Anda di halaman 1dari 20

PENGENALAN

Kewujudan “Negara Islam” bermula sejak zaman Rasulullah saw lagi. Bermula dengan
peristiwa penghijrahan Rasullullah saw dari kota Mekah ke Kota Madinah secara tidak
langsung menjadi titik tolak kepada bermulanya sebuah pemerintahan Islam. Pada ketika
itu , ia lebih kepada pengisian pemerintahan Islam di Madinah dalam mengukuhkan lagi
umat Islam yang baru sahaja melepasi tahap getir kesan dari penindasan kafir Quraisy
Mekah.

Penyatuan golongan Ansar dan Muhajirin secara tidak langsung telah membina satu
perpaduan kaum dan membolehkan Madinah berdiri kukuh sebagai sebuah negara yang
didiami oleh orang Islam. Kepimpinan Rasulullah saw dalam membina Madinah
diserlahkan lagi dengan termaktubnya Piagam Madinah yang menjadi perlembagaan
Negara Madinah. Ciri-ciri inilah yang menjadi landasan atau syarat kepada
pembentukkan negara Islam Madinah. [1]

Bagaimana pula dengan negara kita Malaysia. Adakah kita layak dianggap sebagai
sebuah negara Islam sepertimana yang diasaskan oleh Rasulullah saw? Persoalan inilah
yang akan kita kupas dan lihat dalam membicarakan tajuk kertas kerja ini.

DEFINISI NEGARA DAN ISLAM

Sebelum kita melangkah lebih jauh dalam mengupas tajuk kertas kerja ini, ada eloknya
sekiranya kita melihat apa yang ditakrifkan sebagai ‘Negara’ dan ‘Islam.’

‘Negara’ merupakan suatu tempat yang diduduki oleh manusia, mempunyai dasar,
perundangan dan sistem serta dibentuk oleh Khilafah, Imamah atau Amir. Menurut Ibn
Khaldun ‘Negara’ itu adalah kawasan yang diduduki oleh sekumpulan manusia dan
mempunyai perundangannya. Di samping itu terdapat unsur-unsur kehidupan dan
pentadbirnya. [2]

1
‘Islam’ merujuk kepada satu cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan
sempurna dari segala segi. Ia terbina dari asas Al-Quran dan As-Sunnah, menjadi satu
fahaman agama yang dipilih oleh Allah SWT ke atas umat manusia sebagai pedoman
hidup di muka bumi ini.
Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Imran ayat 19 yang berbunyi :

Maksudnya : Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam (Al-Imran :19)

Dalam hal ini secara ringkasnya bolehlah kita katakan bahawa maksud ‘Negara Islam’
itu lebih merujuk kepada penempatan manusia yang bertamadun kerana terdapat ciri-ciri
seperti perundangan, sistem sosial, ekonomi dan pentadbiran yang tersusun dengan
mengambil panduan dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam sistem pemerintahannya.
Sebagaimana sabda Rasulullah saw:

Maksudnya: Aku telah tinggalkan kepada kamu 2 perkara di mana kamu tiak akan
sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang kepada keua-duanya
(iaitu) kitab Allah dan Sunnah Rasulullah saw.

Di sini elok juga kita melihat maksud dan definisi ‘Negara Islam’ dari sudut pandangan
beberapa orang ulama’ yang terkenal.

2
DEFINISI NEGARA ISLAM MENURUT PARA ULAMA’

1. Syeikh Muhammad Abu Zuhrah


Negara Islam (Darul Aslam) ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintah
Islam, dalam mana kekuatan dan pertahanannya berada di tangan umat Islam. Negara
seperti ini wajib dipertahankan oleh setiap Muslim.

2. Muhamad B Hassan As-Syaibani


Negara Islam ialah negara yang dikuasai oleh umat Islam, dalam mana orang-orang
Islam beroleh keamanan di dalamnya.

3. Imam A-Fahistani
Negara Islam ialah negara yang mengguna pakai hukuman Islam ke atasnya.

4. Imam Al-Asbijabi
Memadai sebuah negara Islam dikira sebagai Dar Al-Islam apabila terlaksananya
syiar Islam di dalamnya dan umat Islam bebas melakukan Ibadat.

Manakala Imam Syafie pula berkata bahawa mana-mana negara yang pernah menjadi
negara Islam, status ini tidak akan hilang menurut hukum Fiqh Islam, sekalipun umat
Islam itu telah dikalahkan di negara berkenaan. [3]

Berdasarkan takrifan yang diberikan oleh beberapa orang Ulama’ tentang ‘Negara
Islam’, kita dapat melihat terdapat ulama’ yang mengklasifikasikan ‘Negara Islam’
sekiranya negara tersebut diperintah oleh orang Islam. Ada juga ulama’ mensyaratkan
‘Negara Islam’ mesti diperintah oleh orang Islam dan syiar serta hukuman Islam
dilaksanakan di negara tersebut.

3
Jadi, dalam mengupas tajuk ini sama ada kita boleh mengandaikan Malaysia sebagai
sebuah ‘Negara Islam’ atau sebaliknya, perbandingan haruslah dibuat dengan mengambil
konsep ‘pemerintahan Islam’ di zaman Rasulullah saw dan masa kini.

4
NEGARA ISLAM DI ZAMAN RASULULLAH SAW

Madinah merupakan kerajaan Islam yang pertama sekali wujud di zaman Rasulullah
saw. Pembentukan Madinah sebagai kerajaan Islam dibentuk dalam cara penuh hemah
dan kasih sayang. Hal ini kerana berdasarkan tindakan Rasulullah saw apabila mula-mula
menjejakkan kaki ke Madinah dengan membina sebuah masjid sebagai satu simbolik
bahwa masjid selepas pada waktu itu digunakan sebagai tempat untuk bermesyuwarah
dan berbincang tentang strategi pengukuhan sebuah negara. Institusi masjid juga
digunakan dalam menyatu padukan umat Islam.

Rasulullah saw bukan sahaja membina masjid sebagai tunjang politik tetapi juga
berjaya mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar dalam satu persaudaraan Islam.
Pada waktu itu tidak timbul sama sekali siapa yang kaya, siapa yang miskin, siapa yang
cantik atau sebagainya. Apa yang ada pada waktu itu adalah kasih sayang sesama
saudara seislam. Konsep Islam itu bersaudara dan semua manusia adalah sama di sisi
Allah SWT berjaya diterapkan dalam masyarakat Madinah pada waktu itu. Keadaan ini
membawa kepada kekuatan umat Islam pada waktu itu, malah memudahkan lagi proses
pengukuhan sebuah pemerintahan Islam. Sebagaimana Firman Allh SWT :

Maksudnya: sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara.

Kebijaksanaan Rasululah saw dalam mengukuhkan Madinah juga dapat dilihat melalui
satu perlembagaan bertulis yang dikenali sebagai Piagam Madinah atau Al-Mistaq Al
Madinah. Ini merupakan perlembagaan bertulis pertama yang pernah wujud di dunia.
Piagam ini secara tidak langsung mengikat kaum Yahudi yang pada waktu itu tinggal
bersama di Madinah. Dasar Rasulullah saw membenarkan kebebasan beragama di
Madinah (merujuk kepada anutan Yahudi) dan pentadbiran Madinah tidak pernah

5
mengamalkan paksaan dalam apa keadaan sekali pun. Secara tidak langsung rakyat
pelbagai agama dapat hidup menetap di Madinah tanpa tekanan dan penuh harmoni serta
bebas menjalankan upacara agama masing-masing asalkan mematuhi Piagam Madinah.
[4]

Hal ini secara tidak langsung membuktikan kebijaksanaan Rasulullah saw sebagai
pemimpin negara dan layak digelar Negarawan Ulung serta patut dicontohi oleh mana-
mana pemimpin dunia pada masa sekarang sesuai dengan Firman Allah SWT:

Maksudnya : Sesungguhnya pada diri Rasul itu satu contoh ikutan yang baik.

Kewujudan dan kebangkitan Madinah sebagai pusat pemerintahan Islam pada waktu itu
berjaya dicapai dalam jangka masa yang singkat. Bahkan bukan sahaja di zaman
Rasulullah saw tetapi juga di zaman selepas kewafatannya di mana para sahabat yang
empat telah berjaya mengukuhkan kedudukan Islam dari Timur hingga ke Barat dunia
sehingga menjatuhkan dua gergasi dunia pada waktu itu iaitu Rom dan Parsi. Hal ini
berlaku kerana kepatuhan sahabat kepada corak pentadbiran yang ditinggalkan oleh
Rasulullah saw dengan bersandarkan kepada dua perkara iaitu Al-Quran dan As-Sunnah
baik dalam bidang politik, ekonomi, budaya dan juga sosial. Sebagaimana sabda
Rasulullah saw:

Maksudnya: Ingatlah sesungguhnya aku diberi Al-Quran dan serupa dengannya iaitu
As- Sunnah.

6
Dari segi politik dengan jelas kita dapat melihat konsep Syura dalam Islam.
Kesepakatan dalam perbincangan tentang sesuatu isu atau perkara yang melibatkan
kepentingan umat Islam dan negara dibuat secara bermesyuwarat dengan bersandarkan
kepada Al-Quran danAs-Sunnah. [5] Contohnya, dalam urusan peperangan seperti
peperangan Uhud, Badar dan perjanjian Hudaibiyyah yang dihadapi oleh umat Islam
pada waktu itu Rasulullah saw telah memanggil para sahabat untuk berbincang dalam
menangani krisis. Konsep ini sesuai seperti Firman Allah SWT :

Maksudnya: dan bermesyuaratlah bersama-sama mereka dalam urusan peperangan


dan soal-soal keduniaan. (Al-Imran :159)

Begitu juga dari segi ekonomi, ketegasan Rasulullah saw dalam mengharamkan riba’,
judi, menipu dalam jual beli dan sebagainya sepertimana yang diperintahkan Allah SWT
telah mengukuhkan ekonomi umat Islam pada waktu itu. Tidak ada sesiapa yang
berdendam atau berasa tidak puas hati, tidak ada sesiapa yang teraniaya baik miskin atau
pun kaya dan sebagainya. Ini menunjukkan keharmonian masyarakat pada waktu itu di
bawah pemerintahan Islam. Sistem zakat yang diperkenalkan selaras perintah Allah
SWT dapat mengurangkan jurang antara kaya dan miskin serta membantu dalam
kehidupan masyarakat ketika itu. Firman Allah SWT:

Maksudnya : dan hendaklah kamu tolong menolong untuk membuat kebajikan dan
bertakwa, dan janganlah kamu tolong menolong dalam melakukan dosa
dan permusuhan. (Al-Maidah:2)

7
Dari segi sosial pula kita lihat semua masyarakat Islam dianggap sama dan dilayan
sama rata baik golongan hamba atau kaya. Status dalam masyarakat tidak menjadi
keutamaan dalam hidup. Hak kaum perempuan yang selama ini tertindas mendapat
pembelaan yang wajar. Masyarakat Yahudi dan Nasrani pula bebas mengamalkan
agama masing-masing. Di zaman Rasulullah saw juga tidak ada berlakunya
permasalahan sosial seperti hari ini. Tidak ada lagi semangat assabiyyah yang menjadi
punca perbalahan masyarakat selama ini kerana Islam mengamalkan konsep
kesamarataan. Sistem perundangan yang berteraskan hukuman hudud menjadi satu
benteng dalam menangani permasalahan sosial. Kepatuhan kepada hukum Allah SWT
dan ikutan terhadap contoh yang ditunjukkan oleh Rasul Allah menjadi satu tembok
pertahanan daripada perlakuan keji dalam masyarakat.

Jelasnya di sini, negara Islam di zaman Rasulullah saw penuh dengan keharmonian
masyarakat dan pengabadian diri kepada Allah SWT kerana faktor itulah yang menjadi
tunjang dalam pemerintahan Islam Madinah berlandas Al-Quran dan As-Sunnah.

Apakah konsep negara Islam yang ditubuhkan oleh Rasulullah saw itu berjaya
diaplikasikan oleh Malaysia. Atau adakah kita hanya mengambil separuh-separuh
berdasarkan kesesuaian dengan mengambil kira faktor dunia pada masa kini? Walau pun
hampir 10 buah negara Islam dalam OIC mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah
‘Negara Islam”, namun ada pihak mendakwa Malaysia tidak lagi layak dianggap ‘Negara
Islam’ tetapi mungkin ‘Negara umat Islam’. Walau apa pun masing-masing ada
pandangan tersendiri dengan bersandarkan kepada pemahaman masing-masing dan hujah
tersendiri. [6]

8
MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA ISLAM – SATU PERBANDIGAN

Negara Malaysia pada hari ini dianggap sebagai sebuah negara Islam. Hal ini diakui
oleh para ulama’ Islam khususnya dari negara-negara OIC. Justeru itu terdapat pertikaian
pendapat di sini berhubung dengan pengiktirafan ini, khususnya dari pihak parti
pembangkang di Malaysia. Pada pandangan golongan ini Malaysia masih belum layak
utuk diiktiraf sebagai ‘Negara Islam’ walaupun Malaysia ada ciri-ciri sebuah negara
Islam. [7]

Bagi menghuraikan persoalan ini, elok rasanya kita meninjau dari tiga aspek utama
dalam kewujudan sebuah negara Islam seperti mana yang pernah diasaskan oleh
Rasulullah saw iaitu mengambil kira aspek politik, ekonomi dan juga sosial serta sistem
peundangan negara. Dalam hal ini saya akan merujuk kepada Piagam Madinah sebagai
perbandingannya kerana ia sahajalah ‘role model’ negara Islam yang sebenarnya.

PERBANDINGAN DARI ASPEK POLITIK

Apakah dasar penggubalan pentadbiran negara ini? Dari manakah sumbernya? Jika
diteliti berdasarkan sejarah bahawa pentadbiran negara kita ini mengambil contoh dari
apa yang telah ditinggalkan oleh penjajah. Perlembagaan negara kita sendiri adalah
digubal oleh Suruhanjaya Reid (mengambil sempena Ketua Penggubal iaitu Lord Reid
– seorang pegawai British) dengan sedikit pengubah suaian dan penambahan dari segi
agama, bahasa dan kebebasan beragama di Malaysia. [8]

Keadaan ini tentunya berbeza sekali dengan Piagam Madinah yang dijadikan
perlembagaan Negara Islam Madinah. Perbezaan ini merujuk kepada sumber mana ia
digubal. Piagam Madinah digubal berasaskan dan berpandu kepada Al-Quran dan
As-Sunnah. Manakala Perlembagaan Malaysia digubal berdasarkan ide pemikiran
orang kafir dengan mengambil kira situasi masyarakat Tanah Melayu pada ketika itu.
Penambahan perlembagaan dibuat pula dengan mengambil kira kepentingan orang
melayu yang kebetulannya beragama Islam, bukan atas dasar perjuangan untuk Islam.

9
Bagaimana pula dengan kepimpinan sedia ada? Merujuk kepada pemilihan pemimpin
dan kelayakkannya. Jika pada zaman Rasulullah saw pemimpin adalah ketua agama atau
ulama atau orang yang tinggi pengetahuannya dalam agama. Lihat sahaja Rasulullah saw,
Baginda bukan sahaja seorang pemimpin, pentadbir tetapi juga seorang tentera yang
berjuang di jalan Allah, juga seorang Nabi dan Rasul. Lihat pula pemimpin dari kalangan
para sahabat yang empat, mereka bukan sahaja seorang pemimpin tetapi juga ketua
agama yang berpengetahuan tinggi dalam bidang agama, ketua tentera yang turut sama
memegang senjata dan hidup dengan begitu zuhud. Dan selepas ketiadaan mereka
ulama’lah yang sepatutnya mengambil peranan tersebut, walau pun bukansebagai
pemimpin tetapi penasihat utama kepada pemimpin. Dipendekkan cerita ulama’
adalah umarra’ dan umarra’ adalah ulama’. [9]

Walau bagaimana pun dalam zaman yang sentiasa berubah ini peranan ulama’ bukan
lagi sebagai seorang umarra’. Tidak semua ulama’ adalah umarra’. Tetapi yang pasti
tidak ada pemimpin yang ada sekarang ini adalah ulama’ atau setaraf dengannya.
Dalam konteks Malaysia pada hari, ulama’ hanya menguruskan masalah ummah tetapi
pengurusan pentadbiran negara diurus oleh Badan Eksekutif yang dipimpin oleh seorang
Perdana Menteri. Pemimpin diambil berdasarkan kelayakkan akademik, daya
kepimpinannya, semangat nasionalismenya, kepetahan bercakap dan berfikir bukan dari
pengetahuan agama dan hukum hakamnya (berlaku pemisahan antara agama dan politik).
[10]

Jadi di sini timbul satu pertentangan untuk mengaitkan Malaysia sebagai sebuah negara
Islam. Hal ini kerana dari segi siapa pemimpin sahaja tidak sama dengan apa yang
terkandung dalam Piagam Madinah. Demokrasi dalam Islam seperti yang ditunjukkan
oleh Rasulullah saw tidak kita ikuti, bahkan demokrasi ala barat menjadi panduan kita.
Demokrasi barat secara realitinya memisahkan agama dari pentadbiran. Oleh kerana
itulah tidak ada ulama’ yang menjadi umarra’ walau pun ada ulama yang berkelayakan
sebagai umarra’.

10
Sebagai sebuah negara Islam, tentunya undang-undang Islam menjadi sistem
perundangannya . Itu yang dilaksanakan oleh Rasulullah saw kepada Negara Madinah,
oleh para sahabat dan juga negara Islam selepasnya seperti kerajaan Umaiyah,
Abbasiyah, Kerajaan Islam Sepanyol, Kerajaan Fatimiah, Kerajaan Ayyubiah dan Turki
Uthmaniyyah. Sistem perundangan Islam ini diguna pakai ke atas sesiapa sahaja yang
tinggal di negara Islam tersebut walau pun dia bukan Islam. Dan perlaksanaannya
berjalan lancar tanpa masalah. Bagaimana pula dengan Malaysia? Sistem perundangan
utama kita bukan perundangan Islam tetapi dari apa yang kita petik dari barat khususnya
Britain. Kita cuma ada Mahkamah Syariah yang mengadili kes-kes syariah kecil itu pun
hanya membabitkan nafkah, kahwin dan cerai. Kuasanya begitu terbatas dan paling
menyedihkan ianya dipandang sebelah mata oleh umat Islam sendiri.

