Anda di halaman 1dari 17

Tajuk : Syariah Dan Undang-undang Satu

Perbandingan

Penerbit : Utusan Publications & Distributors

Sdn. Bhd.

Tahun : 2004

Bil. Muka Surat : 283 M.S


SINOPSIS

PENDAHULUAN

Buku Syariah Dan Undang-undang Satu Perbandingan adalah sebuah buku yang

menghimpunkan beberapa kerja-kertas kerja yang telah dibentangkan dalam satu

Seminar pada tahun 2001. Kertas-kertas kerja ini telah dihasilkan oleh para cendekiawan

Islam yang terdiri daripada pelbagai latar belakang profesion. Topik-topik yang

diperbincangkan ini menyentuh pelbagai aspek yang menarik terutamanya aspek

perundangan sivil dan Islam.

Secara keseluruhannya buku ini banyak menghuraikan tentang sistem perundangan di

Malaysia dan ke manakah hala tuju dan kesesuaiannya. Apakah Malaysia mampu

melaksanakan satu sistem perundangan Islam yang menyeluruh dan diterima pakai oleh

pelbagai golongan masyarakat atau masih mengekalkan perundangan sivil sebagai

tunjang utama keadilan di Malaysia.

Secara umumnya buku ini mengandungi 23 kertas kerja dan secara khususnya

dibahagikan kepada lima bahagian untuk memudahkan para pembaca memahami aspek

perundangan yang diguna pakai di Malaysia.

2
SINOPSIS

BAHAGIAN PERTAMA

Bahagian pertama buku ini memuatkan lima pembentangan kertas kerja. Kertas kerja

yang pertama dibentangkan oleh Amir Hussin Mohd Nor dan Mohammad Zaini Yahaya

menjelaskan tentang konsep Negara Islam. Pelbagai pendapat dari kalangan ulama seperti

Imam Abu Hanifah, Muhammad Ibnu AlHassan al-Sybani, Ibn Qayyim dan Al-qadi Abu

Yusuf dipetik untuk menjelaskan tentang bentuk-bentuk negara Islam. Apakah

Malaysia boleh dianggap sebagai sebuah Negara Islam atau sebaliknya sedangkan

undang-undang Islam tidak diamalkan sepenuhnya? Hal ini kerana sistem undang-

undang yang menjadi tunjang utama di Malaysia adalah perundangan sivil kesan dari

kepatuhan terhadap sistem perlembagaan Barat. Hasil perbincangan dan perbahasan serta

mengambil pendapat dari ulama yang Muktabar Negara Malaysia boleh dianggap

sebagai Negara Islam Hukmiyy (secara hukum) dan bukan secara hakiki (sepertimana

zaman Rasulullah saw).

Dalam kertas kerja yang kedua pula mengetengahkan tentang isu perlembagaan.

Perbandingan antara dua jenis perlembagaan iaitu Barat dan Perlembagaan yang

diasaskan oleh Rasulullah saw (Sahifah Madinah). Walau pun secara umumnya Islam

bersetuju dengan barat perlunya perlembagaan sebagai membendung penyalahgunaan

kuasa Namun hakikatnya terdapat perbezaan dari segi asas atau dasar dalam

perlembagaan Islam iaitu konsep perlembagaan dalam Islam secara totalnya tidak pernah

3
mengasingkan agama dan pemerintahan bahkan asas perlembagaan Islam itu sendiri

adalah dari dalam Al-Quran dengan meletakkan undang-undang Allah SWT sebagai

yang tertinggi sekali dalam membendung unsur negatif dan memelihara keharmonian

masyarakat.

Kertas kerja ketiga pula mengutarakan isu kebebasan menurut undang-undang Islam

dan sivil. Di sini pembentang mengupas tentang perbezaan pokok konsep kebebasan

antara barat dan Islam ialah melibatkan soal dasar dan pengarahannya. Di Malaysia

konsep kebebasan berpandukan kepada situasi.Kesimpulannya konsep kebebasan barat

berdasarkan undang-undang sivil dan hak yang sekular manakala dalam Islam kebebasan

itu dipandu oleh sumber-sumber dari Al-Quran an Al-Sunnah.

Kertas kerja keempat adalah berkaitan dengan ilmu siyasah syariyyah. Ia berlaku

melalui proses istinbat hukum terhadap peristiwa atau kejadian yang tidak ada nas,ijmak

atau kejadian sebelumnya yang dapat dijadikan panduan.

