Anda di halaman 1dari 17

PERLEMBAGAAN PERSATUAN

1. NAMA DAN ALAMAT:

a. Nama Kelab : Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu


b. Alamat : Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,
16109 Pengkalan Chepa,
Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

2. MATLAMAT :

Menaikkan nama IPG Kampus Kota Bharu di dalam sukan ragbi dan
memperkembangkan potensi individu dan pasukan secara menyeluruh dan
bersepadu di dalam sukan ragbi di Malaysia.

3. OBJEKTIF :

3.1 Menerapkan kemahiran permainan ragbi di dalam diri (individu) dan


menaikkan semangat berpasukan (team chemistry) di dalam permainan
ragbi.
3.2 Pemain sukan ragbi mengamalkan nilai-nilai kesukanan di dalam
permainan ragbi dan menerapkan sikap kerjasama dan bersepadu.

4. KEAHLIAN :

4.1 Dibuka kepada semua pelajar IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan.
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang
disediakan.
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada
Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi
menjayakan tujuan persatuan ini.
5. PENSYARAH PENASIHAT:

5.1 Pensyarah penasihat adalah terdiri daripada pensyarah IPG Kampus


Kota Bharu, Kelantan.
5.2 Pensyarah penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau
membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.
5.3 Pensyarah penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli
persatuan semasa aktiviti dijalankan.

6. AHLI JAWATANKUASA :

6.1 Dilantik semasa mesyuarat agong.


6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa menakala
ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak
dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Pensyarah Penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.
6.5 Ahli jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat peletakkan jawatan kepasa Pensyarah Penasihat.
6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri :
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong Bendahari
6.6.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)
7. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA:

7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusi semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala
keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah
Penasihat dari semasa ke semasa

7.2 Naib Pengerusi

7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan


bertanggungjawab yang diberi

7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi

7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah


Penasihat dari semas ke semasa

7.3 Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat

7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan


persatuan

7.3.3 Mencatat kehadiran ahli

7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan

7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah


Penasihat dari semasa ke semasa

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjayakan segala tugas dan


tanggungjawabnya

7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha


7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah
Penasihat dari semasa ke semasa

7.5 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan


Kelab/persatuan
7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.5.3 Menyediakan Penyata Kira-kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.5.5 Menyediakan laporan kewangan untuk audit dan dibentangkan
dalam mesyuarat agung.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh guru penasihat.

7.6 Penolong Bendahari

7.6.1 Menjalankan tugas-tugas bendahari sewaktu ketiadaan


Bendahari
7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah
Penasihat dari semasa ke semasa

7.7 Ahli Jawatankuasa

7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti


yang dilaksanakan
7.7.2 Mempengerusikan biro jika dilantik
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah
Penasihat dari semasa ke semasa
7.8 Pemeriksa Kira-kira

7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan


tahunan dan bertanggungjawab keatasnya
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul

8. KEWANGAN

a) Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma dan kutipan yuran
yang diputuskan semasa mesyuarat agung.
b) Persatuan juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti yang dijalankan.
c) Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan
besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
d) Semua pungutan hendaklah dimasukkan ke dalam akaun SUWA, sekiranya
mendapat kebenaran Pengarah IPG.

9. KEHADIRAN/PENYERTAAN

a) Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti dan latihan berwajib


yang ditetapkan oleh persatuan sepanjang tahun.
b) Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab. Tindakan membuang ahli persatuan akan
dikenakan kepada ahli persatuan sekiranya gagal berbuat demikian.

10. AKTIVITI

a) Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat


ahli jawatankuasa.
b) Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Pensyarah Penasihat dan
diumumkan kepada pengetahuan ahli.

11. PERATURAN-PERATURAN
a. Peraturan Institut Pendidikan Guru merupakan asas utama peraturan.
b. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
c. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan dan hukuman.

12. TINDAKAN DISIPLIN

a. Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak


mematuhi peraturan yang ditetapkan
b. Tindakan disiplin adalah mengikut cara amaran lisan ataupun amaran bertulis.
c. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Pensyarah Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan
pensyarah penasihat adalah muktamad.

13. PINDAAN PERLEMBAGAAN

a. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.


b. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawantakuasa,
Pensyarah Penasihat atau Pihak Pentadbir Institut Pendidikan Guru secara
bertulis.
c. Satu mesyuarat khas akan dihadiri oleh pensyarah penasihat dan ahli
jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskan jika
perlu.
d. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan
oleh Pengarah Instiitut Pendidikan Guru.

14. PEMBUBARAN PERSATUAN

a. Pengarah Institut Pendidikan Guru diberi kuasa untuk membubarkan


persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan
Negara.
b. Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat
Agung Tergempar.

15. HAL-HAL LAIN


a. Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.
b. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti denagn penuh minat

PENGURUSAN MESYUARAT
Mesyuarat Agung.

1. Mengedarkan surat jemputan Mesyuarat Agung Persatuan Ragbi IPG


Kampus Kota Bharu diedarkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum
mesyuarat Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu diadakan dengan
disertakan minit mesyuarat yang lalu.

2. Atur cara Majlis Mesyuarat Agung Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu:

a. Ucapan Alu-aluan Pengerusi Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu.


b. Ucapan Penasihat Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu.
c. Ucapan Perasmian.
d. Mesyuarat agung.

3. Agenda Mesyuarat Agung Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu:

a. Ucapan Pengerusi Mesyuarat.


b. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung yang lalu.
c. Membentangkan laporan tahunan Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota
Bharu.
d. Membentangkan dan mengesahkan laporan kewangan Persatuan Ragbi
IPG Kampus Kota Bharu.
e. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu.
i. Pengerusi.
ii. Naib Pengerusi.
iii. Setiausaha.
iv. Penolong Setiausaha.
v. Bendahari.
vi. Penolong Bendahari.
vii. Ahli Jawatankuasa (5 – 7 orang).
viii. Pemilihan dua orang juru audit.
f. Membahaskan usul-usul yang diterima.
g. Ucapan penangguhan.

Mesyuarat Agung Luar Biasa Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu.

Mesyuarat Agung Luar Biasa/Tergempar Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu
boleh diadakan dengan kehendak sebahagian ahli atau Ahli Jawatankuasa
Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu bagi membincangkan satu agenda sahaja.
Notis hendaklah disiarkan dua minggu sebelum diadakan. Mesyuarat ini juga boleh
diadakan kerana:

a. Permintaan bertulis 2/3 ahli.


b. Pengerusi memikirkan perlunya mesyuarat diadakan.

Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Berbasikal.

Mesyuarat ini diadakan untuk mengerakkan aktiviti Persatuan Ragbi IPG Kampus
Kota Bharu. Mesyuarat hanya boleh dijalankan sekiranya cukup korum (2/3 daripada
ahli jawatankuasa Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu). Mesyuarat ini
hendaklah dihadiri oleh Pensyarah Penasihat Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota
Bharu yang dilantik oleh Pengarah Institut Pendidikan Guru. Notis panggilan
mesyuarat hendaklah diberi dalam tempoh satu minggu sebelum mesyuarat
Jawatankuasa Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu diadakan.

Agenda Mesyuarat hendaklah merakumi perkara berikut:

a. Ucapan Pengerusi Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu.


b. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
c. Perkara berbangkit.
d. Laporan biro-biro.
e. Laporan kewangan Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu.
f. Hal-hal lain.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Projek Persatuan Ragbi IPG Kampus


Kota Bharu.

Agenda Mesyuarat:

a. Ucapan Pengerusi Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu.


b. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
c. Perkara-perkara berbangkit.
d. Membincangkan hal projek Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu.
e. Tarikh.
Hari.
Masa.
Tempat.
f. Melantik ahli jawatankuasa projek Persatuan Ragbi IPG Kampus
Kota Bharu.
g. Tugas-tugas ahli jawatankuasa projek Persatuan Ragbi IPG Kampus
Kota Bharu.
h. Kewangan persatuan.
i. Hal-hal lain.

CARTA ORGANISASI
PERSATUAN RAGBI IPG KAMPUS KOTA BHARU

PENSYARAH
PENASIHAT

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI

BENDAHARI SETIAUSAHA

NAIB BENDAHARI AHLI JAWATANKUASA


NAIB SETIAUSAHA

AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA


PROGRAM/AKTIVITI ALATAN KHAS

CONTOH SURAT PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN RAGBI


IPG KAMPUS KOTA BHARU

Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu,


Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,
16109 Pengkalan Chepa, Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim
_____________________________________________________________________
“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Ruj. Kami :
Ruj. Tuan :
Tarikh : 01 Oktober 2010

Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,
16109 Pengkalan Chepa, Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim

Tuan ,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN RAGBI IPG KAMPUS KOTA BHARU

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya ……………….………… berdasarkan


Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998,P.U. (A) 196, yang berkait
dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan
Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
mulai 01 Oktober 2010.

2. Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut:

2.1 Draf Perlembagaan.


2.2 Draf Aktiviti Asas.
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Kerjasama dan jasa baik daripada pihak tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu
diucapkan terima kasih

Sekian.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

...................................
( Haji Aziz Bin Jaafar)
Pensyarah Penasihat
Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu,
IPG Kampus Kota Bharu,
16109 Pengkalan Chepa,
Kelantan Darul Naim

CONTOH SURAT KELULUSAN PENUBUHAN PERSATUAN RAGBI IPG KAMPUS


KOTA BHARU

Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu,


Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,
16109 Pengkalan Chepa, Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim
_____________________________________________________________________
“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Ruj. Kami :
Ruj. Tuan :
Tarikh : 01 Oktober 2010

Pensyarah Penasihat,
Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,
16109 Pengkalan Chepa, Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim

Tuan,

KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHKAN PERSATUAN RAGBI IPG KAMPUS KOTA


BHARU, KELANTAN DARUL NAIM

Merujuk surat tuan IPG KKB 01/10/10( 01) bertarikh 01 Oktober 2010 dinyatakan bahawa
dengan kuasa yang diberikan kepada saya, Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 seperti
yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998, P.U. (A) 196,
sukacita dimaklum permohonan tuan untuk menubuhkan Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota
Bharu, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu adalah diluluskan berkuatkuasa mulai
10 Oktober 2010.

2. Sehubungan itu, bersama ini dikemukakan maklumat-maklumat yang diluluskan:

2.2 Draf Perlembagaan

2.3 Draf Aktiviti Asas

2.4 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Diharap dapat tuan mengambil tindakan selanjutnya mengikut peraturan (4) Warta Kerajaan
bertarikh 21 Mei, 1998, P.U.(A) 196.
Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut Perintah,

....................................................
(Encik Abdullah Bin Kamarul)
Pendaftar Kelab Dan Persatuan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

s.k. - Fail Timbul

CONTOH SURAT PERLANTIKAN PENSYARAH PENASIHAT PERSATUAN RAGBI IPG


KAMPUS KOTA BHARU

Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,


16109 Pengkalan Chepa, Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim
_____________________________________________________________________
“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Ruj. Kami :
Ruj. Tuan :
Tarikh : 01 Oktober 2010

Pensyarah Penasihat
Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,
16109 Pengkalan Chepa, Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim

Tuan,

PERLANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT PERSATUAN RAGBI IPG KAMPUS KOTA


BHARU

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diperuntukkan kepada


saya melalui peraturan 4 dan 5 dalam peraturan-peraturan pendidikan (persatuan
sekolah) 1998, akta pendidikan 1996 seperti dalam warta kerajaan malaysia jilid 42, no.
11, tambahan no. 41, perundangan (a): p.u. (a) 196 bertarikh 21 hb. mei 1998, saya telah
melulus dan mengesahkan penubuhan dan pendaftaran Persatuan Ragbi ( no pendaftaran
……………….) kelulusan dan pengesahan ini terkandung dalam surat saya
……………………. bertarikh ……………….

2. Kelulusan dan pengesahan ini diberikan berdasarkan pertimbangan dan penilaian


saya bahawa tujuan dan matlamat penubuhan Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu ini
tidak bercanggah dengan dasar pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
kebangsaan.

3. Saya juga yakin bahawa persatuan ini mampu memberi sumbangan yang
berkesan kepada usaha menyemarakkan lagi kegiatan kokurikulum di sekolah ini.
walaubagaimanapun, kegiatan persatuan ini perlu dipimpin, dibimbing dan dipandu,
manakala kebajikan serta keselamatan pelajar-pelajar yang menganggotainya perlu
diselia, diselanggara dan dikawal.
4. Sehubungan itu, berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut peraturan
8 dalam peraturan-peraturan pendidikan (persatuan sekolah) 1998, akta pendidikan 1996
seperti dalam warta kerajaan malaysia jilid 42, no. 11, tambahan no. 41, perundangan (a):
p.u. (a) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka saya dengan bangga dan sukacita melantik tuan
menjadi guru pemimpin/penasihat kepada Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu
berkuatkuasa mulai tarikh surat ini.
4. Dengan perlantikan ini bermakna tuan secara rasmi bertanggungjawab atas
perjalanan dan kegiatan Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu berkuasa menasihati,
menegur dan mengarahkan ahli jawatankuasa persatuan dan semua ahli persatuan demi
memastikan.......................................... sekolah ini tidak terkeluar daripada tujuan dan
matlamat penubuhannya.

5. Tuan juga secara rasmi bertanggungjawab memastikan setiap aktiviti yang dirangka
dan akan dijalankan di bawah Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu sekolah ini
mematuhi sepenuhnya semua peraturan, syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh
sekolah, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri, kementerian pendidikan dan
kerajaan malaysia.

6. Seterusnya tuan dilantik mewakili saya untuk menyelia, menyelenggara, mengawal dan
menguruskan kebajikan dan keselamatan pelajar yang menjadi ahli Persatuan Ragbi IPG
Kampus Kota Bharu semasa menyertai aktiviti-akviti atau program-program yang dianjurkan
oleh persatuan di dalam dan di luar kawawan institut pendidikan guru.

7. Saya berkeyakinan penuh bahawa tuan boleh melaksanakan amanah dan


tanggungjawab yang diberikan ini dengan cekap dan berkesan. Kesediaan dan
kesanggupan tuan menerima perlantikan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
disertakan juga senarai tanggungjawab sebagai guru pemimpin/penasihat untuk makluman
dan tindakan tuan. sekian, terima kasih.

“Berkhidmat Untuk Negara”

Saya yang menurut perintah,

……………………………….
( )

Pengarah ,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,
16109 Pengkalan Chepa, Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim

s.k.
1. Unit pengurusan kokurikulum
2. fail persatuan
4. fail .............................

Anda mungkin juga menyukai