat khumur sebagai sekeping kain
untuk menutup dada (maka cukup dengan memakai selendang di dada tanpa perlu
menutup rambut) sedangkan tafsiran jumhur ulama adalah melabuhkan tudung yang
sedia dipakai itu menutup rambut dan menutup belahan dada.

Cara Menutup Aurat – Panduan Syariat

Al Quran dan As Sunnah tidak memperincikan bentuk atau warna hijab atau tudung
(sebahagian makna dari hijab), mahupun pakaian yang harus digunakan oleh wanita
Muslim. namun, ulama memberikan garis panduan cara berpakaian mengikut landasan
syariat. Antaranya ialah:

1. Tiada bentuk atau fesyen tertentu bagi pakaian wanita Islam;


2. Pakaian mestilah menutup seluruh anggota aurat dengan sempurna;
3. Pakaian mestilah longgar dan tidak nipis supaya tidak menonjolkan susuk tubuh;
4. Tidak dengan tujuan untuk bermegah seperti memakai pakaian yang melampau
mahalnya, fesyen dan warna yang ketara sehingga membezakannya dengan orang lain
dan menarik perhatian;
5. Tidak terlampau zuhud dengan memakai pakaian yang terlalu lusuh sehingga
menimbulkan ujub dalam diri,
6. Tidak menyerupai pakaian lelaki .

Hijab – Satu Sistem Sosial yang Lengkap

Perintah untuk kita mengamalkan Islam secara keseluruhannya mempunyai makna


yang mendalam sebab Islam merupakan satu cara hidup yang lengkap yang akan
menjamin kesejahteraan hidup umat manusia sekiranya dilaksanakan dengan
sempurna. Salah satu daripada peraturan hidup Islam adalah sistem hijab iaitu satu
peraturan sosial yang mengatur kehidupan manusia terutamanya dalam hal-hal yang
membabitkan perhubungan dan pergaulan antara lelaki dan wanita. Perintah ini tidak
hanya untuk wanita, malah mesti dilaksanakan dan dipatuhi oleh kaun lelaki
sebagaimana penegasan Allah dalam sebelumnya iaitu ayat 30 surah An Nur di mana
arahan ini diperintahkan terlebih dahulu kepada kaum lelaki yang beriman.

"Katakanlah kepada lelaki beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan


memelihara kemaluannya…"

Panduan yang merangkumi perintah untuk lelaki dan wanita termasuklah:


1. Menjaga dan menundukkan pandangan.
2. Menjaga kemaluan.
3. Memakai pakaian menutup aurat.

Sementara perkara berikut dikhususkan untuk wanita sahaja di atas hikmah


tertentu:
1. Melabuhkan tudung ke dada.
2. Tidak mempamerkan perhiasan kecuali yang biasa nampak.
3. Tidak menghentakkan kaki untuk menunjukkan perhiasan yang tersembunyi.
4. Tidak bertabarruj atau bersolek termasuk memakai wangian di luar rumah.
Jelas di sini tiada diskriminasi gender dalam Islam. Yang ada hanyalah peraturan
tertentu sesuai dengan perbezaan kejadian lelaki dan wanita. dasar
kesamarataan antara insan lelaki dan wanita dalam Islam termaktub jelas dalam
Al Quran, antaranya dalam surah Al Hujurat ayat 13 yang bermaksud:

"Wahai Manusia! Sungguh Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki
dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku agar kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling
mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa"

Sementara hakikat perbezaan kejadian dan tindakan lelaki dan wanita


dinyatakan Allah di dalam Al Quran dalam surah Al Lail ayat 3 dan 4 yang
bermaksud:

"Dan demi makhluk ciptaanNya lelaki dan perempuan. Sesungguhnya amal


usaha kamu itu berbeza-beza"

Hijab dan Sains

Semenjak dahulu lagi hijab dikenakan dalam syariat Kristian dan lain-lain
syariat.Namun walaupun penafian terhadap hijab ini amat hebat ia tetap
menepati ciri fitrah manusia yang semulajadi membantu dalam gejala sosial,
akhlaq dan kesihatan.

Kesihatan? Ya, hijab punya nilai tambah dalam soal kesihatan badan. Ini
dilaporkan dalam artikel The Science Behind The Veil di IslamOnline.net tulisan
Karima Burns yang mengatakan:

Ujian menunjukkan 40-60 % daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang


melalui kepala jesteru menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal
suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga
bermanfaat bagi kesihatan dimusim panas. Pakar otak, V.G Rocine mengatakan
fosforus otak akan mencair pada suhu 108° Fahrenheit. Keadaan ini boleh
berlaku apabila seseorang terdedah kepada panas terik tanpa menutup kepala.
Pencairan fosforus boleh menyebabkan fungsi otak menurun dan akan memberi
beberapa kesan negatif kepada otak.

Artikel Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Research Institute


Online juga menyatakan bahawa :

Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105° Fahrenheit ia


amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan menjejaskan kesihatan otak.
Jesteru kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas.

Ya melihatkan fesyen pada baju kini kebanyakannya ditambahkan sekali


penutup kepala contohnya baju sejuk tebal yang berfungsi mengawal suhu
badan dan mengelak kehilangan haba badan serta kelupasan kulit. Ini adalah
sebenarnya melihatkan faktor cuaca. Namun Muslim bukan memakai sesuatu
pakaian disebabkan faktor cuaca tetapi adalah perintah Allah yang menuntut
Muslim itu menutup auratnya.

Penutup

Pemakaian tudung adalah suatu kewajiban syarak. Ia bukanlah isu pilihan


peribadi dan mengenai hak asasi. Tanggapan bahawa adalah salah menghukum
seseorang kerana ia tidak memakai tudung merupakan suatu tanggapan yang
terpesong.

Tudung juga tidak bolehdianggap sebagai adat budaya orang Melayu sahaja
dalam konteks Malaysia ini. Orang Melayu dulu, memakainya kerana agama
Islam yang mereka anuti. Bagi umat Islam di Malaysia, pendidikan mengenai
tudung, hakikat syaraknya dan cara pemakaiannya yang betul hendaklah
diperbetul dan diperhebatkan. Ini adalah perlu sebab ramai antara kaum
Muslimin dan Muslimat di Malaysia tidak difahamkan dengan jelas, samada
oleh individu di sekelilingnya, masyarakat, keluarga mahupun pemerintah
tentang kewajiban mengenakan tudung dan pakaian menutup aurat yang sah di
sisi syarak. Dengan pemahaman ini, masyarakat akan lebih peka mengenai
aturan syarak dalam penutupan aurat. Seterusnya, ini akan menimbulkan
kepekaan yang amat tinggi dalam masyarakat, tegur-menegur atas kebaikan,
khususnya dalam isu pemakaian tudung dan pakaian menutup aurat yang betul
akan berleluasa dan rahmat Islam akan menyelubungi seluruh umat.

Di samping pendidikan dan teguran, hukuman takzir juga boleh


dilaksanakan oelh negara Islam yang berdaulat kepada sesiapa yang tidak
melaksanakan pemakaian tudung dan pakaian Islam yang sah di sisi syarak. Ini
pernah dilakukan oleh Sultan Abdul Hamid II, Khalifah Uthmaniyyah Turki,
dengan mengeluarkan pekeliling mendenda wanita yang tidak memakai tudung.

Akhirnya, perintah menutup aurat dan berhijab ini hanyalah sebahagian kecil
daripada banyak sistem dan cara hidup Islam yang telah ditinggalkan dan
diambil ringan. Sistem hijab mestilah dijalankan seiring dengan sistem
kehidupan Islam yang lain merangkumi sistem pemerintahan, ekonomi,
perundangan, penghukuman, pendidikan dan sosial. Dengan ini barulah
kesejahteraan umat yang sebenarnya yang dijanjikan Islam dapat direalisasikan.
Ini memerlukan kerjasama yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak
untuk melaksanakannya.