Anda di halaman 1dari 3

Buletin An-Nur

Bil.3 Edisi Ramadhan sempena Nuzul al-Quran


17 Ramadhan 1431H
Ramadan Kareem… Ramadan al-Mubarak…

Ramadan bulan diturunkan al-Quran. Amalan membaca Al-Quran adalah salah


satu daripada ciri-ciri budaya Islam yang sewajarnya dilakukan sepanjang masa dan
sepanjang hayat. Bukan sahaja pahala dan fadilat yang kita peroleh, malahan ia menjadi
salah satu syiar agama Islam yang dapat dilihat dan dicontohi oleh orang-orang bukan
Islam. Semakin hari kita seolah-olah telah kembali ke zaman jahiliyah. Jika dilihat
sekeliling hanya segelintir yang betul-betul menghayati dan mentaati suruhanNya. Ada
juga yang masih alpa sibuk mengejar dunia, namun akhirat ditinggalkan. Sibuk mengejar
kekayaan yang sementara. Apa yang ditakuti Rasulullah SAW di dalam hadisnya:-

"Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan mengenai kamu semua ialah 2 perkara
iaitu, mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan. Mengikut hawa nafsu itu dapat
menutup kebenaran dan panjang angan-angan itu menyebabkan cinta kepada dunia".

Wahai umat Islam yang dikasihi, usahlah kamu terlalu mengikut perasaanmu, hingga
terlupa menyebut namanya melalui kalam-kalam yang telah diturunkan Allah. Belajarlah
mengenai Islam melalui solat yang diwajibkan, di tambah lagi kemanisan solat itu dengan
solat sunat dengan melakukan qiyamullail. Lalu kamu susuri pula dengan membaca Al-
Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw nescaya kamu tidak akan sesat.
Bahkan kamu akan rasa dibimbing menuju cahaya cintaNya.

 Lembutkanlah lidah dengan membaca Al-Fatihah untuk membaiki hati yang


gundah. Di antara fadilatnya, mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-
Quran. Untuk memohon sesuatu hajat yang baik kepada Allah SWT, baca 41 kali
setiap hari, waktunya di antara solat sunat Subuh dan solat fardu Subuh.

 Ikhlaskan hati membaca surah Al-Baqarah agar syaitan tidak singgah


ke rumah lalu memanah kata nan indah bersulam dusta.
Sabda Rasulullah SAW:
'Sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai bonggol. Dan bonggol Al-
Quran adalah surah Al-Baqarah. Sesiapa yang membacanya pada malam hari
di rumahnya, syaitan tidak akan masuk ke rumahnya selama tiga malam. Dan sesiapa yang
membacanya pada siang hari, syaitan tak akan masuk ke rumahnya selama tiga hari.
(Riwayat Ibnu Hibban)
 Hindarilah diri kamu dari fitnah Dajjal yang keji dengan membaca surah Al-Kahfi
Imam Ahmad berkata:"Daripada Abi Darda' daripada Nabi(SAW), baginda telah
bersabda:
'Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi. Maka terhindar
daripada Dajjal.(Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i, Al-Tarmizi daripada Qatadah)

 Mohonlah keampunan disulami dengan membaca surah Yasin


Daripada Abdullah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
'Sesiapa yang membaca Yasin pada waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah
SWT,maka akan diberi keampunan baginya’(HR.Ibnu Katsir)

 Lalu bacakanlah pula Surah Ad-Dukhan

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Nabi SAW telah bersabda: 'Sesiapa yang membaca surah
"Haamim Ad-Dukhan" pada waktu malam, maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan
meminta ampun baginya'.(HR Ibnu Kathir)
PAKAIAN HATI IALAH KEIKHLASAN
PAKAIAN LIDAH IALAH KEBENARAN
 Tambahlah dengan membaca surah Al-
PAKAIAN FIKIR IALAH
Mulk KEBIJAKSANAAN
PAKAIAN RASA IALAH KEINSAFAN
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Nabi SAW PAKAIAN HAMBA IALAH
telah bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al- PENGABDIAN
Quran ada tiga ayat memberi syafaat kepada PAKAIAN BATIN IALAH KESUCIAN
PAKAIAN HIDUP IALAH
pembacanya hingga diberi keampunan KETAKWAAN
untuknya iaitu surah Al-Mulk"(Tabaraakal-Lazi)

 Jika kamu tidak mahu miskin lalu rajinlah kamu membaca Surah Al-Waqi`ah

Usman berkata:"Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW bersabda:'Sesiapa membaca


surah 'Al-Waqi`ah' tidak akan jadi miskin selama-lamanya.

 Lapangkanlah dadamu dengan menghafal Asma'ul Husna.


Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Rasulullah SAW telah bersabda: 'Sesungguhnya
Allah SWT mempunyai sembilan puluh sembilan nama, iaitu seratus kurang satu,
sesiapa yang menghafal seluruhnya masuklah ia ke syurga’.(HR Bukhari)

Ingin sekali diperingatkan bahawa bukanlah surah-surah di atas ini sahaja mempunyai fadilat tertentu atau
istimewa, bahkan semua surah di dalam Al-Quran mempunyai fadilat yang tersendiri. Lalu bukakanlah
minda untuk memahami dan mendalami setiap apa yang terkandung di dalamnya. Moga kita diberi
petunjuk. Wallahu A’la m bissawab.

Anda mungkin juga menyukai