Sekiranya kita mengaku sebagai sebuah negara Islam mengapa perlaksanaan hudud
tidak dilaksanakan? Sedangkan kita adalah sebuah negara yang diperintah oleh orang
Islam sebagai ketua negara. Apakah kita mahu bersikap tolerans dengan kaum yang
bukan beragama Islam? Sekiranya itu jawapannya ada persoalan lain yang boleh
ditimbulkan iaitu di zaman Rasulullah saw sendiri hudud dilaksanakan walau pun
terdapat kaum Yahudi yang bukan Islam dan tidak timbul masalah perlaksanaannya.
Perkara yang berlaku yang menyebabkan hudud sukar dilaksanakan di Malaysia ialah
gambaran salah yang telah diberikan kepada bukan Islam sehingga menimbulkan
ketakutan. Sedangkan hudud adalah satu sistem perundangan yang sempurna. Mahu
tidak mahu hudud harus dilaksanakan. Orang yang menolak hukum Allah akan
menerima azab yang berat di akhirat kelak sebagaimana firman Allah SWT :

“ dan kami (ALLAH) telah turunkan kepada kamu kitab (Al-Quran) dengan
membawa kebenaran…maka hukumlah perkara mereka menurut apa yang

11
diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka dengan
membelakangkan kebenaran yang telah datang kepadamu” (Surah Al- Maidah :48)

DARI SUDUT EKONOMI

Dalam era negara tanpa sempadan, ekonomi juga turut mengalami satu revolusi
global. Majoriti negara diseluruh dunia ini memegang konsep ekonomi bebas dengan
menjadikan Amerika Syarikat sebagai paksi ekonomi. Dalam erti kata yang lain turun
naik bursa saham di Amerika Syarikat akan memberi kesan kepada ekonomi negara yang
lain. Tidak terkecuali Malaysia menjalinkan hubungan perdagangan dan ekonomi dengan
negara tersebut juga Amerika Syarikat merupakan pelabur terbesar di Malaysia. Mahu
tidak mahu kita terpaksa patuh pada hukum ekonomi masa kini yang mengamalkan
segala bentuk riba’, persaingan sengit, ketidak adilan dalam perniagaan apatah lagi
ekonomi kita dimonopoli oleh bukan Islam. Dalam ertikata lain kita bergantung kepada
bukan Islam dalam kehidupan kita dari segi memperolehi upah kerja, peluang pekerjaan
dan sebagainya.

Seperkara yang perlu kita sedar ialah perlaksanaan ekonomi Islam berhubung kait
dengan kepercayaan kita atau akidah kita sebagai umat Islam. Hal ini kerana aqidahlah
yang menentukan dasar dan matlamat dalam kegiatan ekonomi. Sudah jelas bahawa
sistem ekonomi barat membawa pelbagai kepincangan, permusuhan, huru hara,
peperangan yang sentiasa mengancam manusia. Lihatlah apa yang terjadi ketika
berlakunya krisis kewangan pada tahun 1998? Berapa ramai rakyat menderita kesan
sistem ekonomi yang kita amalkan sekarang. [11]

Walau pun kita cuba membebaskan diri dari terlibat dalam ekonomi riba’ namun tidak
sepenuhnya kita akan berjaya Penguasaan ekonomi bukan di tangan umat Islam.
Sedangkan dalam Islam terang-terang melarang kegiatan yang penuh dengan riba.
Keadaan ini berbeza dengan kegiatan ekonomi di zaman Rasulullah saw di mana
perlaksanaan ekonomi berlandaskan Islam dipraktikkan sepenuhnya. Malahan

12
masyarakat bukan Islam memuji sistem ekonomi Islam kerana tidak berlakunya penipuan
dan sebagainya malahan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda.

