Anda di halaman 1dari 29

PENGENALAN

Hadith atau disebut juga dengan sunnah adalah segala

sesuatu yang bersumber atau bersandarkan kepada Nabi

Muhammad saw samada dari segi perkataan, perbuatan

atau taqrirnya. Ia merupakan sumber perundangan dan

ajaran Islam kedua selepas Al-Quran. Sejarah perjalanan

ilmu hadith tidak terpisah daripada sejarah perjalanan Islam

itu sendiri. Akan tetapi, umat Islam hari ini memerlukan satu

pendekatan yang lebih spesifik dalam mengenali ilmu

hadith.

DEFINISI ILMU HADITH.

Dari sudut bahasa :

Perkataan Ilmu Hadith merujuk kepada kata

pinjaman dari bahasa Arab “ilmu Al-Hadith” yang

terdiri daripada dua perkataan iaitu ilmu dan

hadith. Ilmu adalah pengetahuan. Al-hadith boleh

didefinisikan sebagai al-jadid (sesuatu yang baru ),

al-ghair ( sesuatu yang lain ), al-khabar ( berita ),

atau sesuatu yang dipercakapkan dan dipindahkan

1
dari seseorang kepada orang lain dan peristiwa

atau kejadian yang baru berlaku. Kata jama’ bagi

hadith ialah al-ahadith.1

Terdapat banyak penggunaan perkataan ‘al-

hadith’ di dalam Al-Quran. Ia memberi pengertian

dan makna yang berbeza-beza seperti

perkhabaran, percakapan, keterangan, mimpi,

cerita dan kisah. Contoh-contohnya ialah :


2
1. Membawa maksud ‘perkhabaran’ :

Maksudnya : Dan sudahkah sampai kepadamu { wahai

Muhammad } perihal Nabi Musa


3
2. Membawa maksud percakapan.

Maksudnya :,Dan siapakah lebih benar perkataannya

daripada Allah.

1
Dr.Utang Rahuwi Jaya M.A, Ilmu Hadis, hal.1
2
Al-Quran, Surah Toha Ayat 09
3
Al-Quran, Surah Al-NIsa’ Ayat 87

2
4
3. Membawa maksud keterangan.

Maksudnya : Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan

iaitu Kitab suci Al-Quran yang bersamaan isi

kandungannya antara satu dengan yang lain tentang

khabarannya dan indahnya yang berulang-ulang

{ keterangannya dengan pelbagai cara}

5
4. Membawa maksud mimpi.

Maksudnya : Dan demikianlah caranya Tuhanmu

memeliharakan dan akan mengajarkan kepadamu ta’bir

mimpi.

4
Al Quran, Surah Al-Zumar Ayat 23
5
Al-Quran, Surah Yusuf Ayat 6

3
Perkataan ‘hadith’ juga dapat dilihat pada beberapa

sabda Rasulullah saw. Contohnya dari Zaid bin Tsabit

riwayat Abu Daud At-Tirmizi dan Ahmad yang menjelaskan

tentang doa Rasulullah saw terhadap orang yang menghafal

dan menyampaikan sesuatu hadith daripadanya.

Dari sudut istilah :

Menurut ulama’ hadith, hadith membawa maksud

segala sesuatu yang bersumber dari Nabi saw samada


6
berupa perkataan, perbuatan, taqrir dan sifatnya.

Al-Tirmidzi mendefinisikan hadith sebagai apa-apa

sahaja yang disandarkan kepada Nabi Muhammad saw. Ali

al-Qari al- Harawi pula berpendapat, hadith ialah apa-apa

sahaja yang disandarkan kepada Nabi Muhammad saw

daripada perkataan, perbuatan, sifat gerak laku dan diam


7
pada masa tidak tidur dan tidak jaga.

Muhammad Ajaj al-Khatib memberi pengertian hadith

sebagai apa sahaja yang disandarkan kepada Nabi

6
Auna b. Mohsian, Ilmu Hadis, hal. 14
7
Dr. Utang Rahuwi Jaya M.A, Ilmu Hadis, hal.04

4
Muhammad saw daripada perkataan, perbuatan, diam

setuju, sifat-sifat baginda sebelum atau sesudah menjadi

Rasul. Manakala Ibn Taimiyyah menyatakan bahawa hadith

nabawi ialah apa sahaja yang dilakukan oleh baginda

Rasulullah saw selepas kebangkitan baginda menjadi rasul

dalam bentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan


8
baginda.

Ulama’ usul fiqh pula mendefinisikannya sebagai

perkataan Nabi saw selepas diutus menjadi Rasulullah yang

dapat dijadikan dalil untuk penetapan hukum syara’ iaitu


9
Sunnah al-Qauliyyah, al-Fi’liyyah dan al-Taqririyyah.

Berdasarkan pengertian di atas, dapatlah disimpulkan

bahawa ilmu hadith ialah ilmu pengetahuan yang mengkaji

atau membahas tentang segala yang disandarkan kepada

Nabi saw.Ilmu hadith ini membicarakan pelbagai aspek

mengenai hadith seperti matan dan sanadnya.

Secara terminologi, ulama’ mutaqaddimin

mendefinisikan ilmu hadith sebagai “ ilmu pengetahuan

yang membincangkan tentang cara-cara persambungan

8
Nota Kuliah Pensyarah
9
Nota kuliah Pensyarah

5
hadith sampai kepada Rasul saw dari segi hal ehwal para

perawi yang berkaitan kedhabitan dan keadilannya, dari


10
bersambung dan terputusnya sanad dan sebagainya.

Izz ad-Din bin Jama’ah pula mendefinisikannya sebagai

“ Ilmu tentang ketentuan-ketentuan atau kaedah-kaedah

untuk mengetahui hal ehwal sanad dan matan hadith.”

Dengan pengertian ini , maka yang menjadi pokok

perbahasan dari ilmu ini ialah sanad dan matan.11

SKOP ILMU HADITH.

Pengkajian dan perbahasan Ulum al-Hadith merupakan

suatu bidang ilmu yang penting bagi kita umat Islam.

Dengan ilmu ini, kita dapat memahami, berpegang dengan

sesuatu hadith dan mengetahui kedudukan sesebuah hadith

tersebut samada ia diterima atau ditolak. Bidang pengkajian

dan perbahasan yang berkaitan dengannya meliputi Hadith

Riwayah dan Hadith Dirayah yang berkait rapat antara satu

sama lain.

10
Dr. Utang Rahuwi Jaya M.A, Ilmu Hadis, hal. 74
11
ibid.

6
SKOP ILMU HADITH RIWAYAH.

Skop atau topik utama pembelajaran tentang ilmu ini

ialah mengenai diri Nabi atau peribadi Nabi, iaitu perkataan,

perbuatan, taqrir dan sifat sebagai seorang rasul yang diutus


12
oleh Allah kepada seluruh alam.

SKOP ILMU HADITH DIRAYAH.

Skop pengkajian mengenai ilmu hadith ini pula


13
berkaitan dengan perkara-perkara berikut :

a. Sanad hadith ( rangkaian perawi dari sudut sifat dan

bilangan ) yang sampai kepada Rasulullah saw.

b. Matan ( susunan lafaz hadis itu sendiri ).

Sanad yang sahih akan meliputi tiga perkara iaitu

bersambung sanad, keadilan para perawi, dan dhabit iaitu

penjagaan yang sempurna dari segi hafalan di dada dan

pada tulisan.

12
Rusmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis, hal. 03
13
ibid., hal. 06

7
Contoh :

Hadith riwayat Imam Malik daripada Yahya daripada Malik

daripada Nafi’ daripada Abdullah Ibn Umar, bahawa

Rasulullah saw bersabda :

Terjemahannya : Jangan seseorang kamu melakukan jual

beli terhadap jualan orang lain.

Sanadnya : Yahya, Malik, Nafi’ dan Abdullah Ibn Umar.

Kedudukannya melihat kepada kedudukan matan.

Matannya :

Kedudukan matan hadis merujuk kepada sanadnya dari segi


14
sifat dan bilangan mereka dalam satu-satu tabaqah.

14
ibid.

8
c. Cara hadith disampaikan oleh perawi kepada perawi lain.

d. Cara perawi menerima daripada perawi yang

menyampaikannya.

e. Sebab hadith didatangi oleh Rasulullah saw.

f. Penilaian terhadap sesebuah hadith samada sahih ataupun

tidak.

g. Kaedah-kaedah pengkelasan hadith.

Rumusannya, Ilmu Hadith yang merangkumi skop di

ataslah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai Ilmu

Mustalah Hadith.

Daripada ilmu Hadith Riwayah dan Dirayah ini,

kemudian muncullah cabang-cabang ilmu hadith lain seperti

Rijal al-Hadith, Ilmu al-Jarah wa al-Ta’dil, Ilmu Asbab al-

Hadith dan ilmu Mukhtalis al-Hadith.

9
SEJARAH PENULISAN ILMU HADITH.

Perkembangan sejarah penulisan ilmu hadith sebagai

suatu disiplin ilmu secara lengkap adalah berasaskan

perkembangan ilmu hadith berdasarkan kepada kaedah Al-


15
Quran. Firman Allah swt :

Maksudnya :Wahai orang-orang yang beriman ! Jika datang

kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka

selidikilah

( untuk menentukan ) kebenarannya …..

Sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi :

15
Al-Quran, Surah Al-Hujurat, Ayat 06

10
Bermaksud : Mudah-mudahan Allah mengelokkan seseorang

yang mendengar daripadaku sesuatu lalu ia hafal dan

fahamkan serta menyampaikannya kepada orang lain

sebagaimana ia dengar, moga-moga orang yang

menyampaikan itu lebih berjaga-jaga daripada orang yang

mendengar.

Berdasarkan kepada kedua-dua nas tersebutlah para

sahabat memindahkan dan meriwayatkan hadith serta

menerima atau menolak hadith tertentu.

Ulum hadith berkembang selari dengan perkembangan

ilmu periwayatan dan pemindahan hadith. Ia bermula

setelah kewafatan Rasulullah saw apabila orang Islam mula

mengambil berat untuk mengumpulnya. Ini disebabkan

kebimbangan dan kekhuatiran terhadap kemungkinan

hilangnya hadith daripada perawi-perawi.Para sahabat dan

tabi’in menggunakan kaedah –kaedah ilmiah untuk

menerima sesuatu hadith. Selepas daripada mereka, ahli-

11
ahli hadith mengeluarkan kaedah-kaedah lain untuk

mengkaji sesebuah hadith tersebut dari aspek penerimaan

dan penolakannya, juga untuk mengenalpasti perawi yang

diterima periwayatannya atau ditolak. Untuk

memantapkannya, mereka telah merangka syarat-syarat

meriwayat hadith dan jalan-jalannya, kaedah Jarh wa al-

Ta’dil dan juga kaedah-kaedah berkaitan.

Ahli hadis tetap meneruskan dan memperluaskan

kajian mereka dan telah mengambil ilmu-ilmu lain yang

berkaitan

dengan hadis. Mereka membariskan matan hadis dan

menerangkan bagaimanakah cara untuk menerima dan

menyampaikan kepada orang lain.Seterusnya mengetahui

nasikh, mansukh dan gharib hingga akhirnya ilmu ini dapat

berdiri sendiri sebagai ilmu yang berasingan daripada


16
pelbagai ilmu Islam lain pada kurun keempat Hijrah.

Peringkat perkembangan ilmu hadis ini terbahagi

kepada tujuh peringkat.

16
Rusmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis, hal 09,10.

12
Peringkat Pertama :

Peringkat ini bermula hasil daripada benih-benih ilmu

hadis

yang telah tumbuh sejak zaman Rasulullah saw seiring

dengan diwurudkannya hadis –hadis kepada para

sahabatnya. Hal ini dapat dilihat misalnya bagaimana para

sahabat dapat melihat adanya kesilapan yang disampaikan

oleh seseorang yang menggunakan nama Rasul saw.

Baginda juga telah menetapkan beberapa peraturan

bagaimana hadis itu diterima seterusnya menyampaikan

kepada orang lain sebagaimana Rasul saw menyampaikan

hadis-hadis tertentu kepada orang tertentu dengan cara


17
tertentu.

Keperluan terhadap ilmu ini makin terasa setelah

kewafatan

Rasulullah saw sebagai rujukan utama umat Islam. Peringkat


18
pertama ini mempunyai ciri-ciri berikut :

1. Mengurangkan riwayat daripada hadis-hadis Rasul kerana

dikhuatiri tersalah atau terlupa yang boleh membawa

17
Dr. Utang Rahuwi Jaya M.A, Ilmu Hadis, hal. 87.
18
Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis, hal. 11,12,13.

13
kepada syubhat atau pembohongan terhadap Nabi saw.

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Muslim :

Bermaksud : Sesiapa yang bercakap tentangku dengan hadis

dan didapati ia adalah bohong, maka ia adalah salah

seorang yang melakukan pembohongan terhadapku.

2. Terlalu teliti dalam menerima dan meriwayat hadis.

Contohnya hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang

bermaksud :

“ Saidina Abu Bakar telah didatangi oleh seorang nenek

yang menuntut haknya dalam pewarisan. Lalu Abu Bakar

berkata kepadanya : Aku tidak dapati masalah hak kamu itu

di dalam Al-Quran dan aku juga tidak tahu apakah Rasulullah

menyebut hak engkau itu. Kemudian Abu Bakar bertanya

kepada orang ramai : Lalu al-Mughirah pun bangun dan

menjawab : Aku hadir semasa Rasulullah memberikan 1/6

hak untuk nenek. Lalu Abu Bakar bertanya kepada al-

Mughirah, apakah ada bersama kamu orang lain sebagai

14
saksi. Lalu Muhamamd Ibn Maslamah menjadi saksi. Lalu

Abu Bakar pun memberikan hak nenek itu.”

3. Mengkritik riwayat – riwayat. Sekiranya didapati ada

riwayat yang bertentangan dengan nas dan kaedah agama,

maka ia akan ditolak dan mereka tidak akan beramal

dengannya. Contohnya hadis yang diriwayatkan oleh Muslim

dan Abu Daud yang bermaksud :

“ Saidina Umar mendengar hadis Fatimah binti Qais bahawa

suaminya telah mentalaqkannya dengan talaq tiga,

Rasulullah mengatakan bahawa orang ( isteri ) yang ditalaq

tiga tidak ada hak tempat tinggal dan tidak ada hak nafkah.

Lalu Umar berkata : Kami tidak akan sama sekali

meninggalkan Kitab Allah dan al-Sunnah nabi, semata-mata

kerana kata-kata seorang perempuab yang kami tidak tahu

sebabnya. samada ia hafal atau lupa, yang mengatakan

bahawa ia ada hak tempat tinggal dan nafkah..”

Peringkat Kedua :

15
Peringkat ini bermula dari akhir kurun pertama hingga

kurun kedua hijrah. Peringkat ini adalah

menyempurnakanlagi kaedah ilmu hadis dengan menilai

pelbagai jenis hadis secara satu-persatu.

Peringkat ini dipanggil peringkat Tabi’in . Antara ulama’

hadis yang pertama kali menetapkan dasar-dasar ilmu hadis

ialah ibn Syihab az-Zuhri ( 51 – 124 H ).Beliau seorang yang

pakar dalam bidang hadis kerana kedudukannya sebagai

pengumpul hadis atas perintah rasmi dari Khalifah Umar bin

Abd al- Aziz. Bermula dari era inilah wujudnya ilmu hadis

sebagai satu disiplin ilmu yang terasing

daripada ilmu-ilmu lain walaupun dalam bentuk kaedah


19
yang ringkas dan sederhana.

Semasa peringkat ini, kaedah-kaedah ilmu hadis terus

dikembangkan oleh para ulama’ yang muncul abad kedua

dan ketiga Hijrah yang terlibat secara langsung dalam

bidang hadis dan juga ilmu-ilmu lain.Contohnya ulama’

mazhab fiqh turut membincangkan dab menyusun ilmu

hadis. Ilmu ini semakin berkembang dengan kehadiran para

19
Dr. Utang Rahuri Jaya M.A, Ilmu Hadis, hal. 88.

16
ulama’ ‘mudawwin’ hadis seperti Malik bin Anas, al-Bukhari,

Muslim, Abu Daud, at-Tirmidzi, an-Nasa’i dan Ibn. Majah.

Namun, karya-karya mereka masih dalam bentuk risalah dan

tidak diletakkan setempat.

Peringkat Ketiga :

Peringkat ini bermula dari kurun ketiga hingga keempat

hijrah. Pada peringkat inilah terjadinya perkembangan ilmu

hadis secara berasingan daripada ilmu lain. Peringkat ini

merupakan satu titik permulaan dimana lahirnya penulisan

ilmu Mustalah Hadis. Orang pertama yang menyusun serta

mengarang ilmu mustalah hadis ini ialah Qadi’ Abu

Muhammad al-Hasan Ibn Abd al-Rahman al-Ramahramuzi.

Kitabnya bernama al-Muhaddith al-Fasil Baina al-Rawi Wa al-


20
Wa’i.

Semasa peringkat ini juga telah ditulis mengenai ilmu

al-Jarh wa al-Ta’dil, Tabaqat al-Ruwah, Definisi Hadis Hasan,

Definisi Hadis Gharib dan sebagainya.

20
Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis, hal. 12.

17
Menurut Ibn hajar al-Asqalani, karya al-Ramahramuzi ini

belum menncakupi keseluruhan ilmu hadis. Kitab ini

merupakan kitab yang lengkap pada zamannya. Ilmu ini

terus dikembangkan lagi pada tahun berikutnya oleh para


21
ulama’ seterusnya.

Peringkat keempat :

Peringkat ini bermula pada pertengahan kurun keempat

hijrah dan berakhir pada awal kurun ketujuh Hijrah. Karya-

karya yang dihasilkan lebih meluas dimana istilah-istilah

dalam ilmu hadih telah dicipta dan dibuat berasingan.

Ulama’ – ulama’ hadis amat menitikberatkan matan-matan

hadis, rijal, kecacatan sanad dan lain-lain dalam kajian

mereka.

Dalam kurun ini , pengarang kedua setelah ar-

Ramahramuzi ialah al-Hakim Abu Abdullah Muhammad bin

Abdillah al-Naisaburi

( 321 – 405 H ). Beliau telah menyusun dan mengarang

kitabnya iaitu “ Ma’rifah Ulum al-Hadith ”. Kitab ini

21
Dr. Utang Rahuwi Jaya M.A, Ilmu Hadis, hal. 89.

18
mengandungi 52 jenis ilmu hadith. Namun begitu, karya al-

Hakim ini belum cukup sempurna dan kurang sistematik jika

dibandingkan dengan karya-karya ulama’ selepasnya.

Setelah itu muncul Abu Nu’aim Ahmad bin Abdillah al-

Asfahani

( 336 – 430 H) dengan kitabnya iaitu “ al-Mustakhraj ‘ala

Ma’rifah Ulum al-Hadith. Di dalam kitabnya terdapat

penemuan baru yang tidak terdapat dalam Kitab al-Hakim.

Selain daripada itu, terdapat juga kitab karangan al-

Khatib al-Baghdadi Abu Bakr Ahmad bin Ali ( meninggal

dunia pada tahun

463 H ). Kitabnya yang pertama ialah “ Al-Kifayah Fi

Qawanin ar-Riwayah ” (

) . Kitab ini menghuraikan ilmu hadith dan kaedah- kaedah

periwayatan. Manakala karya keduanya bertajuk “ Al- Jami’

Li Adabi al-rawi Wa Akhlaqial-Sami’ ” (

).

Kemudian muncul pula ilmu hadith yang lain seperti :

19
1. Al-Qadhi ‘Iyadh bin Musa al-Tahshibi dengan kitabnya

“Al-‘Ilma fi Dabth ar-Riwayah Wa Taqyid al-Asma’ ”.

2.Abu Hafsh Umar bin Abd. Majid al-Mayanji ( meninggal

dunia

544 H ) dengan kitabnya “ Mal Yasi’u Al-Muhaddith Juhluh.”

3. Abu Amr Usman bin Abd Ar-Rahman As-Syahrazuri

( meninggal dunia 643 H ) dengan kitabnya “ Ulum al-Hadith

” atau dikenali sebagai “ Muqaddimah Ibn as-Shalah ” .

Dalam era seterusnya banyak muncul kitab-kitab

mustalah hadis, baik dalam bentuk nasa atau prosa seperti

kitab Alfiyyah as-Suyuthi. Contoh karya berbentuk tersebut

ialah :

1. Manhaj Dzawi an-Nazhar karya Muhamad Mahfuz at-

Tirmisi.

2. Syarah dari Kitab Manzhumah ‘Ilm al-Atsar karangan Jalal

ad-Din Abd. Ar-rahman Al-Suyutuhj.

3. Syarah dari Kitab Al-Taqrib karangan Muhyi ad-Din Yahya


22
bin Syaraf an-Nawawi.

22
Dr. Utang Rahuwi Jaya M.A, Ilmu Hadis, hal. 89

20
Peringkat kelima :

Peringkat ini bermula dari kurun ketujuh hingga kurun

kesepuluh hijrah. Semasa peringkat ini, penyusunan Ulum al-

Hadith lebih sempurna dan banyak menyelesaikan masalah

secara teliti. Di antara ulama’ yang menulis dan mengarang

pada peringkat ini ialah:

1. Zainudin Abd ar-Rahim bin al-Hassin al-I’raqi ( meninggal

dunia pada tahun 806 H ) dengan kitabnya “ Nazhmad-

Durari Fi ‘Ilm al-Atsar ”.

2. Ibn. Hajar al-Asqalani ( meninggal 852 H ). Kitab

karangannya

“ Nuhbat al-Fikr Fi Musthalah al-Atsar ” .

3. Muhamad bin Abd. ar-Rahman al-sakhawi ( meninggal 902

H ) dengan kitabnya “ Fath al- Mughits fi Syarh Alfiyyah al-

Hadith ” .

4. Umar bin Muhammad al-Baiguni ( meninggal 1080 H ).

Kitabnya bertajuk “ Al-Manzhumah al-Baiquniyyah” .

5. Muhammad Jamal al-Din al-Qasimi ( meninggal 1332 H )

dengan kitabnya “ Qawaid al-Tahdis ”.

21
6. Ibn. Al-Salah dengan kitab karangannya “ Ulum al-hadith

”.

Peringkat Keenam :

Peringkat ini bermula dari kurun kesepuluh sehingga

beberapa kurun selepasnya. Peringkat ini dikenali sebagai

peringkat jumud dan beku . Ini disebabkan tiadanya ijtihad

dan tidak berlaku penyelesaian masalah pada masa

tersebut. Ditambah lagi dengan tiada usaha dalam bidang

penulisan dan karangan mengenai ulum al-hadith

menyebabkan tiada buku dihasilkan.

Peringkat Ketujuh :

Peringkat ini merupakan peringkat kebangkitan semula

Ulum al-Hadith. Ia merupakan kesan daripada campurtangan

orientalis terhadap hadith Nabi. Justeru itu, ulama’ hadis

bangkit semula untuk menjaga hadith daripada

penyelewengan dan pemalsuan yang telah dilakukan,

22
sedang dan akan dilakukan. Peringkat ini berterusan

sehingga ke hari ini.

Antara sarjana Barat dan Orientalis yang berminat dan

berkecimpung secara langsung berkaitan dengan hadith dan

perjanjian hadith ialah A.J Wensinck, J. Horovitiz, I. Godziher,

T.W. Jaynboll, A. Sprenger, dan Edward E. Salisbury.

Mereka ini telah mengkritik dan cuba menimbulkan

kontroversi dalam permasalahan pokok berkaitan dengan

hadith dan cuba menyelesaikannya berdasarkan kajian

sejarah dan metod kajian mereka semata-mata. A. Sprenger

dianggap sebagai pelopor kepada kritikan dan telah

memainkan peranan utama dalam menimbulkan masalah

dan keraguan dalam hadith. Pendapat dan penyataan beliau

berkaitan dengan keretakan dan keraguan terhadap hadith

telah dinyatakan dan dijelaskan melalui karyanya yang

bertajuk “ Das Leben Und Die Lehre Des Muhammad ”.

Menurut Dr. Subhi Salleh, pendapat orientalis sangat

menyeleweng . Contohnya berkaitan dengan adanya hadith

yang melarang penulisan hadith. Mereka ini (orientalis)

menyatakan : “ Ahli hadis mengharuskan penulisan hadith

23
untuk menjadi dalil bagi kesahihan hadith dan berhujah

dengannya. Manakala ‘ahli al-rawi’ pula menegah penulisan

hadith dan meyakinkan bahawa ilmu hadith tidak ditulis

sebagai satu persediaan mengingkari kesahihan dan

mengingkari hujah dengannya. ” Pendapat ini dinyatakan

oleh Goldziher yang berbangsa Yahudi.

Pendapat orientalis ini telah ditolak oleh Yusuf Al-As

dengan mengutarakan hujah daripada hadith Nabi tentang

larangan dan penulisan hadith. Ia dikukuhkan lagi dengan

hujah daripada Al-Quran iaitu Surah Al-Najm ayat 3 dan 4.

KITAB-KITAB MUSTALAH HADITH.

Terdapat banyak kitab yang dikarang khusus mengenai

Ulum al-Hadith atau Mustalah Hadith. Diantaranya ialah :

1. Al-Muhaddith al-Fasil Baina Al-Rawi Wa Al-Wa’i.

{ }

Kitab ini karangan Abu Muhammad al-Hasan Ibn Abd al-

Rahman

al-Ramahramuzi.

24
2. Ma’rifah Ulum al-Hadith {

karangan Abu Abdullah al-Hakim Al-Nisaburi.

3. Al-Mustakhrij A’la Ma’rifah Ulum al- Hadith

{ }

karangan Al-Asbahani.

4. Al-Kifayah Fi ‘Ilm al-Riwayah {

karangan al-Khatib al-Baghdadi.

5. Tadri al-Rawi { } oleh Al-Suyuti.

6. Fath al-Mughith { } oleh al-Sakhawi.

7. Nukhbah al-Fikr { } oleh Ibn Hajar.

8. Al-Ilma’ ila ma’rifah Usul al-Riwayah Wa Taqyid al-Sami’

{ }oleh I’yad Ibn.

Musa.

25
PENUTUP.

KEPENTINGAN ULUM AL-HADITH :

1. Untuk memahami urusan agama dengan baik.

2. Mengetahui segala yang berkaitan dengan peribadi Nabi

agar kita mendapat panduan dan berjaya di dunia dan

akhirat.

3. Supaya tidak berlaku kesilapan dan kesalahan semasa

penyampaian dan penerimaan hadith di samping menjaga

darjat dan martabat Nabi yang mulia sebagai Rasulullah

saw.

26
4. Memelihara hadith daripada sebarang propaganda oleh

orientalis agar tidak berlaku penyelewengan yang boleh

memecahbelahkan orang Islam.

5. Kita dapat menilai sesebuah hadith samada benar atau

palsu berdasarkan sanadnya seterusnya mengamalkannya

dalam kehidupan seharian.

6. Mengenal dan meyakini metod ulama’ hadith dalam

mentakhrijkan hadith secara menyeluruh dan sistematik,

membongkar perkara tersembunyi dan menggalakkan

ulama’ dalam menumpukan kajian dalam bidang ini.

7. Dapat menghindarkan hadith yang tidak baik dan

berupaya menepis perkara Israiliyyat dalam mentafsirkan

hadith dengan menggunakan kaedah yang sistematik.

27
BIBLIOGRAFI

1. Al-Quran al-Karim.

2. Dr. Utang Rahuwi Jaya M.A, Ilmu Hadis, Percetakan Zafar

Sdn. Bhd. , Penerbit Edaran Kalam, 1999.

3. Rosmawati Ali @ Mat Zin, Teks Pengajian Islam

Pengantar Ilmu Hadis, Ilham Abati Enterprise, 1997.

4. Mohd. Napiah Abdullah, Ikhtisar Sejarah Perkembangan

dan Kaedah Penyusunan Hadith, Percetakan Dewan Bahasa

dan Pustaka, 1989.

5. Mohd. Zain Ahmad, Orientalis Sama-sama Bertelagah

Islam Agama Plagiat, Al-Islam 15 Jun 1975.

28
Bilangan muka surat : 26

Mukasurat 01 – 09 : Rohaya dan Fathiah.

Mukasurat 10 – 17 : Rohaya bt. Kadar.

Muka surat 18 – 26 : Fathiah bt. Mohd. Shukry.

29