Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN

Perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dipenuhi dengan jihad. Bermula dari

melawan nafsu, berdakwah dan sebagainya hinggalah bertarung di medan perang. Semua

itu dilakukan dengan penuh semangat, kesungguhan dan keberanian. Mereka bukan

sahaja berjaya menawan seluruh tanah Arab, malah Farsi dan Rom turut berada di bawah

naungan mereka.

Jihad berasal dari kalimah bahasa Arab

Maksud kalimah tersebut ialah berjuang 1 , perang sabilillah 2 , perang dan perlawanan.

Takrif jihad dari segi bahasa ialah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu. Dari

segi istilah pula merupakan perjuangan habis-habisan bagi menegak dan meninggikan

kalimah Allah SWT.

Allah SWT telah berfirman yang berbunyi :3

Maksudnya :
1
Abu Abdul Latif Al-Syeikh Ahmad b Othman Bajunid, 1993, Kamus Pustaka Melayu – Arab, Darul Fikir
Sdn Bhd, hlm 224
2
Muhammad Idris Abd Rauf Al Marbawi, Kamus Idris Al- Marbawi, hlm 112
3
Lihat Alquran Al Karim, Surah Al Taubah, ayat 20-22

1
Orang-orang yang beriman, berhijrah (berpindah) dan berjuang di jalan Allah dengan

harta dan dirinya lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan mereka itulah orang-orang yang

menang. Tuhan mereka telah menyampaikan berita gembira kepada mereka dengan

beroleh rahmat dan keredhaannya dan syurga yang ada di dalamnya mereka memperoleh

kesenangan yang abadi. Mereka kekal disitu selama-lamanya, sesungguhnya di sisi

Tuhan itu ada pahala yang besar. 4

Dalam satu peristiwa, Rasulullah telah ditanya, apakah amalan yang paling utama,

maka baginda bersabda :

Maksudnya : Iman kepada Allah , dan jihad di jalannya.

Imam Hasan Al-Banna pernah berkata : 5

“Apa yang aku maksudkan dengan jihad ialah : Kewajipan yang berterusan sehingga

ke hari kiamat dan inilah makna yang disabdakan oleh Rasulullah. “Sesiapa yang mati

dalam keadaan tidak berperang dan tidak pernah berniat untuk berperang maka ia mati

dalam keadaan mati jahiliah.”Peringkat jihad yang pertama ialah mengingkari dengan

hati dan yang paling tinggi ialah berperang di jalan Allah. Antara keduanya terdapat jihad

dengan kata-kata (lisan),pena dan tangan(kuasa) dan berkata benar di hadapan

pemerintah yang zalim.Tidak hidupnya dakwah tanpa jihad. Bagaimana kemuliaan

dakwah dan keluasan ufuknya demikianlah kemuliaan jihad di jalannya , dan tingginya

4
Prof Dr. H Mahmud Yunus,1973, Tafsir Quran Karim,PT Hidarkarya Agung, hlm. 264
5
Muhammad Abdullah Al Khatib, 2001, Penjelasan di sekitar Risalah Ta’alim, Dewan Pustaka Fajar, hlm
256

2
nilai untuk menegakkan kerja dakwah dan besarnya ganjaran petugas dakwah.Firman

Allah SWT : “Berjihadlah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar jihad.”(Al-Hajj :78)

Inilah dia makna yang sering dilaungkan : ‘Jihad adalah jalan kami.’

Ustaz Al Maududi pula mengemukakan pendapatnya6 iaitu: Kamu mestil;ah

mempunyai semangat keIslaman , dan memiliki sensitiviti terhadap iman dan cintakan

agama, memberi nasihat yang benar terhadap sahabat-sahabat seislam. Antara cabang

semangat sebegini ialah berjihad di jalan Allah dengan maknanya yang khusus, iaitu

peperangan yang dilakukan oleh Islam menghadapai musuh Islam, bukan kerana

mengharapkan selain daripada Allah, dan kosong dari sebarang matlamat dan tujuan

keduniaan.

Jihad merupakan sebahagian daripada Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar. Sekalipun

banyak ayat Al-Quran yang menjelaskan jihad dalam bentuk peperangan ,namun

bukanlah jihad itunsama dengan peperangan. Peperangan itu adalah kemuncak jihad

setelah berjaya menempuh beberapa jihad yang lain. Terdapat perbezaan antara jihad dan

peperangan iaitu dari segi sebab, matlamat dan perlaksanaannya. Biasanya peperangan

bermotifkan kepentingan diri, bangsa dan negara. Manakala jihad pula untuk

memeperjuangkan risalah islam ke seluruh dunia untuk kepentingan umat sejagat.

Garis pemisah antara peperangan dan jihad ialah Fi Sabilillah.

PEMBAHAGIAN JIHAD.

6
Ibid hlm 257

3
Imam Ibn. Al-Qayyim merupakan anak murid Imam Ibn. Taimiyyah. Beliau telah

membahagikan jihad kepada beberapa tahap.7

Tahap Pertama : Jihad Nafsi.

Ketika berada dalam tahap ini, seseorang itu hanya perlu mempelajari ajaran Islam

dengan lebih mendalam. Setelah itu, beliau hendaklah melaksanakan segala tuntutan

agama yang dipelajarinya untuk diamalkan. Akhir sekali, beliau hendaklah

menyampaikan ilmu tersebut demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Tahap kedua : Jihad Melawan hawa nafsu.

Rasulullah saw pernah berkata kepada sebahagian sahabat ketika mereka kembali

daripada berjihad :

“ Kamu kembali dari jihad yang kecil untuk menghadapi jihad yang besar, iaitu jihad

hawanafsu.”

Syaitan sentiasa berbisik dan menyuruh manusia berbuat kejahatan. Ia sering

timbulkan keraguan dan was-was dalam hati manusia dengan tujuan untuk menyesatkan.

Sekiranya ini terjadi, segeralah hapuskan perasaan tersebut. Kita boleh melawan

keinginan nafsu dengan keimanan yang teguh.

Tahap Ketiga : Jihad menentang Orang Munafiq.

7
Kamal Mahyuddin Harun, 1993, Pendidikan Al Quran an Al Sunnah, ,Pustaka Aman Press Sdn Bhd, hlm.
52-53

4
Apabila musuh Islam mula memperlekehkan ajaran Islam, kita hendaklah

mengemukakan hujjah yang berkesan.Orang yang zalim mesti ditentang dan perbuatan

mereka mesti dilawan. Ini dipanggil jihad dengan lisan.Kadang-kadang jihad dengan

lisan ini lebih memberi kesan terhadap musuh-musuh Islam.

Firman Allah SWT :8

Yang bermaksud : Dan setiap kali mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari

pihak musuh semuanya itu ditulis bagi mereka (pahala) amal soleh. 9

Tahap keempat : Jihad al-Kuffar.

Rasulullah saw bersabda :

Maksudnya : Perangilah orang-orang musyrikin dengan harta , jiwa raga serta lisan

kamu.

Sabda Rasulullah saw lagi :

8
Lihat Al- Quran Surah Al Taubah ayat 120
9
Prof. Dr. Mahmud Yunus, op.cit hlm 286

5
Maksudnya : Sesungguhnya orang mukmin itu ( sentiasa) berjihad dengan pedang dan

lisannya , demi Tuhan yang diriku di dalam kuasanya bahawa (jihad dengan lisan itu)

ibarat kamu melontar mereka dengan anak panah.

Hadith-hadith tersebut menunjukkan wajib berperang dengan jiwa raga, harta benda

dan lisan.Jihad dengan jiwa raga bermaksud bersama-sama menentang orang-orang

kafir.Jihad dengan harta bermaksud membelanjakan segala hertanya untuk menampung

keperluan jihad seperti membeli senjata dan sebagainya.Manakala jihad dengan lisan pula

dengan mengemukakan hujah-hujah terhadap musuh dan menyeru kembali ke jalan

Allah.Kadang-kadang jihad dengan lisan lebih memberi kesan .

PERINCIAN BENTUK-BENTUK JIHAD MENURUT

6
IMAM HASAN AL-BANNA

Imam Hasan Al-Banna pula telah memperincikan bentuk-bentuk jihad di jalan Allah

SWT sebagaimana di bawah ; 10

1. Jihad dalam Islam ialah dengan memiliki jiwa yang amat cintakan kemuliaan Islam

dan kegemilangannya, sentiasa menginginkan kekuasaannya, menangisi nasib yang

menimpa umat Islam kelemahan dan ujian terhadap mereka .Contohnya apa yang telah

berlaku kepada muslimin di Iraq hari ini.

Sabda Rasululah saw : Barangsiapa yang tidak mengambil berat terhadap urusan orang

muslimin maka ia tidak tergolong di kalangan mereka ,sepertimana yang diriwayatkan

pada athar yang masyhur. 11

2. Jihad di jalan Allah iaitu mencari jalan penyelesaian terbaik dalam menangani

permasalahan umat Islam dengan mengorbankan banyak masa berfikir secara mendalam

untuk meneroka bentuk-bentuk kekuatan baru.

3. Rela mengorbankan masa, harta dan beberapa keperluan sendiri demi menjaga

kemaslahatan Isalam dan membangunkan Umat Islam. Contohnya sebagai seorang

pemimpin, beliau hendaklah menyumbang untuk kebaikan orang di bawah pimpinannya

dan menjaga kebajikannya.

Firman Allah SWT : 12

10
Muhammad Abdullah Al Khatib, op.cit, hlm 264-270
11
Maksud Hadith
12
Lihat Al Quran Al Karim Surah Al Hadid ayat 10

7
Maksudnya : Allah janjikan kepada masing-masing (orang yang menafkahkan harta dan
13
berperang pada jalan Allah) balasan yang lebih baik.

4. Berjihad untuk menyeru ke arah kebaikan dan menegah segala bentuk

kemunkaran.Contohnya menyeru orang lain kepada ajaran Islam secara berhikmah dan

menunjukkan teladan yang baik.Kita juga mesti saling nasihat-menasihati dalam perkara

kebenaran.

Allah SWT berfirman : 14

Maksudnya : Orang-orang kafir yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab-

kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa bin maryam.Yang demikian

itu disebabkan mereka menderhaka lalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-

larangan (sesame sendiria) dari perbuatan munkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka

lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang telah mereka lakukan. 15

5. Orang yang berjihad di jalan Allah akan menentang sesiapa yang mengingkari

ajaran Islam dan memutuskan hubungan dengan musuh Allah dan RasulNya.

13
Prof. Dr H Mahmud Yunus, op.cit hlm 806
14
Lihat Al Quran Al Karim, Surah Maidah ayat 78-79
15

8
“ Sesungguhnya kerosakan yang pertama masuk ke dalam Bnai Israel ialah : Seorang

lelaki bertemu dengan seorang yang lain lalu berkata : “wahai saudara,takutlah kepada

Allah,dan tinggalkanlah apa yang kamu lakukan, kerana ia adalah haram.” Kemudian dia

bertemu lagi pada keesokan harinya dan orang itu masih lagi melakukan perbuatan yang

sama , namun lelaki itu menjadikannya teman untuk makan,minum dan duduk. Apabila

mereka melakukan perkara tersebut, Allah SWT lagakan antara hati- hati mereka. 16

6. Seorang mujahid yang menjadi tentera kerana Allah. Dia mewaqafkan seluruh jiwa

raga dan hartanya semata-mata kerana Allah untuk mendapat keredhaannya. Apabila ada

pihak cuba mempermainkan dan menjatuhkan Islam , lalu dia mendengar laungan untuk

mengembalikan keagungan Islam, dia merupakan orang pertama menyahut salam jihad

tersebut sebagaiman yang disebut dalam firman Allah SWT 17

Maksudnya : Berangkatlah (untuk berjuang) dalam keadaan ringan atau berat, dan

berjuanglah dengan harta dan diri kamu di jalan Allah , yang demikian itu adalah paling

baik bagi kamu, kiranya kamu tahu.

7. Seseorang yang sentiasa menegakkan keadilan, sentiasa memperbaiki hal ehwal

manusia dengan menyelamtkan orang yang dizalimi dan menghukum orang yang zalim

walaupun menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim.

Rasulullah saw bersabda :

16
Hadith riwayat Abu Daud
17
Lihat Al-Quran Al Karim Surah Al Taubah ayat 41

9
Yang bermaksud : Jihad yang paling afdhal ialah menyatakan kebenaran di hadapan

sultan atau raja yang zalim. 18

8. Jika tidak mampu melakukan perkara-perkara di atas, kita hendaklah

memperbetulkan niat jihad, mengasihi dan membantu para mujtahid sekadar yang

mampu serta mendoakan perjuangan mereka.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahuiapa

yang kita niatkan dan mencatat ganjaran atas senmua yang kita lakukan serta melepaskan

kita daripada tanggungjawab tersebut.

PERKARA YANG DILARANG KETIKA BERJIHAD DALAM PEPERANGAN.

1. Tidak ikhlas.

18
Hadith Riwayat Bukhari Dan Abu Daud

10
Para pejuang mestilah mengikhlaskan diri dalam jihad terutama semasa perjuangan

di medan peperangan . Ada diantaranya mempunyai niat yang lain seperti untuk

menunjuk-nunjuk ,mencari nama dan pangkat, mendapat pangkat atau ganjaran-ganjaran

dunia yang lain.

Sabda Rasulullah saw ;

Makksudnya : Siapa yang berperang fi sabilillah , sedang ia tiada menyertainiatnya

dengan yang lain,kecuali untuk memperoleh satu tali pengikat unta, maka baginya apa

yang diniatkan.

Sabda Rasululah lagi :

Maksudnya : Kebanyakan para syahid umatku adalah antara orang-orang yang mencari

nama, dan betapa banyak yang terbunuh antara dua barisan , Allah sajalah yang

mengetahui dengan niat masing-masing.

2. Lari dari Medan Peperangan.

Lari dari medan perang merupakan salah satu dosa besar yang membinasakan

amalan selain daripada menyekutukan Allah dan menderhaka kepada kedua ibu

11
bapa.Mereka ini adalah pengecut dan takut mati. Ini boleh menjejaskan imej Islam di

mata orang kafir .

3. Menyembunyikan harta rampasan perang.

Menyembunyikan harta rampasan perang untuk keperluan sendiri merupakan dosa

besar dan dilarang keras dalam Islam. Harta tersebut hendaklah dibahagi secara adil

dikalangan mereka.

4. Berperang sesama sendiri.

Kesalahan yang amat berat dan mendapat dosa yang paling besar ialah berperang

sesame sendiri untuk mendapatkan jawatan dalam kepimpinan kerana tamakkan harta

dunia. Ini merupakan amalan orang jahiliah yang suka berebut kuasa ,mengangkat diri

dan bangsa atau dengan kata lain mereka tamakkan harta dunia.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

”Dan barangsiapa membunuh seorang Mu’min dengan sengaja,maka balasnnya neraka

jahannam, mereka kekal di dalamnya dan Tuhan murka kepadanya serta mengutukinya.

Dan Tuhan menyediakan untuk mereka siksaan yang besar.”19

KEISTIMEWAAN ORANG YANG BERJIHAD

19
Lihat Al-Quran Al Karim Surah Al-Nisa’ ayat 93

12
Sesungguhnya orang yang berjihad di jalan Allah dengan penuh keikhlasan ,

menjadikan syariat Islam terus agung dan gemilang di atas muka bumi ini semata-mata

untuk mencari keredhaan Allah SWT telah dijanjikan pahala yang amat besar dan ni’mat

syurga di akhirat kelak. Diantaranya diselamatkan dari azab kubur, dijanjikan dengan

syurga dan tidak akan disentuh oleh api neraka. Ini banyak diterangkan dalam Al-Quran

dan hadis nabi saw.

Firman Allah : 20

Maksudnya : Sesungguhnya Tuhan telah membeli iri dan harta orang-orang beriman,

denganmemberikan mereka syurga,mereka berperang di jalan Allah ,maka mereka telah

membunuh dan terbunuh,menurut janji yang sebenarnya dari Tuhan di dalam Taurat,Injil

dan Al-Quran.Siapakah yang lebih dipercayai memenuhi janji dari Tuhan? Sebab itu

bersukacitalah dengan perjanjian yang telah kamu perbuat, dan itulah keberuntungan

yang besar. 21

Sabda Rasululah saw.

20
Lihat Al Quran Al Karim, Surah Al Taubah ayat 111
21
Tafsir Al-Quran Al Karim, Surah Al Taubah ayat 111, hlm 284

13
“Perumpamaan seorang yang berjuang di jalan Allah sama sepertiseorang berpuasa yang

berjaga malam, berdiri sepenuh hatiuntuk beribadat kepada Allah Ta’ala, membaca ayat-

ayat Al-Quran, tiada berhenti-henti sembahyang dan berpuasa sehingga orang yang

berjuang pada jalan Allah itu kembali dari perjuangannya.”

Sabdanya lagi :

“Tidak berdebu kedua kaki seorang hamba yang berjuang pada jalan Allah , melainkan ia

tidak akan disentuh api neraka.”

KELEBIHAN ORANG YANG SYAHID FI SABILILLAH

14
Orang yang mati syahid demi menegakkan kalimah Allah telah dijanjikan ganjaran

yang amat besar.Mereka tidak akan merasa ujian di dalam kubur malah mendapat ni’mat

di dalamnya manakala roh mereka diriwayatkan akan diletakkan di perut seekor burung

hijau di dalam syurga 22

Ini telah diterangkan dalam firman Allah : 23

“Dan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, Tuhan tidak akan mensia-siakan

pekerjaan mereka.Tuhan akan memimpin mereka dan memperbaiki keadaan mereka .

Dan akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diberitahu kepada mereka.

Sabda Rasulullah saw :

22
Imam Habib Abdullah Haddad, 1997 Nasihat Agama Dan Wasiat Iman, Pustaka Nasional, Hlm 284
23
Lihat Al Quran Al Karim Surah Muhammad ayat 04-06

15
Bahwasanya Allah Taala telah menyediakan tujuh perkara bagi orang yang mati syahid

fi sabilillah , iaitu :

1. Mengampun dosanya ketika titis pertama dari darahnya mengalir.

2. menampakkan tempat kediamannya di syurga .

3. Menghiasnya dengan hiasan iman yang sempurna.

4. Menyelamtkannya dari siksa kubur, dan mententeramkannya dari ketakutan yang besar

pada hari Akhirat.

5. Meletakkan di atas kepalanya Mahkota ketenangan bertatah manikam, satu batu

daripadanya adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.

6. Mengahwinkannya dengan tujuh puluh dua isteri dari bidadari-bidadari bermata jelita.

7. Mensyafaatkan tujuh puluh orang dari kaum kerabatnya.

KESIMPULAN

16
Kesimpulannya, martabat jihad yang paling rendah adalah jihad di dalam hati,

manakala martabat jihad yang paling tinggi ialah berperang di jalan Allah swt. Di antara

kedua-dua peringkat jihad ini termasuklah jihad menggunakan lidah, penulisan dan

tangan atau kuasa. Kita mestilah mempunyai niat yang ikhlas semata –mata untuk

mencari rahmat dan keredhaannya. Orang yang syahid akan mendapat ganjaran yang

besar di akhirat kelak.

Sebagai seorang muslim, kita hendaklah bersemangat, cekal, tabah dan berani dalam

menegakkan syariat Islam dan sanggup berkorban untuk mencapai jihad fi sabilillah. Kita

tidak boleh berpecah belah dan lemah semangat untuk berjihad. Tambahan pula hari ini,

banyak berlaku penindasan dan pembunuhan ke atas orang islam sepertimana banyak

yang dipaparkan di media cetak dan elektronik. Kita tidak seharusnya berdiam diri tanpa

sebarang tindakan.seharusnya kita memikirkan usaha-usaha untuk membantu saudara

sesama Islam.

Umat Islam perlukan semangat jihad yang bersungguh-sungguh agar zaman

keagungan Islam akan berseri kembali untuk selama-lamanya. Sesungguhnya jihad

merupakan suatu kewajipan yang berterusan hingga ke hari kiamat sebagaiman sabda

Nabi junjungan kita, Muhammad saw yang bermaksud : Sesiapa sahaja yang mati

(sedang) beliau tidak pernah berperang dan tidak pernah berniat untuk berperang , beliau

mati dalam keadaan jahiliyyah.

BAHAN RUJUKAN

17
1. Abu Abdul Latif Al-Syeikh Ahmad B Othman Bajunid,1993,Kamus Dewan Pustaka
Melayu-Arab,Darul Fikir Sdn Bhd

2. Muhammad Idris Abd Rauf Al –Marbawi,Kamus Idris Al Marbawi

3. Imam Hadid Abdullah Hadad, 1997, Nasihat Agama Dan Wasiat Iman,Pustaka
Nasional

4. Muhammad Abdullah Al Khatib, 2001, Penjelasan di sekitar risalah Ta’alim, Dewan


Pustaka Fajar

5.Kor Agama Angkatan Tentera, 1992, Profesyen Ketenteraan Dan Bimbingan Rohani
Menurut Islam, Cetakan Sinaran Bross Sdn Bhd

6. Al-Quran Al Karim

18