Anda di halaman 1dari 3

CONTOH:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERANTAU DAMAI,


26700 MUADZAM SHAH, PAHANG DARUL MAKMUR.

PERLEMBAGAAN KELAB PETANQUE

1. MATLAMAT

1.0 Menjadi sebuah kelab yang dapat merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti yang
dapat memberi manfaat kepada ahli-ahli kelab.

2. OBJEKTIF

2.1 Dapat merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk ahli-ahli
2.2 Dapat mencungkil bakat kepimpinan di kalangan ahli-ahli kelab.
2.3 Dapat menjana kecemerlangan ilmu melalui aktiviti berpersatuan

3. KEAHLIAN

3.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.


3.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

4. GURU PENASIHAT

4.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.


4.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti
apabila difikirkan perlu.

5. AHLI JAWATANKUASA

5.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung Kelab Pentaque


5.2 Ahli yang hadir dan tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK.
5.3 Pemilihan AJK secara undian.
5.4 AJK kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
5.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru
Penasihat.
5.6 AJK Persatuan hendaklah terdiri :-
5.6.1 Pengerusi
5.6.2 Naib Pengerusi
5.6.3 Setiausaha
5.6.4 Penolong Setiausaha
5.6.5 Bendahari
5.6.6 AJK Kecil
5.6.7 Pemeriksa Kira-kira

5.7 Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.

6. DERMA

6.1 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang ditetapkan.
6.2 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
6.3 Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh dikenakan derma khas bagi
membiayai projek tersebut.
7. KEHADIRAN / PENYERTAAN

7.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun.
7.2 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-
hak keahlian kelab.

8. AKTIVITI

8.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Ahli
Jawatankuasa.
8.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.

9. PERATURAN-PERATURAN

9.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.


9.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
9.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

10. TINDAKAN DISIPLIN

10.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.
10.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut :
10.2.1 Amaran lisan
10.2.2 Amaran bertulis
10.2.3 Gantung keahlian
10.2.4 Pecat keahlian
10.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin, akan hilang semua hak keahlian.
10.4 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada guru penasihat Kelab Ping Pong secara bertulis dan keputusan guru
penasihat adalah muktamad.

11. PINDAAN PERLEMBAGAAN

11.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.


11.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,
Guru penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
11.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan
Membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
11.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan perlu dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua.

12. HAL-HAL LAIN

12.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
12.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan / Kelab

……………………………………
Pengetua Tarikh : 5.1.2010

Anda mungkin juga menyukai