Anda di halaman 1dari 36

KURSUS ASAS

TEKNOLOGI SIMENFERO
ANJURAN

UNIT LANDSKAP & NURSERI


JABATAN PENGAJIAN TEKNIKAL
IPTHO
PENGENALAN
Rekabentuk dalam Senitaman boleh dikategorikan
kepada dua kumpulan iaitu:
a. Softscape
b. Hardscape
Softscape merupakan penggunaan bahan-bahan
hidup seperti pokok-pokok hiasan, pokok bunga-
bungaan dan rumput turf
Hardscape merupakan struktur binaan yang
digunakan sebagai tambahan atau kombinasi
kepada softscape bagi memberi kesan yang lebih
menarik dan menawan.
DEFINISI SIMENFERO
merupakan sejenis struktur binaan yang
terdiri drpd MOTAR (campuran pasir,
simen dan air) yang dilepa nipis pada
jejaring dawai keluli.
Maksud simenfero adalah kombinasi
bahan ferus (besi) dan simen
SEJARAH
 Simenfero dipelopori oleh Joseph Louis
Lambot, seorang berbangsa Perancis pada
tahun 1848.
 Beliau membina beberapa struktur sampan
dayung, pasu bunga dan bangku dari sejenis
bahan yang dipanggil “Ferciment”. Sebahagian
drpd binaan beliau (sampan – 3.66m x 1.22m)
masih terdapat di Muzium Brignotes, Perancis.
 Teknologi ini dikembangkan kemudian oleh
Profesor Nervi (1940) sehinggalah ke negara-
negara Russia, India, Tibet, Afrika, Australia,
New Zealand dan Asia.
Di Malaysia
FIN Malaysia (Ferrocement Information
Network) yang berpusat di UPM adalah
institusi yang bertanggungjawab
memperkenal dan memperkembangkan
teknologi ini sejak dari tahun 1979.
SIFAT-SIFAT MEKANIKAL
SIMENFERO
Julat Kenyal
- Ubah bentuk kenyal berlaku tanpa
pembentukan retak atau pun retakmikro
tidak kelihatan dengan mata kasar.
• Julat Teretak
- Ubah bentuk plastik dan pembentukan dan
penglebaran retak yang boleh kelihatan.
• Julat Alah
- Penglebaran retak berterusan hingga 100
microns dan selepas itu tetulang sahaja yang
membawa daya tegangan.
KELEBIHAN SIMENFERO
• KEKUATAN MAMPATAN DAN TEGANGAN YANG
TINGGI
 MUDAH DIBENTUK
 TAHAN KEPADA PANAS DAN HUJAN
 MEMPUNYAI DAYA ALIRAN HABA YANG RENDAH
 RINTANGAN KEPADA HENTAMAN DAN KEJUTAN
 MUDAH DIPERBAIKI DENGAN MORTAR
 TIDAK MEMERLUKAN PERALATAN YANG
CANGGIH
 BAHAN MUDAH DIDAPATI DAN MURAH
HARGANYA
PENGGUNAAN SIMENFERO
DALAM PEMBINAAN
Perumahan
- struktur rumah seperti bumbung, dinding, kubah,
tiang dll.
• Sampan dan Kapal
- Sampan pertanian, sampan perikanan, sampan
pengangkutan dan sampan kerja.
• Pertanian
- Bin penyimpanan bijirin dan saluran pengairan
• Bekalan Air & Sistem Najis
• Pencerna Biogas
BAHAN UTAMA
SIMENFERO
AIR
SIMEN
PASIR
JEJARING MATA PUNAI/JEJARING
KELULI
BAR KELULI
AIR
 Peranan utama air dalam konkrit ialah
untuk penghidratan dan kebolehkerjaan.
 Air juga diperlukan untuk membacuh pasir
dan pengawetan mortar.
 Air yang digunakan untuk membancuh
tidak seharusnya mengandungi bendasing
kerana ia boleh memberikan kesan buruk
kepada pengerasan, kestabilan isipadu
dan kelasakan serta boleh menyebabkan
peroi, perubahan warna dan pengaratan
tetulang.
Simen
Simen ialah bahan yang mempunyai lekitan
dan lekatan semasa basah, kemudian
memejal dan mengeras dan mengikat
pepejal menjadi jasad yang padu.
Simen terbahagia kepada dua kelas, iaitu;
1. Simen hidraulik
2. Simen bukan hidraulik
Penggunaan Simen
 Simen boleh digunakan dalam beberapa
bentuk, iaitu;
a. Turap (Grout)
b. Mortar
c. konkrit
 Turap ialah campuran simen dan air sahaja. Ia
sesuai digunakan untuk menampal rekahan.
 Mortar ialah campuran simen, pasir, dan air. Ia
digunakan untuk kerja melepa dan kerja bata.
 Konkrit ialah campuran simen, pasir, batu dan
air. Ia digunakan untuk membina berbagai
struktur.
MORTAR SIMEN
Air yang bebas dari bahan organik, klorida,
bahan berasid dan kelodak serta selamat
diminum adalah sesuai untuk menghasilkan
simenfero yang baik.
Simen merupakan bahan pengikat yang
mempunyai sifat-sifat kejelekitan yang tinggi.
Simen hidraul jenis portland (OPC – Ordinary
Portland Cement) boleh digunakan dalam
pembinaan simenfero.
Pasir adalah juzuk terbanyak dalam pembinaan
simenfero iaitu 60 – 70 % drpd isipadu mortar.
Pasir sungai yang bersih menghasilkan mortar
berkekuatan tinggi.
Saiz Pasir
Menurut garis panduan ACI 549.1R-88,
penggeredan pasir adalah seperti berikut;-
saiz ayak % melepasi berat
no. 8 (2.36mm) 80 – 100
no. 16 (1.18 mm) 50 – 85
no.30 (0.60 mm) 25 – 60
no. 50 (0.30 mm) 10 – 30
no. 100 (0.15 mm) 02 - 10
TETULANG
(JEJARING DAWAI & BAR KELULI)
Jejaring dawai di peringkat awal pembinaan
berfungsi sebagai bahan pemegang kepada
simen mortar.
Kandungan keluli diantara 1 dan 8 %
Pembinaan struktur bertegasan tinggi, jarak rod
keluli adalah 75 mm.
Di peringkat mengeras, fungsi tetulang adalah
untuk menyerap tegas tegangan pada struktur.
Jejaring dawai dan rod tetulang berfungsi
sebagai penebat untuk menentukan rupabentuk
dan menguatkan struktur.
CAMPURAN MORTAR
Campuran mortar adalah nisbah air-
simen 0.4 : 1 dan nisbah simen:pasir
1:2 mengikut berat.
Contoh Campuran:
Jika nisbah simen:pasir diambil 1:2 dan
nisbah simen:air diambil 1:0.5, maka
bagi 1 kg simen adalah diperlukan 2.0
kg pasir dan air 0.5 kg. diperlukan untuk
mengikat keperluan nisbah yang dipilih.
KEBOLEHKERJAAN
Kebolehkerjaan ialah suatu keadaan yang
mana bancuhan konkrit/mortar boleh
dibentukkan dan dipadatkan dengan mudah.
Bancuhan mestilah konsisten, senang
mengalir ke dalam acuan dan mudah
dipadatkan.
Ujian atau panduan yang yang menentukan
kebolehkerjaan yang konsisten dan mudah
alir bagi sesuatu bancuhan mortar ialah
Ujian Turun dan Faktor Padatan.
Faktor-faktor yang
mempengaruhi kebolehkerjaan

Keadaan Sekeliling

Bahan Juzuk Masa

Simen Air
Suhu Kelembapan Halaju Angin
Ujian Mortar

Ujian `Turun’ (slump) boleh digunakan


untuk mengukur kebolehkerjaan
sesuatu bancuhan simen:pasir:air
Turun mortar tidak melebihi 60 mm.
Pasir yang kering hendaklah digunakan
bagi menghitung kandungan air yang
tepat dan cepat.
TETULANG DAN
JEJARING
Jenis-jenis Jejaring:
1. Jejaring Dawai Heksagon (0.5” x 22
gauge)
2. Jejaring Terkimpal Persegi (0.5” x 0.5” x
19 gauge)
3. Jejaring Watson
Bilangan lapisan jejaring dawai bergantung
kepada kekuatan yang dikehendaki.
Saiz rod adalah di antara 4.2 mm hingga 9.5
mm (purata 6.25 mm).
PROSES PEMBINAAN
STRUKTUR SIMENFERO(D.I.Y)
Menentukan jenis dan saiz struktur yang hendak
dibina
Menentukan anggaran kuantiti bahan binaan
Membentuk rangka struktur
- membina kerangka
- memasang lapisan dawai halus
Menyediakan bancuhan mortar (mengikut isipadu)
Melepa mortar
Kerja penyudahan permukaan/kemasan
Rawatan
Mengecat.
Peralatan Asas Kerja
Simenfero
Penyodok simen
Perata simen
Plier
Pemotong dawai
Sarung tangan
Berus cat
Dawai halus (sebagai pengikat)
Pembinaan
Penempatan Jejaring Dawai
Persediaan Mortar
Penampalan mortar
Pengawetan
Penempatan Jejaring
Dawai
Saiz dan kedudukan rod serta
bilangan lapisan jejaring dawai yang
diperlukan bergantung kepada
analisis struktur sesuatu binaan.
Rangkaian tetulang dikimpal dengan
kuat atau diikat dengan dawai halus
Persediaan Mortar
Mortar dimulakan dengan mencampurkan simen
dengan pasir pada nisbah 1 : 2 sehingga rata
Bancuhan mortar diteruskan dengan
memasukkan air pada tahap yang menima
dengan nisbah air : simen 0.4 : 1
Simenfero yang dihasilkan mempunyai
KEBOLEHKERJAAN dan kualiti yang
konsisten.
Kebolehkerjaan yang baik boleh diperolehi
dengan nisbah air –simen yang optima.
Kebolehtelapan (permeability) mortar juga
dipengaruhi oleh kandungan air.
Penampalan Mortar
Mortar dimasukkan ke dalam struktur jejaring
dawai dari satu arah dan disokong dengan
kepingan papan dari arah yang berlawanan.
Penampalan boleh dilakukan dengan tangan
atau sudip.
Penurapan mortar mempunyai dua teknik
iaitu;
- Teknik Satu Peringkat
- Teknik Dua Peringkat
Turapan Berbahagian
Menurap struktur simenfero besar, adalah lebih
baik diturap secara berbahagian dengan
menggunakan proses satu peringkat.
Ia perlu untuk menentukan bahagian disambung
dengan kemas dan penyambungan mestilah
disapu dengan GROUT atau RESIN EPOXY yang
menentukan sambungan yang sempurna.
Kerja-kerja akhir permukaan mestilah dilakukan
sebelum mortar pada keseluruhannya siap.
Tebalnya mortar menutup tetulang/jejaring dawai
mestilah tidak lebih dari 1.5 mm.
Pengawetan
Penting untuk memperbaiki mortar
keras, berkualiti baik dan tidak retak.
Kaedah pengawetan digunakan adalah
pengawetan lembab.
Pengawetan dilakukan dengan
membalut guni atau jerami yang
sentiasa disirami air.
WARNA OBJEK
TUJUAN
- Menjadikan bentuk lebih realistik
contoh: warna objek kulit kayu mestilah serupa
dengan warna asal.
- Menjadikan warna pada bentuk objek itu
bersesuaian dengan persekitaran (landskap)
Contoh: Arca yang abstrak diwarnakan dengan
warna putih agar ia dapat mudah dilihat di antara
warna-warna hijau tumbuhan.
- Menjadikan `special effect’ pada objek
Contoh: Kesan warna buah masak, besi karat,
batu berlumut dsb.
JENIS-JENIS WARNA
WARNA PRIMARY
- Kuning
- Biru
- Merah
WARNA SECONDARY
- Oren
- Hijau
- Jingga (purple)
Warna Khas
- Emas
- Perak
Warna Neutral
 Hitam
• Putih
Warna Campuran (Warna Tertiari)
Kuning + Merah = Oren
Kuning + Biru = Hijau
Merah + Biru = Jingga, Violet, blue
violet, red violet
CAMPURAN WARNA
 Apabila hendak mendapatkan
sesuatu warna campuran, pastikan
anda menyediakan warna yang cerah
dan campurkan warna gelap sedikit
demi sedikit agar warna yang
dikehendaki itu dapat dikawal.
Cth: Biru + Kuning = Hijau
(sedikit) (banyak)
Gunakan Warna Dari Tin Cat
Elakkan dari menggunakan cat terus dari tin
Gunakan berus yang bersih dari berbagai ukuran
Gunakan airbrush (bermotor) atau tin jika perlu
Gunakan cat kilat (gloss) pada sesuatu objek yang
hidup. Cth: Daun, buah-buahan dll.
Gunakan cat mat pada sesuatu objek yang mati.
Cth: batu, kulit kayu dll.
Selepas mencampurkan cat cuba bandingkan
dengan warna asal dengan mengecat warna
tersebut pada objek asal.
Elakkan menggunakan warna yang `guady’
RENDERING
Menjadikan sesuatu warna itu rata atau
sebaliknya mengikut kesan tekstur permukaan
objek. Menjadikan warna tone
Pastikan warna asal yang dikehendaki ada dan
render mengikut arus warna objek asal.
Tambahkan warna gelap (bayang) pada tempat
yang tersorok – menjadikan seolah-olah ia
ditebuk lebih dalam.
Tambahkan warna terang pada tempat yang
terang agar ia kelihatan lebih timbul.
Lukis kembali pada tempat yang tidak dapat
dibuat `contour’ cth: urat daun dan urat kayu.
JENIS-JENIS SALUR (COAT) -
Vinyl dan Epoxy
Primer mestilah boleh melekat pada mortar.
Primer mestilah menerima alkaliniti pada mortar.
Mestilah tahan haus dan merentang serangan kimia.
Boleh menebat arus lektrik.
Tidak boleh telap air dan bahan kimia.
Bahannya bukan toksik dan boleh dikendalikan oleh
pekerja tidak mahir.
Mudah disapu, baiknya dengan berus.
Bahan yang siap tidak payah dicampurkan bahan-bahan
lain lagi.
Tidak ada had waktu di antara lapisan.
Cepat kering.
Tidak terjejas dengan air.
Mudah dijaga.
TERIMA KASIH
&
WASALLAM

OLEH :
ZULKAFLI ARIFIN
IPTHO

SELAMAT MEMBINA
SIMENFERO DENGAN
SUKSES HENDAKNYA

Anda mungkin juga menyukai