Anda di halaman 1dari 17

SEKAPUR SIREH SEULAS PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadhrat Ilahi kerana dengan
inayahNya dapat saya menyiapkan tugasan ini walaupun sibuk dengan tugasan harian.
Terlebih dahulu saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Profesor Madya Dr.
Abdul Jalil b. Borham atas kesudian berkongsi dan mencurahkan ilmu sepanjang
semester ini. Segala tunjuk ajar tidak akan disia-siakan , mudah-mudahan ia akan
memberi manfaat yang tidak ternilai demi menegakkan agama, bangsa dan negara.

Terima kasih sekali lagi kerana membimbing saya melaksanakan tugasan ulasan
buku ini kerana ia banyak memberi manfaat kepada saya dalam memahami tajuk –tajuk
berkaitan. Sekiranya tiada tugasan sebegini, mungkin saya tidak sempat membaca dan
mengkaji mengenai permasalahan yang pastinya memerlukan penyelesaian mengikut
kaedah fiqh. Tambahan lagi ,ia juga merupakan satu latihan agar saya dapat
memahirkan diri dalam menghasilkan ulasan buku sebagai persediaan untuk masa
hadapan.

Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada suami tercinta, Mohd. Rizal b. Atan
kerana banyak memberi bantuan, dorongan dan galakan sepanjang menyiapkan tugasan
ini.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan menjadi rujukan
bagi saya dalam menyelesaikan tugasan ini. Segala jasa kalian tetap terpahat dalam
ingatan.

Sekian ,terima kasih.


NAMA BUKU : KEMUSYKILAN WANITA
MENGENAI IBADAH & MUAMALAH.

PENGARANG : M. USMAN AL-KHUSTI

PENTERJEMAH : SYAHRIN NASUTION

PENERBIT : DARUL NU’MAN

TAHUN TERBITAN : CETAKAN KELIMA 1999

BIL. M/SURAT : 219 MUKASURAT

HARGA : RM 10.00

PENDAHULUAN

Buku Kemusykilan Wanita Mengenai Ibadah dan Muamalah ini adalah sebuah
buku yang menghimpunkan pelbagai kemusykilan dan permasalahan yang sering
dihadapi oleh kaum wanita dari aspek ibadah dan juga kehidupan sosial. Wanita solehah
seharusnya menghiasi fikiran dan hatinya dengan ilmu pengetahuan yang bermanfaat
agar menjadi seorang yang cemerlang dari segi keimanan dan berpekerti mulia.

Secara umumnya, buku ini menghidangkan pelbagai jawapan bagi pelbagai


permasalahan yang timbul dari aspek ibadah dan muamalah seharian. Terdapat sedikit
sahaja perbezaan antara lelaki dan wanita iaitu dari segi fungsi dan tanggungjawabnya
namum saling melengkapi antara satu sama lain. Selain daripada aspek tersebut, Islam
meletakkan lelaki dan wanita sama kedudukannya.

Secara keseluruhannya, buku ini dibahagikan kepada sebelas bab dan menyajikan
pelbagai permasalahan yang timbul . Kadang-kala kita tidak pernah terfikir mengenai
sesuatu masalah tersebut kerana belum pernah berhadapan dengannya. Ada jua persoalan
yang kita tidak sanggup utarakan kerana rasa malu yang menebal dalam jiwa , sedangkan
perkara tersebut memerlukan jawapan segera kerana ia mungkin berlaku kepada kita
sendiri. . Di dalam buku ini, jawapan yang diberikan diteguhkan dengan dalil naqli dan
aqli. Ini memudahkan para pembaca dalam mencari jawapan bagi masalah yang dihadapi.

SINOPSIS
BAHAGIAN PERTAMA.

Bahagian pertama buku ini menghuraikan permasalahan mengenai status wanita.


Terdapat sebelas persoalan mengenai tajuk berkaitan seperti hak wanita menurut Islam,
hak mengemukakan pendapat, hak belajar dan mengajar, hak memimpin, hak
mendapatkan harta warisan, kewajipan menunaikan ibadah , poligami dan lain-lain lagi.

Contoh permasalahan yang diutarakan ialah adakah sama tanggungjawab lelaki


dan wanita , dan adakah ganjaran yang diterima sama sahaja. Jawapannya ialah setiap
orang samada lelaki atau wanita akan ditanya dan bertanggungjawab dalam amalan
masing-masing. Ganjaran akan diperolehi mengikut amalan masing-masing. Penulis telah
memberikan jawapan berdasarkan firman Allah dalam beberapa surah berbeza dan
menghuraikannya agar lebih mudah difahami oleh pembaca.

BAHAGIAN KEDUA.

Bahagian ini menjawab pelbagai persoalan berkaitan taharah iaitu bersuci.


Kebersihan itu separuh daripada iman. Setiap umat Islam wajib mengambil berat
mengenai soal kebersihan ini terutamanya wanita.

Terdapat 12 persoalan yang diajukan dalam bahagian ini. Kadang-kala kita


sendiri berasa segan untuk menanyakan sesuatu yang dianggap memalukan walaupun
pada hakikatnya kita kurang arif mengenai perkara tersebut. Antaranya persetubuhan
tidak sampai keluar mani, ingin jimak tetapi tidak sanggup mandi dan wanita bermimpi
setubuh. Persoalan lain yang ditanya dalam bahagian ini ialah wudhuk dan menyentuh
lelaki, menyapu khimar (tudung), pakaian yang menyapu tanah, masalah haid dan
janabah, tayammum dan sebagainya.
2

BAHAGIAN KETIGA.

Dalam bahagian ini dimuatkan 13 persoalan mengenai permasalahan wanita


samada yang sudah berkahwin atau belum dalam menghadapi situasi haid, istihadhah dan
nifas. Persoalan-persoalan ini sering berlegar dalam kotak fikiran seorang wanita
terutama bagi mereka yang menghadapi masalah tersebut. Walau bagaimanapun , bagi
mereka yang membaca bahagian ini akan mendapat jawapannya kerana penulis telah
mengupas permasalahan tersebut dan memberi penjelasan yang mudah difahami.

Antara permasalahan yang dibincangkan ialah hukum haid dan nifas, larangan
bagi orang haid dan nifas, wanita haid sujud tilawah dan ingin bersuci untuk solat dan
sebagainya.

Contoh persoalan yang ditanya ialah adakah dikenakan kaffarah apabila suami
isteri bersama sedangkan isterinya dalam keadaan haid. Jawapannya ialah suami tersebut
berdosadan bertaubat. Ulama’ berselisih pendapat tentang wajibnya membayar kaffarah.
Menurut Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’e dan jumhur ulama’ tidak wajib
membayar kaffarah berdasarkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“ Barangsiapa yang mendatangi tukang tenun, kemudian dia mempercayai
apa yang dikatakannya, mendatangi wanita dari duburnya atau mendatangi
wanita yang sedang haid, maka dia sudah kufur dengan apa yang diturunkan
kepada Muhammad saw.”

Menurut Imam Ibn Ahmad bin Hanbal pula wajib membayar kaffarah dengan
menyedekahkan satu dinar atau setengah dinar. Ini berdasrkan sabda Nabi mengenai
lelaki yang mendatangi isterinya yang sedang haid iaitu :
“ Bersedekahlah satu dinar atau setengah dinar.”
Walau bagaimanapun, pendapat yang paling baik dipegang adalah pendapat jumhur .

BAHAGIAN KEEMPAT.

Solat adalah tiang agama. Sekiranya tiangnya rapuh maka tunggulah


kebinasaannya.Bab ini pula membincangkan 4 pertanyaan mengenai solat. Antaranya
ialah solat memakai purdah, terbuka sedikit aurat semasa bersolat, wanita bersolat Jumaat
dan tidur di sebelah suami yang mengerjakan solat. Jawapan yang diberikan disulami
dengan dalil-dalil dari Al-Quran, hadith dan pendapat ulama’.

Contoh persoalan yang diajukan ialah bolehkah wanita memakai purdah dalam
waktu solat. Jawapannya tidak boleh kerana Rasulullah saw melarangnya. Ijmak seluruh
fuqaha’ mengatakan bahawa wanita diwajibkan membuka wajahnya ketika mengerjakan
solat dan ihram.

BAHAGIAN KELIMA.

Bahagian kelima menyentuh persoalan jenazah. Mungkin kita tidak pernah terfikir
beberapa persoalan yang dirasakan tidak logik. Antaranya menanam wanita kafir yang
dalam perutnya ada bayi muslim. Terdapat lima persoalan yang dibincangkan dalam bab
ini iaitu membedah jenazah hamil, wanita mengiringi jenazah, menziarahi kubur dan
memandikan jenazah suami.

Seorang wanita seharusnya tahu cara-cara memandikan jenazah, bukan


diserahkan kepada lelaki sahaja. Persoalannya di sini adakah perempuan boleh
memandikan jenazah suaminya dan suami memandikan jenazah isterinya ?

Menurut ijmak Ulamak, isteri boleh memandikan jenazah suaminya sesuai dengan
hadith riwayat Malik bahawa Asma’ binti Umais iaitu isteri Abu Bakar memandikan
jenazah suaminya. Walau bagaimanapun terdapat perselisihan pendapat dikalangan
ulamak mengenai suami memandikan jenazah isteri 4

BAHAGIAN KEENAM.

Mengeluarkan zakat merupakan salah satu Rukun Islam. Mengeluarkan zakat


adalah wajib apabila cukup syaratnya. Menerima zakat pula selayaknya bagi mereka
yang layak mendapatnya. Dalam bahagian ini mempamerkam 7 pertanyaan mengenai
zakat seperti menerima zakat harta suami , menyedekahkan harta suami , zakat perhiasan,
bersedekah kepada penzina dan lain- lain lagi.

Contohnya ialah mengenai zakat perhiasan emas. Para ulamak berselisih pendapat
tentangnya. Menurut Imam Malik, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad, barang emas yang
dipakai tidak dikira zakat walaupun cukup nisab. Mereka mengambil dalil dari hadith
yang diriwayatkan oelh Malik dalam kitab al-Muwatta’. Manakala Abu Hanifah pula
mengatakan ia dikenakan zakat apabila cukup nisabnya.Beliau mengambil dalil daripada
hadith riwayat Baihaqi dan Abu Daud.

BAHAGIAN KETUJUH.

Bahagian ini membincangkan 8 persoalan mengenai puasa dan i’tikaf. Antaranya


wanita i’tikaf di masjid, orang puasa memakai celak, berpuasa sebelum mandi dari haid,
mengqadha puasa ibu dan lain-lain.

Contoh permasalahan ialah mengenai hukum puasa orang hamil dan menyusukan.
Menurut Imam Syafi’e,Ahmad dan Malik, golongan ini tidak wajib berpuasa tetapi wajib
mengqadhanya dan memberi makanan kepada orang miskin. Bagi Abu Hanifah , cukup
mengqadhanya sahaja dan tidak perlu membayar fidyah.

BAHAGIAN KELAPAN.

Haji dan Umrah menjadi topik perbincangan dalam bab ini. Terdapat 24
permasalahan diutarakan untuk dikongsi bersama para pembaca lain. Persoalan –
persoalan ini banyak berkisar mengenai kemusykilan yang berlaku semasa mengerjakan
haji dan umrah. Sekiranya tidak diteliti dan diambil peduli, kita mungkin melakukan
kesilapan sewaktu menunaikannya. Antara persoalan-persoalan yang dibincangkan ialah
bercium ketika mengerjakan haji, mengkhayalkan seks ketika haji, haji pada masa iddah,
memakai sabun ketika haji dan sebagainya.

BAHAGIAN KESEMBILAN.

Wanita tidak dapat dipisahkan dari kecantikan. Mereka sanggup berbelanja besar
untuk memuaskan keinginan agar sentiasa berada dalam keadaan yang cantik. Bab ini
menceritakan kemusykilan wanita dalam menghias diri.

Antara persoalan yang ditanya ialah wanita yang mencukur rambut , memakai
sanggul, memakai celak, soal jawab mengenai salon rambut dan salon kecantikan dan
mencat kuku.

BAHAGIAN KESEPULUH.

Bahagian ini mengetengahkan perbincangan mengenai penyusuan. Apa yang


dibincangkan ialah mengenai penyusuan anak, penyusuan yang mengharamkan nikah dan
saudara sesusuan. Persoalan yang dikemukakan agak menarik kerana ia jarang-jarang
berlaku dalam masyarakat kita hari ini walaupun kita telah ketahui bahawa Rasulullah
saw juga pernah ada ibu susuan dan saudara sesusuan.
6
Contoh persoalan : Penyusuan yang bagaimanakah menyebabkan haramnya
nikah? Jawapannya : Para fuqaha’ berselisih pendapat mengenai hal ini. Sebahagian
ulama’ menyatakan syarat penyusuan ialah lima kali kenyang dan penyusuan tersebut
berlaku sebelum anak berusia dua tahun kerana di waktu inilah berlakunya pembinaan
daging dan tulang yang kuat. Ini bersandarkan Firman Allah dalam Surah Al- Baqarah
ayat 233 dan sepotong hadith bermaksud : “Tidak dihitung penyusuan selain dapat
menambah tulang dan yang menumbuhkan daging.”

BAHAGIAN SEBELAS.

Bahagian akhir ini membicarakan masalah perkahwinan bermula dari memilih


suami sehingga terjadinya talak berakhir dengan iddah. Terdapat 49 persoalan yang
menuntut jawapan, merupakan bahagian terbanyak yang mengutarakan permasalahan.

Antara permasalahan yang ditimbulkan ialah memilih suami, berkahwin dengan


anak tiri ibu, meminang perempuan beriddah, berkahwin dengan bekas suami makcik,
mengenai mahar, hukum ila’, hadhanah, talak , iddah serta banyak lagi. Permasalahn ini
sering berlaku dalam masyarakat. Seharusnya setiap umat Islam menyedarinya dan dapat
mengatasi segala permasalahan dalam rumah tangga dengan sebaik-baiknya.
Sesungguhnya talak itu merupakan perkara yang dibenci oleh ALLAH. Semoga setiap
jawapan dan huraian yang dicoretkan dalam buku ini memberi seribu satu jawapan
kepada pembacanya untuk direnungi dan ambil iktibar bagi permasalahn yang berlaku di
sekeliling kita hari ini.

ULASAN / KOMEN BUKU

KESESUAIAN TAJUK
Tajuk buku ini adalah bersesuaian dengan isi kandungan yang ingin
disampaikan.Tajuk ini menggambarkan apa yang ingin disampaikan oleh penulis kepada
pembaca khususnya WANITA yang membincangkan permasalahan wanita dalam bidang
khusus iaitu ibadah dan muamalah.

GRAFIK
Secara umumnya, ilustrasi kulit buku ini bersesuaian dengan konsep buku ini. Grafik
kulit buku ini amat menarik perhatian saya kerana pemilihan warna latar yang lembut
sesuai dengan tajuk buku tersebut yang mencerminkan keperibadian wanita . Gambar
kupu-kupu yang menghisap madu bunga menggambarkan bahawa wanita mesti sentiasa
berwaspada dengan permasalahan yang berlaku agar tidak terleka dan lalai daripada
tanggungjawab. Pemilihan tulisan dan warna merah dan putih menggambarkan kesucian
dan ketegasan Islam dalam menangani segala kemusykilan. Ia juga boleh menarik minat
pembaca untuk menatapinya seterusnya menghayati keindahan Islam dalam menjalani
kehidupan di dunia ini.

ISI KANDUNGAN
Buku ini mengandungi 11 bahagian yang membincangkan permasalahan status wanita,
taharah ( bersuci ),haid, istihadhah dan nifas, solat, jenazah, zakat, puasa dan iktikf, haji
dan umrah, kecantikan, penyusuan dan perkahwinan. Ia menarik kerana perbincangannya
menjurus kepada permasalahan yang dihadapi oleh wanita. Isi kandungannya amat sesuai
dibaca kerana menjawab segala permasalahan yang diutarakan dengan jelas , diteguhkan
lagi dengan kekuatan dalil al-Quran , hadith dan hujah ulama’ berpandukan Mazhab yang
empat iaitu Syafi’e, Hanafi, Hanbali dan Maliki.

8
SUSUNAN BAHAGIAN
Pada pendapat saya, susunan bahagian dalam buku ini kurang teratur. Seharusnya
bahagian-bahagian dalam buku tersebut disusun mengikut tajuk besarnya iaitu ibadah dan
muamalah. Contohnya di bawah tajuk ibadah diletakkan bahagian taharah,
haid,istihadhah dan nifas, solat, zakat, puasa dan iktikaf, serta haji dan umrah. Bagi tajuk
muamalah pula ialah status wanita, kecantikan, penyusuan, perkahwinan dan jenazah.

PERBINCANGAN SETIAP BAHAGIAN


Perbincangan yang diutarakan amat menarik kerana dikuatkan dengan dalil-dalil Al-
quran dan Hadith dan hujah-hujah ulama’.

AYAT DAN LARAS BAHASA YANG DIGUNAKAN


Ayat dan laras bahasa yang digunakan mudah difahami oleh para pembaca dan tidak
berbelit-belit. Setiap perkataan diolah dengan baik. Aspek tatabahasa juga ditekankan dan
tidak terdapat banyak kesalahan bahasa dan perkataan.

KEISTIMEWAAN BUKU INI.


Keistimewaan buku ini ialah dapat memberi jawapan segera kepada persoalan yang
berkaitan. Jawapannya jelas dan terperinci. Tetapi berhati-hatilah kerana tidak semua
buku di pasaran boleh dipercayai sewenang-wenangnya. Buku ini mudah difahami dan
sesuai untuk bacaan umum. Setiap jawapan diperkukuhkan dengan dalil-dalil al-Quran ,
hadith dan ijma’ ulamak.

PERBANDINGAN DENGAN BUKU LAIN

“ MAKSUD IBADAH SOLAT, PUASA & HAJI / UMRAH.”


Bagi membuat satu perbandingan dengan buku yang telah diulas, saya telah memilih
buku karya As-Syeikh Al-Izz b. Abdul Salam, diterjemahkan oleh Abdul Khairi Al-Latifi
yang bertajuk “ Maksud Ibadah Solat, Puasa & Haji / Umrah” terbitan Al-Hidayah
Publisher.

Hasil bacaan saya mendapati bahawa memang terdapat perbezaan antara kedua-dua
buku. Perbezaan yang paling ketara ialah buku yang diulas mengutarakan permasalahan
wanita mengenai ibadah dan muamalah secara umum, manakala buku yang dibuat
perbandingan pula membicarakan secara khusus mengenai maksud ibadah solat, puasa
dan haji atau umrah secara umum tanpa membincangkan permasalahan yang timbul.

Apa yang saya dapati ialah buku ini membincangkan tajuk yang ingin disampaikan
dengan lebih terperinci dan khusus. Apabila melihat isi kandungan buku tersebut, kita
akan dapati ia mengandungi empat tajuk utama dan setiap tajuk tersebut ada bab-bab
tertentu berkaitan tajuk utama yang dibincangkan. Dalam fasa pertama diterangkan
maksud ibadat dan kelebihannya. Fasa kedua dalam Kitab Solat diterangkan bab-bab
fardhu , hak dan maksud solat dan perkataannya. Terdapat juga kelebihan solat berjemaah
dan solat Jumaat.Fasa ketiga dihuraikan mengenai kewajipan ibadah puasa bermula dari
adab-adabnya sehinggalah hikmah mengerjakannya. Fasa terakhir menerangkan perkara-
perkara berkaitan haji atau umrah bermula dari sejarah pensyariatannya , hukumnya,
rukunnya dan hikmahnya.

Perbincangannya amat menarik kerana kita dapat mengetahui sesuatu ibadah dengan
lebih terperinci. Itulah keistimewaan yang terdapat dalam buku ini. manakala buku yang
telah diulas memberi jawapan kepada permasalahan- permasalahan yang timbul khusus
bagi wanita.
10
Kesimpulannya, apa yang nyata ialah setiap buku ada keistimewaannya yang
tersendiri. Bagi mereka yang ingin mengkaji dan mengetahui dengan lebih mendalam
mengenai sesuatu perkara, bolehlah membaca buku seperti buku ini. Bagi mereka yang
ingin mencari jawapan apabila timbul sesuatu masalah, bolehlah mencari buku yang
menjawab persoalan berkaitan seperti buku yang telah diulas awal tadi.

11
RINGKASAN ULASAN BUKU
TAJUK : KEMUSYKILAN WANITA
MENGENAI IBADAH DAN MUAMALAH.
PENGARANG : M. USMAN AL-KHUSTI
PENTERJEMAH : SYAHRIN NASUTION
PENERBIT : DARUL NU’MAN
TAHUN TERBITAN : CETAKAN KELIMA 1999
BIL. M / S : 219 M / S

SINOPSIS
Terdapat sebelas bahagian . Perbincangan berkaitan ;
1) Status wanita yang mengandungi 11 persoalan.Antaranya tanggungjawab dan
ganjaran yang diterima.
2) Taharah (bersuci) mengandungi 12 permasalahan.Contohnya kebersihan pakaian yang
menyapu tanah.
3) Haid, Istihadhah & Nifas mengandungi 13 kemusykilan. Contohnya larangan bagi
orang haid dan nifas.
4) Solat membicarakan 4 keraguan. Contohnya solat memakai purdah.
5) Jenazah membahaskan 5 pertanyaan. Contohnya wanita memandikan jenazah
suaminya.
6) Zakat membincangkan 7 persoalan. Contohnya zakat perhiasan.
7) Puasa & I’tikaf menyelesaikan 8 kemusykilan. Contohnya puasa orang hamil dan
menyusukan anak.
8) Haji & Umrah mengandungi 24 permasalahan. Contohnya mengerjakan haji untuk ibu
bapa.
9) Kecantikan membicarakan 6 pertanyaan. Contohnya memakai sanggul.
10) Penyusuan membincangkan 6 persoalan. Contohnya penyusuan yang mengharamkan
nikah.
11) Perkahwinan membahaskan 49 keraguan. Contohnya muslimah berkahwin dengan
bukan muslim.
ULASAN / KOMEN BUKU.
1. Kesesuaian tajuk
• Sesuai : Menggambarkan apa yang akan disampaikan.
2. Grafik
• Menarik.
• Pemilihan warna lembut melambangkan kelembutan wanita
• Gambar kupu-kupu menggambarkan wanita mesti berwaspada dengan
permasalahan.
• Tulisan berwarna putih dan merah mencerminkan kesucian dan ketegasan Islam
dalam menangani masalah mendatang.
3. Isi kandungan.
• Mengandungi 11 topik / bahagian yang membicarakan permasalahan mengenai
wanita.
• Menjawab persoalan yang diutarakan berdasarkan dalil naqli dan aqli.
4.Susunan bahagian
• Kurang teratur.
• Satukan tajuk-tajuk kecil di bawah tajuk khusus.
5. Perbincangan setiap bahagian
• Menarik
6. Ayat dan laras bahasa yang digunakan.
• Mudah difahami.
• Ayat pendek dan tepat.
7. Keistimewaannya.
• Jawapan segera.
• Diperkukuhkan dengan dalil al-Quran, hadith dan ijma’ ulamak.
• Mudah difahami.
Perbandingan dengan buku “Maksud Ibadah Solat, Puasa & Haji/Umrah.
• Penyampaian berbeza tetapi ada persamaan dari segi isi.
• Buku yang diulas lebih berkisar menjawab permasalahan.
• Buku yang dibanding menerangkan dengan lebih terperinci.
Isi Kandungan Muka Surat

Kulit hadapan buku i

Pengenalan buku ii

Sekapur Sireh iii

Pendahuluan 1

Sinopsis Buku
• Bahagian Pertama 2
• Bahagian Kedua 2
• Bahagian Ketiga 3
• Bahagian Keempat 4
• Bahagian Kelima 4
• Bahagian Keenam 5
• Bahagian Ketujuh 5
• Bahagian Kelapan 6
• Bahagian Kesembilan 6
• Bahagian Kesepuluh 6/7
• Bahagian Kesebelas 7

Ulasan / Komen Buku 8/9

Perbandingan Dengan Buku Lain 10/11