Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

Peranan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dengan cara
mempengaruhi minat murid terhadap tajuk yang diajar. Contohnya dalam pengajaran
Bahasa Melayu, guru boleh mengunakan lagu-lagu rakyat untuk menyampaikan
kandungan matapelajaran yang diajar. Melalui pendekatan seperti ini, murid lebih
berminat untuk mengetahui apa yang dipelajari dengan lebih mendalam. Pelajar akan
merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut muzik.
Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik
apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang
mereka dengar..

Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik dan menggunakan kaedah


yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami
dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran. Kanak-kanak di sekolah
rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut ahli
piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatu
ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan secara aktif.
Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan.
Pembelajaran melalui musik ini adalah merupakan satu pembelajaran yang aktif dan
bersesuaian dalam membina pengetahuan pelajar.

Kesimpulannya, muzik memainkan peranan penting dalam menjadikan proses


pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih menarik dan bersesuaian dalam
membina pengetahuan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai