Anda di halaman 1dari 8

~MEWAKAFKAN DIRI UNTUK ISLAM SATU TUNTUTAN~

‫الحمد هلل الذي أرسل رسوله بالهدى زدين الحق ليظهره على الدين كله‬

‫والصالة والسالم على الرسول الكريم الذي جمع القلوب المتنافرة وألف به النفوس‬

‫ وعلى كل من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين‬,‫ وعلى آله وصحبه الهداية ودعاة الوحدة‬...

1.0 PENDAHULUAN

Islam merupakan agama yang suci yang diturunkan oleh Allah sejak permulaan
sejarah kehidupan manusia lagi. Bermula dari Abu Bashar Adam a.s. sehinggalah
kepada penyudah para Rasul, Muhammad s.a.w..

Islam adalah agama yang menjamin kesejahteraan hidup manusia sepenuhnya sama
ada di dunia mahupun di akhirat, dan merupakan agama yang dapat memenuhi cita
rasa manusia, merangkumi dan melengkapi semua aspek kehidupan manusia. Oleh
kerana itulah maka agama yang suci ini perlu didokong dengan sepenuhnya, bukan
hanya dijadikan simbol kepada sesebuah masyarakat atau negara, tetapi
memerlukan penghayatan dan perlaksanaan yang menyeluruh. Untuk mencapai
hasrat inilah maka mesti ada satu golongan manusia yang sanggup berkerja dan
berkorban sepenuh masa untuk menyampaikan Islam sehinggalah Islam itu benar-
benar difahami dan dilaksanakan di dalam masyarakat atau dengan bahasa yang
lebih tepat ialah mesti ada orang yang berkerja untuk dakwah.

2.0 TUNTUTAN DAKWAH

Dakwah merupakan satu kewajipan ataupun satu tuntutan syara' yang telah
difardhukan oleh Allah atas pundak individu muslim. Ini telah dijelaskan oleh Allah
dalam firman-Nya:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang


menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan
keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari
segala i'tikad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain". [Yusuf:108]

Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah s.a.w. telah berdakwah
menyeru manusia mentauhidkan Allah atas dasar ilmu dan yakin.
Dakwah juga merupakan satu tuntutan Allah yang berkait rapat dengan keimanan
setiap individu muslim. Keimanan tidak akan sempurna sehinggalah kerja-kerja
dakwah terlaksana.

Imam Ibnu Kasir pernah menyebut di dalam tafsirnya ketika mentafsirkan ayat di
atas: "Allah s.w.t. memerintahkan Rasulullah s.a.w supaya mengajak manusia
mengikut jalan-Nya. Dengan kata lain bahawa kerja dakwah adalah merupakan
jalan, dasar serta sunnah Allah. Dengn jalan ini manusia mesti diseru
mentauhidkan Allah serta memerhati dan meyakini tanda-tandanya.

Setiap pengikut Rasulullah mestilah mengikuti jejak langkahnya berdakwah an


menyampaikan Islam di atas basirah, serta yakin mengikut dalil-dalil yang benar
sama ada syar'i atau 'aqli.

Sebagaimana yang telah dinyatakan, dakwah merupakan kewajipan yang tidak


dapat tidak mesti dilaksanakan oleh setiap individu muslim. Perlaksanaan dakwah
ini boleh dilakukan dengan dua cara:

2.1 Dakwah Fardi

2.2 Dakwah secara jema'ah (parti)

Kedua-dua bentuk ini telah disimpulkan oleh Allah s.w.t dalam firman-Nya:

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan
(mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala yang baik, serta melarang
daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat
demikian, ialah orang-orang yang berjaya". [Aali 'Imraan:104]

Imam Ibnu Kathir juga telah menyebut di dalam tafsirnya mengenai ayat ini,
bahawa perlunya ada satu golonganyang memainkan peranan berkerja dalam
medan dakwah. Sekalipu dakwah merupakan satu tuntutan kepada setiap individu
muslim berkerja secara bersendiri (fardi), namun dalam satu-satu keadaan menjadi
wajib kepada setiap individu bergerak melalui jema'ah (parti) serta mengorbankan
sepenuh tenaga dan masa untuk jema'ah. Contohnya apabila dakwah tidak mampu
dilaksanakan secara fardi.

Keadaan ini boleh kita lihat dalam suasana kekalutan yang berlaku dalam negara
kita yang penuh dengan tribulasi dan penyelewengan yang tidak mungkin dapat
dibendung dan diatasi secara fardi. Dengan ini memerlukan kepada kita
menggabungkan sepenuh tenaga bersama Jema'ah Islamiah yang ada, dan berkerja
sepenuh masa di dalamnya. Keadaan ini juga telah dilakukan di zaman Rasulullah
s.a.w. dulu, yang mana baginda telah mengarahkan kepada penduduk Mekkah agar
berhijrah ke Madinah, bagi tujuan menggembeling tenaga ummah dan membina
kekuatan Islam dalam menghadapi musuh jahiliyyah.

Allah s.w.t. juga pernah menegaskan agar kita sentiasa bersatu dalam
menyampaikan hak dan membanteras kemungkaran. Firman-Nya:

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan


bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat)
dan pencerobohan". [al-Maaidah:2]

Ini merupakan satu lagi hujjah yang dapat kita petik tentang betapa pentingnya
menggabungkan diri dan berkerja untuk Islam.

Imam Abu Hanifah juga pernah menyebut, dan ini telah diriwayatkan oleh al-Jasas
bahawa menjadi satu tuntutan berdakwah secara jema'ah dalam menyampaikan
amar makruf dan nahi mungkar kepada ummah.

3.0 WAQI' UMAT ISLAM HARI INI

Kalau dilihat kepada kewajipan yang begitu besar serta waqi' ummah hari ini yang
dilanda oleh berbagai-bagai keruntuhan, maka sudah sampai masanya untuk kita
sama-sama menggembeling sepenuh tenaga dan mewakafkan diri untuk perjuangan
Islam yang suci. Ummah Islam hari ini sudah jauh terpesong dari landasan Islam
yang sebenar. Mereka sanggup mempertuhankan ideologi-ideologi barat, mendiking
dasar-dasar jahiliyyah sehingga berlakunya runtuhan moral yang paling teruk dalan
sejarah kehidupan manusia. Sehingga hari ini sudah ada manusia yang sanggup
berzina dengan ibu bapa sendiri, membunuh anak kandung sendiri dan berbagai-
bagai penyelewengan lain.

Sepatutnya inilah yang perlu kita sedari dalan suasana dunia yang begitu gawat,
kita sepatutnya telah lama menyoal mengapakah ini semua berlaku dan siapakah
yang bertanggung jawab? Secara ringkasnya apa yang berlaku adalah hasil daripada
kurangnya manusia yang sanggup mewakafkan diri sepenuhnya untuk Islam. Kalau
ada pun cuma berkerja sebagai mengisi masa kosong ataupun sekadar berselindung
dari tohmah masyarakat. Kita dapati ramai orang yang lari dari tanggung jawab
dakwah dan perjuangan Islam dengan berbagai-bagai alasan termasuklah mereka
yang menggelarkan diri mereka sebagai ulamak, cendikiawan Islam dan
sebagainya. Ramai dari mereka yang dikaburi mata sehingga akhirnya
meninggalkan perjuangan yang suci dan sanggup menjadi peluru-peluru menentang
Islam.
4.0 SEBAB-SEBAB MANUSIA MENINGGALKAN KERJA DAKWAH

4.1 Jawatan dan usaha mencari rezeki

Seorang da'ie terutamanya di kalangan pelajar-pelajar yang berada di pusat-pusat


pengajian tinggi, biasanya bersemangat serta lantang melaungkan suara
perjuangan semasa di bangku pelajaran, tetapi apabila mereka keluar dari pusat
pengajian dan apabila sudah terikat dengan satu kerja atau menyandang sesuatu
jawatan, periuk nasi lebih penting dari segala-galanya sehingga akhirnya
mendorong mereka membatasi kegiatan dakwahnya dan mengurangi jihadnya dan
kadang-kadang meninggalkan terus kerja dakwah.

4.2 Isteri/Suami dan Anak-anak

Sesdudah kita menerangkan bagaiman jawatan itu bertukar menjadi rintangan,


yang tadinya sebagai wasilah muncul pula peranan perkahwinan dengan segala
perkara yang berhubung dengannya.

Muncullah pula berbagai-bagai masalah dan bebanan yang memperdayakan untuk


cenderung kepada kehidupan duniawi. Demikian juga isteri/suami dan anak-anak
turut mengikat kita, sedangkan kita sibuk menguruskan hal-ehwal mereka serta
memenuhi segala keperluan mereka, membuatkan kita risau memikirkan berbagai-
bagai masalah untuk kepentingan kehidupan mereka. Semua ini memungkinkan
pendokong-pendokong dakwah akan meninggalkan tugas dan kewajipan mereka.

Benarlah Allah Yang Maha Agung ketika mana berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu


dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta
berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak
marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan
berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani." [at-Taghabuun:14]

4.3 Mabuk Dunia dan Harta

Di sana ada lagi satu rintangan yang terdedah kepada sebahagian pendokong-
pendokong dakwah. Rintagan ini memerlukan daya tahan yang keras kerana daya
tarikannya juga sangat keras, iaitu terbuka pintu dunia kepada mereka,
berkembangnya urusan mencari harta, mudah memperolehi harta sedikit demi
sedikit sehingga menjadikan dirinya mabuk harta. Segala waktunya, usahanya,
tenaga pemikirannya ditumpukan untuk mencari harta dan melonggokkannya.
Akhirnya dia menjadi alat harta yang pada mulanya dicari untuk menjadi alat
dakwah dan jihadnya.
Padahal harta yang sedikit tetapi mencukupi ianya lebih baik daripada harta yang
banyak tetapi melalaikan.

4.4 Suara-suara Penghalang dan Negatif Yang Melemahkan

Sebahagian lagi rintangan-rintangan yang perlu kita perhatikan supaya kita tidak
memandang ringan akan bahayanya, ialah suara-suara atau bisikan-bisikan yang
menghalang dan melemahkan yang selalu dibisikkan kepada para pendokong
dakwah.

Ia timbul dalam berbagai-bagai bentuk sama ada berbentuk nasihat atau tunjuk
ajar. Ajaran-ajaran dan ancaman dari pihak yang mempunyai penyakit dalam
hatinya atau dari golongan yang lemah semangat dan malap cita-citanya untuk
meneruskan perjalanannya serta tidak sangggup memikul beban dakwah. Mereka
lebih mementingkan kesenangan dan keselamatan daripada panas terik jihad dan
nyalaan dakwah Islam ataupun hasutan-hasutan yang timbul dari musuh Allah yang
sentiasa mengatur tipu daya untuk memalapkan dan terus memadamkan cahaya
Islam dari muka bumi Allah ini.

Allah s.w.t menyuruh kita supaya berjaga-jaga dan membuka tembelang mereka
dalam firman-Nya:

"Dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: "Janganlah kamu keluar beramai-
ramai (untuk berperang pada musim panas ini)". Katakanlah (wahai Muhammad):
"Api neraka jahannam lebih panas membakar," Kalaulah mereka itu orang-orang
yang memahami". [at-Taubah:81]

"Mereka juga yang mengatakan tentang hal-hal saudaranya (yang telah terbunuh
di medan perang Uhud), sedang mereka sendiri tidak turut berperang: "Kalaulah
mereka taatkan kami (turut menarik diri) tentulah mereka tidak terbunuh".
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian hindahrkanlah maut dari diri
kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar". [Aali 'Imraan:168]

4.5 Kekerasan Hati Akibat Telah Lama Berehat

Ini adalah satu lagi rintangan yang memerlukan kepada kewaspadaan kerana ia
akan muncul secara perlahan-lahan dan tanpa disedari oleh pendakwah-
pendakwah, iaitu kekerasan hati lantaran telah lama berenggang dari kegiatan
dakwah lalu lemah dan kemahuannya beransur-ansur hilang untuk terus bergiat
dan berusaha dalam urusan dakwah dan akhirnya padam di dalam dirinya.

Hatinya semakin hari semakin berkarat sehingga tatkala membaca al-Quran hatinya
tidak mendapat sebarang kesan, sembahyang tanpa khusyuk, kadang-kadang lupa
terus mengerjakan sembahyang tanpa ada rasa berdosa dan bersalah.

Mereka telah hilang sifat sebagai seorang mukmin yang telah digambarkan oleh
Allah dalam firman-Nya:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah


mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati
mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka
bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah". [al-
Anfaal:2]

5.0 PENYELESAIAN KEPADA MASALAH INI

Di sini dibawa beberapa penyelesaian kepada masalah ini, walaupun tidak semua
dapat dikumpulkan dalam risalah yang ringkas ini tetapi ianya sebagai kesimpulan
yang boleh digunakan untuk kembali berkerja dengan Islam dan mengorbankan
segala usaha dan tenaga di atas jalan-Nya.

5.1 Kembali Kepada Perintah Allah Dan Mengenali Tanggung jawab Diri

Sebagaimana yang telah kita maklum bahawa kita adalah satu ummah yang dicipta
oleh Allah s.w.t untuk memikul bebanan Islam sebagaimana firman-Nya:

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan
(mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala yang baik, serta melarang
daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat
demikian, ialah orang-orang yang berjaya". [Aali 'Imraan:104]

Menyedari hakikat inilah maka tugas ini adalah tugas kita tanpa boleh kita berikan
sebarang alasan untuk meninggalkannya. Kita juga sepatutnya memiliki sifat-sifat
mukmin yang sejati sebagai senjata menentang kemungkaran dan menjadi benteng
dalam kerja-kerja dakwah. Firman Allah s.w.t.:
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang berpaling tadah
daru ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia
kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-
lembut terhdap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap
orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh pada jalan Allah, dan
mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah
limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya;
kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi meliputi pengetahuan-Nya". [al-
Maa'idah:54]

5.2 Mengikhlaskan Diri Kepada Allah

Setelah kita memahami dengan sebenarnya konsep-konsep ikhlas maka dengan ini
akan lahirlah dalam diri kita untuk berkerja dan mengorbankan sepenuh tenaga
untuk agama Allah. Bukan berkerja semata-mata untuk mendapat habuan
sementara atau "udang di sebalik batu". Kita mesti memahami dengan betul
maksud dari firman Allah:

"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan


mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya
mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah
Agama yang benar". [al-Bayyinah:5]

5.3 Mengharapkan Ganjaran Daripada Allah Semata-mata

Setiap pendokong dakwah atau gerakan mestilah meyakini bahawa setiap kerja
atau setiap langkah yang mereka lakukan bukanlah sia-sia, walaupun pada zahirnya
mereka tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada manusia, mereka tidak
mendapat kedudukan dan tempat yang tinggi di mata manusia namun Allah tetap
akan membalas usaha mereka itu, malah lebih dari apa yang mereka harapkan
kerena janji Allah tetap benar di dalam firman-Nya:
"Tidaklah patut bagi penduduk Madinah dan orang-orang yang disekeliling mereka
dari orang-orang 'Araab ketinggalan daripada (turut berperang bersama)
Rasulullah; dan tidaklah patut mereka mengasihi diri mereka sendiri dengan tidak
menghiraukan Rasulullah. Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali)
mereka merasai dahaga, dan meresai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam
perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu
tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali)
mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh-melainkan
semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang salih. Sesungguhnya Allah
tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil, atau
besar; dan tidak mereka melintasi sesuatu lembah, melainkan ditulis pahala bagi
mereka, supaya Allah membalas dengan balasan yang lebih baik dari apa yang
telah mereka kerjakan". [at-Taubah-120&121]

Dengan keyakinan yang teguh inilah boleh mendorong setiap pendokong gerakan
Islam untuk menempuh setiap rintangan dan keperitan serta ranjau-ranjau dalam
perjalanan dakwha Islamiyan.

Dipetik dari kertas kerja

MEWAKAFKAN DIRI UNTUK ISLAM SATU TUNTUTAN

Anda mungkin juga menyukai