Anda di halaman 1dari 15

Definisi Kemahiran Berfikir

- George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian


masalah dan pelakuan semula jadi yang kompleks.
- Edward de Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan
pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan
masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai
perspektif bagi menyelesaikan masalah.
- Meyer (1977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan
operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem
kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.
- Chaffee (1988) pula, pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan
dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
- Vincent Ryan Ruggiero (1991) pula menyatakan berfikir ialah apa sahaja
aktiviti mental yang membantu untuk memformulasi atau menyelesaikan
masalah, membuat keputusan dan menyempurnakan sesuatu kemahuan
untuk memahami sesuatu (mencari jawapan dan mendapatkan makna).
- Fraenkel (1980) pula berpendapat bahawa pemikiran merupakan proses
menggunakan minda sama ada untuk mencari makna, dan pemahaman
terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan, atau
menyelesaikan masalah.
- John Barell(1991) “…. I define thinking as a search for meaning and
understanding that can involve the adventurous generation of options, the
attempt to arrive at logical, reasonable judgements and reflection on the
proses.”(merupakan kecekapan proses menggunakan minda untuk mencari
makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menjelajahi pelbagai
kemungkinan idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, membuat
pertimbangan secara logik serta membuat refleksi atau tinjauan semula
terhadap proses pemikiran yang dilalui).
Rumusan definisi
“Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan
dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap
proses yang dialami”

Ciri-ciri Kemahiran Berfikir

- Membandingkan dan membeza.


- Merumus, membuat inteference dan meramal.
- Mencetus atau menjanakan idea dalam sesi perbincangan.
- Menentukan sumber yang boleh dipercayai.
- Menyusul dan memeriksa andaian.
- Menimbang dan membuat keputusan.
- Menganalisis dan menilai.
- Menyelesaikan masalah.

Jenis Kemahiran Berfikir


Berfikir Secara Kritis

- Kemahiran Berfikir Secara Kritis merupakan kecekapan dan keupayaan


menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu
idea berdasarkan alasan dan bukti yang munasabah dan mendorong ke arah
pertimbangan yang baik.
- Melibatkan penjelasan idea bagi mempertingkatkan pemahaman dan
keupayaan untuk menggunakan maklumat dengan berkesan.
- Melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk
kefahaman yang jelas, kukuh dan bermakna.

Contoh Berfikir Secara Kritis:

a) membanding dan membeza


b) membuat kategori / klasifikasi
c) menerangkan sebab
d) menentukan sumber yang dipercayai
e) membuat ramalan
f) meneliti bahagian kecil dan keseluruhan
g) mengusul periksa andaian
h) membuat inferens
i) menilai sesuatu
j) membuat generalisasi

Berfikir Secara Kreatif:

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan


minda untuk menjana dan menghasilkan idea yang tidak terhad, pelbagai, baru,
asli, luar biasa, provokatif, mencabar, mudah ubah, dan dapat dikembangkan
kepada idea yang lebih luas dan terbuka.

Pemikiran Kreatif:

Pemikiran kreatif berfungsi memperluas dan memperkembang daya imaginasi


inovasi dan kreativiti untuk mendapatkan idea yang banyak, pelbagai dan baru.
Contoh Berfikir Secara Kreatif:

a) menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai


(baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar )
b) mencipta analogi
c) mencipta metafora
d) membuat definisi
e) membuat hipotesis
f) membuat peta konsep

Cara Mengembangkan Dan Meluaskan Idea (Alex Osborn:1963)

• Ubahkan (modify)
• Kecilkan (minify)
• Besarkan (magnify)
• Gantikan (substitute)
• Atur Semula (rearrange)
• Terbalikkan (reverse)
• Gabungkan (combine)

Kemahiran Membuat Keputusan dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah.

• Kedua-dua kemahiran ini sebenarnya terkandung dalam kedua-dua domain


KBKK (pemikiran kritis dan kreatif) .

Proses Kemahiran Berfikir

KEMAHIRAN BERFIKIR

KREATIF
•Menjana idea
•Menghubung kaitkan KRITIS
MENAAKUL •Mencirikan
•Membuat inferens
•Logik •Membandingkan &
•Meramalkan
•Rasional •Membezakan
•Membuat hipotesis
•Mensintesiskan •Mengumpul & mengelaskan
•Mengitlak •Membuat urutan
•Membuat gambaran STRATEGI •Menyusun mengikut urutan
mental BERFIKIR •Menganalisis
•Menganologikan •Mengkonsepsikan•Mengesan kecondongan
•Mereka cipta •Menyelesaikan •Menilai
masalah •Membuat keputuan
•Membuat
keputusan
Peranan Guru dan Murid Dalam Meningkatkan Kemahiran Berfikir.

Pemikiran merupakan proses yang menggunakan akal untuk menyelesaikan


masalah. Proses ini melibatkan aktiviti-aktiviti menyusun idea-idea, membuat
kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran baru yang boleh digunakan
untuk penyelesaian masalah yang kian mencabar. Proses penyusunan maklumat,
konsep atau idea melibatkan penggunaan pandangan, gambaran, simbol,
perkataan, akal dan rangsangan atau dorongan yang tersembunyi. Terdapat tiga
peringkat pemikiran)

- concrete thinking (Pemikiran konkrit)


- abstract thinking (Pemikiran abstrak)
- creative thinking (Pemikiran kreatif)

Teknik-teknik yang dapat menggalakkan perkembangan kemahiran berfikir secara


analitis, kritis dan rasional didapati drp Cort Thinking Programme oleh Dr. Edward de
Bono. Kemahiran berfikir seseorang pelajar boleh dipertingkatkan melalui:-

- Teknik-teknik perbincangan kumpulan dan penyelesaian masalah.


- Tingkatkan penguasaan alat berfikir seperti pengurusan grafik dan
penggunaan peta minda.
- Kenal pasti tajuk yang sukar difahami, berbincang untuk mendapat jawapan
yang sesuai.
- Menyenaraikan kesemua penyelesaian yang mungkin dalam masalah yang
memerlukan murid mencari kesimpulan yang terbaik.
- Memperkenalkan masalah-masalah yang mengasah kemahiran berfikir murid.
Pengurusan Grafik

• Membanding Dan Membeza


• Mengkategori / Klasifikasi
• Menerangkan Sebab
• Meneliti Bahagian Kecil Dan Keseluruhan
• Membuat Ramalan
• Membuat Inferens
• Menjana Idea
• Membuat Sekuens
• Mencipta Analogi
• Mencipta Metafora
• Membuat Keputusan
• Mengesahkan Sumber Maklumat
• Menyelesaikan Masalah

Alat Berfikir CoRT 1:

Cognitive Research Trust – CoRT 1

– Menggalakkan individu berfikir secara meluas

• PMI – Plus, Minus, Intersting


• CAF – Consider All Factors
• C & S – Consequence & sequel
• OPV – Other people’s view
• FIP – First Important Priorities
• AGO – Aim, Goals & Objectives
• APC – Alternatives, Possibilities & Choices
Kemahiran berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Kemahiran berfikir Secara Kritis dan Kreatif KBKK diajar secara penyebatian.
Ini Penyebatian ialah strategi pengajaran yang menyepadukan kemahiran berfikir ke
dalam mata pelajaran, sama ada di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah.

Penyebatian KBKK ke dalam mata pelajaran dapat dijalankan dengan dua


cara, iaitu penyebatian sepenuh dan penyebatian separa.

i. Penyebatian Sepenuh
Penyebatian sepenuh bermaksud KBKK dapat disepadukan secara
menyeluruh dalam setiap langkah pengajaran yang dikenal pasti. Dalam
Penyebatian Sepenuh, langkah-langkah pengajaran yang dicadangkan adalah
seperti yang berikut:
a. kenal pasti tajuk dalam mata pelajaran atau isi yang hendak disampaikan
kepada pelajar. Kemudian, kenal pasti pula bahan dan kemahiran berfikir
yang sesuai dengan tajuk atau isi yang telah ditentukan.
b. Kenal pasti kemahiran berfikir atau proses berfikir terlebih dahulu. Kemudian
kenal pasti pula bahan dan tajuk dalam mata pelajaran atau isi yang sesuai
untuk disamaikan kepada murid.

Langkah-langkah pengajaran pembelajaran Penyebatian Sepenuh.

Langkah pengajaran dan pembelajaran Aspek-aspek yang perlu diberi pertimbangan

1. Pengenalan isi kandungan  Adakah set induksi yang berkaitan dengan


tajuk.
 Kaitkan isi kandungan dengan kemahiran
atau sebaliknya.
 Contoh : Pengenalan kepada otot-otot dan
struktur tulang di dalam badan manusia.
2. Penggunaan rancangan aktiviti dan  Bahan daripada grafik.
latihan  Alat seperti OHP, pita video, radio kaset dan
lain-lain.
 Arahan atau/ perbincangan tentang isi
kandungan dan KBKK.
 Latihan atau aktiviti yang sesuai dengan
kemahiran berfikir, CoRT 1, soalan dan
pengurusan grafik.
 Contohnya penggunaan gambarajah struktur
di dalam badan manusia.
3. soalan-soalan refleksi dan Kemukakan soalan untuk meninjau:
metakognitif  apakah yang murid tahu
 apakah yang murid tidak tahu
 mengapakah mereka belajar kemahiran itu
 bagaimanakah mereka mempelajarinya
 bagaimanakah berfikir untuk mencari
jawapannya
 bagaimanakah mereka akan merancang
cara-cara untuk menigkatkan pemikiran
mereka.
 Contohnya perkaitan penglibatan otot-otot
dan rangka yang terlibat di dalam aktiviti-
aktiviti yang dilakukan seperti berlari,
melompat dan sebagainya.
4. kukuhkan kurikulum Berikan latihan-latihan tambahan untuk
mengukuhkan isi pelajaran.
5. Aplikasi kemahiran dalam situasi  Gunakan situasi harian yang sesuai untuk
harian aktiviti-aktiviti yang baru dipelajari. Gunakan
Pengurusan Grafik yang asesuai.
 Contohnya mengaitkan rutin harian seperti
berjalan, melompat

ii. Penyebatian Separa

Satu lagi strategi pengajaran KBKK ialah penyebatian separa. Penyebatian


Separa merupakan strategi pengajaran yang menyepadukan sebahagian daripada
unsur KBKK dalam langkah-langkah pengajaran yang sesuai. Dengan ini unsur
KBKK hanya akan disepadukan dalam langkah-langkah tertentu sahaja mengikut
keperluan dan kesesuaian. Misalnya dalam sesuatu pelajaran itu mungkin guru akan
menggunakan satu kemahiran berfikir dan satu alat berfikir sahaja dalam langkah
kedua dalam Stategi Penyebatian Sepenuhnya.
Penyebatian Separa lazimnya dapat digunakan setelah murid didedahkan
dengan kemahiran berfikir pada beberapa pelajaran sebelumnya. Misalnya jika
murid telah didedahkan denagn kemahiran membanding dan membeza dan
membuat kategori sebelumnya, maka pada pelajaran seterusnya guru boleh
menggunakan strategi penyebatian separa dalam pengajaran dan pembelajaran
berkenaan.
Kekuatan dan Kelemahan Strategi Kemahiran Berfikir
Kelemahan

Kita sering sahaja berfikir untuk melakukan sesuatu atau bertindak balas
terhadap sesuatu rangsangan. Namun demikian kita juga sering membuat kesilapan
semasa berfikir.

Mengikut Perkins dan Swarts (1990) kesilapan-kesilapan utama yang sering


kita lakukan semasa berfikir ialah berfikir secara terburu-buru, sempit, kabur dan
bercelaru. Kesilapan-kesilapan tersebut dapatlah dihuraikan seperti yang berikut:

a. Berfikir secara terburu-buru

Kesilapan ini berlaku apabila kita bertindak dengan tergesa-gesa untuk


membuat keputusan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Hal ini demikian
kerana kita tidak menggunakan masa yang cukup untuk bertindak. Apabila
keadaan ini terjadi maka berlakulah kesilapan-kesilapan yang tidak
seharusnya berlaku.

b. Fikiran yang sempit

Kelemahan ini berlaku apabila kita cuba membendung fikiran kita


daripada melihat sesuatu itu dengan lebih luas. Kita juga tidak berusaha
untuk memberi pertimbangan yang wajar, mencari makna yang tersirat,
menerokai bukti-bukti lain yang nyata, meninjau pandangan-pandangan orang
lain, memilih alternative-alternatif dan mengkaji kemungkinan-kemungkinan
lain. Akibat daripada tindakan seperti ini, kita mungkin terlepas pandangan
untuk membuat keputusan yang terbiak.

c. Fikiran yang kabur


Kesalahan ini berlaku apabila idea yang hendak kita sampaikan itu
tidak jelas dan tidak menepati objektif yang dikehendaki. Umpamanya
mungkin kita tidak memperjelaskan sesuatu konsep itu dengan lebih
terperinci dengan memberi tafsiran dan contoh-contoh yang nyata. Dengan itu
berlakulah kesamaran pada idea yang hendak kita sampaikan.

d. Fikiran yang bercelaru

Kelemahan ini berlaku apabila kita tidak merancang dan menyusun


idea yang hendak kita sampaikan itu dengan cara yang sistematis. Idea yang
hendak kita sampaikan itu lazimnya kita sampaikan secara rawak, iaitu tidak
disusun mengikut urutan atau prinsip-prinsip tertentu. Dengan itu berlakulah
perulangan dan pertindihan idea yang tidak menentu tanpa arah dan tuju hala
tertentu.

Kelebihan

 Mengembangkan bakat serta kreativiti murid.


 Kemahiran Berfikir dijadikan sebagai satu daripada elemen yang
dilaksanakan dalam Kurikulum Sekolah Bestari
 Pelajar-pelajar yang menguasai kemahiran berfikir sudah tentu akan berfikir
terlebih dahulu sebelum sesuatu tindakan itu dibuat. Dengan ini, kemahiran
berfikir akan mampu memandu Pelajar menggunakan bahasa yang baik dan
menghasilkan idea-idea yang bernas, pendapat yang jitu dan pandangan
yang kritis dan kreatif.
 Di samping itu Pelajar-pelajar juga akan berkeupayaan untuk membuat
pertimbangan dan penilaian tentang kebaikan dan keburukan sesuatu itu dari
segi amalan, nilai, sikap dan norma hidup dalam konteks negara kita.
 kemahiran berfikir juga diharapkan para Pelajar dapat menghadapi cabaran-
cabaran terkini dan mampu mengenai cara hidup yang sesuai dengan cara
perkembangan teknologi maklumat yang semakin canggih tanpa
mengorbankan nilai dan amalan yang baik sesuai dengan rakyat Malaysia,
 Pelajar-pelajar pada masa sekarang tentunya akan menjadi generasi pada
masa kan dating. Oleh itu dengan menyediakan Pelajar yang berfikiran kritis
dan kreatif, berketrampilan, berikan pengetahuan dan yang mengamalkan
nilai dan sikap yang positif diharapkan tahap pembangunan Negara pada
masa kini dan akan dating ,akan menjadi lebih mantap dan berkesan