Anda di halaman 1dari 17

KONSEP-KONSEP PERPADUAN

DALAM KONSEP ASAS


HUBUNGAN ETNIK
NUR ADIBAH ZAHIDAH BT. ABU BAKAR
NOR ZALIKHA BT. MD ZAIDON
BUDAYA
Budaya adalah suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan
meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama,
kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
 
Budaya dibahagi dua:
• Budaya kebendaan – peralatan dan kelengkapan hidup
• Budaya bukan kebendaan – kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang

Peranan utama pembentukan budaya


• Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian secara identiti
• Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian,
kemanusiaan, spiritual dan mental.
KAUM DI MALAYSIA
KONSEP-KONSEP PERPADUAN

KONSEP
SEGREGASI

KONSEP KONSEP
PERPADUAN & AKOMODASI
INTEGRASI

KONSEP
ASIMILASI

KONSEP
KONSEP AMALGAMASI
AKULTURASI
KONSEP PERPADUAN & INTEGRASI
PERPADUAN : Proses yang menyatupadukan
seluruh masyarakat dan negara supaya setiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta
dan banggakan tanah air.
INTEGRASI : Proses bagi mewujudkan satu identiti
nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah
dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam
sesebuah unit politik (Ahmad Haji Kambar, 1987)
UNSUR
INTEGRASI
Integrasi
politik

Integrasi Integrasi
pendidikan Wilayah

Integrasi Integrasi
sosial ekonomi
Integrasi
kebudayaan
 
Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari
segi darjah kedekatan bermula dengan
hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah
hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi.
KONSEP SEGREGASI
• Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan
etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam
sesebuah negara.
• Berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari
segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan,
pengangkutan dan kemudahan awam.
• Segregrasi wujud sama ada didasari oleh undang-
undang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid di
Afrika Selatan yang dilaksanakan antara tahun 1948-
1994
KONSEP AKOMODASI
• Menyebabkan setiap kumpulan menyedari serta
menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan
tetap mempertahan budaya hidup masing-masing.
• Diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C
• Pelbagai hubungan etnik hidup secara harmonis dan
menghormati antara satu sama lain
• Setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang
ekonomi dan pendidikan dan mereka saling
bergantung
KONSEP AKILTURASI
• Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam
kalangan individu atau kelompok dari sesuatu
kebudayaan lain yang berbeza
• Satu kelompok manusia dengan satu
kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur
dari suatu kebudayaan asing yang berbeza
• Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal
masyarakat penerima.
KONSEP AKILTURASI
• Proses ini menyebabkan berlakunya proses
pinjam-meminjam dan kemudian diolah serta
dijadikan unsur kebudayaan sendiri.
• Penggunaan tali leher, angpau, makanan,
hiburan dan sebagainya.
• Akilturasi lebih mudah dicapai jika berunsur
kebendaan (Barat)
KONSEP ASIMILASI
• Proses percantuman dan penyatuan antara
kumpulan etnik berlainan budaya sehingga
membentuk satu kelompok dengan
kebudayaan dan identiti yang sama.
• Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan
berlakunya penghapusan penuh perbezaan
dari segi kebudayaan dan identiti.
• Diwakili formula A + B + C = A
KONSEP ASIMILASI
• Apa yang berlaku ke atas masyarakat jawa ,
China Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan
contoh berlakunya proses asimilasi.
• Asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa
melibatkan anutan kepercayaan atau agama.
• Berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat
antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya
bagi suatu tempoh yang lama
KONSEP ASIMILASI
• Faktor-faktor penting dalam proses ini :
i. kesanggupan etnik minoriti menghilangkan
identiti mereka dan menerima identiti
kumpulan etnik majoriti.
ii. terdapat banyak persamaan budaya antara
kumpulan etnik
iii. kesanggupan kumpulan etnik majoriti
menerima kumpulan etnik minoriti
KONSEP AMALGAMASI
• Proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.
• Terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan
etnik.
• Bentuk formula A + B + C = D
• Kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan
perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi
baharu atau budaya baharu tanpa menuruti budaya
asal mereka
KESIMPULAN
Aspek-aspek yang menjadi teras kebudayaan
kebangsaan sewajarnya dipelihara berteraskan
kepada kebudayaan asal Malaysia. Unsur-
unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar
diterima menjadi unsur kebudayaan
kebangsaan dan Islam menjadi unsur penting
mengikut acuan Malaysia.
MELENTUR BULUH BIARLAH DARI
REBUNGNYA

Anda mungkin juga menyukai