Anda di halaman 1dari 12

BAB I

PENDAHULUAN

1.1Pengenalan

Sukan merupakan antara bidang yang penting kepada negara. Justeru itu pelbagai
pihak perlu memainkan peranan untuk membangunkan sukan termasuklah Kementerian
Pendidikan. Ini terbukti apabila termaktub di dalam Dasar Sukan Negara Malaysia
dengan jelas menegaskan Kementerian Pendidikan Malaysia berperanan dan
bertanggungjawab dalam pembangunan sukan negara. Ia menyumbang
kepada sukan negara melalui murid-murid sekolah dan penuntut institusi
pelajaran tinggi yang merupakan kumpulan sasaran yang besar dan penting
bagi program di kedua-dua sektor sukan dan guru-guru merupakan sumber
jurulatih dan pegawai yang penting. Dalam dasar itu juga, Kementerian
Pendidikan hendaklah menggalakkan sukan secara aktif di maktab-maktab
dan politeknik-politeknik, manakala Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)
menggalakkan aktiviti sukan di IPT. Bagi menjayakan hasrat tersebut khususnya di
peringkat Universiti, MASUM telah memperkenalkan misi “Menyediakan atlet
cemerlang yang berterusan dan bersedia bertanding di peringkat antarabangsa”
(Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 2009 ; Dasar Sukan Negara,
1988). Namun, untuk menyediakan atlet yang cemerlang bukanlah sesuatu perkara yang
2

mudah kerana ia dipengaruhi pelbagai faktor termasuklah prestasi kecergasan fizikal


atlet.
Konsep kecergasan merangkumi pelbagai aspek termasuk aspek fizikal, mental,
emosi, sosial dan kerohanian. Konsep kecergasan itu adalah menyeluruh bagi kesihatan
seseorang yang membolehkan seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga.
Peningkatan kecergasan sangatlah perlu bagi seseorang kerana kesihatan yang tinggi
dapat menghindarkan sebarang kecacatan fizikal serta penyakit yang mungkin
membahayakan diri.

Bagi kecergasan fizikal pula ia merupakan keupayaan individu untuk berfungsi


secara berkesan, cekap dan menggunakan kesenggangan dengan lebih efektif tanpa
merasa lesu disamping mempunyai tenaga lebihan untuk kecemasan. Kecergasan fizikal
yang optima tidak mungkin dicapai tanpa senaman yang berterusan (Greenberg et al.,
2004).

Menurut Falls (1980) dalam Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal


Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK), kecergasan untuk kesihatan
merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang
dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit
hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-
bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-
fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti
sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007).

Selain itu, kecergasan fizikal juga boleh didefinasikan sebagai masih mempunyai
keupayaan untuk melakukan aktiviti atau tuntutan kehidupan tanpa merasa cepat letih
serta lesu dan masih mempunyai tenaga untuk memberi rangsangan semasa saat
mencemaskan atau diperlukan (Heyward, 2002; Gapor Ahmad, 2007).
3

Kecergasan fizikal meliputi lima komponen asas iaitu daya tahan kardiovaskular,
kekuatan otot, daya tahan otot, fleksibiliti dan komposisi badan (Greenberg et al., 2004 ).
Menurut Siedentop (2003), kecergasan fizikal merupakan siri-siri komponen yang
terbahagi kepada dua iaitu berasaskan kesihatan dan berasaskan motor dimana setiap
komponen dibangunkan secara spesifik. Bagi komponen kecergasan berasaskan kesihatan
ia berkaitan dengan agenda kesihatan manakala berasaskan motor pula ia berkaitan
dengan perlakuan motor untuk melakukan tugasan.

Menurut Fahey et al. (2004) pula, kecergasan fizikal juga mempunyai pelbagai
komponen dimana sebahagiannya melibatkan kesihatan manakala sebahagiannya lagi
spesifik kepada aktiviti sukan. Lima komponen kecergasan yang berkaitan dengan
kesihatan adalah daya tahan kardiovaskular, ketahanan otot, kekuatan otot, fleksibiliti dan
komposisi badan manakala kecergasan berkaitan kemahiran motor pula adalah seperti
kelajuan, kuasa, ketangkasan, keseimbangan, koordinasi dan reaksi masa.

Tahap kecergasan seseorang itu dapat dinilai berdasarkan kepada prestasi ketika
menjalani sesuatu aktiviti atau tugasan di mana pengukuran dan penilaian dapat
dilakukan ketika tubuh badan berfungsi di bawah tekanan dan keupayaan fizikal.
Keadaan ini dapat menggambarkan tahap keupayaan seseorang individu itu samaada
dapat berfungsi dengan cekap ataupun tidak ( Maud, P.J dan Foster, C., 2004).

Memandangkan kecergasan fizikal adalah amat penting untuk setiap atlet,


maka setiap jurulatih hendaklah memberikan perhatian dan penekanan terhadap
kecergasan atlet mereka. Terdapat pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk
meningkatkan tahap kecergasan fizikal atlet. Tahap kecergasan fizikal yang optimum dan
baik boleh meningkatkan prestasi seseorang atlet. Dalam kajian ini, ia memfokus kepada
isu pemantauan tahap prestasi kecergasan fizikal atlet sukan ping-pong lelaki dan wanita,
atlet sukan skuasy lelaki dan wanita dan atlet sepaktakraw lelaki UTM yang dilihat dari
aspek fleksibiliti, daya tahan otot, kekuatan otot, kekuatan kaki, ketangkasan dan daya
tahan kardiovaskular.
4

1.2 Latar Belakang Kajian

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
Namun bagi tujuan pertandingan, salah satu elemen yang dapat membantu atlet beraksi
pada prestasi yang baik ialah tahap kecergasan fizikal ketika menyertai sesuatu
pertandingan tersebut.

Bagi atlet yang mewakili Universiti Teknologi Malaysia (UTM), pemantauan


tahap kecergasan fizikal atlet selama ini tidak dijalankan secara teratur dan tiada rekod
pemantauan tahap kecergasan dari semasa ke semasa. Situasi ini sekurang-kurangnya
menyebabkan pihak Unit Sukan UTM dan jurulatih sukar memantau serta mengetahui
perkembangan tahap kecergasan fizikal atlet menerusi latihan-latihan yang dilaksanakan
dari suatu tempoh ke tempoh tertentu. Bagi membantu pihak Unit Sukan UTM memantau
perkembangan tahap prestasi kecergasan fizikal atlet universiti, satu program berkala
yang dikenali sebagai Kem UTM Power diperkenalkan. Dengan kerjasama dari pihak
Sains Sukan dari Fakulti Pendidikan, kedua-dua pihak bersetuju melaksanakan Ujian
Kecergasan Fizikal berkala bagi setiap siri Kem UTM Power.

Justeru itu, penyelidik menggunakan peluang tersebut bagi menbantu khususnya


Unit Sukan UTM dalam mengkaji perkembangan semasa tahap kecergasan fizikal atlet
UTM bagi beberapa siri Kem UTM Power yang dilaksanakan.
5

1.3 Pernyataan Masalah

Kecergasan fizikal adalah salah satu elemen yang penting bagi membolehkan atlet
mencapai prestasi yang cemerlang di dalam sukan yang diceburi tanpa mengambil kira
peringkat umur dan pertandingan. Dengan itu, kecergasan fizikal perlu dipantau dari
semasa ke semasa dalam membantu perlaksanaan latihan serta meningkatkan tahap
keupayaan atlet.

Bagi atlet UTM, pemantauan tahap kecergasan fizikal semasa atlet tidak
dilaksanakan secara teratur dan tiada rekod dan analisis perkembangan semasa tahap
kecergasan fizikal untuk dirujuk.

Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi memantau dan menganalisis perkembangan
tahap kecergasan fizikal atlet UTM dari suatu tempoh ke tempoh tertentu.

1.4 Objektif

Berikut merupakan objektif-objektif kajian ini:

1.4.1 Memantau tahap prestasi berasaskan kecergasan fizikal bagi atlet ping pong,
skuasy dan sepak takraw pada dua kem pemantapan atlet UTM.

1.4.2 Membandingkan tahap kecergasan fizikal atlet ping pong, skuasy dan
sepak takraw pada dua kem pemantapan atlet yang berbeza.

1.5 Persoalan Kajian


6

1.5.1 Sejauhmanakah tahap pencapaian kecergasan fizikal atlet ping pong, skuasy dan
sepak takraw UTM dari aspek fleksibiliti, daya tahan otot, kekuatan otot, kekuatan
kaki, ketangkasan dan daya tahan kardiovaskular.

1.5.2 Apakah perkembangan tahap kecergasan fizikal atlet ping pong, skuasy dan sepak
takraw UTM di antara dua kem pemantapan atlet UTM.

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian ini adalah:

H01 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi mana – mana komponen kecergasan
fizikal atlet ping pong lelaki dan wanita UTM

Ha1 : Terdapat perbezaan yang singnifikan bagi mana – mana komponen kecergasan
fizikal atlet ping pong lelaki dan wanita UTM

H01 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi mana – mana komponen kecergasan
fizikal atlet skuasy lelaki dan wanita UTM

Ha1 : Terdapat perbezaan yang singnifikan bagi mana – mana komponen kecergasan
fizikal atlet skuasy lelaki dan wanita UTM

H01 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi mana – mana komponen kecergasan
fizikal atlet sepak takraw lelaki UTM
7

Ha1 : Terdapat perbezaan yang singnifikan bagi mana – mana komponen kecergasan
fizikal atlet sepak takraw lelaki UTM

1.7 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini dapat:

1.7.1 memberikan maklumat kepada pihak Unit Sukan UTM mengenai tahap
kecergasan fizikal semasa atlet UTM.

1.7.2 memberikan maklumat kepada atlet-atlet UTM khususnya atlet ping pong, skuasy
dan sepak takraw mengenai kecergasan fizikal semasa.

1.7.3 dijadikan panduan bagi jurulatih-jurulatih dan atlet untuk merancang program
latihan yang sesuai mengikut tahap kecergasan atlet.

1.7.4 membantu dalam meningkatkan tahap prestasi atlet UTM dengan cadangan yang
dikemukakan.

1.8 Skop Kajian


8

Kajian ini hanya melibatkan pengujian tahap kecergasan atlet UTM dari aspek
fleksibiliti, daya tahan otot, kekuatan otot, kekuatan kaki, ketangkasan dan daya
tahan kardiovaskular..

1.9 Batasan Kajian

1.9.1 Kajian ini hanya terbatas kepada atlet yang mewakili UTM dalam beberapa acara
sukan iaitu ping pong, skuasy dan sepak takraw.

1.9.2 Kajian ini hanya tertumpu kepada ujian kecergasan fizikal dari aspek fleksibiliti,
daya tahan otot, kekuatan otot, kekuatan kaki, ketangkasan dan daya tahan
kardiovaskular.

1.10 Definisi Operasional

Berikut merupakan definisi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini:


9

1.10.1 Kecergasan Fizikal

Kecergasan bermaksud berada dalam keadaan cergas dari segi fizikal dan mental,
berkeupayaan melaksanakan tugas harian dengan efisen tanpa berasa letih atau kelesuan,
dapat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti riadah, masih memiliki tenaga untuk
menghadapi saat-saat yang tidak terduga dan kecemasan serta mengurangkan risiko
penyakit hipokinetik (Shaharudin Abd. Aziz, 2006 ; Zainun Ishak, 2006).

1.10.2 Prestasi

Kemampuan yang dapat dilakukan oleh seseorang atlet dalam sesuatu bidang atau
dengan cara pengujian.

1.10.3 Fleksibiliti

Fleksibiliti ialah keupayaan sesuatu sendi atau sendi-sendi untuk membenarkan


pergerakan berlaku dengan licin atau dalam julat pergerakan sepenuhnya tanpa
menghadapi sebarang rintangan. Ia melibatkan otot, tendon, sendi dan ligamen yang
berpaut pada tulang (Alter, M.J., 1990). Senaman regangan adalah salah satu latihan yang
baik untuk meningkatkan fleksibiliti. Fleksibiliti yang baik dapat mengelakkan
berlakunya kecederaan ke atas otot-otot ketika individu melakukan pergerakan yang
kompleks. Seseorang yang cergas dapat menggerakkan sendinya dengan bebas semasa
bekerja atau bersukan.
10

1.10.4 Daya Tahan Otot

Daya tahan otot adalah keupayaan otot atau sekumpulan otot melakukan
pergerakan atau pengecutan untuk beberapa waktu yang lama atau ulangan yang tinggi
(Boyle, M.A. dan Roth, S.L. 2010; Werner W.K. et al., 2009). Daya tahan otot membantu
individu untuk melakukan segala pergerakan dengan lebih efisien dan mudah seperti
seseorang itu dapat memegang sesuatu yang berat lebih lama dan mengulangi gerakan ini
berkali-kali tanpa berasa letih. Latihan kekuatan adalah satu latihan yang baik untuk
menambah daya tahan dan kekuatan otot.

1.10.5 Kekuatan Otot

Kekuatan otot adalah kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot mengatasi
rintangan bagi menghasilkan daya atau kerja. Kekuatan otot dapat menghasilkan kuasa
kontraksi atau penguncupan otot yang maksima. Penguncupan otot berbentuk isotonik
dan isometrik. Kekuatan Otot ialah kekuatan maksima yang boleh diwujudkan oleh satu
atau sekumpulan otot tertentu (Heyward, 2002)

1.10.6 Kekuatan Kaki

Kekuatan otot kaki ialah daya yang boleh dihasilkan oleh otot kaki untuk
mengecut. Ia merupakan modal bagi seseorang atau atlit untuk bergerak dengan lebih
baik . Otot kaki yang terlatih mempunyai banyak kelebihan antaranya ialah boleh
melakukan lompatan dengan lebih ringan, menyepak dengan lebih jauh, berlari dengan
11

lebih laju dan sebagainya. Kekuatan kaki biasanya dikaitkan atau diperlukan oleh
pelbagai jenis sukan terutamanya sukan dinamik seperti bola sepak, badminton, hoki,
bola jaring dan sebagainya.

1.10.7 Ketangkasan

Ketangkasan adalah kemahiran, kebolehan dan keupayaan untuk memulakan,


menghentikan dan mengubah pergerakan posisi tubuh badan dengan pantas dan tepat
tanpa hilang keseimbangan tubuh badan (Brown, L.E. dan Ferrigno, V.A. 2005).
Ketangkasan banyak mempengaruhi kualiti dan prestasi sukan terutamanya dalam sukan
ragbi dan badminton.

1.10.8 Daya Tahan Kardiovaskular

Daya tahan kardiovaskular ialah kebolehan jantung, paru-paru dan sistem


peredaran darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien secara berkesan kepada otot
untuk bekerja (Heyward, 2002). Menurut Fahey et al. (2004), daya tahan kardiovaskular
12

ialah kebolehan untuk melakukan latihan dinamik secara berterusan pada tahap intensiti
sederhana sehingga tahap tinggi.

1.10.8 Kem Pemantapan Atlet

Kem pemantapan atlet 1 merujuk kepada fasa 1, manakala kem pemantapan atlet
2 merujuk kepada fasa 2.