Anda di halaman 1dari 10

PERANAN ALQURAN DALAM PEKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI

ISI KANDUNGAN

1. PENGHARGAAN
2. PENDAHULUAN
3. KEPENTINGAN AL-QURAN DALAM PEKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI
a. AL-QURAN SEBAGAI BUKTI SAINS DAN TEKNOLOGI
b. AL-QURAN SEBAGAI PENGGALAK KAJIAN SAINS DAN TEKNOLOGI
c. AL-QURAN SEBAGAI SUMBER BELBAGAI ILMU SAINS
d. AL-QURAN SEBAGAI PENGGALAK PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
e. AL-QURAN SEBAGAI RUJUKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI
f. AL-QURAN SEBAGAI PENGUKUH IMAN DAN TAQWA
g.
4. KESAN MENGABAIAN ALQURAN DALAM PERKEMBANGAN SAINS DAN
TEKNOLOGI
5. KESIMPULAN
6. BIBILIOGRAFI
PENGHARGAAN

“ Segala pujian dan kesyukuran yang tidak terhingga hanya bagi Allah Rabbal Alamin, kerana
dengan taufik dan inayahNya kita sentiasa berada di dalam curahan hidayah dan rahmatNya
sepanjang masa, Tuhan yang Maha Agung, Maha Bijaksana lagi Maha Pengasih kepada
hamba-hambaNya Amin ya Rabbal Alamin.”

“ Selawat dana salam semoga tercurah ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,
keluarganya, sahabat-sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti serta mengasihaninya
dengan cara yang baik dan ikhlas hingga ke hari kiamat.”

Sesungguhnya dengan izin Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui telah memberi
kesempatan waktu kepada kami untuk menyiapkan tugasan kam ini yang bertajuk ‘Peranan Al-
Quran Dalam Sains dan Teknologi’. Tanpa izinNya nescaya tidak mungkin usaha ini akan
menjadi kenyataan. Rasa syukur yang tidak terhingga di atas segala kurniaanNya kepada kami
kerana diberikan ketabahan dan kesabaran dalam meneruskan perjuangan kami dalam
menempuh segala liku-liku hidup di alam yang fana ini. Tugasan yang kami sediakan ini
amatlah berguna kepada rakan-rakan seperjuangan kami untuk menghayati dan manilai sejauh
mana indahnya Al-Quran ataupun kitab Allah SWT yang mana merupakan panduan hidup kita
sebagai umat Islam di dunia mahupun di akhirat kelak. Alam yang diciptakan oleh Allah SWT
kepada kita ini juga berkait rapat dengan sains dan teknologi dimana ianya sudah termaktub
dalam isi kandungan Al-Quran itu sendiri. Adakah kita semua sedar apa yang terjadi dalam
hidup atau dunia ini telah dirancang oleh Allah SWT. Sebagai contohnya, pergerakan atau
putaran planet dalam orbitnya tanpa berlaku sebarang perlanggaran antara satu sama lain.

Sejak Al-Quran diturunkan hingga ke ahri ini, ramai ulama telah menghabiskan waktu untuk
menghafal dan mengkajinya. Apabila mereka kembali ke Rahmatullah, mereka telah
meninggalkan khazanah ilmu pengetahuan yang sangat berharga kepada generasi baru yang
tetap utuh seiring dengan peredaran waktu dan zaman. Meskipun ilmu-ilmu yang ada hubung
kait dengan Al-Quran telah digali dengan segala kemampuan, namun ia tetap memerlukan
ulama dan intelektual Islam meneroka kandungan Al-Quran untuk mengambil butir-butir hikmah
di dalamnya. Di kalangan sasterawan, pujangga dan penyair, secara kompetitifnya mereka
membuat penilaian dan sekaligus mengambil keistimewaannya, namun tiada satupun penilaian
yang tepat kecuali penilaian yang telah dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w., dalam sabdanya
yang bermaksud :

“ Kitab Allah terkandung kisah orang-orang sebelum kamu dan menceritakan mengenai
orang-orang yang sesudah kamu. Ia merupakan hokum di kalangan kamu dan pasal
(bahagiannya) bukanlah sembarangan. Orang yang mengabaikannya akan dihancurkan
Allah dan orang yang menjadikan sesuatu selainNya sebagai petunjuk, ia akan
disesatkan oleh Allah. Ia merupakan tali yang kukuh, peringatan penuh hikmat dan jalan
yang lurus dengan pedomannya, jiwa tidak akan tergoncang dan lisan pula tidak akan
melampau….”
PENDAHULUAN

Al-Quran banyak memainkan peranan dalam kehidupan kita seharian kerana Al-Quran
merupakan panduan hidup kita sebagai umat Islam atau hamba Allah di atas muka bumi ini. Al-
Quran juga banyak memainkan peranan dalam bidang Sains dan Teknologi. Untuk mempelajari
disiplin Ilmu Tafsir Al-Quran, kajian terhadap ‘Ulumul Quran’ iaitu cabang-cabang ilmu yang
mempunyai hubungkait dengan Al-Quran merupakan tuntutan mutlak kepada kita. Untuk
merealisasikannya, tumpuan khusus dan pembahasan secara mendalam adalah diperlukan.
Ulumul Quran merangkumi cara penurunannya, pengumpulan, penyusunan, dan
pembukuannya. Tujuan rangkuman pembahasan tersebut adalah untuk memahami
‘Kalamullah’ berdasarkan keterangan dan penjelasan dari Rasulullah s.a.w. dan riwayat yang
disampaikan oleh para sahabat dan tabi’in r.a. yang berorientasikan penafsiran mereka
terhadap ayat-ayat Al-Quran.

Al-Quran merupakan mukjizat abadi yang bersifat menyeluruh dimana ianya sesuai untuk
semua bangsa dengan berbagai macam etniknya dan sentiasa sesuai dengan peredaran
zaman. Seorang penyair pernah berkata yang berbunyi :

“ Para Nabi terdahulu telah datang dengan pelbagai mukjizat. Setelah mereka wafat,
lenyaplah mukjizat-mukjizat itu. Namun engkau datang dengan mukjizat Kitab Suci (Al-
Quran) yang tidak akan lenyap sepanjang masa.”

Kebenaran atau realiti bukan hanya terhad kepada perkara lahiriah, walaupun ada yang
berpegang kepada seeing is believing, terdapat kebenaran yang belum terungkai oleh sains
semasa yang mungkin difahami mendalam oleh sains masa depan. Contoh mudah bagaimana
kegunaan gelombang, arus elektrik, pengaruh alam ghaib seperti bacaan jampi dan sebagainya
serta banyak lagi perkara yang tidak difahami oleh saintis kuno tetapi akhirnya difahami jelas
dan ianya telah digunakan secara meluas pada masa kini.

Sains Islam merupakan satu disiplin ilmu yang bersumberkan wahyu Illahi dan intelek. Ia
mempunyai hubungan secara langsung dengan metafizik. Sains Islam juga mempunyai prinsip-
prinsip yang selari dengan ajaran dan konsep dalam Islam kerana ianya bersumberkan wahyu
Allah S.W.T.. Sains dalam Islam ialah suatu ilmu yang membicarakan tentang alam tabi’e, sifat
alam dan interaksinya dengan persekitaran.

Sains juga dapat membantu manusia mencapai tauhid kerana hakikat keesaan Allah terzahir
pada peringkat alam tabie’. Menurut kosmologi Islam, alam tabie’ wujud dalam dalam kesatuan
iaitu semua bahagian alam kait-mengait antara satu sama lain. Al-Quran juga telah menyebut
bahawa segala yang terdapat di langit dan di bumi adalah ayatullah iaitu tanda-tanda Allah (The
Sign of God/The Sign of Creator).
Pengertian Al-Quran, Sains Dan Teknologi

Al-Quran adalah Kalamullah yang berupa Mukjizat. Al-Quran diturunkan kepada penutup para
Nabi dan Rasul (Nabi Muhammad s.a.w.) melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. yang tertulis
pada masahif. Ia diriwayatkan kepada kita secara mutawattir, membacanya adalah dianggap
satu ibadah. Ia dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas. Definisi ini
telah disepakati oleh para ulama. Al-Quran yang diturunkan oleh Allah S.W.T. adalah sebagai
panduan menempuh norma kehidupan dan petunjuk umat. Keunggulannya merupakan bukti
kebenaran Rasulullah s.a.w. di samping sebagai bukti yang nyata terhadap kemahiran dan
kerasulan baginda. Al-Quran juga merupakan hujah abadi hingga ke hari akhirat.

Kandungan Al-Quran telah memberikan isyarat hal-hal yang pelik tentang sebahagian ilmu
pengetahuan alam mahupun sains moden sebelum disiplin ilmu itu sendiri mampu
menemukannya. Kemudian Al-Quran juga membuktikan bahawa penemuan-penemuan baru
yang berdasarkan kepada metode penelitian ilmiah itu ternyata sama sekali tidak bertentangan
dengannya. Al-Quran bukanlah buku psikologi, mahupun fizik. Akan tetapi Al-Quran
merupakan kitab petunjuk dan bimbingan, kitab tasyri’ dan ishlah. Meskipun demikian, banyak
dijumpai ayat-ayatnya yang berupa penunjuk yang cukup mendalam dalam pelbagai disiplin
ilmu sama ada sosiologi, kedoktoran (perubatan), dan antropologi.

Sains pula boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang boleh dibuktikan kebenarannya melalui
ujian empirical atau eksperimen. Berdasarkan English Oxford Dictionary, sains ditakrifkan
sebagai suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau dengan
fakta-fakta yang ditinjau dan disusun secara bersistem dan dihimpun dalam bentuk hokum-
hukum umum, dan ia termasuklah kaedah-kaedah yang boleh dipercayai untuk menghasilkan
kebenaran baru di dalam lapangannya sendiri. Sains dikenali sebagai satu disiplin yang menilai
sesuatu tinjauan dan maklumat secara objektif, bukannya subjektif seperti intuisi, sangkaan
atau emosi. Sains merupakan satu percubaan mencari kebenaran dengan kaedah-kaedah yang
rasional dan emperikal.

Maksud teknologi boleh didefinisikan berdasarkan dua segi iaitu melalui segi bahasa dan segi
istilah. Dari segi bahasa merujuk kepada bahasa Yunani (Greek) yang boleh dibahagikan
kepada dua iaitu ‘Techne’ (seni atau kerja tangan) dan ‘Logos’ (wacana atau kata-kata
sistematis atau teori). Dari segi istilah pula ialah ilmu pengetahuan dan tindakan yang
bersistem. Teknologi juga biasanya dikaitkan dengan proses dalam industri. Selain itu, teknologi
juga berkaitan dengan kegiatan yang berkaitan dengan sains kejuruteraan. Teknologi juga
merupakan pengkajian kaedah-kaedah dan teknik-teknik pembuatan barang dan perindustrian.

Sains dan teknologi berkait rapat dengan ajaran Islam dan kita tidak diizinkan untuk
memisahkan kehidupan manusia termasuk sains dan teknologi dari dasar-dasar dan prinsip-
prinsip agama. Secara ringkasnya, sains dan teknologi adalah ilmu yang teratur dan teruji untuk
membuktikan kebenaran realiti alam semesta iniberdasarkan ujikaji dan penelitian zahir (fizik,
kimia, biologi dan yang seumpanya).
Tokoh-Tokoh Sains Dan Teknologi Yang Merujuk Al-Quran

Prof. Dr. Maurice merupakan seorang guru besar dan ahli bedah kenamaan di
Perancis. Beliau mendapati bahawa semua ayat-ayat al-Quran masuk akal dan dapat
mendorong untuk memajukan sains dan teknologi. Beliau telah memeluk Islam secara diam-
diam setelah beliau membaca ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa Fira’un mati kerana
tenggelam di laut dan jasadnya telah diselamatkan oleh Allah (Yunus: 92). Setelah beliau
membaca ayat tersebut, beliau mencari mayat Fira’un tersebut. Setelah menemui mayat Fira’un
tersebut, beliau bedah mayat tersebut dan menemui bahawa sel-sel saraf Fira’un menunjukkan
bahawa kematiannya benar tenggelam di laut. Setelah menemukan bukti yang hebat ini, beliau
terus yakin bahawa al-Quran itu wahyu daripada Allah dan memeluk agama Islam.

Syah Waliyyullah merupakan seorang doktor yang sangat bijak dan pandai dalam
mengesan penyakit. Beliau mengesan penyakit hanya melalui simtom-simtom dan gerak nadi
pesakit yang dirawatnya. Setelah mengetahui penyakit yang dihadapi oleh pesakit, beliau dapat
member ubat atau penawar yang sesuai untuk memulihkan penyakit tersebut. Justeru, beliau
juga sedar bahawa punca kejatuhan umat Islam ialah kerana umat Islam jauh dari al-Quran dan
tidak menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan yang paling utama. Oleh sebab itu, beliau
menterjemahkan al-Quran dalam bahasa Farsi yang boleh di fahami maknanya.

____________________________________________________________________________

KEPENTINGAN AL-QURAN DALAM PEKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI


Seperti mana yang kita tahu bahawa al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad dan disebarkan kepada setiap manusia. Al-Quran juga merupakan wahyu yang sangat
lengkap yang melibatkan pelbagai aspek, tidak kira sama ada dalam aspek duniawi dan ukhrawi.
Oleh sebab itu, al-Quran sangat penting dan mempunyai banyak kepentingan dalam perkembangan
sains dan teknologi.

Antara kepentingan al-Quran dalam perkembangan sains dan teknologi ialah al-Quran menjadi
rujukan yang paling utama dalam perkembangan sains dan teknologi. Di sini kita dapat lihat
bahawa tokoh-tokoh Islam yang terdahulu berjaya mencipta dan menguasai ilmu seperti ilmu
matematik, fizik, kimia, astronomi, perubatan dan sebagainya dengan menjadikan al-Quran sebagai
rujukan. Mereka bukan sahaja menjadikan al-Quran sebagai rujukan malah mereka mengkaji al-
Quran untuk mengetahui apa yang terkandung dalam al-Quran.

Seterusnya, kepentingan al-Quran dalam perkembangan sains dan teknologi ialah agar dapat
melahirkan iman dan taqwa terhadap Allah dalam diri setiap insan. Iman dan taqwa sangat
penting dalam diri setiap insan kerana kemajuan dalam sains dan teknologi jika tidak ditunjangkan
dengan iman dan taqwa akan menyebabkan sains dan teknologi disalahgunakan dan merosakkan
manusia. Justeru, akan melahirkan manusia yang sombong, bakhil, tamak, mementingkan diri,
penindasan dan kezaliman, yang dapat kita lihat masa kini bahawa Israel menindas dan berlaku
kejam terhadap penduduk Palestien.

Sehubungan hal ini, jika kita menjadikan al-Quran sebagai satu kepentingan dalam
perkembangan sains dan teknologi, sains dan teknologi tidak akan disalahgunakan, sepertimana
yang berlaku pada zaman moden ini. Sebagai contoh, sains dan teknologi yang digunakan oleh Israel
yang hanya mahu menindas dan bertindak kejam serta tidak berperikemanusiaan terhadap orang
Palestin.

Sebagai mana yang kita telah ketahui, al-Quran meupakan kitab yang mengandungi ayat-ayat
yang tersusun cantik dalam bentuk petunjuk. Sesungguhnya Allah yang maha bijaksana menurunkan
ayat-ayat seperti ini untuk mengajak manusia supaya berfikir, mengkaji dan mamahami segala
ilmu yang terkandung di dalam al-Quran. Sekiranya al-Quran menjelaskan segalanya dengan
terlalu tererinci, nescaya manusia akan malas untuk berfikir dan hanya bergantung sepenuhnya
dengan apa yang terdapat dalam al-quran. Ini membuatkan pemikiran umat manusia tidak dapat
berkembang dan lebih maju.

Al-Quran juga sering dijadikan sebagai pencetus idea dalam mana-mana cabang ilmuan
sains dan teknologi. Ini merupakan satu peranan penting al-Quran dalam penciptaan alat-alat
mahupun teknologi-teknologi baru. Tidak dapat dinafikan pelbagai ciptaan-ciptaan hebat sejak zaman
dahulu hingga kini dicetuskan oleh al-Quran. Teknologi-teknologi yang dihasilkan banyak digunakan
oleh umat manusia untuk kelangsungan hidup mereka. Teknologi-teknologi seperti lampu, kapal
terbang, elektrik, dan lain-lain digunakan dgn sangat meluas dan segalanya datangnya dari al-Quran,
pencetus idea para saintis yang teragung.

____________________________________________________________________________________

KESAN PENGABAIAN ALQURAN DALAM PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI


Allah berfirman;

”Jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu merujuknya kepada
(Kitab) Allah dan (Sunnah) Rasul jika kamu bena-benarr beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Tindakan demikian adalah paling baik (bagi kamu) dan paling elok akibatnya”

(Surah an-Nisa’, ayat 59).

Menurut kepada maksud ayat al-Quran di atas telah menunjukkan bahawa, seorang
muslim wajib merujuk al-Quran dan sunnah. Al-Quran merupakan kitab yang syumul, oleh itu
seorang muslim wajib untuk merujuk al-Quran sepertimana umat Islam suatu masa dahulu
sehingga berjaya dalam menguasai bidang sains dan teknologi. Terdapat banyak kesan
mazmumah dan negatif jika seseorang muslim mengabaikan al-Quran dalam kemajuan sains
dan teknologi yang merupakan rujukan yang lengkap daripada Allah kepada hambaNya.

Antara kesan pengabaian al-Quran dalam sains dan teknologi ialah umat Islam akan
menjadi lemah. Umat Islam yang lemah mengakibatkan orang barat dengan mudahnya akan
mengambil kesempatan terhadap umat Islam sehingga menyebabkan maruah umat Islam jatuh.
Justeru, umat Islam menjadi semakin mundur dan ketinggalan yang dapat dilihat bahawa umat
Islam lebih kepada pengguna daripada pencipta yang dapat menguntungkan kuasa asing atau
orang barat.

Selain itu, penjajahan ke atas negara Islam akan berlaku. Ini semua akibat daripada
kurangnya kemajuan dalam sains dan teknologi sehingga mengakibat umat atau negara Islam
tidak dapat mempertahankan diri daripada serangan kuasa asing malah mengharapkan
bantuan dan perlindungan daripada mereka untuk mempertahankan negara Islam. Jika perkara
ini berterusan, ini akan mengakibatkan negara dan umat Islam dengan sewenang-wenangnya
dijajah seperti yang berlaku pada masa ini. Contohnya, negara Palestin yang diduduki oleh
umat Islam telah dijajah oleh negara Israel dengan cara yang sangat kejam dan tidak
berperikemanusiaan.

Sehubungan hal ini, perkembangan dalam sains dan teknologi umat Islam lambat
dan tidak berkembang maju. Akibat daripada hal ini, negara Islam akan bergantung kepada
kuasa asing untuk mendapatkan barangan berteknologi, barangan perubatan dan pendidikan
walaupun negara Islam kaya dengan sumber alam. Sebagai contoh, dapat dilihat pada negara
Malaysia yang juga merupakan salah sebuah negara Islam. Jika dibandingkan antara negara
Malaysia dengan negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman, negara mereka lebih
maju dan mempunyai teknologi tinggi. Oleh itu, dapat dilihat di sini bahawa al-Quran perlulah
dikaji dengan lebih mendalam agar umat Islam dapat memperoleh kemajuan dalam sains dan
teknologi.

Dalam konteks pengabaian alquran dalam perkembangan sains dan teknologi, sains
dan teknologi akan digunakan dengan cara yang bertentangan dengan syariat Islam yang
dapat kita lihat pada zaman ini. Terdapat pelbagai barangan berteknologi yang dicipta tetapi
digunakan dengan cara yang tidak sepatutnya dan bertentangan dengan syariat Islam seperti
senjata canggih. Senjata canggih seperti pistol, bom, kereta kebal dan sebagainya telah
digunakan oleh sestengah orang dengan cara yang bertentangan dengan syariat Islam. Pada
zaman ini, dapat dilihat bahawa kaum Israel telah menindas kaum Palestin dengan
menggunakan senjata canggih mereka dengan cara yang sangat kejam tidak kira wanita
mahupun kanak-kanak dan bayi.

Tuntasnya, kesan pengabaian al-Quran dalam sains dan teknologi meliputi pelbagai
aspek. Antara aspek yang dapat dilihat ialah aspek sosial, politik, ekonomi, pendidikan dan
perubatan. Oleh itu, kita sebagai umat Islam yang juga merupakan umat yang terbaik di sisi
Allah hendaklah elak dari berlaku perkara seperti yang telah disebutkan di atas iaitu umat Islam
menjadi lemah, penjajahan ke atas negara Islam, sains dan teknologi umat Islam tidak
berkembang maju dan digunakan dengan cara yang bertentangan dengan syariat Islam.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, sains dan teknologi berkait rapat dengan Al-Quran. Oleh itu, Al-Quran
memainkan peranan yang besar dalam ilmu sains dan teknologi. Sains dan teknologi Islam
sememangnya berfakta, malah menerima hakikat yang kadang kala mengjangkau fizikal.
Unsure ghaib dan sebagainya adalah realiti yang mungkin belum berjaya dikaji dan dicungkil
pada masa sekarang tetapi ianya tetap benar dan kita akan memahaminya pada suatu ketika
nanti.

Sains Islam menggunakan kaedah yang paling rasional dan objektif. Ia dikatakan rasional
kerana ia mendokong kaedah berfikir secara rasional hingga berjaya mempertahankan konsep-
konsep dan teori-teorinya menerusi hujah-hujah yang diterima akal dan memenuhi syarat-syarat
logic. Sains dan teknologi Islam berpaksikan benar dan tepat dalam setiap sudut dan aktivitinya
sama ada yang dilaksanakan oleh muslim mahupun bukan muslim. Inilah yang dimaksudkan
sebagai sains dan teknologi Islam adalah bersifat objektif (terarah dan tepat) bukannya subjektif
(bebas). Objektif sesuatu perkara bukan hanya bergantung kepada fizikal malah pemikiran dan
akal (falsafah) juga.

Albert Einstein sendiri mengatakan “Science without philosophy is blind and philosophy
without science is empty”.

Ketepatan dan kebenaran sains dan teknologi Islam dari semua sudut termasuk rujukannya,
ukuran penilaian, tatacara, tindakan, keputusan, dan lain-lain.

Sains dan teknologi Islam menerima dua bentuk utama sumber kajian dan aktiviti iaitu sumber
perolehan dan sumber anugerah. Sumber anugerah termasuklah sumber wahyu, naluri,
semulajadi dan lain-lain. Sumber perolehan pula ialah semua sumber yang boleh dipelajari,
difahami dan diwarisi daripada tamadun manusia.

Semua ilmu dan perolehan teknologi yang pernah dikembangkan dalam bentuk pemikiran,
aktiviti, teori dan pencapaian tamadun manusia dirujuk dan dikembangkan oleh sains dan
teknologi Islam (Abad 7-9 Masihi) sebelum ianya dipindahkan ke barat dalam bentuk yang tidak
seimbang. Sains dan teknologi Islam yabg berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah menerima
pakai tamadun Parsi yang pernah merujuk tamadun Babilon, Hindi dan Sabean.

“Berusahalah untuk duniamu seolah kamu akan hidup selamanya dan


Berusahalah untuk akhiratmu seolah kamu akan mati esok.”

WASSALAM…

BIBLIOGRAFI
1. Afzalur Rahman. (1998). Al-Quran Dalam Berbagai Disiplin Ilmu. Jakarta: Pustaka
Nasional Pte Ltd.
2. Ir. Abdur Razaq Naufal. (1987). Al-Qur’an Dan Sains Modern. Penerbit Husaini
Bandung.
3. Sheikh Mahmud Abdul Fayid. (1989). Pendidikan Dalam Al-Quran. Semarang: Penerbit
CV Wicaksana.
4. Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan. (1994).
Tokoh-Tokoh Mujahid Islam.

Anda mungkin juga menyukai