Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN 2

Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk

semangat cintakan warisan bangsa di kalangan rakyat Malaysia?

Bangunan bersejarah melambangkan identiti negara. Setiap rakyat seharusnya

berbangga sebagai rakyat Malaysia. Dengan memelihara dan memulihara bangunan

bersejarah, rakyat dapat mengunjungi bangunan bersejarah yang kekal utuh sehingga kini.

Ekoran itu, semangat patriotisme dan berbangga dengan sejarah negara akan dapat diterapkan

ke dalam diri setiap rakyat.

Rakyat juga dapat mewujudkan semangat setia negara dengan berasa bersyukur

sebagai warganegara Malaysia. Hal ini kerana pemimpinnya sentiasa mengingati saat

Malaysia dijajah bertujuan memastikan sejarah lama tidak berulang seterusnya menjamin

kemerdekaan negara. Pengekalan bangunan bersejarah memberikan gambaran betapa

pentingnya setiap rakyat menghayati sejarah negara.

Di samping itu, ia juga mendorong rakyat mengamalkan semangat kekitaan

terutamanya saling bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain. Sikap-sikap ini

dapat dipupuk apabila adanya perpaduan dan saling bantu-membantu antara satu sama lain

mengekalkan harta warisan negara ini. Lantaran itu, tidak akan wujud sikap mementingkan

diri dan menganggap tugas tersebut hanya membabitkan pihak tertentu sahaja.
Tambahan pula, rakyat akan terdorong untuk sentiasa berusaha dan lebih produktif.

Bangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai tempat tarikan pelancong terutamanya dari luar

Malaysia untuk mengetahui sejarah negara ini dengan lebih dekat. Selain dikenali di serata

dunia, penjanaan ekonomi negara juga dapat ditingkatkan. Rakyat seharusnya menyokong

dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara.

Anda mungkin juga menyukai