Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Pendidikan jasmani adalah pendidikan mengenai seni dan sains pergerakan


manusia. Objektif utamanya ialah untuk menggunakan pergerakan supaya dapat
memberikan sumbangan kepada matlamat fizikal, mental dan sosial pendidikan.
Pendidikan jasmani juga bertujuan untuk memupuk proses sosialisasi di samping
menggalakkan pertumbuha sahsiah yang menyeluruh dan sempurna dalam kalangan
murid – murid sekolah.

OBJEKTIF PENDIDIKAN JASMANI

Perkembangan Perkembangan Perkembangan Perkembangan


motor – sosio - emosi kecergasan kemahiran otot -
pengamatan. saraf

Perkembangan Perkembangan
kefahaman penggunaan masa lapang
Akademik. dengan berfaedah
KERTAS KERJA

1.0 PENGENALAN

Kemahiran pergerakan asas dibahagi kepada dua jenis iaitu Kemahiran Lokomotor
dan Kemahiran Bukan Lokomotor.

Kemahiran Lokomotor ialah pergerakan yang membolehkan seseorang individu


bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu
Lokomotor Beritma Sekata (5 jenis) dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata (3 jenis).

Manakala Kemahiran Bukan Lokomotor pula merupakan pergerakan setempat


dimana individu tidak boleh bergerak ke tempat lain tetapi hanya boleh bergerak
setempat sahaja. Ia boleh dilakukan tanpa menggerakkan dasar menyokong
seseorang.

pergerakan Contoh
Lokomotor Beritma Sekata:
1. Berjalan
2. Berlari
3. Melompat (Mendarat dengan 2 kaki)
4. Hop (Mendarat dengan 1 kaki)
5. Leap (Melompat serta larian memanjang dilakukan
berterusan dengan kaki berselang-seli)

Beritma Tidak Sekata:


1. Skip
2. Melongsor
3. Galop
Bukan 1. Membongkok
Lokomotor 2. Meregang
3. Mengilas
4. Memusing
5. Menolak
6. Menarik
7. Hayun
8. Berbuai-buai atau bergerak dari kiri ke kanan dan di
sebaliknya.
9. Rebah
10. Bangkit

Kemahiran Manipulasi alatan membolehkan murid-murid untuk memperlakukan


dan mengawal objek-objek yang boleh bergerak. (Misalnya, pundi kacang, bola dan
gelung rotan). Berikut adalah contoh-contoh pergerakan dengan menggunakan alatan:

i. Membaling
ii. Melambung
iii. Menyambut
iv. Melontar
v. Menggelecek
vi. Menghayun
vii. Menggolek

2.0 MATLAMAT
Pengajaran kemahiran asas atau pergerakan asas ini bertujuan untuk
membolehkan setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat
untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan. Selain itu, pergerakan asas
juga mengajar murid-murid untuk melakukan asas kemahiran sukan dan permainan.

Pergerakan asas juga diperkenalkan kepada murid-murid agar mereka boleh


menggunakan dan memanipulasikan pergerakan tubuh badan mereka. Tambahan pula
dengan bantuan alatan, murid-murid akan mempelajari lebih banyak pergerakan yang
lebih menarik selain dari pergerakan asas tanpa alatan.

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif utama pergerakan asas adalah seperti berikut:

Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan


perlakuan motor;
Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan
diri;
Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian;
Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai
pelbagai kegiatan fizikal;
Membentuk sahsiah dan disiplin diri;
Membentuk keputusan bijak dalam kehidupan;
Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat da
persekitaran;
Menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu
berkaitan dengan kesihatan;
Membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan
pengalaman;

4.0 TARIKH
Ujian amali untuk pergerakan asas ini adalah pada 2 september 2008 hingga 4
september 2008.

5.0 MASA

Ujian amali ini akan dijalankan dari pukul 7.45pagi hingga 1.15petang. setiap
guru pelatih diberikan masa kira – kira 10 minit untuk melakukan pergerakan asas.

6.0 TEMPAT

Tempat yang paling sesuai untuk menjalankan ujian amali pergerakan asas ini
ialah di Gimnasium Institut Perguruan Tuanku Bainun.

7.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan yang disasarkan untuk aktiviti pergerakan asas ini ialah golongan
kanak-kanak yang berumur lingkungan 9 tahun sehingga 12 tahun. Kanak-kanak yang
berusia dalam lingkungan 9 hingga 12 tahun mempunyai komponen badan yang lembut
dan sesuai untuk aktiviti-aktiviti pergerakan asas yang tidak begitu membahayakan.
Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor ini juga boleh memperkukuhkan
pergerakan asas mereka di samping membantu perlakuan motor halus dan motor kasar
kanak – kanak.

8.0 PANDUAN PERLAKSANAAN


8.1 PROSEDUR PELAKSANAAN DEMONTRASI

8.4 SENARAI PERALATAN BERAT


I. Bangku Panjang
II. Tilam
III. Peti Lombol
IV. Skitel Besar
V. Papan Anjal
VI. Gelung Getah
VII. Tilam nipis

8.5 SENARAI PERALATAN RINGAN

I. Bola
II. Kayu
III. Gelung Rotan
IV. Tali
V. Riben
VI. Kain
VII. Belantan
VIII. Pundi Kacang
IX. Pom pong
X. kayu

8.6 RUMUSAN
Kesihatan badan merupakan aset penting bagi setiap individu. Justeru, melalui
pendidikan jasmani, kita dapat melatih badan kita supaya menjadi sihat dan cergas.

Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pergerakan lokomotor dan bukan


lokomotor ini, kita juga dapat buat kesimpulan bahawa pergerakan asas berlaku di
mana-mana sahaja dan berlaku dalam kalangan kita tanpa mengira peringkat umur.

Dengan pembelajaran tentang pergerakan asas, kita dapat mengukuhkan


kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor serta manipulasi alatan. Kita harusnya
berusaha mengaplikasikannya dalam kehidupan harian kita dan juga dalam aktiviti
sukan dan permainan sewaktu aktiviti kokurikulum dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai