Anda di halaman 1dari 3

Punca-punca gejala sosial:

Gejala sosial - lumba haram, keluar lewat malam, menghisap rokok, gangsterisme,
mengedar dan menagih dadah, lari dari rumah, ponteng sekolah dan lain-lain)

Remaja adalah seorang manusia yang berusia antara 14-21 tahun. Pada usia tersebut
mereka sangat naif terhadap apa-apa perkara, mereka selalu ingin mencuba semua
yang ada di dunia ini tanpa memikirkan akibatnya di masa yang akan datang.

1. Kurang didikan sempurna di rumah


- Kurang didikan agama dan moral menyebabkan remaja mudah terjebak dengan
gejala sosial disebabkan tidak dapat membezakan apa yang baik dan betul dari
perkara yang salah di sisi agama atau undang-undang.
2. Perpecahan keluarga akibat perceraian atau
keluarga yang tidak bahagia
- Tekanan perasaan menyebabkan remaja mencari aktiviti yang pada sangkaan
mereka dapat menggembirakan mereka
3. Kurang penganjuran program aktiviti berguna
untuk belia
- Kekurangan program belia yang relevan dengan kehendak naluri remaja
tempatan
- Belia yang terlibat dengan gejala sosial adalah mereka yang tidak terlibat
dengan kegiatan sukan atau program riadah
4. Wujudnya banyak pusat hiburan dan
infrastruktur yang melalaikan
- Pusat karaoke, kafe siber, restoran 24 jam yang semakin banyak menyebabkan
remaja gemar melepak atau terlibat dengan aktiviti yang tidak baik.
5. Pengaruh rakan sebaya.
- Kerana ingin diterima sebagai kawan, remaja sanggup melakukan apa sahaja.
6. Pengaruh media massa
- Rancangan hiburan dan filem-filem wayang yang memaparkan aktiviti yang
bertentangan dengan nilai agama dan adab susila orang tempatan
mempengaruhi akhlak remaja.
- Majalah hiburan yang menunjukkan gaya dan aksi selebriti yang kurang baik
mempengaruhi gelagat remaja.

Kesan Penggunaan Internet:

Dalam era perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang begitu pesat, internet
merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Internet
merupakan rangkaian komputer komunikasi yang terbesar di dunia.

1. Internet membantu dunia perniagaan.


2. Internet juga akan merevolusikan dunia pendidikan.
- nota online
- latih tubi online
- ruangan motivasi
- artikel menarik
3. Penyebaran maklumat palsu/fitnah, laman web lucah, ajaran sesat dan sebagainya
menerusi internet.
4. Internet membuka jalan kepada jenayah siber
- memasukki sistem komputer organisasi tertentu
- memecah kod sekuriti (akaun bank, kad kredit dsb)
- skim cepat kaya
- penipuan
5. Ketagihan internet
- ketagih program yang boleh dimuat turun
- tidak mahu lagi bersosial (nak duduk depan komputer sentiasa)

Kebaikan sukan:
 Meningkatkan stamina
 Membantu membina tulang dan otot yang sihat
 Membantu mengawal berat badan
 Mengurangkan tekanan (stres)
 Meningkatkan keyakinan diri
 Mengawal tekanan darah dan tahap kolesterol

Kesan Pemanasan Global:

Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah
meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu.
Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan
lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini
perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi
sahaja.

1. Jika pemanasan global berterusan, manusia dan tamadunnya akan pupus


sebagaimana pupusnya dinosaur.
- Sumber ekosistem digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan
ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan.
2. Kenaikan paras laut
- Glasier mencair lalu menyebabkan kenaikan paras laut.
Ramalan saintis terdapat peningkatan 7 meter paras laut. kawasan rendah
seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air.
3. Keadaan monsun akan berukar.
Di Malaysia, kita kana menerima lebih banyak hujan semasa monsun Timur
Laut yang bermakna lebih banyak keadaan banjir.
Contoh: banjir besar di Johor.
4. Perubahan cuaca yang ekstrim dan kemarau.
5. Kesan terhadap manusia akibat perubahan cuaca, banjir atau kemarau.
- Kematian
- Kebuluran
- Penyebaran penyakit
- Kehilangan kediaman akibat tenggelamnya pulau atau persisiran.

Langkah memartabatkan Bahasa Melayu:


BAHASA Melayu sejak lebih daripada satu alaf telah memiliki martabat sebagai
bahasa besar. Sejak abad ke-7 Masihi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan,
bahasa perdagangan, bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi rantau
Kepulauan Melayu di bawah kerajaan Sriwijaya. Pada zaman kesultanan Melayu dari
sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19, bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangan
sebagai bahasa tamadun Melayu baharu, dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa
diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdagangan,
bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi.
Sarjana Belanda Francois Valentijn mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu pada
abad ke-16 sebagai yang berikut:
``Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi
juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di negeri-negeri Timur, sebagai
suatu bahasa yang difahami di mana-mana saja oleh setiap orang, tidak ubah seperti
bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau sebagai bahasa lingua franca di Itali dan di
Levant. Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita
memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan saja
dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu, dan di sebelah timurnya
sehinggan kepulauan Filipina.''
Kebitaraan bahasa Melayu pada abad 16 dan 17 dapat dirumuskan dengan kenyataan
bahawa bahasa tersebut telah mencapai taraf bahasa antarabangsa, terutama dengan
kedudukannya sebagai bahasa diplomatik, lingua franca, bahasa perdagangan sedunia,
bahasa penyebaran agama besar dunia dan bahasa sastera.

1. Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah.


2. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di tempat awam dan
penyiaran.
3. Pembudayaan Bahasa Melayu
Interaksi seharianl menggunakan Bahasa Melayu
4. Penyiaran banyak program di media massa dalam Bahasa Melayu.
5. Pengayaan khazanah ilmu dan persuratan dalam Bahasa Melayu.
- penerbitan buku, majalah, bahan rujukan dll dalam Bahasa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai