Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN

Modul ini mengandungi 10 unit iaitu:

Unit 1: Linguistik bahasa Melayu

Unit 2: Fonologi

Unit 3: Morfologi

Unit 4: Sintaksis

Unit 5: Sosiolinguistik

Unit 6: Semantik dan wacana

Unit 7: Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama

Unit 8: Kajian sukatan bahasa Melayu

Unit 9: Penganalisisan Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum


Bersepadu Sekolah Rendah

Unit 10: Kemahiran lisan

Penggunaannya akan dilaksanakan mengikut waktu perjumpaan seperti yang


berikut;

Unit 1 dan 2 pada perjumpaan pertama


Unit 3 dan 4 pada perjumpaan kedua
Unit 5, 6, 7, dan 8 pada perjumpaan ketiga
Unit 9 dan 10 pada perjumpaan keempat.

Setiap unit mempunyai soalan-soalan latihan untuk dibuat bagi mendapatkan latihan
dan menguji kefahaman serta pengetahuan yang diperoleh.

Soalan-soalan tutorial perlu disiapkan untuk dibincangkan semasa perjumpaan


tutorial.

1
UNIT 1 LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Sinopsis

Unit ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui sejarah perkembangan


bahasa Melayu yang mengandungi asal usul bahasa Melayu, bahasa Melayu
sebelum dan selepas merdeka serta cabaran dan masa depan bahasa Melayu. Di
samping itu, pelajar juga akan dapat mengetahui pengenalan linguistik. Pelajar juga
akan mempelajari teori-teori Huraian Bahasa dan teori Pemerolehan Bahasa.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini anda seharusnya dapat:

1. mengetahui sejarah perkembangan bahasa Melayu supaya dapat


menyemai rasa cinta terhadap bahasa Melayu;

2. meramal masa depan, cabaran, dan perkembangan bahasa Melayu


pada masa 20 tahun akan datang; dan

3. menggunakan teori pemerolehan bahasa untuk menentukan strategi


dan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2
1.1
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Pada pandangan anda, adakah terdapat perbezaan antara bahasa Melayu masa kini
dengan bahasa Melayu pada zaman kesultanan Melaka?

Ya, betul jangkaan anda. Memang banyak perubahan yang telah berlaku dalam
perkembangan bahasa Melayu.

‘Tak kenal maka tak cinta’, jadi kenali dan cintailah bahasa Melayu. Tetapi sebelum
itu anda perlu tahu sejarah perkembangan bahasa Melayu. Dalam tajuk ini anda
akan mempelajari asal usul bahasa Melayu. Pengetahuan yang diperoleh akan
menolong anda memahami sejarah perkembangan bahasa Melayu. Rajah di bawah
membantu anda mengetahui asal usul bahasa Melayu sehinggalah selepas
merdeka.

Asal usul Bahasa Melayu

Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Moden

Unsur-unsur Bahasa Asing


dalam Bahasa Melayu

Rajah 1.1 : Asal usul dan Perkembangan Bahasa Melayu

Anda telah pun meneliti rajah di atas. Untuk memperoleh gambaran yang lebih
lengkap, mari kita lihat peringkat-peringkat perkembangan bahasa Melayu.

1.1.1 Asal usul dan perkembangan Bahasa Melayu

Percayakah anda perkataan “Melayu” dijumpai dalam tulisan Cina? Tulisan itu
menyebut orang Mo-lo-yeu sebagai orang yang mengirimkan utusan ke negeri
China. Sumber lain pula menyatakan bahawa pada masa yang sama terdapat
sebuah kerajaan yang menggunakan bahasa Melayu dalam pemerintahannya.
Tahukah anda bahawa bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara keluarga
Austronesia? Cabang Nusantara ini mempunyai kira-kira 200 hingga 300 bahasa.

3
Dalam cabang Nusantara, terdapat bahasa-bahasa golongan tertentu seperti
Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Gorontolo, Tomini, Turaja,
Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi Selatan, Muna-Butong, Bima-Sumba, Ambon Timur,
Sula-Bacon, dan Almahera Selatan-Irian Jaya.

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa golongan Sumatera. Bahasa golongan


Sumatera ini pula terdiri daripada bahasa Aceh, bahasa-bahasa Batak, bahasa
Minangkabau, bahasa Nias, bahasa Lampong, dan bahasa Orang Laut.

Adakah anda faham maksud perkembangan?


Adakah fahaman anda sama seperti yang berikut?

Perkembangan ialah proses atau peringkat-peringkat menuju kemajuan. Itulah yang


berlaku kepada bahasa Melayu. Peringkat awal sejarah perkembangannya bahasa
Melayu dikenali sebagai bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Melayu Kuno mula berkembang apabila terdapat kata-kata pinjaman dalam
perbendaharaan kata bahasa ini. Kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit
merupakan sumber penting yang menjadi kata-kata pinjaman dalam bahasa Melayu
Kuno. Contohnya adalah seperti di bawah:

Bahasa Melayu Kuno ialah satu daripada kira-kira 200 bahasa dalam cabang
Nusantara dari keluarga bahasa Austronesia. Bilangan penutur asalnya sederhana,
iaitu yang tinggal di sekitar Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan
Sumatera. Bahasa Melayu menjadi lingua franca disebabkan faktor-faktor pedagang
dan pengembara-pengembara yang datang dari India, China, Asia Barat dan Eropah
yang berdagang di Kepulauan Melayu.

Bukti konkrit yang pertama tentang


bentuk dan sifat bahasa Melayu
ialah dengan terjumpanya beberapa
batu bersurat bertulisan bahasa
Melayu Kuno pada zaman Kerajaan
Sriwijaya dengan menggunakan
skrip Pallava dan bahasa sanskrit.

Rajah 1.2 Batu Bersurat Kota Kapor 686M


Cuba anda perhatikan bentuk bahasa Melayu Kuno (perkataan berhuruf condong)
pada batu bersurat Kedukan Bukit (683M) yang sezaman dengan Batu Bersurat Kota
Kapor.

Syuklapaksa wulan Waisyakha dapunta
Hiyang naik disambau mengalap
Siddhayatara
Di Saptami Syuklapaksa Wulan
Jyastha dapunta hiyang marlapas
Dari Minanga Tamvan (Tamvar?)
Mamawa jang bala dua laksa

4
Pernahkah anda terfikir hubungan antara bahasa Melayu dengan
agama Islam?

Perkembangan yang berikutnya dengan penemuan


batu-batu bersurat pada abad keempat belas, iaitu
zaman di bawah pengaruh Islam dengan menggunakan
skrip Kawi. Mari kita lihat contoh bahasa Melayu
(perkataan condong) dalam teks Batu Bersurat Minye
Tujuh.
hijrat nabi mungstapa yang prasida
tujuh ratus asta puluh swarsa
haji catur dan dasa wara sukra
raja iman warda (?) rahmat Allah

gutra barubasa mpu hak kada pase ma


taruk rasih tanah samuha
ilahi ya rabbi tuhan samuha
taruh dalam swarga tuhan tatuha

Rajah 1.3: Batu Bersurat Minye Tujuh (1380M)

Pada waktu yang sama, agama Islam mula bertapak di Melaka dan bahasa Melayu
menjadi alat penyebaran agama Islam dengan menggunakan tulisan Jawi. Sebuah
batu bersurat yang ditemui di sungai Teresat dekat Kuala Berang, Terengganu
menggunakan bahasa Melayu tulisan jawi. Batu bersurat ini dipercayai ditulis antara
tahun 1303-1387 Masehi. Untuk pengetahuan anda peringkat ini dinamakan bahasa
Melayu Klasik.

Pada masa inilah banyak karya yang terkenal


dihasilkan seperti Hikayat Raja Pasai, Hikayat
Hang Tuah, Sejarah Melayu dan sebagainya.
Untuk itu, marilah kita lihat bentuk bahasa Melayu
pada zaman itu melalui petikan Hikayat Hang
Tuah.

Maka sahut dayang-dayang itu: “Tuan puteri lagi


bermain-main di dalam taman, kerana tuan puteri
lagi masyghul akan tunangnya, yang di
Terengganu itu. Lagi dikata oleh tuan puteri
demikian: Sedangkan Raja Melaka hendakkan
aku lagi tiada mahu, ini pula Megat Terengganu
akan aku mahu. Sehingga mati sudahlah, yang
Rajah: 1.4
akan bersuamikan Megat itu tiadalah.”
Batu Bersurat Terengganu
(menggunakan skrip Arab/jawi

Bahasa Melayu digunakan secara meluas untuk pentadbiran dan perniagaan oleh
penduduk pelbagai kaum di negeri-negeri Melayu. Bahasa ini juga menjadi bahasa
pengantar di institusi-institusi pendidikan seperti di pusat-pusat pengajian Islam.
Banyak juga bahan kesusasteraan dihasilkan dalam bahasa Melayu. Francois

5
Valentijn telah menulis senarai karya tentang kepulauan Melayu dalam bahasa
Melayu.

1.1.2 Bahasa Melayu Sebelum Merdeka

Selepas Perang Dunia Kedua, negeri-negeri Melayu dikuasai oleh orang Inggeris.
Mereka telah memperkenalkan bahasa Inggeris dalam sistem pentadbiran dan
persekolahan. Hal ini menyebabkan kedudukan bahasa Melayu mula terancam.

Bahasa Melayu dikembangkan dan dimodenkan oleh orang perseorangan seperti


Abdullah bin Abd. Kadir Munsyi. Pada zaman inilah bertitik tolaknya bahasa Melayu
moden. Terdapat beberapa buah buku hasil tulisan pejuang bahasa Melayu ini,
antaranya Hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah.

Mari kita lihat bentuk bahasa Melayu dalam buku Hikayat Abdullah:
“Kalakian setelah sedikit hari kemudiannya daripada itu, maka kedengaranlah khabar
di Melaka mengatakan bahawa Inggris konon hendak pergi perang ke tanah Jawa.”

Pada awal abad kedua puluh, wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru dan
ahli-ahli politik Melayu mula memperjuangkan kedudukan bahasa Melayu.
Perjuangan ini serentak dengan perjuangan membebaskan tanah air daripada
belenggu penjajah.

1.1.3 Bahasa Melayu Selepas Merdeka

Selepas merdeka, kerajaan banyak merancang untuk pembangunan negara,


termasuk perancangan pengembangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi
bahasa kebangsaan apabila termaktub dalam Artikal 152 Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu menjadi
bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum, dan bahasa
pengantar di sekolah-sekolah dan di insitusi-institusi pengajian tinggi.

Cuba anda teka siapakah yang ditugaskan untuk merancang


pengembangan bahasa Melayu ?

Selepas merdeka, bahasa Melayu dikembangkan dan dimodenkan oleh kesatuan


guru-guru Melayu dan agensi kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Dalam pengembangan bahasa, DBP telah melakukannya secara terancang. Aspek
ini termasuklah penyerapan variasi-variasi bahasa daripada dialek daerah dan
dialek sosial. Usaha ini dilakukan dengan penyediaan tatabahasa pegangan, kamus,
panduan ejaan, dan sebagainya. Pembinaan dan pengembangan bahasa pula
dilakukan melalui usaha penterjemahan daripada beberapa bahasa moden lain,
khususnya dalam pengembangan istilah-istilah baru dalam bidang profesional dan
teknikal.

Rujuk Kamus Dewan dan senaraikan 50 perkataan yang


menunjukkan bahasa Melayu telah mengalami penyerapan daripada
bahasa-bahasa lain.

6
Cuba anda bandingkan bentuk-bentuk bahasa yang telah kita pelajari dengan bentuk
bahasa Melayu dalam petikan (rencana pengarang – Utusan Melayu 19 Mei 1981) di
bawah:
“Bagaimanapun bukanlah sebarang individu bumiputera ditawarkan membeli saham-
saham unit penyertaan itu. Hanya bumiputera yang diselidiki kejujurannya tidak
akan menjual saham yang diperolehinya akan ditawarkan untuk membeli saham-
saham tersebut.”

1.1.4 Masa Depan dan Cabaran

Anda ditugaskan untuk menterjemahkan sebuah buku ilmiah bahasa Inggeris ke


bahasa Melayu. Tiba-tiba anda menghadapi kesulitan apabila tidak dapat mencari
perkataan yang tepat dalam kamus bahasa Melayu. Adakah hal ini dianggap
sebagai cabaran kepada bahasa Melayu?

Sebelum kita mulakan tajuk ini, baca dan cari maksud perkataan
cabaran.

Seiring dengan pembangunan negara, bahasa Melayu telah turut mengalami proses
pemodenan. Usaha awal telah dilakukan oleh Abdullah Abd. Kadir Munsyi yang
dikenali sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Beliau merupakan orang
Melayu pertama yang paling lantang untuk menyatakan sikap serta pandangan
orang Melayu terhadap bahasa Melayu. Kempen ini dilaksanakan untuk
menyedarkan pentadbir dan elit Melayu bahawa bahasa Melayu mampu menjadi
bahasa kebangsaan untuk semua urusan dan bahasa bagi semua bidang dan
peringkat.

Meskipun bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah,


namun kemampuan bahasa Melayu, sering dipersoalkan dalam bicara ilmu yang
lebih kompleks. Para cendekiawan dan elit Melayu yang berpendidikan Inggeris
pula telah mempertikaikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terutama
dalam bidang sains dan teknologi.

Adakah sikap pengguna bahasa Melayu boleh memberikan cabaran kepada masa
depan bahasa Melayu?

Bagaimanakah dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan


pembelajaran matematik dan sains boleh memberi kesan kepada bahasa Melayu?
Mampukah bahasa Melayu diangkat sehingga ke peringkat perhimpunan-
perhimpunan antarabangsa seperti ASEAN, NAM, OPEC, PBB, dan seumpamanya.

7
Rumusan

Topik ini memperkatakan sejarah perkembangan bahasa Melayu yang meliputi asal
usul bahasa Melayu, bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik, dan bahasa
Melayu Moden. Topik ini juga telah membicarakan bahasa Melayu sebelum dan
selepas merdeka serta cabaran dan masa depan.

Bacaan Asas

Hashim Musa, (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Safiah, Nik, dll. (1986). Tatabahasa Dewan Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Rujukan

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling


Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Hashim Musa, (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Juriah Long, dll. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala


Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Kamarudin Husin, dll. (1997). Pengajian Melayu 1 (Ilmu Bahasa dan Kecekapan
Berbahasa). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamus Dewan. (2000). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Safiah, Nik, dll. (1986). Tatabahasa Dewan Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Zulkifley Hamid. (1996). Bahasa (Konsep, Fungsi, dan Penguasaannya oleh


Penutur). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8
Tajuk 1: Pemerolehan Bahasa

PENGENALAN
Pemerolehan bahasa sering dikaitkan dengan cara-cara bahasa dikuasai oleh
seseorang kanak-kanak. Asas kenyataan ini adalah berteraskan hipotesis yang
ditemukan oleh ahli psikologi dan ahli bahasa yang tersohor dalam abad yang lalu.
Sama ada baasa pertama atau pun bahasa kedua, pemerolehan bahasa terjadi
setelah melalui beberapa proses yanbg sistematik. Pemerolehan bahasa pertma
(stersunya B1) terjadi ketika kanak-kanak yang bewlum pernah belajar bahasa apa
pun mulai belajar bagi kali pertama. Jikalau kanak-kanak itu menguasai satu
bahasa, kanakan itu disebut ekabahasawan. Sedangkan, jika kanak-kanak itu
memperoleh dua bahasa serentak dan menguasainya kanak kanakkanak itu disebut
dwibbahasawan. Jikalau yang diperolehnnya lebih daripada dua bahasa serentak
maka kanak-kanak itu disebut gandabahasawan.

1.1
PENGENALAN LINGUISTIK

1.1.1 Definisi

Linguistik didefinisikan sebagai kajian terhadap bahasa yang bersifat


saintifik.

Kenapakah linguistik dikatakan sebagai kajian bersifat saintifik?

Kajian ini dikatakan saintifik kerana cara-cara yang digunakan bersifat


empirikal, dan kajian yang dilakukan itu ialah kajian yang berdasarkan apa
yang dilihat, dirasa dan didengar, yang mengetepikan unsur-unsur
sentimen dan prasangka. Hal ini bermakna pengkaji mesti akur pada:
• penggunaan eksperimen yang terkawal,
• pegangan unsur-unsur keobjektifan,
• penyebaran hasil kepada umum supaya dapat disahkan kebenarannya
oleh orang lain.

1.1.2 Pengenalan

Tahukah anda bahawa ilmu linguistik mempunyai berbagai-bagai cabang yang


berkaitan erat antara satu sama lain?

Antara cabang linguistik itu adalah seperti yang berikut:


• Linguistik umum,
• Linguistik deskriptif,

9
• Linguistik perbandingan,
• Linguistik sejarah,
• Linguistik terapan.

Walaupun banyak cabang linguistik, pembelajaran kita hanya mengkhusus cabang


linguistik deskriptif, iaitu cabang linguistik yang mengkaji bahasa mengikut cara
saintifik. Tugas utama pengkaji ialah menghuraikan segala aspek bahasa dengan
menggunakan dasar-dasar tertentu. Kajian dilakukan pada suatu jangka masa yang
tertentu, berdasarkan bahan-bahan yang terdapat pada masa itu. Dalam linguistik
deskriptif terdapat analisis yang meliputi bidang fonetik, fonemik dan tatabahasa.
Sebagai contoh, kajian yang dibuat terhadap penggunaan bahasa Melayu di
kalangan penuntut Fakulti Pergigian Universiti Malaya hendaklah dilakukan pada
tahun kajian yang ditetapkan oleh pengkaji. Di samping itu, skop kajian juga perlu
ditetapkan.

Bahan utama kajian ini ialah bahasa lisan atau pertuturan daripada penutur jati.
Namun, ada juga kajian dibuat terhadap bahasa tulisan.

Linguistik deskriptif mengkaji bidang-bidang yang berikut iaitu:

 fonologi (bunyi) ;
 morfologi (pembentukan perkataan); dan
 sintaksis

Latihan 2.1

Berikan satu contoh kajian yang boleh dibuat berkaitan dengan


linguistik deskriptif.

______________________________________________________

_______________________________________________________

Rumusan

Linguistik deskriptif ialah kajian tentang penghuraian bahasa dari segala segi untuk
jangka masa yang tertentu.

Bacaan Asas

10
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling
Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Rujukan

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling


Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Juriah Long, dll. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala


Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Kamarudin Husin, dll. (1997). Pengajian Melayu 1 (Ilmu Bahasa dan Kecekapan
Berbahasa). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamus Dewan. (2000). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Safiah, Nik, dll. (1986). Tatabahasa Dewan Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Zulkifley Hamid. (1996). Bahasa (Konsep, Fungsi, dan Penguasaannya oleh


Penutur). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

11
1.3 PSIKOLINGUISTIK

Sekarang kita beralih pada tajuk yang lebih mencabar. Kita akan memulakan
perbincangan tentang perkara yang terdapat dalam psikolinguistik. Sebelum itu,
cuba kita jawab soalan-soalan yang berikut:

1. Apa itu psikolinguistik?


2. Apakah teori-teori huraian bahasa?
3. Apakah teori-teori pemerolehan bahasa?

Perkataan psikolinguistik itu terbentuk daripada gabungan dua disiplin ilmu, iaitu
psikologi dan linguistik. Jadi, psikolinguistik ialah ilmu yang mengkaji aspek-aspek
yang berkaitan dengan bahasa dan akal budi manusia.

1.3.1 Teori Huraian Bahasa

Susahkah untuk memahami sesuatu teori Huraian Bahasa? Sesetengah orang


menganggap teori sebagai perkara yang membosankan. Hal yang sedemikian ini
berlaku kerana kita terpengaruh dengan tanggapan bahawa teori susah untuk
difahami dan dikuasai.

Yang berikut ialah empat aliran pemikiran teori huraian bahasa:

a) Teori Tradisional (Panini)

• Kajian bahasa dibuat terhadap bentuk-bentuk


tulisan.
• Ahli bahasa Arab mengkaji tulisan Al-Quran dan
orang Hindu pula mengkaji tulisan Sanskrit.
• Bahasa boleh berkembang.
• Setiap bahasa ada hubungan dengan bahasa induk
• Tatabahasa bersifat sejagat, berasaskan tatabahasa
Yunani dan Latin.
• Bahasa merupakan cabang ilmu falsafah yang
menyelidik tabii alam.
• Kajian bahasa bersifat deduktif- mementingkan
hukum-hukum sesuatu bahasa.
• Pengkaji juga menetapkan golongan kata kepada
kata nama, kata sifat, dan kata kerja.

12
b) Teori Struktural (Bloomfield)

Kajian tentang fonem dan morfem serta


kaitan antara fonem, morfem dan ayat.
Ciri-ciri bahasanya bersifat pertuturan,
bersistem,arbitrari, dan untuk
perhubungan.
Ahli-ahli bahasa ini banyak
mengumpulkan bahan pertuturan dan
mementingkan fakta-fakta yang dilihat.

c) Teori Tranformasi Generatif (Chomsky)

• Penutur jati boleh menggunakan


bahasa apabila berhadapan dengan
pelbagai keadaan.
• Bahasa adalah sistem tentang rumus-
rumus bahasa.
• Ayat mempunyai struktur dalaman dan
permukaan.
• Pengetahuan bahasa merupakan
suatu fenomena mental.
• Penutur dilahirkan dengan kecekapan
semula jadi.
• Bahasa bersifat sejagat dan kreatif.

d) Teori Fungsional
(Halliday)

• Struktur bahasa ikut fungsi dalam


komunikasi.
• Kajian tentang perubahan yang
berlaku pada struktur bahasa
ketika seseorang berkomunikasi.
• Terdapat fungsi sosial yang terdiri
daripada 3 fungsi iaitu fungsi idea,
fungsi interpersonal, dan fungsi
tekstual.
• Fungsi sosial bahasa memainkan
peranan yang penting dalam

13
pembentukan sistem bahasa.

1.3.2 Teori Pemerolehan Bahasa

Ada pelbagai teknik, kaedah, pendekatan, dan strategi untuk memperoleh bahasa
atau mengajarkan bahasa. Hal ini berlaku kerana wujudnya pelbagai teori
pemerolehan bahasa.

Cuba anda perhatikan situasi di bawah.

Situasi A:

Cikgu Zainal mengajarkan bahasa Melayu murid tahun 2. Beliau mengajar


muridnya tentang peraturan membina dan menulis ayat penyata. Cikgu Zainal
memuji murid-murid yang dapat membina ayat penyata yang betul. Semasa
pengajarannya juga beliau menjalankan aktiviti lakonan dan perbincangan
sesama murid.

Cuba anda fikir, mengapa cikgu Zainal lakukan demikian?


Memperkenalkan peraturan, memuji, dan menjalankan aktiviti ?

Untuk memahami situasi di atas, mari kita bincangkan tentang teori-teori bagaimana
murid-murid mempelajari bahasa.

a) Teori Behavioris (Skinner)

Teori ini mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran


dan pembelajaran. Hal ini termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri
serta suasana dalam bilik darjah.

14
Teori ini berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa
menerusi hukuman dan ganjaran. Contohnya cikgu Zainal menyebut nama serta
memberi pujian kepada murid yang memberi jawapan yang betul.

Sesuatu ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dan gerak balas dalam bentuk
bahasa dan bukan bahasa, misalnya penggunaan kata bagus, anggukan dan
sebagainya. Proses ulangan pula memainkan peranan yang penting dalam
pengajaran bahasa.

b) Teori Mentalis (Chomsky)

Teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan pelakuan kanak-kanak.


Kanak-kanak dikatakan berupaya membuat rumusan, sebab itulah cikgu Zainal
mengajar murid-muridnya tentang peraturan pembinaan ayat.

Perkembangan bahasa kanak-kanak pula adalah mengikut tahap umur mereka.


Mereka menguasai kebolehan memahami terlebih dahulu sebelum kebolehan
bertutur. Murid cikgu Zainal dapat membina ayat selepas merumuskan apa yang
disampaikan oleh cikgu Zainal.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, tulisan dan bacaan


diutamakan. Kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran lisan.
Pembelajaran bahasa kanak-kanak pula diukur melalui kecekapan dan pencapaian
mereka. Penyampaian makna juga lebih diutamakan daripada struktur bahasa.
Selain itu, tatabahasa diajarkan secara formal melalui kaedah deduktif.

c) Teori Interaksionalis (Halliday)

Teori ini mementingkan aktiviti komunikasi. Seseorang menghasilkan bahasa


apabila dia memerlukannya. Sebagai contoh cikgu Zainal melakukan aktiviti lakonan
agar muridnya berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa.
Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa.
Melalui interaksi, terhasillah ayat penyata dan ayat perintah. Hasil interaksi yang
dilakukan akan mempengaruhi kanak-kanak untuk mempelajari sistem bahasa.

Latihan 3.1

Senaraikan lima aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang


menunjukkan guru mengaplikasikan setiap teori Pemerolehan
Bahasa.

Teori Behavioris
_____________________________________________________

_____________________________________________________

Teori Mentalis
_____________________________________________________

_____________________________________________________

15
Teori Interaksionalis
_____________________________________________________

_____________________________________________________

Rumusan

Tajuk ini telah menjelaskan teori Huraian Bahasa dan Pemerolehan Bahasa. Di
samping itu, pelajar juga diberikan contoh-contoh bagaimana teori-teori tersebut
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Bacaan Asas

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling


Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Juriah Long, dll. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala


Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Rujukan

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling


Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Juriah Long, dll. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala


Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Kamarudin Husin, dll. (1997). Pengajian Melayu 1 (Ilmu Bahasa dan Kecekapan
Berbahasa). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamus Dewan. (2000). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Safiah, Nik, dll. (1986). Tatabahasa Dewan Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Zulkifley Hamid. (1996). Bahasa (Konsep, Fungsi, dan Penguasaannya oleh


Penutur). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Tutorial

1. Ramalkan masa depan, peranan, dan perkembangan bahasa Melayu dalam


masa 20 tahun yang akan datang.

2. Bandingkan dan bezakan antara keempat-empat teori pembelajaran bahasa


yang telah anda ketahui

16
3. Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru yang mengajar di bilik darjah,
bincangkan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran anda yang
menunjukkan bahawa anda mengaplikasikan teori-teori Huraian Bahasa dan
teori-teori Pemerolehan Bahasa.

17