Anda di halaman 1dari 2

Kategori Kereta Nasional

1. Perodua Myvi -7,534


2. Proton Saga -6,388
3. Perodua Viva -5,956
4. Proton Persona -4,457
5. Perodua Alza -3,050
6. Proton Exora -2,026
7. Proton Waja -462
8. Proton Satria Neo -408
9. Proton Gen2 -151
10. Proton Savvy -74

Kategori Kereta Bukan Nasional

1. Toyota Vios -3,234


2. Honda City -2 ,155
3. Toyota Hilux -1,436
4. Nissan Grand Livina -1,112
5. Honda Civic -1,043
6. Toyota Camry -824
7. Mitsubishi Triton -707
8. Honda Accord -689
9. Toyota Avanza -598
10.Honda CR-V -474
*sumber MAA

Ranking di atas menunjukkan kedudukan 10 teratas model kereta terlaris untuk kedua
kategori iaitu nasional dan bukan nasional. Untuk kategori nasional, Perodua Myvi
mendahului carta diikuti dengan Proton Saga. Perodua Myvi, diperkenalkan pada tahun 2005,
masih mengekalkan jualan melebihi 6ribu unit sebulan. Ianya suatu rekod baru untuk
Perodua(mungkin juga Daihatsu) sendiri yang mana walaupun sudah hampir 5 tahun
dipasaran, masih mengekalkan jualan yang begitu tinggi. Mungkin faktor reputasi ketahanan
dan kualiti yang dibina oleh Perodua sudah membuahkan hasil. Myvi juga amat baik dari segi
ergonomik disamping menggunakan timing chain untuk mengurangkan kos penyelenggaran.
Namun begitu, ketiadaan ruang bagasi yang besar seperti sedan agak sedikit menyukarkan
terutamanya ketika melakukan perjalanan jauh.
Untuk kategori bukan nasional pula, Toyota dan Honda mendominasi tempat pertama dan
kedua dengan model terlaris mereka iaitu Vios dan City. Agak mengejutkan juga di mana
model Vios, walaupun telah terlebih dahulu dilancarkan sebelum City baru, masih lagi
mempunyai jualan yang lebih tinggi berbanding City. Ini mungkin kerana Toyota Vios
mempunyai varian yang lebih banyak dan harga lebih mampu milik untuk varian J
menyumbang kepada jumlah jualan keseluruhan.

Anda mungkin juga menyukai