Kertas kerja kelima pula berkaitan isu kekebalan diplomat di mana dalam Islam tiada

sesiapa yang kebal dari hukuman. Tiada kekebalan mutlak kecuali kepada Rasulullah

saw. Namun begitu tidak pernah Rasulullah saw menyalahgunakan keistimewaan yang

diperolehinya. Oleh yang demikian kekebalan diplomat tidaklah kebal. Mereka akan

sentiasa selamat selagi mematuhi peraturan dalam negara Islam.

4
BAHAGIAN KEDUA

Bahagian kedua pula membincangkan tentang kehakiman Islam. Antara kertas kerja

yang telah dibentangkan ialah seperti Prinsip-Prinsip Am Prosedur Perbicaraan Dalam

Mahkamah Sivil Dan Syariah Di Malaysia, Undang-undang Prosedur Mal/Sivil

Mahkamah Syariah dan Sivil di Malaysia dan kertas kerja bertajuk Keterangan Dokumen

dan Teknologi. Kertas kerja pertama menyentuh tentang konsep mahkamah terbuka

sebagai prosedur am perbicaraan sepertimana yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah

saw . Selain itu dikupas juga perkara yang berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah

sivil dalam mahkamah syariah dan penggunaan mazhab Shafie yang diterima pakai

dalam mengendalikan sesuatu perbicaraan.

Dari aspek undang-undang prosedur di mahkamah, banyak perkara yang boleh

dikongsi bersama antara pengamal undang-undang dalam dua aliran mahkamah.

Manakala dalam pembentangan kertas kerja ketiga pula menegaskan peranan keterangan

dokumen adalah penting berdasarkan perkembangan semasa. Maka terpulang kepada

mahkamah untuk menilai dan menentukan kesahihannya. Contohnya tandatangan digital

wajar diambil sebagai satu keterangan dokumen dibawah perundangan Islam berdasarkan

qarinah.

5
BAHAGIAN KETIGA

Sinopsis bahagian ketiga memuatkan lebih kurang enam pembentangan kertas kerja.

Bahagian ketiga membincangkan tentang hal-hal kes jenayah dari segi persamaan dan

perbezaan Undang-undang Jenayah Islam dan Undang-unang Jenayah ciptaan.

Kupasannya menjurus kepada keistimewaan undang-undang jenayah Islam seperti

syafaat,kemaafan dan pengampunan. Terdapat juga unsur persamaan dengan undang-

undang jenayah ciptaan. Kupasan tentang isu Riddah juga dibentangkan di mana para

fukaha daripada mazhab Sunni dan bukan Sunni mempunyai pendapat yang sama

tentang hukuman terhadap pesalah Riddah iaitu hukum bunuh.

Selain itu terdapat juga aspek Jenayah keganasan Rumahtangga yang disentuh dari

aspek perlindungan menurut undang-undang sivil dan undang-undang keluarga Islam.

Walau bagaimana pun kupasan juga menyimpulkan bahawa walau pun terdapat undang-

undang perlindungan wanita namun penguatkuasaan masih lagi lemah. Perkara-perkara

yang berkaitan kacau ganggu juga disentuh dari aspek Perundangan Islam dan Sivil, isu-

isu alam sekitar dan juga yang berhubung dengan soal pemakanan contohnya isu halal

dan haram.

6
BAHAGIAN EMPAT

Bahagian empat pula mengupas tentang soal ekonomi dan kewangan Islam. Antara

kertas kerja yang dibentangkan ialah Sistem Ekonomi Islam dan Sistem Ekonomi

Konvesional, Pembentukan Akad dalam E-Dagang, Cabaran Perbankan Islam dalam

suasana Sistem Perundangan Ekonomi Konvesional.

Selain itu terdapat juga kertas kerja yang membincangkan tajuk Konsep Operasi

Takaful: Antara Akta Takaful 1984 dan Akta Insurans 1996, Perspektif Bon dalam

Perundangan Islam dan Antara Undang-undang Kewangan Pesisir dengan Undang-

undang Islam.

Kesimpulannya dalam bahagian ini secara total membincangkan masalah yang

dihadapi dalam menyesuaikan ekonomi Islam dengan Konvesional seperti dalam soal

perbankan. Namun kewujudan perbankan Islam telah memberi alternatif kepada umat

Islam untuk mengamalkan ekonomi Islam. Begitu juga dengan perkembangan teknologi

sistem akad juga berkembang mengikuti arus teknologi. Manakala umat Islam pada hari

ini juga berpeluang menyertai insuran bercorak Islam melalui Takaful.

7
BAHAGIAN KELIMA

Bahagian ini pula fokus kepada hal-hal yang berkaitan dengan perwarisan dan nasab.

Contohnya seperti menjelaskan secara terperinci soal perwarisan Muslim dan non muslim

dalam undang-undang Malaysia. Undang-undang perwarisan di Malaysia adalah melalui

dua akta iaitu Akta Probet dan Pentadbiran 1959 dan Akta Harta Pusaka Kecil 1955.

Namun umat Islam masih boleh mengguna pakai sistem Faraid. Dalam perkara berkaitan

dengan nasab pula ia boleh dirujuk melalui Enakmen Keluarga Islam di semua negeri.

8
ULASAN/KOMEN BUKU

Tajuk

Tajuk buku adalah bersesuaian dengan isi kandungan. Di mana topik yang

dibentangkan adalah menjurus kepada perkara yang berkaitan dengan sistem

perundangan Islam dan perbandingan dengan sistem perundangan sivil.

Isi kandungan

Secara peribadinya saya menganggap bahawa isi kandungan di dalam buku ini

menepati dengan kehendak semasa di mana masyarakat pada hari ini memerlukan sesuatu

informasi yang jelas tentang sistem perundangan Islam, perlaksanannya,

keistimewaannya dan ia bukan sekadar sesuai dibaca untuk golongan yang melibatkan

diri dalam profesion perundangan tetapi juga kepada semua masyarakat yang cintakan

ilmu dan ingin menambahkan kefahaman dan pengetahuan.

Isi kandungan dalam buku ini pertama sekali telah menjelaskan dengan terperinci

tentang konsep Negara Islam yang sering menjadi perbahasan dan perdebatan dalam

negara kita sendiri samada Malaysia itu sebuah negara Islam atau pun tidak. Di samping

itu turut menyentuh tentang konsep perlembagaan yang ada kalanya menjadi penghalang

kepada perlaksanaan undang-undang Islam. Ia juga banyak menjelaskan tentang

9
pelbagai aspek perundangan Islam seperti prosedur-prosedur kehakiman Islam contohnya

konsep mahkamah terbuka, aspek penggunaan bahasa dalam mahkamah dan mazhab

yang diguna pakai dalam menjalankan prosiding perbicaraan.

Turut disentuh adalah hal yang berkaitan dengan jenayah dalam Islam. Kupasan juga

dibuat tentang persamaan dan perbezaan undang-undang jenayah Islam dengan undang-

undang Jenayah Ciptaan ,konsep jenayah antara dua aliran tersebut dan proses pengadilan

Islam.

Satu perkara lagi yang menarik ialah tentang perbahasan hukuman terhadap Riddah.

Hal ini kerana kebanyakkan ulama’ berpendapat bahawa hukuman untuk Riddah adalah

hukum bunuh. Walau bagaimanapun ada yang mengkritik hukuman tersebut berdasarkan

beberapa alasan seperti tidak terdapat hukumannya dalam Al-Quran dan hadith kecuali

hadith ahad. Alasan kedua ialah Hukuman Riddah menyekat amalan kebebasan beragama

dan memaksa orang memeluk agama yang tidak diingininya. Walau bagaimana pun

kedua alasan ini tidak boleh diterima kerana yang pertama semua mazhab mengambil

hadith ahad untuk dijadikan dalil bagi hukuman seperti minum arak dan sebagainya.

Sama seperti dalil untuk hukuman Riddah. Dan keduanya seorang muslim terikat dalam

menunaikan kewajipannya dalam Islam. Tindakannya murtad dianggap sebagai satu

pengkhianatan terhadap tanggung jawabnya sebagai seorang Islam. Apatah lagi apabila

dia mengistiharkan dirinya murtad ia dianggap satu jenayah kerana pengistiharan itu

seolah-olah mempersendakan akidah umat Islam dan sistem yang berpaksi kepada syariat

Islam.

10
Apa yang menarik juga ialah kupasan terhadap isu-isu jenayah keganasan rumah

tangga. Di mana ia mengupas tentang adanya peruntukan undang-undang samada

undang-undang sivil dan Islam tetapi yang menjadi permasalahannya ialah dari segi

perlaksanaannya yang lemah. Contohnya pada masa kini kita sering membaca di akhbar

dan media massa yang lain tentang isu-isu jenayah rumah tangga seperti isu keganasan,

cerai dan sebagainya. Walau bagaimana pun penyelesaian terhadap sesuatu isu itu di

mahkamah adakalanya memakan masa bertahun-tahun dan hukuman yang diterima pula

tidak menginsafkan pelakunya. Selain itu terdapat juga kes-kes gangguan yang berlaku

terhadap isteri walaupun mahkamah memberikan perlindungan terhadap mangsa. Hal ini

bukan bermakna undang-undang itu yang lemah tetapi pihak yang sepatutnya

menguatkuasakan tidak bersungguh-sungguh memastikan ia berjalan lancar.

Selain itu amat menarik juga bila kita mengetahui bahawa dalam Islam terdapat

perundangan yang menjaga kebajikan privasi seseorang individu dan masyarakat. Hal

ini banyak persamaannya dengan perundangan barat. Di dalam buku ini ada disertakan

contoh kes-kes di barat yang melibatkan privasi seseorang yang keputusan

perbicaraannya sama dalam apa yang telah digariskan dan ditetapkan oleh Islam

Dalam kita memperkatakan tentang isu halal dan haram dalam makanan, buku ini juga

menyentuh tentang aspek tersebut. Digariskan apakah ciri-ciri makanan menurut

perspektif Islam, penyelewengan yang sering berlaku berkaitan makanan dan dinyatakan

akta-akta melindungi pengguna dalam hal makanan.

11
Selain daripada isu-isu semasa yang dipersembahkan, buku ini juga memuatkan kertas

kerja yang membincangkan tentang hal berkaitan ekonomi dan kewangan Islam. Bagi

saya ia adalah sesuatu yang rasional dan relevan kerana sistem ekonomi negara kita pada

masa sekarang ini sedang menjurus kepada sistem ekonomi Islam. Secara tidak langsung

menunjukkan bahawa masyarakat Islam kita di Malaysia mempunyai pilihan dalam

menggunakan sistem Islam dalam soal jual beli, perbankan, simpanan dan insurans.

Bahkan bukan sahaja masyarakat Islam yang menggunakannya tetapi masyrakat bukan

Islam juga. Hal ini kerana sistem ekonomi Islam tidak berbentuk penganiayaan seperti

sistem ekonomi Konvensional. yang mengamalkan riba’.

Bahasa

Melihat dari aspek bahasa, saya mendapati bahawa bahasa Malaysia yang digunakan

adalah dalam bentuk pernyataan yang mudah difahami, tidak berbelit-belit atau terlalu

tinggi standardnya. Walau pun buku ini dikategorikan sebagai buku perundangan dan

ilmiah, tetapi sebagai pembaca saya tidak mendapat kesukaran dalam memahami sesuatu

maksud dalam ayat yang digunakan. Setiap perkataan diolah dengan baik, aspek

tatabahasa juga amat ditekankan dan tidak terdapat banyak kesalahan bahasa dan

perkataan.

Walau bagaimana pun terdapat beberapa ayat yang menggunakan bahasa Inggeris,

namun tidaklah sukar untuk difahami. Begitu juga penggunaan bahasa arab tetapi

disertakan dengan terjemahannya.

12
Oleh kerana itu pada pendapat saya buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan

masyarakat samaada pelajar di sekolah menengah, pra-u atau pun pelajar Universiti.

Bahasa yang mudah difahami ini mungkin kerana buku ini bukanlah hasil karya

terjemahan tetapi hasil karya tokoh akademik itu sendiri. Adakalanya yang menjadi

kesukaran bagi kita ialah apabila membaca karya terjemahan.

Bahasa yang mudah difahami ini juga adalah penting bagi menarik terus pembaca

untuk membaca. Hal inilah yang menarik minat dan mencipta mood untuk membaca.

Pengolahan dan Pemerengganan

Dari segi pengolahannya, penulis dan pembentang kertas kerja di dalam buku ini

berjaya mengolah apa yang ingin disampaikan dengan gaya tersendiri dan menarik.

Setiap penulis ada gaya penulisannya tersendiri walau pun penulisan itu adalah bercorak

ilmiah. Gaya penyampaiannya mudah difahami. Ini disokong juga oleh faktor

pemerengganannya yang bersesuaian. Setiap topik dalam kertas kerja dipecahkan kepada

sub topik atau tajuk khusus yang memudahkan lagi pembaca untuk memahami kupasan

dan perbincangan kertas tersebut.

13
Illustrasi/Grafik

Secara umumnya illustrasi kulit buku adalah bersesuaian dengan konsep buku itu

sendiri. Jika kita teliti illustrasi buku ini lebih kepada sesuatu yang abstrak iaitu sukar

difahami tetapi akan boleh kita fahami jika kita mengamatinya. Begitu juga dengan

pemilihan warna yang suram dan terang seolah- olah memberikan gambaran bahawa

sistem perundangan Islam itu sendiri walau pun pada masa kini kurang dipraktikkan di

Malaysia tetapi sedang sedikit demi sedikit dipraktikkan dan disesuaikan dengan sistem

perundangan sivil.

Dan ini saya rasakan bertepatan dengan konsep buku itu yang membicarakan soal

perundangan Islam dan Sivil, sesuatu yang kadang kala kita kurang faham, sukar untuk

difahami dan akhirnya setelah membaca dengan teliti baharulah kita memahami dengan

sepenuhnya.

Saya beranggapan demikian kerana sebagai sebuah karya ilmiah adalah tidak sesuai

sekiranya kita meletakkan gambar objek seperti manusia dan sebagainya. Pada

pandangan saya illustrasi berupa objek seperti manusia, binatang, pokok dan sebagainya

hanya sesuai kepada buku-buku yang bercorak penceritaan seperti novel dan majalah

atau buku cerita kanak-kanak.

14
PERBANDINGAN DENGAN BUKU LAIN

“PENGANTAR PERUNDANGAN ISLAM”

Bagi membuat satu perbandingan dengan buku yang telah diulas saya berminat untuk a

melihat dan membaca buku karya Prof. Madya. Dr. Abdul Jalil Borham yang bertajuk

“Pengantar Perundangan Islam” terbitan Universiti Teknologi Malaysia .

Hasil bacaan saya mendapati secara tekniknya memang terdapat beberapa perbezaan

antara kedua-dua buku. Perbezaan yang saya maksudkan di sini ialah bukan perbezaan

dari segi konsep ‘Perundangan Islam’ itu sendiri kerana perundangan Islam tetap

perundangan Islam yang tidak boleh diubah tetapi perbezaan dari segi lahiriah iaitu dari

segi isi kandungan dan apa yang cuba disampaikan oleh penulis.

Apa yang saya dapati ialah buku ini lebih banyak menerangkan tentang konsep

perundangan Islam dengan cara yang lebih terperinci dan berfokus kepada perundangan

itu sendiri. Jika diteliti fasa pertama buku ini menjelaskan tentang definisi undang-

undang Islam itu sendiri, fasa kedua tentang keistimewaannya, fasa ketiga tentang asas

dalam perundangan Islam dihuraikan satu persatu. Hal ini tidak kita dapati dalam buku

ulasan saya. Bagi saya disitulah keistimewaan buku ini.

Apa yang menariknya ialah buku karya Prof Madya Dr. juga menceritakan serba

sedikit sejarah pertumbuhan undang-undang Islam itu sendiri bermula di zaman

15
Rasulullah saw, sahabat, perkembangannya di Nusantara Melayu dan memperincikan

kesalahan-kesalahan dalam hukuman hudud.

Buku karya Prof. juga menjelaskan tentang kedudukan undang-undang Islam dalam

Perlembagaan Persekutuan. Hal ini hanya dinyatakan secara sepintas lalu di dalam karya

yang telah saya ulas.

Konklusinya apa yang jelas dan nyata di sini ialah buku karya Prof. Abd Jalil Borhan

mempunyai keistimewaannya sendiri begitu juga dengan buku yang telah saya ulas.

Buku karya Prof lebih kepada perincian terhadap undang-undang Islam manakala buku

yang telah saya ulas lebih kepada membuat perbandingan perundangan Islam dan barat

serta kerelevanannya dalam konteks masa kini.

16
17