Sebagai sebuah negara yang mendakwa ‘Negara Islam’ Malaysia telah mengorak
langkah dalam mempraktikkan ekonomi berbentuk Islam. Salah satu caranya ialah
memberikan pilihan kepada masyarakat untuk berurusan secara Islam atau konvensional
terutamanya dalam sistem perbankan dan insurans Islam di mana unsur riba’ dikatakan
tidak berlaku. Bank-bank seperti Bank Islam, Tabung Haji, Bank Muamalat dan
sebagainya ditubuhkan sebagai alternatif kepada umat Islam. Begitu juga syarikat-
syarikat insurans seperti Takaful Malaysia, Takaful Nasional menawarkan insurans Islam
tanpa faedah tetapi berkonsep perkongsian. Malahan bank-bank konvesional juga turut
menawarkan rangkaian Islamic bankingnya untuk orang ramai membuat pilihan. Konsep
perbankan dan insurans Islam ini menjadi model kepada negara-negara Islam lain yang
mulai menunjukkan minat dalam perlaksanaannya di negara mereka. Setelah 16 tahun
sistem kewangan Islam ini dikatakan semakin berdaya saing di pasaran tempatan. [12]

Langkah kerajaan ini dilihat sebagai satu cara meletakkan Malaysia sebagai Negara
Islam walau pun hakikatnya kita terikat dengan ekonomi global yang dipelopori oleh
Barat.

Walau pun Malaysia cuba mengaplikasikan ekonomi bercorak Islam namun, ada pihak
yang masih mempertikaikannya iaitu di manakah pelaburan dibuat oleh bank-bank yang
berkonsepkan Islam ini. Mahu tidak mahu pelaburan akan melibatkan syarikat-syarikat
asing yang mengamalkan sistem ekonomi konvensional. Secara tidak langsung
keuntungan dari unsur riba’ juga akan menjadi sebahagian daripada keuntungan bank-
bank ini. Jadi di manakah Islamnya ekonomi tersebut. Hakikatnya selagi kita tidak
bersungguh-sungguh membebaskan diri selagi itulah kita akan terikat dan berpusing
kembali kepada ekonomi konvensional.

Jadi dalam hal ini, mungkinkah kita menganggap Malaysia sebagai sebuah negara
Islam sedangkan perlaksanaan ekonomi dalam bentuk Islam masih boleh dipertikaikan

13
dari segi pelaburannya. Contoh yang paling mudah ialah Tabung Haji, walau pun
Tabung Haji hanya merupakan institusi yang menguruskan tabungan haji tetapi
penglibatan Tabung Haji dalam pelaburan menjadikan ia sebagai satu bentuk perbankan
Islam. Pelaburan Tabung Haji rupa-rupanya selama ini telah tersasar kepada pelaburan
berbentuk perjudian tanpa disedari. [13] Hal ini bermakna ada kalanya kita tidak boleh
lari dari berdepan dengan ekonomi konvensional.

Dari segi konteks sistem zakat, memang tidak dinafikan Malaysia antara negara terbaik
dalam menguruskan zakat sama ada dari segi pungutan dan juga pengagihannya. Cuma
bezanya masyarakat Islam di Malaysia ada yang masih lari dari tanggungjawab
membayar zakat dan tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan samada
tindakan sivil atau pun syariah. Suasana ini sangat berbeza pada zaman Khalifah Abu
Bakar As-Siddiq yang memerangi umat Islam yang enggan membayar zakat dalam
gerakan Ar-Riddah [14]. Begitulah ketegasan Pemimpin sebuah negara Islam di zaman
dahulu. Bandingkanlah dengan keadaan kita pada hari ini. Adakah atau tidak satu rang
undang-undang samada sivil atau Syariah yang menangkap atau mengenakan tindakan ke
atas umat Islam yang tidak membayar zakat? Tetapi berbeza halnya sekiranya umat
Islam tidak membayar cukai kerajaan mereka ini dikeluarkan pelbagai waran tangkap
dan sebagainya dan diperangi habis-habisan. [15]Di zaman Rasulullah saw dan para
sahabat semua harta pemimpin dicurahkan untuk rakyat. Rasulullah saw sendiri hidup
sehelai sepinggang. Mampukah pemimpin kita melakukan perkara yang sama seperti
mana Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya? Islamikkah negara kita?

DARI SUDUT SOSIAL

Berbalik kita ke masa pemerintahan kerajaan Islam Madinah sama ada di bawah
pemerintahan Rasulullah saw dan para sahabat, kita melihat bahawa masyarakat pelbagai
agama dan keturunan diberi layanan istimewa dari segi kebebasan diri, keluarga dan
bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing. Tidak ada penindasan, setiap
kesalahan dihukum dengan perundangan Islam yang adil malahan ketika penaklukkan

14
terhadap negara-negara kafir seperti Parsi dan Rom rakyat yang bukan beragama Islam
diberi layanan yang baik terutamanya wanita, kanak-kanak dan orang tua. Mereka diberi
kebebasan bergerak seolah-olah tiada peperangan yang berlaku malahan ada ketikanya
kedatangan tentera Islam dialu-alukan bagi membebaskan mereka dari cengkaman
pemerintah yang kejam.

Kebebasan bukan sahaja dari segi pengamalan keagamaan tetapi juga dalam pelbagai
urusan kehidupan. Kebajikan rakyat tidak kira agama diambil perhatian berat.
Kemudahan-kemudahan asas disediakan oleh pemimpin tanpa memperdulikan fahaman
politik dan sebagainya. Contohnya semasa zaman Rasulullah saw mentadbir Madinah,
kemudahan pendidikan dan kesihatan secara percuma diberikan. Begitu juga ketika
zaman Khalifah Abu Bakar Al-Khattab kebajikan isteri-isteri Nabi saw dan balu-balu
anggota tentera Islam yang terkorban mendapat pembelaan yang sewajarnya. Keamanan
dipertingkatkan, pendidikan agama diutamakan dan tiada dasar diskriminasi kaum
berlaku.[16].

Jelasnya kehidupan sosial masyarakat Islam dan bukan Islam pada waktu itu amat
terjamin. Seperti mana yang tela diperbincangkan tadi perlaksanaan perundangan Islam
atau hudud berjaya mewujudkan masyarakat harmoni tanpa kacau bilau. Kalau ada pun
hanya segelintir pihak saja yang terbabit.

Berbanding keadaan sosial dalam masyarakat Malaysia hari ini. Dari aspek kemajuan
dan kemudahan asas memang tidak kita nafikan Malaysia antara sebuah negara yang
maju dan sempurna kemudahan asasnya. Jalinan jalan raya yang baik, kemudahan
kesihatan yang baik, pendidikan dan sebagainya cukup lengkap disediakan oleh kerajaan.
Kebajikan rakyat amat diambil berat sehingga sukar untuk mencari rakyat yang hidup
miskin atau melarat (walau pun ada hanya dalam peratusan yang rendah). Kebebasan
beragama juga diberikan. Rakyat pelbagai kaum dan agama bebas melakukan aktiviti
tanpa perlu rasa takut dan sebagainya.

15
Namun demikian, dalam keghairahan pemimpin membawa Malaysia setaraf negara
maju, rupa-rupanya kita mengabaikan aspek sosial masyarakat yang semakin rapuh.
Saban hari kita mendengar keluhan rakyat tentang pelbagai isu seperti gejala dadah, seks
bebas, minum arak, perzinaan, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya. Isu-isu seperti
menjadikan rakyat menjadi tidak aman dan hidup dalam kebimbangan. Bayangkan
jenayah rogol kanak-kanak dan bunuh sering menghiasi dada-dada akhbar. Di mana
hilangnya nilai kemanusiaan. Ada di antaranya dilakukan oleh pihak berkuasa yang
sepatutnya menjaga ketenteraman awam.

Situasi masyarakat hari ini sebenarnya menyedarkan kita apakah undang-undang yang
ada gagal mengawal perlakuan-perlakuan ganas seperti itu. Apakah sistem pendidikan
kita terlalu mengabaikan pendidikan Islam yang sebenar. Hakikatnya walau pun ada
mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah namun, apa yang diajar hanyalah perkara-
perkara asas sahaja tanpa penghayatan sebenar.

Sebenarnya amat sukar untuk membentuk jati diri mulia dalam setiap individu bermula
dari kanak-kanak, remaja dan dewasa. Hal ini kerana kita terlalu terdedah dengan segala
macam benda asing yang diperkukuhkan lagi dengan perkembangan teknologi media
massa.

Apa yang boleh ditekankan di sini ialah , bahawa tidak wujudnya satu kesinambungan
dalam pembangunan negara di mana untuk membangun kita terpaksa mengikut acuan
Barat dan meminggirkan faktor pembentukan insan yang kamil. Selain itu ia
menyerlahkan lagi ketidaksempurnaan perlaksanaan undang-undang Barat yang diguna
pakai di negara kita.

Justeru untuk memastikan segala permasalahan sosial dapat ditangani dengan berkesan
Malayisa harus kembali ke landasan perundangan Islam yang sebenar dan menjadi
sebuah negara Islam yang sebenar. Dan sebenarnya perlaksanaan undang-undang Islam
di negara Malaysia boleh dikatakan mula dilaksanakan sedikit demi sedikit.

16
RUMUSAN

Piagam Madinah yang menjadi teras perlembagaan kerajaan Islam Madinah di bawah
pimpinan Rasulullah saw telah berjaya menyatukan bukan sahaja bangsa Arab namun
membentuk sebuah negara yang aman, stabil dan dikagumi masyarakat hingga ke hari ini.
Itulah role model sebuah negara yang berjaya. Kejayaan ini diwarisi oleh para sahabat
dan mereka yang selepasnya sehingga membentuk banyak empayar Islam sehingga yang
terakhir iaitu Empayar Islam Turki Uthmaniyyah. Rahsia kejayaan Rasulullah saw
adalah berdasarkan keadilan yang dijalankan ke atas rakyatnya dari segala aspek dengan
bertunjangkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Keadaan ini mungkin sukar diikuti sepenuhnya oleh banyak negara ‘umat Islam’ hari
ini. Hal ini kerana dalam dunia yang tanpa sempadan ini setiap negara saling berkait baik
dari segi politik dan ekonomi. Oleh kerana itu agak sukar untuk mengiktiraf sesebuah
negara itu sebagai sebuah negara Islam kerana pengamalan sepertimana Negara Islam
Madinah itu tidak begitu menepati.

Mungkin kerana hal inilah ada segelintir pihak di Malaysia beranggapan bahawa belum
masanya Malaysia diiktiraf sebagai ‘Negara Islam’ kerana tidak semuanya ciri-ciri negara
Islam seperti Negara Islam Madinah itu dipenuhi khususnya yang membabitkan
perlembagaan dan perundangan. Walau pun kalau kita berbalik kepada pendapat ulama’
(sila rujuk m.s 3 ) Malaysia memang boleh diiktiraf sebagai sebuah ‘Negara Islam”.

Hakikatnya sukar untuk kita menentukan Islam atau tidak Malaysia ini. Hal ini kerana
secara luarannya Malaysia ini negara umat Islam tapi dari segi dalamannya banyak
perkara yang boleh kita musykilkan. Ibarat generasi kita pada hari ini yang Islam hanya
pada nama tapi dalamannya dan perbuatan tidak menunjukkan keislamannya. Mungkin
itulah yang paling tepat untuk Malaysia.

Kesimpulannya di sini terpulanglah kepada kita samada menerima atau tidak Malaysia
ini sebagai negara Islam dan sebaliknya. Mungkin kita boleh katakan Malaysia sebagai

17
sebuah negara yang menghampiri ke arah sebuah negara Islam. Dan pada pandangan saya
itulah yang sebaiknya untuk menggambarkan tentang MALAYSIA.

18
NOTA AKHIR

1. Isu Negara Islam: Dewan Pemuda Parti Islam SeMalaysia. www.pemudapas.net


2. Kalam Permata; Siapa Ketua Orang Islam?. www.dbp.gov.my
3. Ulama Muktabar Dunia Akui Malaysia Negara Islam ‘Ulama PAS bagaimana
pula’. www. Al-haqdaily.com
4. Azizah Osman: Sejarah Islam STPM (1993) m.s 20. Federal Publication
5. Piagam Madinah: Gemalogi Demokrasi Dalam Islam. www. Dataphone.se/-
ahmad
6. Malaysia Sebuah Negara Islam: Biro IT & Penerbitan Alumni Kelab UMNO
7. Malaysia Menepati Konsep Negara Islam. www.sukns.com.my
8. Buku Teks Sejarah Tingkatan 03 (1990) m.s 18
9. Kalam Permata
10. Buku Teks Sejarah Tingkatan 03.m.s 23
11. Mohd Sulaiman Hj. Yassin:’Pengantar Akidah’. DBP (1987) m.s 30
12. Buletin Utama:Koleksi berita.www.tv3.com.my
13. Berita Harian, Rabu 14 Jan 2004: ‘Tabung Haji Tarik Balik Pelaburan Dalam
CIDSB’
14. Mohd, op cit. m.s 35
15. Berita Harian, Sabtu 117 Jan 2004: ‘ LHDN Serbu 5 Firma Gergasi Disenarai di
BSKL
16. Azizah:op.cit.m.s 30

19
RUJUKAN

1. Azizah Osman:Sejarah Islam STPM (1993). Federal Publications


2. Buku Teks Sejarah Tingkatan 03 (1990). DBP
3. Berita Harian, Rabu 14 Jan 2004
4. Berita Harian, Sabtu 17 Jan 2004
5. Mohd Sulaiman Hj. Yassin:Pengantar Akidah (1987). DBP
6. www.al-haqdaily.com
7. www.dbp.gov.my/dbp98/majalah/budaya
8. www.Dataphone.se/- ahmad
9. www.sukns.com.my
10. www.tv3.com.my/bu/oktober/20_berita
11. www.pemudapas.net/rencana
12. www.pmram.org/akhbar
13. www.al-manhaj.com
14. www.shoutus.tripod.com
15. www.tranungkite.net

20

Anda mungkin juga menyukai