Anda di halaman 1dari 4

Sejarah Agensi Dadah Kebangsaan

Pada 17 Februari 1996, Kabinet telah meluluskan penubuhan Agensi Dadah

Kebangsaan (ADK) dengan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan

Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai sebuah organisasi di bawah

Kementerian Dalam Negeri (KDN), Agensi Dadah Kebangsaan adalah urusetia kepada

Majlis Dadah Kebangsaan (MDK) yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Dalam Negeri

dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah negara

Matlamat

 Mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah

 Merawat dan memulih penagih dadah

 Mencegah penagihan semula

 Membanteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah

Strategi

 Pencegahan

 Rawatan dan Pemulihan

 Penguatkuasaan

 Kerjasama Antarabangsa
Biro-biro yang terdapat dalam Agensi Dadah Kebangsaan

BIRO SUKAN

 Melahirkan masyarakat setempat yang sanggup menghadapi cabaran

 Menggalakkan budaya bersukan

 Mencungkil bakat sukan dikalangan pegawai dan kakitangan

 Mengerat tali hubungan silaturahim dan kerjasama di antara pegawai dan

kakitangan

AADK

BIRO WANITA

 Memastikan penglibatan wanita dalam semua bidang

 Mengintegrasikan hubungan di antara semua peringkat kakitangan yang

bergelar Pegawai Agensi

 Mengiatkan program-program yang melibatkan wanita supaya aktif dari pelbagai

sudut.
BIRO SOSIAL DAN REKREASI

 Mewujudkan hubungan yang erat di kalangan pegawai dan kakitangan

 Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti sosial dan riadah sepanjang

tahun

   Melahirkan kakitangan yang peka dengan cara hidup sihat dan bermotivasi

tinggi

BIRO KEBAJIKAN

 Menjadi satu saluran bantuan bagi meringankan beban Pegawai Agensi yang

mengahadapi masalah dan musibah

 Membantu kakitangan yang dalam kesusahan untuk meringankan beban yang

ditanggung

BIRO AGAMA

 Diwujudkan untuk mengiatkan aktiviti keagamaan di pejabat ini bagi

menimbulkan suasana harmoni dan muhibah. Ia diwujudkan juga bagi


melaksanaan program-program keagamaan yang telah dirancang sepanjang

tahun

Anda mungkin juga menyukai