Anda di halaman 1dari 9

HADITH 1: MENGUTAMAKAN YANG SENANG

 ¾ËWh¸?™h¸??¾lG
 8¿Úl¸?ÈÎÚt¸?Æ˹¤»@°
 ?Èh­ÁKÙÈ?ÈhpGÈ?Èhl¥KÙÈ?ÈhlÊ

1- Erti Hadith:

Rasululah S.A.W bersabda: "Hendaklah kamu menyenang-nyenangkan dan janganlah kamu menyusah nyusahkan
serta hendaklah kamu menghiburkan dan janganlah kamu menakut nakutkan"

2- Erti perkataan

Ertinya Perkataan
Hendaklah kamu menyenang-nyenangkan dan janganlah kamu menyusah nyusahkan  ?Èhl¥KÙÈ?ÈhlÊ
hendaklah kamu menghiburkan dan janganlah kamu menakut nakutkan ?Èh­ÁKÙÈ?ÈhpGÈ

3- Maksud potongan ayat


 ?Èhl¥KÙÈ?ÈhlÊ
Ertinya: Hendaklah kamu menyenang-nyenangkan dan janganlah kamu menyusah nyusahkan.
Huraiannya : Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa menasihati umatnya supaya menganggap mudah akan ajaran-ajaran
Islam itu dan menegah kita dari menganggapnya sebagai beban yang berat atau tanggungjawab yang menyusahkan
kita.
 ?Èh­ÁKÙÈ?ÈhpGÈ
Ertinya: hendaklah kamu menghiburkan dan janganlah kamu menakut nakutkan.
Huraiannya: Seterusnya Rasulullah S.A.W. menyuruh kita supaya menghiburkan hati dan melarang kita dari
menakut-nakutkan diri kita atau orang lain dalam memikirkan tugas dan kewajipan kita terhadap ugama.

4- Keterangan maksud hadith


 ?Èhl¥KÙÈ?ÈhlÊ
a. Ugama Islam dan segala pengajarannya diturunkan oleh Allah melalui wahyu yang dibawa oleh Malikat Jibrail
dan undang-undang Islam itu semuanya diturunkan mengikut beberapa dasar yang tertentu bagi kesejahteraan
dan kepentingan umat manusia seluruhnya. Di antara dasar-dasar yang diikuti oleh Islam dalam mengenakan
hukum kepada umat Islam ada 4 dasar:
i. Dasar sedikit-sedikit dan beransur-ansur.
ii. Dasar berjimat cermat dalam perundangan.
iii. Dasar mudah dan ringan.
iv. Dasar menjaga muslihat dan memelihara kepentingan manusia.

i. Dasar sedikit-sedikit dan beransur-ansur.


Allah tidak menurunkan Ugama Islam itu dengan serentak atau sekali gus akan tetapi secara beransur-ansur
dan sedikit demi sedikit dalam masa lebih kurang 22 tahun dan beberapa bulan. Tujuannya ialah supaya umat
Islam mudah mengikuti dan memahami undang-undang Islam dengan perlahan lahan. Misalnya hukum
mengharamkan arak, judi, riba tidak diperintahkan (diharamkan) dengan serta merta kecuali setelah Islam
bertapak di Madinah.

ii. Dasar berjimat cermat dalam perundangan.


Suatu hukum diturunkan hanya sekadar memenuhi keperluan yang dikehendaki oleh suasana dan kejadian yang
berlaku pada masa itu sahaja. Tujuannya supaya hukum dan undang-undang yang diturunkan sesuai dengan
masa itu sahaja dan kerana menjaga muslihat serta keperluan orang yang tinggal pada zaman itu sahaja.

iii. Dasar mudah dan ringan.


Semua hukum dan undang-undang yang disusun oleh Islam bertujuan supaya mendatangkan kemudahan dan
keringanan kepada umat Islam. Dasar ini dibuat untuk memberi kesenangan kepada mereka meninggalkan
hukum-hukum pada masa kecemasan dan dharurat misalnya dibenarkan sembahyang secara duduk jika ada
uzur seperti sakit atau bertayamum jika tidak ada air.

iv. Dasar menjaga muslihat dan memelihara kepentingan manusia.


Banyak hukum dan undang-undang Islam menunjukkan bahawa Allah mengenakan perintahnya semata-mata
kerana menjaga muslihat dan kepentingan manusia. Oleh itu adanya hukum nasakh dan mansukh kerana
adanya desakan atau kepentingan untuk mengubah sesuatu hukum yang lama misalnya pada permulaan Islam
Allah mewajibkan qiblat ke Baitul Muqaddis kemudian dibatalkan dan ditukar ke Baitullah al Haram di Mekah.

 ?Èh­ÁKÙÈ?ÈhpGÈ

b. Rasulullah S.A.W sentiasa menasihati para pendakwah supaya menyukakan hati orang yang kita seru dengan
menyatakan perkara-perkara yang baik dan balasan-balasan nikmat syurga dan segala kebahagiaan dan
kesenangan yang terdapat didalamnya serta menerangkan kepada mereka tentang kebaikan ajaran Islam.
Elakan dari menggambarkan kepada orang yang kita seru tentang perkara-perkara yang menakutkan
sehingga menyebabkan mereka lari atau tidak mahu menerima ajaran Islam itu seperti kita mengatakan
barangsiapa yang tidak mengerjakan perintah agama akan dimasukan ke dalam neraka.

c. Ciri-ciri penting seorang pendakwah:


i. Mempunyai perwatakan yang baik.
ii. Pandai berbicara dan mengemukakan hujah
iii. Lemah lembut dan berbudi bahasa.
iv.Ikhlas dan jujur.
v. Sabar dalam menghadapi sebarang suasana.

5- Pengajaran Hadith

i. Rasulullah menyeru kita supaya menganggap mudah akan perintah-perintah agama supaya kita tidak terasa
berat atau seolah-olah terpaksa mengerjakannya.
ii. Islam memberikan umatnya beberapa kelonggaran atau rukhsah dalam melaksanakan suruhannya dengan
syarat ada keuzuran atau alasan yang munasabah bagi membolehkan mereka menggunakan kelonggaran itu.
iii. Menjalankan seruan Islam adalah menjadi kewajipan kepada setiap umat Islam.
iv. Hendaklah kita menggunakan cara yang lemah lembut dalam menyiarkan agama Islam dan mengelakkan dari
menyebarkan perkara yang menakutkan orang lain sehingga mereka takut dan menjauhkan diri dari menerima
Islam.
v. Islam adalah agama yang mudah dan senang untuk dikerjakan.
HADITH KEDUA

 ¾ËWh¸?™h¸??¾lG
âºá½ã¥áÊã¾¹ï¬8»@°*¾¥À»@°=õg@éÁ¸?ºãÄïAãÂç¼çÏæÁï„?âºÄAâ¯õhã¥âÊA\?»Ékágï@ÊåºâSág»@°8@á½âÅáÁá¤ð?áÌçwágõÂãËátâWÂGÃ?áhã½ç¤ãÂá¤
 &Ñg@`H¸?Ç?Èg',âÆï̧áhíláÊ@á½ç̧ÈAâÆï̧á²ç¹â_@½ç̧âºá½ã¥áʺð´8»@°=Ãɹ¼@¥¸?

TERJEMAHAN AYAT:
Dari Imran bin Husain.r.a katanya: Ada seorang lelaki bertanya : "Wahai Rasulullah adakah boleh dikenali ahli syurga
dengan ahli neraka?" Rasulullah menjawab : " Ya " . Orang itu bertanya lagi , dari yang demikian, mengapakah
manusia itu bekerja mengikut sebagaimana yang telah dijadikan untuknya atau mengikut sebagaimana yang telah
dipermudahkan baginya".

ERTI PERKATAAN
ERTI KALIMAH
Bolehkah dikenali penghuni-penghuni syurga ÏÁ„?ºÄ?¯h¥ÊA
Daripada penghuni neraka g@Á¸?ºÄ?¼
Mengapakah manusia itu bekerja Ãɹ¼@¥¸?º½¥Ê¾¹¬
Tiap-tiap seorang manusia itu bekerja mengikut sebagaimana yang Ƹ²¹_@›º½¥Êº´
telah dijadikan untuknya
Atau mengikut sebagaimana yang telah dipermudahkan baginya  ƸhlÊ@›È?

HURAIAN HADITH
1- Hadith ini menjelaskan bahawa pembalasan syurga dan neraka itu tetap ada.
2- Rasulullah s.a.w menegaskan antara ahli syurga dan ahli neraka itu boleh dikenali dari kehidupan mereka di
dunia ini.
3- Ahli syurga dapat dilihat dari peribadi, akhlak, amalan dan tingkahlaku mereka semasa didunia ini.
4- Ahli-ahli syurga terdiri dari orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mematuhi hukum-hukum Allah dan
seumpamanya.
5- Manakala ahli-ahli neraka dapat dilihat dari perbuatan mereka seharian seperti orang kafir, orang-orang yang
melanggar hukum Allah melakukan maksiat dan kejahatan, tidak berakhlak dan sebagainya.
6- Hadith ini juga menjelaskan bahawa manusia bekerja dan berusaha mengikut sebagaimana yang dirancangkan
oleh Allah kepada mereka. Walaupun begitu manusia boleh memilih untuk melakukan sesuatu perkara yang
mereka suka sama ada baik atau buruk.
7- Manusia diberi akal fikiran untuk berfikir dalam menentukan sesuatu perbuatannya dan akan dipermudahkan ke
arah itu.
8- Jika mereka memilih kebaikan maka mereka akan dibalas baik dan jika memilih kejahatan akan dibalas dengan
neraka.
9- Hadith ini menolak tuduhan yang mengatakan bahawa manusia melakukan sesuatu kerana terpaksa.

CARA-CARA UNTUK MENGENALI SESEORANG ITU AHLI SYURGA DAN AHLI NERAKA
 Sekiranya dia membiasakan dirinya membuat kebaikan, maka dia akan selalu membuat kebaikan. Dia dikenali
sebagai ahli syurga.
 Sekiranya dia membiasakan dirinya membuat kejahatan, maka dia akan selalu membuat kejahatan. Dia dikenali
sebagai ahli neraka.
 Setiap orang Islam mukmin yang membuat amal ibadat dan kebajikan serta meninggalkan perkara-perkara yang
ditegah oleh Allah tetaplah menjadi penghuni syurga.
 Orang yang ingkar dan tidak percayakan Allah dan Rasulnya serta mereka yang menyembah patong berhala
tetaplah akan menjadi penghuni neraka.
PENDAPAT GOLONGAN YANG MENGATAKAN BAHAWA MANUSIA TIDAK BEBAS MELAKUKAN
PEKERJAAN
 Hujah mereka : segala sesuatu yang berlaku terhadap manusia adalah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi.
Sekiranya Allah telah mentakdirkan bahawa seseorang itu akan masuk neraka, walaupun banyak amal
kebajikan yang dilakukan, dia tetap dimasukkan ke Neraka.Begitu juga sekiranya ditakdirkan Allah sejak azali
dia akan masuk Syurga, walaupun dia melakukan banyak kejahatan dia akan masuk ke Syurga.

PENJELASAN
 Walaupun Allah telah menetapkan sesuatu sejak azali lagi tetapi manusia bebas memilih nasib mereka sendiri
kerana Allah memberi akal fikiran, tenaga dan kuasa. Terpulanglah kepada manusia untuk melakukannya.
 Allah menurunkan al Quran sebagai pedoman melalui Rasul untuk menentukan jalan yang benar yang harus
dikerjakan.
 Allah menjadikan syurga dan neraka untuk membalas segala perbuatan yang mereka lakukan. Ini menunjukkan
keadilan Allah kerana berlakunya sesuatu mengikut peraturan sebab dan musabab.

HIKMAT MANUSIA DIBERI KEBEBASAN MEMILIH PEKERJAAN


i. Menunjukkan bahawa Allah maha adil kerana mereka yang berbuat baik diberi balasan syurga dan yang berbuat
kejahatan dibalas dengan neraka.
ii. Supaya manusia rajin berusaha untuk menentukan nasib dirinya.
iii. Manusia akan bersabar apabila menenpuh berbagai-bagai ujian kerana walaupun dia bebas melakukan sesuatu,
kejayaanya adalah kehendak Allah.

PENGJARAN HADITH
1- Peribadi, tingkahlaku dan amalan manusia di dunia ini dapat memberi gambaran yang akan menentukan sama
ada ia ahli syurga atau ahli neraka.
2- Manusia akan dibalas mengikut apa yang telah mereka lakukan.
3- Manusia melakukan sesuatu mengikut apa yang dipilihnya sendiri berdasarkan ketatapan Allah s.w.a sejak azali
lagi iaitu mengikut Qada dan Qadarnya.
4- Orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan menjadi penghuni syurga dan orang-orang yang kafir dan
yang melanggar hukum-hukum Allah s.w.a akan menjadi ahli neraka.
5- Manusia tidaklah terpaksa atau terikat dalam melakukan sesuatu sama ada buruk atau baik. Sebaliknya
mengikut kehendak dan pilihan mereka sendiri kerana mereka diberi akal untuk berfikir.
HADITH KETIGA
PERANAN WANITA ISLAM
 ¾ËWh¸?™h¸??¾lG
,ÏÁÊd›?“EйãLﱸ?ÈÐWãhï„?êcâháÀȾäÅâ¼çdã`áÀáÈá¿Éﱸ?Ðç±ãláÀ\¾¹kÈÆ˹¤ ?йs ?»Ékg¦¼Èâjã©áÀ@éÁð´8çeÉ¥¼âMÁG¦ËGéh¸?çNáÈág
 &Ñg@`H¸?Ç?Èg'

TERJEMAHAN AYAT:
"Al Rubaiyi` bintu Muauwizin telah menceritakan: bahawasanya kami orang-orang perempuan pernah keluar
berperang bersama-sama rasulullah S.A.W. Kami memberi minum kepada bala tentera, kami memberi khidmat kami
kepada mereka dan kami membawa pulang orang-orang yang tercedera dan terbunuh ke negeri Madinah.

ERTI PERKATAAN
ERTI KALIMAH
Kami pernah keluar berperang Èâjã©áÀ@éÁð´
Kami memberi minum kepada bala tentera á¿Éﱸ?Ðç±ãláÀ
Kami memberi khidmat kami kepada mereka ¾Åâ¼çdã`áÀáÈ
Kami membawa pulang orang-orang yang tercedera dan terbunuh йãLﱸ?ÈÐWãhï„?êcâháÀÈ
Ke negeri Madinah  ÏÁÊd›?“E

HURAIAN HADITH
Wanita pada zaman Rasulullah S.A.W. telah bersama-sama turun ke medan perang untuk mempertahankan
Daulah Islam. Mereka menjaga makan minum tentera yang sedang berjuang dan memberi khidmat dalam apa-apa
perkhidmatan yang diperlukan. Mereka membalut luka dan merawat tentera yang tercedera dan tentera yang
terkorban dimedan perang dibawa pulang untuk dikebumikan di Madinah.

Hadith yang tersebut di atas membuktikan kenyataan ini. Seorang sahabat Al Rubaiyi` bintu Muawwizin mengaku
bahawa dia beserta rakan-rakannya kaum wanita yang lain pernah berperang bersama-sama Rasulullah S.A.W. di
medan perang, sungguh pun tugas mereka tidak seberat tugas kaum lelaki yang mengangkat senjata dan berjuang
di barisan depan. Tetapi tugas mereka menolong dan membantu bala tentera merawat yang tercedera dan
membawa pulang mereka yan terbunuh ke Madinah.

Ini menjadi bukti bahawa Rasulullah menghargai kaum wanita dan bukti bahawa Islam tidak membezakan kaum
lelaki dan perempuan dalam memikul tanggungjawab dan tugas mempertahankan tanah air dan ugama.

PENGLIBATAN WANITA ISLAM PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W


1- Berperanan sebagai penggerak semangat tentera Islam.
2- Menyediakan makan minum kepada tentera yang sedang berjuang.
3- Merawat tentera yang cedera di medan perang.
4- Membawa mereka yang terkorban pulang ke Madinah untuk dikebumikan.

KEDUDUKAN WANITA SEBELUM ISLAM


i. Kaum wanita dipandang rendah oleh masyarakat seperti barang dagangan.
ii. Wanita hanya sebagai alat untuk memuaskan nafsu kaum lelaki.
iii. Wanita dianggap sebagai punca keburukan kerana itu mereka akan membunuh hidup-hidup anak-anak
perempuan mereka yang baru dilahirkan.
KEDUDUKAN WANITA SETELAH DATANGNYA ISLAM
i. Wanita diberi kedudukan yang baik. Mereka merupakan golongan lemah yang patut dibela.
ii. Kaum wanita diberi hak dalam masyarakat. Mereka boleh menyuarakan pandangan untuk kepentingan
masyarakat.
iii. Mereka mempunyai tugas-tugas yang sesuai dengan sifat-sifat kewanitaan untuk kemajuan masyarakat dan
negara seperti menjadi jururawat, guru dan sebaginya.

PERANAN WANITA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA PADA MASA INI


1- Peranan didalam rumahtangga iaitu menjadi isteri dan ibu yang bertanggungjawab terhadap suami dan anak-anak.
Kerukunan rumahtangga merupakan punca kemajuan masyarakat.
2- Wanita juga memainkan peranan dalam masyarakat disekelilingnya. Mereka membantu masyarakat ketika
mengahadapi sebarang suasana cemas seperti apabila berlaku banjir, kebakaran dan sebagainya.
3- Wanita memainkan peranan membantu membangunkan Negara terutamanya dalam bidang yang sesuai dengan
kerjaya mereka seperti guru, jururawat, kerani dan sebagainya.
4- Wanita juga memainkan peranan di sektor ekonomi seperti dalam industri, perkilangan, pertanian dan perniagaan.

PERANAN WANITA ISLAM DALAM MENEGAKKAN SYIAR ISLAM


1- Menjadi pendidik dalam membentuk generasi yang beriman dan bertaqwa kerana tugas mereka sebagai pendidik
adalah sesuai dengan sifat mereka yang lemah lembut.
2- Bersama-sama menjalankan dakwah untuk meninggikan syiar Islam terutama terhadap golongan wanita.
3- Bersama-sama mempertahankan maruah Islam yang cuba dicerobohi oleh musuh-musuh Islam.

PENGAJARAN HADITH
1- Ugama Islam menjamin hak hidup asasi kaum wanita serupa dengan hak asasi kaum lelaki.
2- Nabi Muhammad S.A.W. adalah pejuang ulung hak asasi kaum wanita di dunia ini.
3- Islam tidak membezakan kaum wanita dari kaum lelaki dalam mengenakan undang-undang dan kewajipan
terhadap ugama dan soal-soal keduniaan.
4- Wanita Islam juga diberi tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan kesucian Islam.
5- Wanita Islam boleh turut bersama-sama di medan perjuangan sebagaimana kaum lelaki.
6- Islam membenarkan wanita menjalankan sebarang kegiatan yang sesuai dengan sifatnya asalkan penglibatan
mereka tidak menimbulkan fitnah.
7- Ugama Islam mengangkat taraf kaum wanita ketahap yang baik yang sesuai dengan sifat kewanitaannya.
HADITH KEEMPAT
KELEBIHAN BEKERJA SENDIRI
 ¾ËWh¸?™h¸??¾lG
 gȼ¦ËGº´ÈÇdËGºSh¸?º½¤»@°=IË}AIlµ¸?ÍA8¾¹kÈÆ˹¤?йsÁ¸?ºÔk
 &Ñg@`H¸?Ç?Èg'

Erti Hadith

Rasulullah S.A.W telah di Tanya: Mata pencarian apakah yang lebih baik? Baginda menjawab : Iaitu pekerjaan
seorang yang dilakukan dengan tangannya sendiri dan segala jual beli yang bersih dan suci.

Erti Pekataan

Erti Perkataan
Rasulullah S.A.W telah ditanya ¾¹kÈÆ˹¤?йsÁ¸?ºÔk
Mata pencarian apakah yang lebih baik? =IË}AIlµ¸?ÍA
Pekerjaan seseorang yang dilakukan dengan tangannya sendiri ÇdËGºSh¸?º½¤
Dan segala jual beli yang suci dan bersih dari kelakuan curang gȼ¦ËGº´È
dan tipu daya

Huraian Hadith

Ugama Islam menggalakkan Umatnya supaya mencari rezeki yang halal dengan menggunakan tenaga dan titek
peluh sendiri.

Di dalam Hadith tersebut, Rasulullah s.a.w telah ditanya oleh sahabat-sahabatnya mengenai mata pencarian yang
lebih baik. Baginda menjawab iaitu segala pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang itu dengan tangan dan
tenaganya sendiri serta sebarang jua beli yang bersih dan suci daripada kelakuan curang.

Selain dari bekerja sendiri yang digalakkan oleh Rasulullah di dalam Hadith tersebut ialah berniaga dengan cara
yang halal lagi bersih. Lapangan perniagaan, perdagangan dan bertukar-tukar barang ini adalah memainkan peranan
yang terpenting sekali dalam kehidupan manusia sehari-hari. Maka sebab itulah Ugama Islam mengenakan
peraturan-peraturan tertentu bagi mengawal perjalanannya supaya berjalan dengan lancar serta memuaskan kedua-
dua pihak (penjual dan pembeli).

Pekerjaan yang disebut dalam Hadith

1- Bekerja dengan menggunakan tangan sendiri (pekerjaan yang diusahakan sendiri) seperti bersawah, bertukang,
menternak membuka kilang dan sebagainya.

2- Menjalankan perniagaan yang halal dan tidak ada unsur-unsur penipuan.

Garispandu dan Peraturan Jual Beli dalam Islam

1- Saksi.
2- Menimbang dan menyukat dengan jujur.
3- Menulis surat perjanjian kiranya perniagaan itu cara hutang.

Larangan Jual Beli dalam Islam

1- Curang.
2- Kelakuan jahat untuk menindas.
3- Menipu pihak yang lain seperti makan riba
Kebaikan bekerja sendiri dan berniaga

1- Dapat memberi pendapatan yang lumayan.


2- Dapat memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan ekonomi Negara.
3- Perusahaan ini dapat membina daya usaha yang tinggi di samping menghasilkan kecekapan dalam bekerja.
4- Pekerjaan ini halal dan bersih di sisi Allah.

Antara jenis pekerjaan yang menggunakan tangan sendiri.

1- Pertanian seperti bersawah padi, membuka ladang dan sebagainya.


2- Pertukangan atau kemahiran tangan seperti membina bagunan, membuat perabut dan sebagainya.
3- Perkilangan seperti membuat kilang pakaian, makanan, perkakas elektrik dan sebagainya.
4- Perikanan seperti menjadi nelayan, menternak ikan dan sebagainya.
5- Perhutanan seperti membalak.
6- Perlombongan atau carigali seperti melombong bijih, minyak dan sebagainya.

Antara jenis perniagaan yang bersih

1- Perniagaan kedai runcit bagi menyediakan keperluan pengguna.


2- Perniagaan borong seperti pemborong bahan binaan.
3- Perniagaan eksport dan import

Peranan Umat Islam ke arah meninggikan pembangunan Negara

 Berusaha gigih dengan tenaga sendiri untuk memajukan diri sendiri dalam pelbagai bidang.

 Bersikap berani dalam menghadapi cabaran untuk lebih berjaya dalam bidang perusahaan yang mendapat
keuntungan lebih.

 Umat Islam perlulah mempunyai minat yang mendalam serta mempunyai kemahiran untuk meningkatkan daya
pengeluaran. Oleh itu pembangunan Negara akan lebih maju dan membangun.

Langkah-langkah untuk menggalakkan Belia Islam menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan
perusahaan sendiri

 Memberi kursus dan kemahiran tertentu yang sesuai dengan kebolehan mereka.

 Menyediakan kemudahan kredit seperti modal dalam bentuk pinjaman yang tidak membebankan mereka.

 Menanamkan sifat-sifat berani, tabah dan sabar dalam diri mereka supaya mereka lebih berkeyakinan dalam
menempuh kerjaya mereka.

 Sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar supaya kegiatan mereka tidak terhenti ditengah jalan.

 Sentiasa mencari jalan untuk meninggikan daya pengeluaran dan menambahkan kecekapan bekerja.

Usaha-usaha yang perlu diambil supaya Masyarakat berdikari

 Mereka perlu diberi latihan berbentuk kemahiran dan teknikal agar mereka mempunyai keyakinan untuk berdikari.

 Mereka juga perlu diberikan sumbangan, subsidi atau pinjaman secara mudah sebagai model.

 Galakkan melalui penerangan, kaji selidik dapat menanamkan minat dikalangan mereka supaya faham dalam
bidang yang hendak diceburi.
Pengajaran Hadith

 Islam menyeru pemeluknya supaya mencari rezeki yang halal dan bersih dengan menggunakan tenaga dan titek
peluh sendiri.

 Tiap-tiap manusia mestilah berusaha dan bekerja bagi mendapatkan nafkah dan sara hidup untuk membeli
keperluan hidup.

 Banyak jenis pekerjaan yang halal yang dapat diushakan oleh seseorang di atas muka bumi ini.

 Rasulullah s.a.w menerangkan kepada kita dua jenis pekerjaan yang paling baik iaitu bekerja sendiri dan berniaga.

 Islam melarang umatnya mencari kerja yang diharamkan

 Islam tidak suka melihat umatnya malas bekerja semata-mata mengharapkan rezeki yang akan datang dengan
sendirinya.

 Janganlah telalu memilih pekerjaan asalkan ianya halal dan dapat menampung kehidupan seharian.

Anda mungkin juga menyukai