Anda di halaman 1dari 16

Meneroka Alam Percintaan

15 February 2005
Kaum lelaki digeneralisasikan sebagai mudah tertarik kepada
pasangannya dan lebih cenderung mendapatkan keseronokan dalam
perhubungan. Cinta bagi wanita pula adalah sesuatu yang tulus
ikhlas. Ia dikatakan sebagai penentu terbaik terhadap masa depan
perhubungan intim yang terjalin.

Alam percintaan adalah alam yang dilalui oleh hampir kesemua


individu. Ia berlaku apabila individu itu mempunyai pasangan untuk
dating. Pada dasarnya, ia adalah suatu fasa masa yang dilalui oleh
pasangan bercinta bagi menyelami hati budi masing-masing,
memastikan
kesesuaian untuk dijadikan pasangan hidup dan meningkatkan
kemesraan
bagi memudahkan penyesuaian apabila memasuki alam
perkahwinan. Ia
selalu digambarkan dengan kemanisan, kebahagiaan, keseronokan
dan
lain-lain perkara yang indah-indah. Namun, terdapat juga individu
yang sering terpedaya dengan keindahan alam percintaan. Kerana
hipokrit, sikap dan tingkah laku buruk tidak dipertontonkan. Jika
ada pun, pasangannya menganggap ia sesuatu yang remeh dan boleh
dipertimbangkan kemudian.

Keasyikan bercinta membuatkan mereka ini memberi tumpuan


kepada
perkara yang baik dan manis sahaja. Malah, akibat terlalu
menurutkan
nafsu, ada yang terjerumus ke kancah keruntuhan moral yang begitu
menjijikkan. Begitulah antara senario alam percintaan yang cukup
hebat pengaruh serta kesannya ke atas keseluruhan kehidupan
seseorang individu.
Apa itu cinta?

Cinta adalah emosi manusia yang universal. Cinta juga sejenis


perasaan tersendiri yang dilahirkan dalam bentuk tingkah laku. Ia
sukar didefinisikan dengan tepat kerana ia bergantung pada konteks
rujukan. Malah, ajaran Islam juga menuntut umat-Nya supaya
mempunyai
perasaan cinta iaitu mengasihi dan menyayangi diri sendiri dengan
tidak melakukan perkara mungkar, mengasihi dan menyayangi
saudara
seagama juga makhluk Tuhan yang lain seperti haiwan dan
tumbuhan.

Dalam konteks praperkahwinan, cinta adalah suatu perasaan yang


wujud
dalam diri individu apabila dia menyukai orang yang berlainan
jantina atas sebab tertentu seperti kecantikan paras rupa, kebaikan
hati budi, kebijaksanaan, kesihatan fizikal, kemesraan dan
keramahan
mulutnya. Seseorang juga boleh jatuh cinta disebabkan oleh faktor
lain seperti sosioekonomi, bangsa, agama dan pendapatan.

Lelaki dan wanita mempunyai cara tersendiri dalam meluahkan


perasaan
cinta dan menyatakan komitmen dalam sesebuah perhubungan intim.
Pada
umumnya, lelaki lebih mementingkan aspek instrumental seperti
perkongsian aktiviti dan menjadi teman. Namun, kaum wanita lebih
mementingkan aspek emosional iaitu perkara yang berkait- an
dengan
perapatan, perkongsian rahsia peribadi dan komunikasi.

Cinta adalah aspek penting dalam kehidupan. Oleh kerana itu, cinta
memainkan peranan yang besar dan kesannya begitu kritikal ke atas
kehidupan. Ini kerana ada individu yang sanggup mengorbankan
masa,
tenaga, harta benda demi cinta. Malah ada juga segelintir individu
yang sanggup mengorbankan maruah dan nyawa demi cinta yang
dianggap
begitu sejati. Namun, sejauh manakah kita dapat mengetahui bahawa
cinta itu sejati, ikhlas ataupun hanya sekadar mainan kehidupan,
kupasannya dalam ‘jenis cinta’.

Bagaimana lelaki bercinta?

Orang lelaki digeneralisasikan sebagai individu yang mudah tertarik


kepada pasangan dan lebih cenderung mendapatkan keseronokan
dalam
perhubungan. Kebanyakan hubungan yang diwujudkan oleh lelaki
adalah
dengan hasrat untuk jatuh cinta dengan pasangannya.

Bagaimana wanita bercinta?

Cinta bagi wanita pula adalah sesuatu yang tulus ikhlas. Ia


dikatakan sebagai penentu terbaik terhadap masa depan perhubungan
intim yang terjalin. Selain tarikan fizikal, wanita lazimnya
mempertimbangkan aspek lain seperti emosi dan ekonomi yang ada
pada
pasangannya sebelum meneruskan hasrat cinta. Wanita juga lebih
serius dalam hubungan cinta. Selain itu, wanita lebih ekspresif
apabila mereka memberi komitmen yang tinggi pada pasangannya.

Bagaimana lelaki memikat wanita?

Kaum lelaki lazimnya cuba memikat wanita dengan melakukan aksi-


aksi
tertentu. Antaranya adalah dengan melontarkan satu renungan tajam
kepada seseorang wanita yang diminatinya. Ini bertujuan untuk
memberitahu bahawa dia begitu berminat dengan wanita itu dan
berhasrat supaya mendapat respons atau reaksi positif daripadanya.
Selain itu, terdapat juga sesetengah lelaki yang berlagak macho
dengan mempamerkan susuk badan yang gagah dengan harapan ada
gadis
yang akan terpikat atau tertarik padanya. Apabila lelaki
berkesempatan untuk berkomunikasi dengan wanita yang
diminatinya,
dia akan menceritakan berkenaan kebaikan dirinya, kejayaan hidup-
nya
dan lain-lain gambaran positif berkenaan diri dan kehidupannya. Ini
bertujuan untuk memberitahu wanita itu bahawa dia adalah seorang
yang baik hati, berwawasan dan berjaya dalam hidup. Tidak kurang
juga lelaki yang menunjukkan sikap pemurah sebagai cara hendak
memikat wanita. Mereka berbudi dengan memberikan hadiah,
belanja
makan, mengajak untuk bersiar-siar menaiki kenderaannya dengan
hasrat dapat memancing hati wanita itu. Namun, berwaspadalah
kaum
wanita kerana tidak semua lelaki bersikap ikhlas dan jujur.

Bagaimana wanita memikat lelaki?

Kaum wanita turut mempamerkan aksi-aksi tertentu dengan tujuan


memikat lelaki ataupun dengan harapan ada lelaki yang terpikat
padanya. Seperti juga lelaki, apabila wanita mula meminati
seseorang
lelaki, dia memberi renungan tajam dengan harapan lelaki itu
menyedari ada individu lain yang menghargai kehadirannya dan
memerhatikan gerak-gerinya. Sebagai balasan, wanita mengharapkan
respons positif daripadanya. Walau bagaimanapun, tidak semua
wanita
mempunyai ‘keberanian’ untuk bertingkah laku demikian. Selain itu,
terdapat sesetengah wanita yang menonjolkan diri dengan bersolek
supaya ada lelaki yang tertarik padanya. Walau bagaimanapun,
kaedah
ini agak keterlaluan bagi masyarakat beragama Islam dan perbuatan
sebegini biasanya dilakukan oleh orang Islam yang kurang kesedaran
keagamaan ataupun kurang berpegang teguh kepada ajaran agama.
Malah,
Islam hanya membenarkan wanita bersolek dan berhias untuk tatapan
suami sahaja.

Wanita juga akan berpenampilan menarik sebagai tujuan memikat


lelaki. Penampilan itu adalah daripada berbagai-bagai aspek seperti
penonjolan bentuk badan, cara berpakaian dan cara berjalan. Dalam
kaedah ini, walaupun seseorang itu kurang kelihatan menarik
daripada
segi rupa paras, mereka masih boleh lagi kelihatan menarik dengan
menggayakan penampilan tertentu. Kesempatan ini harus diambil
oleh
kaum wanita untuk mempamerkan ciri wanita anggun dan bergaya
tetapi
pada masa yang sama menjaga kesopanan diri. Ini kerana bagi lelaki,
bagi mendapatkan keseronokan, mereka akan berkawan dengan
sesiapa
sahaja (wanita) asalkan wanita itu respons padanya dan dapat
memenuhi keperluan instrumental. Namun, untuk dijadikan teman
hidup,
mereka tetap memilih wanita yang baik, bersopan santun, berakhlak
mulia, menjaga kehormatan diri.

Apakah perlakuan orang bercinta?

Semasa bercinta, terdapat beberapa perlakuan yang lazim


dipamerkan
oleh kedua-dua pasangan bagi menunjukkan rasa cinta masing-
masing.
Bagi individu yang suka berterus terang, mereka akan menyatakan
perasaan cinta secara lisan tanpa berselindung supaya pesan yang
disampaikan adalah jelas.

Namun, ada juga individu yang tidak selesa untuk berterus terang,
lalu hasrat cinta dilafazkan secara perlahan-lahan semasa
berkomunikasi berkenaan isu seperti perkongsian maklumat diri dan
juga kisah semasa ataupun dengan menunjukkan perasaan cinta
secara
kebendaan contohnya, menghadiahkan bunga mawar ataupun kereta
mewah
ataupun memberikan uang. Ada juga yang menunjukkan perasaan
cinta secara bukan kebendaan contohnya, menyokong pendapat
ataupun
menghormati pendirian. Selain itu, terdapat juga yang tidak
menyatakan sebarang perasaan cinta, berkomunikasi secara intim
atau
memberikan hadiah, namun menunjukkan rasa cintanya dilahirkan
dengan
mendekatkan jarak fizikal apabila mengadakan temu janji (berada
pada
jarak yang lebih hampir berbanding sebelum bercinta).

Bagaimana proses bercinta?

Individu yang sedang bercinta juga dikatakan melalui beberapa


proses
sebelum mencapai suatu bentuk hubungan yang benar-benar stabil di
mana kedua-duanya sudah bersedia untuk memasuki alam
perkahwinan.

Pada peringkat permulaan, kedua-dua pasangan berasa selesa di


mana
masing-masing saling memahami antara satu sama lain. Dalam hal
ini,
konsep kufu memainkan peranan penting. Latar belakang individu
mempengaruhi kesesuaian kedua-dua pasangan dalam menjalin
hubungan.

Apabila kedua-dua pasangan sudah berasa selesa dan serasi, akan


timbul keyakinan hendak mendedahkan maklumat diri masing-
masing dan
berkongsi rahsia peribadi. Walau bagaimanapun, ada juga individu
yang berhati-hati dalam mendedahkan maklumat diri kerana masih
memikirkan risiko ataupun kesan negatif jika hubungan cinta itu
tidak sampai ke jinjang pelamin. Selepas memperoleh keadaan yang
selesa juga, masing-masing akan menyatakan perasaan atau hasrat
yang
tersendiri.

Apabila kedua-dua pasangan sudah berkongsi mak-lumat dan rahsia


peribadi serta meluahkan perasaan masing-masing, akan wujud sikap
saling memerlukan antara satu sama lain untuk berkongsi
berbagai-bagai perasaan seperti gembira, sedih dan sebagainya. Pada
peringkat ini, lazimnya aktiviti berjumpa atau dating semakin kerap
dilakukan dan hidup seolah-olah tidak lengkap tanpa ‘si dia’. Hati
seperti tidak tenteram jika tidak dapat bertemu dengan ‘si dia’
dalam suatu tempoh masa.

Dengan ini, akan wujud suatu keperluan lain yang lebih intim iaitu
keperluan untuk sayang menyayangi dan kasih mengasihi. Pada
tahap
ini, kedua-dua individu berupaya menunjukkan komitmen yang
tinggi
pada pasangan masing-masing.

Dalam konteks budaya Malaysia, perhubungan itu dikata-kan intim


apabila berlaku perkongsian emosi dan wujud komitmen antara dua
individu, lelaki dan wanita. Lazimnya, mereka yang intim
memperuntukkan sebilangan masa untuk berkongsi aktiviti seperti
makan, beriadah dan menonton. Pasangan yang terlibat dalam
hubungan
intim saling mempercayai antara satu sama lain dan sanggup
berkorban
apa sahaja demi pasangan. Maka, di sinilah setiap individu perlu
sedar dan berwaspada serta memainkan peranan aktif sebagai
individu
yang berakhlak mulia dan beretika bagi mengelak daripada
melakukan
perkara yang melanggar norma sosial masyarakat. Ahli masyarakat
seperti ibu bapa, jiran tetangga dan rakan taulan yang berada di
sekeliling juga perlu berperanan aktif dan bertanggungjawab dalam
mengawasi pasangan seperti ini bagi mengelak daripada berlakunya
perkara tidak bermoral.

Apakah jenis cinta saya dan pasangan?

Secara sedar ataupun tidak, berdasarkan pengalaman, pembacaan


ataupun pemerhatian, setiap individu yang bercinta mempunyai gaya
tersendiri dalam menunjukkan rasa cinta masing-masing. Kajian
menunjukkan terdapat enam jenis cara gaya cinta yang biasa
dipertontonkan oleh individu yang sedang bercinta iaitu Eros, Ludus,
Storge, Mania, Agape dan Pragma (Lee, 1973). Walau
bagaimanapun,
perlakuan cara gaya cinta individu tidak terhad kepada satu sahaja
dan boleh berubah mengikut masa dan pasangan yang berbeza.

Eros diklasifikasikan sebagai cinta romantik. Daya tarikan fizikal


diutamakan dalam jenis cinta ini (cinta pandang pertama). Cinta
jenis ini juga dicirikan oleh percampuran emosi, keasyikan, seksual
yang kuat dan mereka yang menggayakan cinta jenis ini ingin
menikmati kegemilangan dalam cintanya.

Ludus adalah cinta permainan. Ia digambarkan dengan individu yang


mempunyai ciri mementingkan diri sendiri, suka menggoda tetapi
tidak
inginkan hubungan intim, tidak gemarkan pasangan yang terlalu
bergantung, kurang mesra dan tiada rancangan jangka panjang. Cinta
jenis ini juga dikelaskan sebagai cinta yang tiada komitmen dan
banyak kerahsiaan.

Terdapat juga individu yang lebih menitikberatkan per-kongsian


aktiviti berbanding penglibatan emosi yang mendalam dalam
hubungannya. Mereka yang sebegini dikategorikan sebagai individu
yang menggayakan cinta jenis storge iaitu cinta kawan karib di mana
perasaan itu terhasil daripada perhubungan erat dan mesra yang
sudah
lama terjalin. Mereka yang berada dalam kategori jenis ini dikatakan
lebih logikal di mana perkongsian harapan adalah secara terbuka,
jarang merajuk dan rasa cemburu dan seandainya perpisahan terjadi,
ia tidak akan menimbulkan kerisauan.

Individu yang menunjukkan kecintaan mereka dengan cara yang


keterlaluan atau melampau digelar Mania. Mereka ini mahukan rasa
kepunyaan dan sentiasa memikirkan berkenaan pasangan, kasih
sayang,
mahukan perhatian, kepastian dan ketulusan yang berpanjangan.
Mereka
juga mengawal dan mengongkong pasangan, cemburu buta dan
sentiasa
berada dalam kerisauan kerana bimbang cinta akan berkurangan atau
hilang.

Pragma atau cinta logikal adalah cinta yang lebih praktikal dan
realistik. Individu yang menggayakan cinta jenis ini suka
memikirkan
keuntungan peribadi dalam perhubungan. Mereka juga inginkan
keserasian latar belakang mereka dengan pasangan yang ingin
didampingi. Perasaan cinta hanya timbul selepas membuat
perhitungan
bahawa pasangan itu benar-benar layak untuknya.

Agape adalah cinta pengorbanan. Individu yang mempunyai cinta


jenis
ini berhati mulia, mesra dan tidak mengharapkan balasan daripada
orang yang dicintainya serta sedia memaafkan kesilapan
pasangannya.
Mereka memberikan kasih sayang dengan sepenuhnya, berusaha
membahagiakan pasangan dan sanggup menangguhkan kepentingan
sendiri
demi pasangan. Individu yang berada dalam kategori ini sering
ditindas atau dimanipulasikan oleh pasangan. Walau bagaimanapun,
mereka menganggap penindasan hanya suatu yang tidak
disengajakan!

Sudahkah saudara mengenal pasti jenis cinta saudara sendiri?


Sudahkah saudara mengetahui jenis cinta yang digayakan oleh
pasangan
saudara? Maka, sejauh manakah ketulusan dan keaslian cinta saudara
berdua? Sekiranya saudara pasti terdapat penipuan dan penindasan
dalam hubungan cinta, apa tindakan yang wajar diambil? Dengan
maklumat dan pengetahuan yang ada, jawapan di tangan saudara!

Cinta boleh juga dikelaskan kepada lapan bentuk mengikut variasi


kemesraan, komitmen dan keghairahan (Steinberg, 1987).

· Liking adalah cinta yang mempunyai dimensi kemesraan sahaja.

· Empty adalah cinta yang mempunyai unsur komitmen sahaja.

· Infatuation adalah cinta yang dicirikan oleh unsur keghairahan


sahaja.

· Companionate adalah gabungan kemesraan dan komitmen.

· Romantic adalah gabungan kemesraan dan keghairahan.

· Fatuous adalah gabungan komitmen dan keghairahan.

· Consummate adalah gabungan unsur kemesraan, komitmen dan


keghairahan.

· Nonlove tiada sebarang komponen cinta.

Bagaimana saya hendak berdepan dengan masalah putus cinta


sekiranya
ia terjadi?

Fenomena putus cinta adalah lumrah dalam kehidupan terutama


ketika
zaman remaja. Ia adalah suatu proses yang menyedihkan, namun
tahap
kesedihan itu bergantung pada tahap keseriusan hubungan yang
sudah
sekian lama terjalin.

Fenomena ini berlaku atas kerelaan kedua-dua pihak ataupun


disebabkan desakan satu pihak sahaja. Ia lazimnya terjadi atas
beberapa sebab:

· Tiada keserasian atau kesesuaian antara pasangan dalam aspek


tertentu.

· Mempunyai pilihan yang lebih baik.

· Tiada kejujuran

· Tiada kesetiaan

· Hilang kepercayaan

Walau apa pun yang terjadi, fenomena putus cinta ini tidak perlu
dijadikan penghalang untuk kita meneruskan kehidupan ini. Dengan
itu, seseorang yang telah mengalami putus cinta harus berfikiran
positif dan menerima hakikat kehidupan supaya mengelak daripada
berlaku perkara negatif seperti tidak mahu berkahwin seumur hidup,
melabel kaum lelaki atau wanita dengan ciri yang negatif dan
membunuh diri.

Fikirkanlah rasional-rasional di bawah bagi mengatasi kesedihan dan


kekecewaan yang dialami dan seterusnya meningkatkan semangat
untuk
terus berjuang dalam hidup.

Mengambil langkah lebih berwaspada

Apa yang dialami seeloknya dijadikan pengajaran dan pengalaman


yang
tidak ternilai harganya. Ini dapat membantu individu ketika
berhasrat hendak menjalin hubungan cinta dengan pasangan lain.
Fenomena ini juga membuatkan seseorang itu berfikiran lebih
matang
dalam mengharungi kehidupan yang sememangnya penuh dengan
dugaan
dan cabaran.

‘Manusia semuanya tidak sama’

Kita tidak boleh beranggapan semua lelaki atau wanita adalah sama.
Ini kerana setiap individu mempunyai tret personaliti yang
tersendiri. Mungkin selepas daripada peristiwa itu, kita akan
menemui seorang insan yang lebih baik dan sesuai untuk kita jadikan
teman hidup.

Sudut Informasi

Prejudis

Prejudis adalah sikap emosional yang negatif atau memandang


rendah
pada kumpulan sosial tertentu. Prejudis dapat mengakibatkan
diskriminasi kepada kumpulan sosial itu. Apabila diskriminasi
berlaku, sesebuah kumpulan sosial tidak akan mendapat peluang atau
hak yang sama rata dalam perkara tertentu.

Contoh, jika saudara (seorang wanita) yang sudah di-kecewakan


seorang lelaki, saudara menganggap semua lelaki adalah tidak setia
atau jujur dalam percintaan. Ini adalah prejudis kerana saudara
meletakkan sikap yang sekata dan tidak rasional kepada golongan itu
di atas kesalahan seorang individu sedangkan tidak semua lelaki
bersikap begitu.

Oleh yang demikian, mari kita bersama membanteras sikap negatif


yang
tidak bertempat ini. Antara langkah yang dapat dilaksanakan adalah
membuang amalan prejudis, berhati-hati dan jangan mudah percaya
dengan stereotaip yang dibuat oleh masyarakat sekeliling, sentiasa
ingat berbeza tidak semestinya seseorang itu rendah statusnya dan
mencari maklumat berkenaan individu yang ingin didekati secara
khusus.

‘Dia bukan jodohku’

Kita harus menerima kenyataan, bekas pasangan kita itu bukan orang
yang benar-benar sesuai untuk dijadikan pasangan hidup. Mungkin
ini
suatu ketentuan daripada Tuhan untuk menunjukkan bahawa ‘si dia’
bukan jodoh kita.

Sekiranya saudara yang memutuskan hubungan cinta…

Ketahuilah bahawa bekas pasangan saudara terluka dan saudara


harus
benar-benar bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan
masalah
atau konflik yang berlaku antara saudara dengan bekas pasangan dan
juga antara anda dengan masyarakat sekeliling.

Sekiranya saudara ditinggalkan oleh pasangan….

Perasaan sedih, marah dan lain-lain perasaan negatif adalah perkara


normal. Saudara perlu menguatkan semangat dan memikirkan
bahawa
saudara masih dapat hidup gembira tanpa pasangan dan menganggap
apa
yang berlaku sebagai takdir dan ketentuan Ilahi.

Bagaimana saya hendak mengawal rasa kecewa?


Berikut adalah beberapa teknik ringkas yang sesuai, praktikal dan
mudah bagi mengawal kekecewaan dan lain-lain perasaan negatif:

Gambaran berpandu

Individu harus membayangkan imej yang dapat memberi


ketenteraman,
ketenangan, kerehatan dan faedah lain dengan cara yang realistik.
Misalnya membayangkan beliau berada di pantai, melihat kehijauan
rimba, berada di tepi air terjun ataupun di kaki gunung. Amalkan
se-lama lima minit untuk beberapa kali setiap hari.

Kenal pasti dan terima kelemahan diri

Ramai individu yang meletakkan matlamat yang tidak realistik yang


akhirnya memusnahkan diri sendiri. Dengan berlandaskan prinsip
tiada
manusia yang sempurna di muka bumi ini di samping memikirkan
matlamat yang mampu dicapai berdasarkan kekuatan dan kelemahan
diri,
tekanan dapat diredakan.

Mencari sokongan sosial

Mengikut teknik ini, individu perlu mencari orang yang dapat


dipercayai bagi menceritakan masalah atau meluahkan perasaan yang
tertekan. Kaedah ini juga berupaya mengurangkan tekanan
seseorang.

Menulis berkenaan perasaan

Perasaan, pemikiran ataupun pengalaman yang membuat seseorang


itu
rasa tertekan diluahkan dalam bentuk tulisan. Kaedah ini juga
berupaya membuatkan seseorang itu menghadapi situasi tekanan
dengan
lebih baik.

Apabila kecewa, bagaimana saya dapat memujuk diri sendiri?


Terdapat banyak perkara positif yang membolehkan saudara
mempunyai
kehidupan yang lebih baik Katakan pada diri saudara:

“Saya masih mempunyai keluarga yang penyayang yang memang


sebelum
ini pun setia dalam memberi sokongan dalam hidup saya. Banyak
lagi
aktiviti berfaedah yang dapat dilakukan bersama keluarga tersayang
mahupun dengan kawan-kawan yang dapat meninggalkan kenang-an
manis
dalam hidup saya, misalnya pergi berekreasi, melancong ataupun
menonton wayang.” Jadikan tindak-an melupakan perkara yang
menggugat
ketenangan dalam hidup anda suatu kepuasan dalam hidup.

“Saya masih mempunyai harta bagi meneruskan ke-hidupan ini. Saya


boleh buat apa sahaja dengan harta saya bagi memperoleh
kesejahteraan dan kebahagiaan hidup dengan pelbagai cara.”

“Kekecewaan dalam hidup saya tidak sedikit pun men-jejaskan taraf


pendidikan saya. Dengan pendidikan yang baik, saya mampu
meningkatkan taraf ekonomi dan mempunyai status sosial yang
baik.”

“Saya berpegang teguh pada takdir Tuhan, kekecewaan yang dialami


tidak boleh menggugat keimanan saya. Malah peristiwa sebegini
membuatkan saya lebih berpegang teguh kepada ajaran agama dan
percaya bahawa segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.”

“Sedarlah bahawa kehilangan kekasih bukan bermakna saya


kehilangan
pekerjaan. Malah peristiwa sebegini berupaya membuatkan saya
lebih
tekun dan komited terhadap tugas di pejabat.”

“Kegagalan dalam satu perkara dalam hidup masih tidak mampu


memusnahkan keseluruhan matlamat hidup saya. Begitu banyak
alternatif yang boleh difikirkan dalam mengejar matlamat hidup.”
“Saya juga mempunyai hobi. Tumpuan yang lebih boleh diberi
kepada
hobi terutamanya pada waktu lapang supaya seluruh kehidupan diisi
oleh aktiviti yang penuh bermakna. Hobi juga dapat mendatangkan
kepuasan dan kegembiraan dalam hidup saya.”

“Kesihatan diri harus mendapat keutamaan dalam apa juga keadaan.


Tahap kesihatan yang baik membolehkan saya melakukan pelbagai
aktiviti berfaedah. Jangan terlalu mengikut kata hati.”

“Saya masih ada ramai saudara, kawan yang dapat menyokong saya
sewaktu saya susah dan sedih.”

“Saya perlu membina harapan baru walaupun selepas mengalami


pelbagai
peristiwa sedih dan menyayat hati, harapan baru perlu dibina dalam
diri untuk terus berjuang dalam hidup.”

Sudut Informasi

Bandingan kadar tekanan

Tahukah saudara, peristiwa yang berlaku dalam sesebuah hubungan


erat
(cinta) berupaya menimbulkan tekanan pada diri saudara? Tekanan
yang
dialami ini jika tidak diatasi bakal mengundang masalah psikologi
yang lebih serius yang mampu menggugat seluruh kesejahteraan
hidup
saudara.

Berikut adalah bandingan kadar tekanan (0 hingga 100) yang dialami


berdasarkan suatu kajian ke atas golongan remaja.

Mempunyai kekasih yang penipu 85

Putus cinta 85

Masalah kewangan 84
Menipu kekasih 77

Berkrisis dengan kekasih 73

Mengekalkan hubungan cinta 55

Membina hubungan (cinta) baru 47

love two times-the doors

Anda mungkin juga menyukai